Selasa, 5 Jun 2012

Ujian Bagi Pejuang Allah - Kuliah Jumaat

InsyaAllah, video yang saya postkan di sini adalah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Zawawi Nik Salleh pada 20 March 2009, bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1430H.



Ayat yang dibincangkan pada hari ini, adalah surah Ali-Imran ayat 186.

Ayat ini adalah satu peringatan, yang diperingatkan kepada nabi-nabi dan sahabat, kepada kita dan manusia hingga hari kiamat. Setiap pejuang agama allah, pasti akan berdepan dengan ujian.

Ujian harta benda
Kita mesti sedar, nikmat harta benda adalah milik allah secara mutlak. harta adalah harta daripada allah. harta ini adalah hadiah yang sementara. bila kita mati, ia tak akan ikut kita. allah telah memberikan kita kemudahan untuk menukar nikmat harta kita kepada bekalan di akhirat. kita boleh tukar harta kita kepada bekalan di akhirat, dengan pahala dengan menggunakan di jalan Islam. Segala nikmat yang Allah berikan kepada manusia di hari akhirat, tentunya mahal harganya. jika kita hanya sembahyang sahaja, tak akan berupaya beli semua hadiah ini.

Berjuang menegakkan agama Allah
Imam Adz-Zahabi dalam kitab Kabair (dosa-dosa besar) menyatakan bahawa jika kita tak sembahyang, kita boleh jadi kafir, walaupun kita tidak mengingkari hukumnya.
Tapi, berbanding dengan sembahyang, Allah lebih banyak menyebut perihal perjuangan menegakkan Islam.
Tak akan diampun, dosa orang yang syirik kepada Allah. tapi, bagi orang mati syahid, bagi mereka, Allah swt ampunkan semua dosa termasuk dosa syirik.
Orang mati syahid, diiring oleh malaikat, untuk pergi duduk di bawah arasy Allah swt.
Perlulah kita sedar, perjuangan kita di Malaysia, adalah senang, berbanding dengan perjuangan orang-orang Palestin. Kata Dr Musa Al-Marzuk, "dalam peperangan, dikeluarkan perintah, supaya cari 50 orang pemuda untuk mati syahid". Berbeza dengan kita, kalau kita tak sanggup nak keluarkan sedikit harta untuk perjuangan, macam mana nak bercakap dengan Allah di akhirat kelak.