Rabu, 14 Mac 2012

Kuliah Subuh - Istiqamah - Tuan Guru Haji Hadi Awang

InsyaAllah, kita akan dengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 20 Ogos 2011 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1432H. Ia bertajuk, "Istiqamah"



video


Isi kandungan bagi kuliah subuh ini saya tuliskan di bawah:
1. Dari Sufian bin Abdullah katanya, "Kataku kepada Rasulullah s.a.w, "Ajarkanlah kepada saya prinsip tentang Islam sehingga saya tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain." Jawab Rasulullah s.a.w., "Ucapkanlah, aku percaya kepada Allah dan beristiqamah." Hadis sahih riwayat Muslim.

2. Allah swt memerintahkan supaya kita beristiqamah dan ia disampaikan dengan perintah yang sama dengan Nabi saw. Allah berfirman kepada Nabi Muhammad saw dalam surah Hud ayat 112.
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا ۚ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

3. Dan Allah taala juga menjawab doa Nabi Musa as, dalam surah Yunus ayat 88.
وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَن سَبِيلِكَ ۖ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَىٰ أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ
Musa berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah memberi kepada Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia,–Ya Tuhan kami–akibatnya mereka menyesatkan manusia dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih. ”
Seterusnya Allah swt menjawab permintaan mereka dan berfirman dalam surah Yunus ayat 89.
قَالَ قَدْ أُجِيبَت دَّعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua pada jalan yang lurus dan janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui ".

4. Allah menyuruh Nabi Musa dan Nabi Harun, ketika berdepan dengan kezaliman firaun, dizalimi dengan fitnah dan godaan, mereka disuruh supaya beristiqamah dalam perjuangan.

5. Kita disuruh berdoa pada setiap rakaat, dengan membaca al-fatihah ayat 5,
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah tempat kami sembah dan tempat kami meminta pertolongan.
sebagaimana ditunjuk dan diterima oleh Allah.

6. Berisitiqamah dengan makna setelah mengaku menjadi orang islam, dengan mengucap dua kalimah syahadah, berucap dengan lidah, dalam masa yang sama, kita mestilah beriman, disertakan dengan amal yang soleh, betul mengikut cara yang diajar oleh islam, dlm ibadat, keluarga, dalam seluruh kehidupan mesti ikut jalan y ditunjukkan Allah swt, yang diajar oleh Rasulullah saw, dan disuruh tidak melakukn perkara yang salah. Dari segi akhlak, haji, nikah kawin, tidak boleh salah. Pemerintahan, ekonomi, perang dan berdamai dengan musuh tidak boleh salah dengan agama. Semua mesti mengikut jalan yang betul, mengikut jalan yang ditunjukkan Allah swt. Kalau sembahyang, jangan buat benda yang membatalkannya. Haji, puasa, jangan buat perkara yang membatalkannya. Sama dengan iman, jangan buat benda yang batalkan dua kalimah syahadah. Kita, banyak yang dipelajari, perkara batalkan sembahyang, tapi, lupa perkara yang batalkn dua kalimah syahadah.

7. Murtad disalaherti dengan murtad kepada agama Kristian, buddha dan sebagainya. Murtad (sebenarnya) adalah perkara (perbuatan) yang menunjukkan yang kita tak percaya kepada Islam. Ini termsuk tak percaya kepada hukum yang diturunkan oleh Allah swt. Allah telah turunkn hukum kepada Nabi saw suatu ketika dahulu. surah ali-imran ayat 100-101. Ayat ini diturunkn kepada Aus dan Khazraj, dua kabilah yang berbaiah kepd Nabi saw yang bersetia untk jadi orsng Islam dan mempertahankan Islam. Mereka menyerahkan tanah, menyerahkan semuanya untuk Islam. Allah menguji mereka, dengan membaikkan mereka dengan yahudi. Orang yahudi dengki dengan kebaikan mereka. Yahudi merancang supaya mereka bergaduh kembali. Yahudi memuji pahlawan Aus dan khazraj. Aus dan khazraj hampir berperang kerana ini. Nabi saw dengar berita ini, dan menegur mereka, bahawa mereka seperti ingin kembali kepada assabiah yang dahulu.

8. Sebarang perkataan, niat, dan amalan yang menunjukkn bahawa, mereka tidak percaya kepada hukum Islam, samada wajib, sunat atau harus, maka, mereka murtad. Contohnya, orang yang berkata, sembahyang tidak wajib adalah murtad. Ini seperti mereka yang menghina hukum Islam. Contohny adalah kerat tangan. Allah suruh dalam surah al-Maidah ayat permulaan. Allah meminta orang Islam menunaikan tanggungjawab yang mereka sudah berjanji kepada Allah. dalam surah ini ada disuruh kerat tangan, kalau didapati bersalah mencuri. Allah swt meminta kita melaksanakan janji kita kepadanya. Ulama juga memperkatakan ia jga berkaitan dengan hukum sunat.

9. Adapun, orang bukan islam, tugasnya memurtadkan orang islam. Allah menyuruh kita memafkan mereka sehingga mereka melihat kata-kata kebenaran daripada kita. Berdebat dengan ahli kitab dengan baik, melainkan dengan orang yang zalim.

10. Untuk mengelakkan perkara ini, kita mestilah beristiqamah supaya tidak mengerjakan maksiat, kita mesti jaga diri kita sendiri. allah menyuruh kita berdoa spaya hati kita tidak dipalingkan daripada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan