Sabtu, 21 April 2012

Qaryah Ramadhan 1 - Amanah Orang Berilmu

Kuliah yang disampaikan pada 2 Ramadhan 1429H. Marilah kita hayatinya.:-)






Assalamualaikum waramatullahitaala wa barakatuh.

Yang pertama, syukur kita kepada Allah swt kerana pada tahun ini dapat hidup dan diberi umur oleh Allah swt, sehingga kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan tahun 1429H. Jadi, sebagai kupasan ringkas, kepada ayat yang telah dibaca oleh Imam. Ana telah diberi peluang untuk mengupas ayat yang berkaitan dengan tindakan yahudi dan hubungkait dengan malaikat yang diutuskan oleh Allah swt.

Ayat yang telah dibacakan tadi dalam surah Al-Baqarah ayat 98, berbunyi:
مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِلَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَالَ فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ
Maksudnya, "Barangsiapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir. "

Jadi, kalaulah kita tengok dan kita perhatikan, musuh kita di atas dunia ialah sebagaimana telah digambarkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-karim iaitu dalam ayat surah al-fatihah yang sentiasa kita baca, dalam surah Al-fatihah ayat 6 dan 7.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّين َ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ 
Maksudnya, "Tunjukilah kami jalan yang lurus. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. "

Ya allah jadikan kami digolongkan dalam golongan manusia yang telah kamu beri nikmat kepada mereka, dari golongan nabi-nabi, sahabat-sahabat dan orang-orang yang syahid. Akan tetapi ya allah, janganlah kamu sekali-lagi kamu jadikan kami termasuk dalam golongan yang kamu murkai.

Ulama-ulama telah menafsirkan (الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ) sebagai yahudi. Sebab apa, sebab yahudi ini telah merosakkan amanah yang telah diberikan olah Allah swt, iaitu amanah ilmu. Begitu juga dengan Kristian. Kedua-duanya itu telah dilaknat oleh Allah swt. Di atas lidah nabi mereka, samada yahudi baik, samada Kristian baik, semua dilaknat oleh ALLAh swt.

Sebab, iaitu kerana mereka telah mensia-siakan amanah ilmu yang telah diberikan ilmu yang diberikan oleh ALLAH swt kepada mereka. Orang yahudi, dia lawan agama, dia lawan Allah swt di dalam keadaan dia tahu. Sebab orang yahudi, sebab turunnya ayat ini, tuan-tuan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh ulamak, yang mengatakan bahawa apabila Nabi kita, Muhammad saw bertemu dengan golongan Yahudi, maka, orang yahudi tanya Nabi, dia tahu, tidak ada nabi yang diutuskan oleh Allah swt kecuali ada malaikat yang menyampaikan kepadanya berita. Nampak tak tuan-tuan, orang yahudi orang alim, orang reti, orang pandai, orang berilmu.

Dia tanya lagi, siapa sahabat kamu dari kalangan malaikat. Nabi saw jawab, Jibril. Orang Yahudi kata, jibril, yang datang kepada kami yang telah menurunkan ayat berkenaan dengan bunuh, itu merupakan musuh kami.

Maka Allah swt menurunkan ayat yang kita bacakan tadi.

Ulama tafsir kata, kenapa Allah sebut, (عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ ) sebab, ayat ini berkenaan orang yahudi, nak beritahu kepada kita bahawa Allah memusuhi, tak kira orang Yahudi, tak kira orang Melayu, orang Arab, apabila dia tolak Allah swt, maka, Allah swt tolak dia, maka, apabila Allah tolak kita, tiada kuasa yang dapat mengangkatnya.

Kita satu kelompok manusia yang telah diperkasakan oleh ALLAH swt dengan agama Islam yang kita anuti, Islam yang kita pegang, maka jika sekiranya kita cari selain Islam sebagai cara hidup, kita akan dihina oleh Allah swt. Ayat ini menggambarkan kepada kita, orang yahudi tidak melaksanakan amanah ilmu yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka bertindak, sebab tu lah tuan-tuan, apabila kita belek (teliti) masyarakat kita sekarang, kita takkan jadi Yahudi. Kita tidak akan jadi bangsa yahudi, sebab kita Melayu, tapi, perangai, tetapi, perangai yang bermasalah. Nabi kita memberi gambaran benda yang akan berlaku, "nescaya kamu akan turut apa yang dilakukan oleh orang sebelum kamu sehingga jika kamu masuk lubang biawak sekalipun, kamu akan turut mereka. Maka, sahabat bertanya, "adakah yang dimaksudkan itu Yahudi dan Kristian?" Nabi saw menjawab, "Kalau tidak mereka, siapa lagi."

Tuan-tuan, kita, sekarang ini, orang cari harta sehingga tinggal amanah ilmu. Cuba tuan-tuan ingat peristiwa yang berlaku kepada bangsa kita. Tuan-tuan, orang sekarang, apa nak jadi dengan tindakan kita yang bangsa Melayu apabila berlaku kisah liwat. Betapa bisunya ulama untuk memperkatakan perkara yang sebenar. Tuan-tuan, ini nasib kita tuan-tuan. Kita kena fikir, kalau sesetengah-tengah ulama, yang nak jaga perut, pangkat, dan kedudukan, inilah jadi. Kita tidak akan jadi Yahudi, tetapi perangai Yahudi akan berjangkit kepada kita. Jika sekiranya, ilmu yang diberikan oleh Allah swt telah kita sia-siakan. Ilmu yang diberikan kepada kita bukan untuk berbangga, tapi ilmu adalah amanah, yang telah diberikan daripada Allah taala, supaya kita menunaikan hak ilmu kepada ahlinya.

Tuan-tuan, sebab itulah di dalam mentakrifkan ulamak, ulamak memberikan garis paling jelas. "Seseorang itu tidak boleh dilabelkan sebagai alim kecuali apabila dia beramal dengan ilmunya". Saya menyeru, jika kita dianugerahkan oleh Allah swt dengan seorang yang berilmu yang cuba mempraktikkan, di dalam kehidupan masyarakat, di dalam kehidupan keluarga, di dalam kehidupan negara, tuan-tuan, jadikanlah dia sebagai sahabat, sebagai rakyat, sebagai penyokong. Sebab, nak cari orang macam ini, bukannya senang.

Kita, kalau nak cari kawan, sebagaimana telah disebutkan oleh ulama, mesti kita tengok dia, apabila kita tengok dia, kita akan ingat Allah swt. Jangan kalau tengok dia, ingat disko, tengok dia, teringat judi di Genting Highland. Orang begini, walau selamat mana kehidupan duniawi dia, kita jangan jadikan dia sebagai sahabat. Sebab perangai manusia ini akan berjangkit. Sebab itulah, kita sekarang ini, kalau kita tengok masyarakat kita sekarang ini, kerana kealpaan ataupun ketidakpedulian ulama kita, jadilah bangsa Melayu kita semakin hari semakin tunduk ke bawah. Kita bukan bangkit dengan kebangsaan kecuali agama Allah swt. Sebab tu, Nabi saw pada awal perlantikan dia sebagai rasul, di antara benda yan diperangi adalah masalah warna kulit, masalah kekayaan dan masalah kasta. Tengok kisah, dalam perlantikan Bilal sebagai muazzin, ada seorang yang seorang sahabat Rasulullah saw yang tersalah cakap. Sahabat ini berkata, "adakah patut Rasulullah saw ambil gagak hitam ini sebagai muazzin?". Disebabkan Islam ini bukanlah berteraskan kepada warna kulit, kebangsaan, maka, yang menegur lelaki itu adalah Allah swt sendiri. Allah taala menjelaskan dalam al-Quran dalam Surah Al-Hujurat ayat 13.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 
Maksudnya, " Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Orang Yahudi tak tengok perkara ini. Orang Yahudi, kalau puaknya, dia akan sokong. Kalau bukan puaknya, contohnya Islam, maka, dia tak akan sokong. Titik permusuhan antara yahudi dan Islam adalah kelahiran Nabi saw.

Tuan-tuan, Islam, tak mengira manusia.

Sebab itulah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hendaklah kamu dengar dan taat kepada perintah pemimpin walaupun ianya adalah seorang hamba habsyi (dari Habsyah) yang hitam rambutnya (berwajah hitam).” (Sahih Bukhari, Fath al-Bari, ibn Hajr al-Asqalani)

InsyaAllah, amanah ilmu yang diberikan Allah swt oleh kita, mesti kita tunaikan sewajarnya, mudah-mudahan bangsa kita, seagama kita, akan naik dan mencapai kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan