Rabu, 14 Mac 2012

Kuliah Subuh - Keistimewaan Datang Sebelum Khutbah - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

InsyaAllah, kita akan sama-sama dengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 26 Ogos 2011 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1432H. Berikut adalah videonya, dan salinan daripada kuliahnya.



Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya, "apabila tiba hari jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid, malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahnyang jumaat, seorang demi seorang, kemudian apabila imam duduk di atsa mimbar, malaikat2 itu melipat lembaran 2surat yang ditulisnya, serta mereka datang mendengar khutbah". Hadis riwayat Bukhari, An-Nasai dan Ibnu Majah.

Hadis ini termasuk dalam beriman kepada malaikat. Di antara malaikat itu adalah malaikat yang ditugaskan oleh Allah swt pada hari jumaat, kerana hari jumaat mempunyai fadilat, mempunyai kelebihan kepada siapa yang menunaikan amal, khususnya amal yang ditentukan pada hari jumaat iaitu untuk bersembahyang jumaat. Di antaranya, Allah menugaskan malaikat menunggu di tiap-tiap pintu masjid bagi mencatit nama setiap orang yang datang ke masjid, orang yang awal, diletakkan pada senarai yang pertama, diikuti dengan senarai berikutnya, yang diberi kelebihan masing-masing. Sudah tentu yang awal lebih besar pahalanya daripada orang yang datang kemudian. sehinggalah imam datang untuk berkhutbah. Apabila imam datang, maka malaikat melipatkan suratan-suratannya, lembaran untuk ditulis senarai ditutup oleh malaikat, dan malaikat duduk untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib. Menunjukkan mereka yang datang kemudian sehingga imam berkhutbah, tidak mendapat fadhilat itu. Walaupun sah sembahyang jumaatnya, ada pahala sembahyang jumaatnya, namun, tidak ada pahala mengikut kedatangan yang dicatit oleh malaikat. Oleh itu, kita hendaklah mengambil peluang daripada fadilat yang disebut oleh Nabi saw yang kita perlu percaya. Walaupun perkara ini sunnah, bukan sahaja boleh menampung amal- amal yang wajib, bahkan amalan yang sunat juga boleh menghilangkan dosa-dosa yang kecil.

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan