Isnin, 19 Mac 2012

Special - Jangan berasa aman dari hukum Allah swt.

Marilah kita beringat akan hukum Allah. Janganlah berasa aman.

  video

Berikut adalah transkrip ucapan Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang diubahsuai ke bahasa Malaysia baku untuk memudahkan kefahaman pendengar bukan berlidah Terengganu.

Dan ayat yang lain (Surah Al-A'raf ayat 97-98),
أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ
أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ 
أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ 
[Maksudnya: Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.]

Adakah mereka berasa aman, (adakah mereka) berasa selamat apabila datangnya hukuman Allah swt pada waktu malam, dalam keadaan mereka (sedang) tidur dalam bilik, mereka (sedang tidur) dalam rumah mereka dalam keadaan nyenyak, (adakah) mereka berasa selamat?

Bila hukum Allah swt datang, mereka sedang tidur di dalam rumah. Rumah mereka (sudah cukup) kukuh dah, (rumah mereka sudah cukup) kuat dah.

أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ (Adakah mereka berasa aman?)

Adakah mereka berasa aman apabila hukum Allah yang datang pada waktu pagi, sedangkan mereka bermain waktu dhuha? ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ (maksudnya) waktu dhuha, waktu mereka sedang bermain. (Waktu itu, mereka sedang) tengah bermain.

Di Jepun, rumah mereka (adalah) rumah (yang diperbuat daripada) batu. (Air) Laut langgar tak mendatangkan kesan. Kemudian, (mereka) letakkan spring pula kepada rumah itu. Kalau berlaku gempa bumi, (rumah) bergoyang, spring ada. (Rumah mereka) tidak tercabut kerana kewujudan spring itu. Kemudian datanglah tsunami, (datang) ombak (yang lebih) tinggi daripada pohon kayu, masuk (ke daratan). Kereta-kereta disapu oleh ombak tersebut seperti sampah (disapu dengan mudah). Tanah terbuka, kemudian, rumah pun tenggelam.

(Semua ini) Allah taala buleh buat. (Walaupun ada kelengkapan seperti yang disebutkan tadi, tapi, kita tetap) tidak akan selamat dari hukum Allah. Jangan berasa selamat, (walaupun) rumah kukuh, (walaupun rumah) kuat, (walaupun rumah) gagah. (Cuba perhatikan) Kaum Ad dan kaum Tsamud, rumah (mereka) kuat. Kaum Firaun, (mereka mempunyai) bala tentera (yang) ramai. Kesemua (kehebatan ini) tidak mendatangkan apa-apa kesan apabila datangnya hukum Allah swt terhadap mereka yang menentang Allah swt dan Rasulnya saw. Maka, ketahuilah hukuman Allah itu, شَدِيدُ الْعِقَابِ (maksudnya) sangat keras balasannya kepada orang yang melawan Allah swt, (hukum Allah swt itu sangat keras kepada mereka yang) melawan Rasulullah dan mereka yang melawan sesiapa sahaja yang menegakkan ajaran Allah di atas muka bumi Allah ini. 

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan