Khamis, 12 April 2012

Kuliah Subuh - Kewajipan Mengikut Rasulullah saw

video

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

Dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan.” (Riwayat Bukhari)

Hadis ini mengatakan bahawa salah satu cara seseorang itu masuk syurga adalah dengan mentaati Rasulullah saw, dengan perintah daripada Allah swt. Tidak ada sesiapa yang menentukan seseorang itu masuk syurga ataupun masuk neraka melainkan Allah swt. Allah swt memberitahu dalam ayat-ayat al-Quran, bahawa antara cara-cara masuk syurga itu adalah mentaati Rasulullah saw kerana Rasulullah saw itu dilantik oleh Allah swt menjadi rasul.

(Baginda) bukan dilantik oleh manusia sebagaimana melantik raja melalui baka dan keturunan. (Ataupun) sebagaimana melantik presiden (atau) melantik ketua negara melalui penentuan oleh golongan yang tertentu dalam amalan diktatorship. Ataupun melalui pilihanraya dalam demokrasi berparlimen. Adapun rasul alaihisalatuwassalam termasuk Nabi Muhammad saw dilantik dan dipilih oleh Allah swt, yang berakhir dengan Nabi Muhammad saw. Yang mana Allah swt sendiri yang memilih Nabi Muhammad saw, yang mendidik dan mengajarnya sejak dilahirkan ke dunia hingga dibangkitkan sebagai rasul. (Baginda adalah) seorang yang paling sempurna kejadiannya, yang paling sempurna aqal fikirannya, yang paling bijak dan cerdik (dan) dipandu oleh ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepadanya dibawa oleh malaikat Jibril yang menerimanya daripada Allah swt.

Maka Nabi Muhammad saw adalah contoh dan tauladan kepada semua manusia dalam semua urusan, samada urusan yang berkait dengan iman, kepercayaan kepada Allah dan hari akhirat. (Rasulullah saw juga contoah tauladan dalam perkara yang) termasuklah dalam urusan cara hidup yang mana Allah swt menurunkan kepada manusia cara hidup yang dinamakan hukum syariat, samada yang berkait dengan makan minum, yang berkait dengan pakaian, yang berkait dengan rumah tangga, yang berkait dengan politik, yang berkait dengan ekonomi, yang berkait dengan undang-undang negara, yang berkait dengan undang-undang perdagangan, yang berkait dengan undang-undang jenayah, undang-undang keluarga dan undang-undang antarabangsa. Semuanya dinyatakan oleh Allah swt. Samada secara khusus melalui hukum dalam al-Quran al-Karim dan dinyatakan oleh Nabi saw dengan panduan oleh Allah swt.

 وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ

Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al Qur’an) menurut kemahuan hawa nafsunya.
Surah an-Najm (53) : 3
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya),
Surah an-Najm (53) : 4
Apa yang dicakap adalah wahyu yang diwahyukan oleh Allah swt, samada ayat-ayat Al-Quran al-Karim ataupun yang diilhamkan oleh Allah swt di dalam akal fikiran Nabi saw. Di sana ada undang-undang Allah yang ditetapkan secara nas. Dan di sana ada undang-undang yang diberi oleh Allah swt keizinan kepada manusia untuk mengadakannya. Maka manusia hendaklah mengikut peraturan-peraturan ini dalam semua urusan sebagaimana yang diajar oleh Nabi saw, bermula daripada mengajar manusia mengucap dua kalimah syahadah, dan menjadi orang Islam sehinggalah mengajar akhlak dan perangai dalam makan minum, keluarga dan lain-lain, sehinggalah berhijrah ke Madinah, mendirikan kerajaan, sehingga berperang dan berdamai dengan musuh dan dengan orang bukan Islam. Semua perkara ditunjuk oleh Nabi saw. Dan kita mestilah mematuhi Nabi saw, sebagaimana yang dibuat oleh sahabat radiallahuanhum, di mana mereka itu bukan sahaja bersama dengan Nabi ketika berada di Mekah, ketika menghadapi kesusahan, (mereka juga) mengajak manusia beriman kepada Allah swt dan beramal dengan akhlaq dan perangai yang ditunjuk oleh Allah swt (melalui Rasul-Nya) sehinggalah apabila Nabi saw berhijrah ke Madinah, mereka ikut Nabi ke Madinah dalam negara dan menjalankan kwajipan untuk menegakkan Islam di dalam negara dan masyarakat, sehingga mereka berjuang, ada yang mati, ada yang cacat dan ada yang macam-macam.


Maka di sini Allah taala menyebut dalam ayat-ayat yang banyak, di antaranya:
 أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.
QS. Ali Imran (3) : 142

Itulah jalan untuk masuk syurga. Adapun mereka yang durhakakan Nabi saw ataupun beriman dengan sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. (Contohnya) dalam perkara beribadat dan berumahtangga ikut Nabi saw, (tetapi ) dalam pemerintahan negara, ekonomi, politik  tak ikut Nabi saw, sebaliknya memakai peraturan-peraturan manusia. Maka orang seperti ini tempatnya di dalam neraka.

Perkara ini disebut oleh Allah swt dalam al-Quran:
 ثُمَّ أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ تَقْتُلُونَ أَنْفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِنْكُمْ مِنْ دِيَارِهِمْ تَظَاهَرُونَ عَلَيْهِمْ بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَإِنْ يَأْتُوكُمْ أُسَارَىٰ تُفَادُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat.
QS. al-Baqarah (2) : 85
 أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ
Itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan siksa mereka dan mereka tidak akan ditolong.
QS. al-Baqarah (2) : 86

Allah swt tidak menolong mereka, tidak meringankan azab di hari kiamat.

Firman Allah taala:
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu.
QS. al-Baqarah (2) : 208

Ini menunjukkan bahawa kita mestilah mengikut Nabi saw dalam semua ajaran. Jangan ikut separuh-separuh.  Kalau ikut separuh-separuh, itu adalah langkah-langkah syaitan dan itu dilarang sekeras-kerasnya oleh Allah swt Islam. Kalau nak taat Nabi saw, kena taat semua, bukan separuh-separuh sahaja.

Di sana Allah menjelaskan dalam ayat yang lebih terperinci dan secara lebih details.
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
QS. an-Nisa’ (4) : 59

Itulah dia penyelesaian yang sebaik-baiknya.

Ada disebut dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
"Segala amal akan datang pada hari qiamat (untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya). Diantaranya sembahyang datang lalu berkata: "Ya Tuhanku! akulah sembahyang"; Allah Ta`ala berfirman (kepadanya): "Tujuan engkau itu baik, (tetapi engkau sahaja belum cukup); dan (selepas itu) datang pula sedeqah, puasa dan amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman (kepada tiap-tiap satunya): "Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup."; kemudian datang pula Islam lalu berkata: "Ya Tuhanku! Engkaulah Tuhan yang bernama As-salam, dan akulah Islam"; maka Allah Ta`ala berfirman (kepadanya): "Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah Aku menerima dan dengan engkaulah jua Aku memberi balasan." (HR Imam Ahmad)

Ini menunjukkan, akhirnya Islam akan datang bertemu dengan tuannya,  adakah orang itu Islam ataupun menyerah mereka sepenuh-penuhnya sebagaimana yang dicontohi oleh Nabi-nabi. Firman Allah swt:
وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَنْ سَفِهَ نَفْسَهُ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ
Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang saleh.

QS. al-Baqarah (2) : 130
إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ
Ketika Tuhannya berfirman kepadanya:” Tunduk patuhlah! Ibrahim menjawab: “Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam”.
QS. al-Baqarah (2) : 131
وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaqub, (Ibrahim berkata): “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam”.
QS. al-Baqarah (2) : 132


Dan sesiapa yang tidak suka kepada ajaran agama yang dibawa oleh Ibrahim, adalah orang yang membodohkan diri mereka. Sesungguhnya kami memilih Ibrahim di dunia (dengan melantik dia menjadi Rasul) dan Allah melantik daripada zuriat-zuriat Ibrahim (zahirnya Nabi Muhammad saw) dan di akhirat, Nabi Ibrahim termasuk orang-orang yang saleh. Sewaktu isra' mi'raj, Nabi Ibrahim duduk di langit ke tujuh, bersandar di baitul makmur, di belakangnya syurga. 

Apakah amalan Nabi Ibrahim as? Allah swt berfirman, "Islam, wahai Ibrahim", Ibrahim menjawab, "Saya Islam kepada Tuhan Sekalian Alam". Ibrahim memberi wasiat kepada anak-anaknya, Nabi Yaaqub memberi wasiat kepada anak-anaknya, "Wahai anak-anak kesayanganku, sesungguhnya Allah telah memilih suatu agama, iaitu agama Islam. Jangan kamu mati melainkan kamu mati dalam keadaan kamu orang Islam".

Apakah makna Islam? Islam yang dibuktikan oleh Ibrahim as (iaitu) menyerah diri kepada Allah. Apabila Allah swt memerintahkan Nabi Ibrahim untuk duduk di Mekah yang kering, yang tidak mempunyai apa-apa hasil pun. (Apabila) Tuhan perintah, Ibrahim menghantar anak dan isterinya ke bumi Mekah. Ibrahim tak tanya, "di sana ada lampu letrik, pasar, kemudahan asas, air" Ibrahim tak tanya (kepada Allah swt). Tuhan suruh hantar, "Hantar" Ibrahim percaya, Tuhan mesti memberi rezeki.  (Kita) kena ikut Tuhan dulu, kemudian Tuhan akan beri rezeki. Jika sekiranya, kalau nak ikut Islam, kena ada benda (senang) dahulu, itu bukan Islam yang sebenar. Islam Nabi Ibrahim menghantar anak dan isteri ke bumi Mekah, walaupun bumi Mekah itu, lembah yang tak ada tanaman. Ibrahim tunduk (kepada Allah dan) hantar anak-anak ke bumi Mekah yang kering, selepas itu Allah taala beri rezeki yang melimpah ruah. Kalau nak tengok rezeki dulu, baru nak ikut Islam, ini bukan Islam yang sebenar. Bila Allah swt menyuruh Nabi Ibrahim as menyembelih anak, setelah anaknya Ismail as besar, 
 فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata:” Wahai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu! “Ia menjawab:” Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar “.
QS. as-Shaffat (37) : 102

Apabila anaknya Ismail sudah sampai umur untuk menolong ayahnya, berjalan bersama dengan ayah. Seorang ayah yang tidak boleh anak, kemudiannya mendapat anak, (Nabi Ibrahim) sangat sayang kepada anaknya itu (Nabi Ismail). Ketika anak itu sudah boleh berjalan dan menolong ayahnya, tetiba Ibrahim diwahyukan oleh Allah untuk menyembelih anaknya Ismail. Lalu ibrahim bertanya kepada anaknya, "Wahai anak, aku bermimpi,  aku menyembelihmu". Mimpi seorang rasul adalah wahyu daripada Allah swt. Lalu Nabi Ismail as, menjawab, " Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar “

Islam Nabi Ismail, Islam Nabi Ibrahim adalah (bermaksud) menyerah diri kepada Allah taala. Bila Allah swt suruh "Sembelih anakmu" Ismail sanggup disembelih. Ismail as menyerah diri, itulah dia Islam. Apabila Allah swt suruh pencuri dikerat tangan, penzina direjam, orang murtad dibunuh, (ada yang kata) "ini tak boleh, undang-undang ini kejam" walaupun itu undang-undang Allah swt. Di mana Islamnya? Di mana menyerah diri kepada Allah? Apabila Allah swt kata, jual beli itu halal, riba adalah haram. Lalu kita kata, "Riba adalah keperluan ekonomi, kalau tak riba, tak berniaga kita pada zaman ini". Apabila Islam kata tutup aurat itu wajib, lalu kita kata "tak boleh, orang buka aurat semua, kita kena ikut orang ramai". Di mana Islamnya? Di mana menyerah diri kepada Allah swt? Ini termasuk orang yang enggan kepada Nabi saw. Kalau nak masuk syurga, taat kepada Nabi. Kalau tak taat kepada Nabi saw, enggan atau ikut separuh, tak taat separuh, buat main-main ke(pada) Nabi saw, jawabnya masuk neraka, sekiranya tidak bertaubat dan tidak beristighfar, tidak memohon ampun kepada Allah, tidak balik semula kepada Islam. Sebagaimana yang ditunjuk oleh Nabi saw.
Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan