Rabu, 18 Disember 2013

Jaulah Masjid 1 - Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk melawat sebuah masjid jajahan, iaitu jajahan Kuala Krai, yang diberi nama, Masjid Tengku Muhammad Faris Petra.
Gambar Sisi Masjid TMFP, Kuala Krai di kala Maghrib
Kedudukan
Koordinat Masjid Tengku Muhammad Faris Petra adalah 5°31'42"N 102°11'56"E. Kedudukannya sememangnya sedikit tersembunyi, berbanding masjid-masjid jajahan yang lain. Malahan, jika dibandingkan, masjid ini adalah lebih kecil berbanding masjid jajahan yang lain, seperti Masjid Pasir Puteh. Kawasannya yang agak terpencil menyebabkan bilangan makmumnya adalah sedikit kurang berbanding dengan masjid jajahan yang lain. Sewaktu kehadiran ana pada petang maghrib tersebut, bilangan makmum yang hadir adalah satu saf sahaja. Semoga diberikan hidayah kepada kita semua untuk sama-sama menghadiri sembahyang berjemaah pada masa akan datang.

Ruang Sembahyang Masjid TMFP, Kuala Krai
Keistimewaan
Oleh kerana persinggahan ana yang cukup sekejap di masjid ini, keistimewaan yang ana sebutkan hanyalah sekelumit daripada banyak-banyak yang tersembunyi. Seni binanya cukup menarik. Begitu juga, pintu-pintu masuk ke ruang sembahyang diletakkan nama-nama empat khulafa' ar-rasyidin. Meletakkan nama bagi pintu merupakan perkara yang jarang ana temui, walaupun menamakannya adalah perbuatan yang selalu kita dengar di dalam hadis. Contohnya, pintu Al-Rayyan adalah nama sebuah pintu di dalam syurga, menurut sebuah hadis yang sahih. Justeru, tindakan menamakan empat pintu masuk pada mata ana, adalah istimewa.

Pintu Abu Bakar dan Pintu Umar di Masjid TMFP, Kuala Krai
Selain itu, zikir selepas solat di masjid ini agak lama, jadi, kepada sesiapa yang sukakannya, bolehlah datang ke sini dan jadikan sebagai rutin.

Di sini juga, diadakan pengajian kitab-kitab setiap malam, selepas maghrib. Salah seorang daripada penceramahnya adalah Dr Abdul Basit Abdul Rahman yang merupakan seorang personaliti TV.

Jadual Kuliah Maghrib di Masjid TMFP, Kuala Krai
Penutup
Sebelum ana melangkah pergi dari masjid ini, ana mensedekahkan RM2 sebagai bekalan akhirat. Semoga diberikan kebaikan kepada ana atas perbuatan ini, dan ana menceritakannya semata-mata untuk memberi semangat kepada semua untuk bersedekah juga.

InsyaAllah, ana akan melawat Masjid Pasir Puteh pula apa ada kesempatan.

Isnin, 9 Disember 2013

Cerpen 1 - Cerita di Suatu Hari

Telefon Ahmad bergetar. Ahmad yang sedang membaca al-Quran menyeluk sakunya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Kelihatan nama isterinya, Widad tertera pada skrin. Ahmad mengeluh. Kalau boleh, dia teringin iktikafnya di masjid ini tidak terganggu. Ahmad menarik nafas panjang dan menekan butang ‘terima panggilan’.
“Abang, abang dah sampai mana?” Tanya Widad.
“Sepatutnya kita mulakan bercakap dengan beri salam, assalamualaikum,” tegur Ahmad.
“Ya, ya. Assalamualaikum. Abang dah sampai mana?” Widad terus bertanya.
“Abang masih di masjid, 15 minit lagi abang balik,” jelas Ahmad.
“Abang, lambat sangat. Cepatlah balik, janji nak sampai rumah pukul 2.30 petang. Sekarang dah pukul 2 petang. Cepatlah balik,” Widad terus memaksa.
Ahmad menarik nafas panjang.
“Ya, baik. Abang balik sekarang,” jawab Ahmad sambil mengeluh.
“Okay, Widad pun nak mandikan Lutfi sekejap. Cepat balik. Okay, bye.”
“Assalamualaikum!” tegur Ahmad, namun, Widad sudah memutuskan panggilannya.
Ahmad bangun dan bergerak ke kereta yang diparkirnya. Keretanya berada jauh daripada pintu besar Masjid Yaakubiah. Slot parkir masjid ini cukup luas, dan kebanyakan ahli jemaahsudah pulang ke rumah. Kawasan tersebut sudah lapang.
Ahmad memandang kereta Honda Accord miliknya yang baru sahaja dibeli dua bulan lepas. Dia mendapat durian runtuh sebagai penjawat awam sempena Pilihanraya Umum ke-13 yang lepas. Kerajaan menawarkan bonus dua bulan untuk semua penjawat awam. Ahmad mengetahui itu merupakan salah satu cara kerajaan mahu menarik hati penjawat awam supaya mengundi mereka. Namun, bagi Ahmad, asalkan masuk gajinya setiap bulan, dia tidak kisah siapa pun yang memerintah negara.
Ahmad yang masih berada di tangga masjid terpandang seorang lelaki berbaju kemeja-T berleher bulat berwarna hitam, berseluar pendek hijau dan bertopi keledar merah yang berada berhampiran keretanya. Tekun lelaki tersebut sedang meneliti keretanya.
“Mungkin pencinta kereta yang terpegun dengan kereta kuning aku,” getus Ahmad di dalam hati.
Langkahan Ahmad terhenti apabila lelaki tersebut cuba membuka pintu keretanya.
“Woi, kau sedang buat apa?” jerit Ahmad.
Lelaki tersebut terus bergegas ke motosikal yang terletak berhampiran dan memecut pergi. Beberapa ahli jemaah berusaha menyekat motosikal tersebut namun tidak berjaya. Yang lain menghampiri Ahmad untuk bertanya apa yang berlaku.
“Kenapa, Ustaz?” Tanya Imran, anak Ustaz Rosli, imam bagi Masjid Yaakubiah itu.
“Ana rasa, ada orang yang hendak mencuri kereta ana tadi, sebab itu ana jerit. Dia pakai baju hitam, seluar hijau,” terang Ahmad.
Imran memberitahu Ahmad bahawa sudah banyak kali kes kecurian berlaku di kawasan tersebut dan pihak masjid sudah berusaha mengawalnya namun setakat ini belum berjaya.
“Bulan Ramadan pun masih ada pencuri ya? Sepatutnya Ramadan bulan menambah pahala, mereka menambah dosa,” kata Ahmad kepada Imran.Imran tersenyum.
Sejurus selepas bersalam dengan Imran, Ahmad menyarung sandalnya dan bergegas pulang. Walaupun hatinya masih lagi marah akan peristiwa itu, dia bersyukur bahawa dia turun awal daripada masjid.
Menghidupkan enjin kereta, Ahmad meluncur laju ke rumahnya yang terletak agak jauh daripada masjid tersebut. Dia sebenarnya sengaja bersembahyang di masjid yang sedikit jauh daripada rumahnya kerana mahu berada lebih lama di masjid. Jika dia bersembahyang di masjid yang lebih dekat, dia perlu pulang awal. Widad sudah banyak kali mengingatkannya untuk pulang ke rumah awal hari ini, kerana Widad memerlukan bantuannya untuk beberapa perkara.
Namun, bagi Ahmad, berada di masjid lebih penting daripada kerja yang Widad mahu lakukan, tapi, dia tetap mahu menjaga hati isterinya itu. Widad isteri yang mudah merajuk.
Telefon bimbitnya bergetar sekali lagi. Ahmad tidak mengendahkan panggilan itu. Setelah beberapa ketika, panggilan itu terhenti. Ahmad tidak suka menyambut panggilan telefon sewaktu memandu, dia pernah terlibat dalam kemalangan kerana telefon. Jadi sekarang, dia lebih berhati-hati.
Jalan raya di bandar itu penuh dengan kain rentang yang cuba mempromosikan barangan. Jarang-jarang sekali, ada kain rentang yang meminta derma untuk anak-anak yatim. Sekali-sekala, ada kain rentang politik, “Haji Hadi syiah!” dan sebagainya. Walaupun Ahmad kurang mengambil berat berkaitan dengan politik, namun, dia tidak bersetuju dengan tuduhan-tuduhan sebegini yang tidak berasaskan bukti. Politik sebegini tidak baik untuk negara.
Menelusuri perkarangan Taman Permata, Ahmad memperlahankan keretanya, kawasan Taman Permata merupakan kawasan AES yang dikuatkuasakan kerajaan beberapa tahun lepas. Had laju yang ditetapkan agak perlahan, beberapa kali juga keretanya dihon kerana mengikut had laju. Pemandu di Malaysia cukup benci kepada pemandu perlahan sepertinya.
Setibanya di rumah, jam sudah menunjukkan angka 2.35 petang. Widad masih lagi sedang berusaha memandikan Lutfi. Lutfi yang berusia 4 tahun cukup payah untuk mandi, terutamanya pukul 2.30 merupakan waktu siaran ulangan cerita kartun Spongebob Squarepants di TV9.
“Abang dah sampai,” kata Ahmad.
“Ya,” sahut Widad.
Keadaan senyap seketika. Ahmad melangkah ke sofa. TV di hadapannya masih lagi terbuka. Dia mengambil alat kawalan jauh TV yang berada di atas meja sofa dan menukar saluran TV. Tiba-tiba terdengar suara Lutfi menjerit.
“Ya, ya, bila Lutfi siap Walid tukar balik,” jerit Ahmad.
Lutfi kembali senyap. Ahmad terus menekan butang alat kawalan jauh, mencari saluran TV yang sesuai untuk bulan Ramadan ini. Selalu juga dia kecewa kerana penyiar TV tidak menghormati bulan Ramadan dengan masih lagi menyiarkan rancangan yang menghina agama. Rancangan-rancangan bercirikan cinta, berpeluk-pelukan masih lagi ditayangkan di kaca TV. Lebih teruk, drama TV Islamik disiarkan dengan wanita bertudung, tetapi masih lagi berpelukan. Dia cukup meluat dengan pengimejan Islam yang ditonjolkan oleh siaran TV.
Lutfi menjerit kesejukan. Widad sedang mengelap badan Lutfi sambil menunjuk-nunjuk almari kepada Ahmad. Ahmad mengangguk dan pergi mengambil baju Lutfi di almari.
Lutfi masih lagi menggeletar kesejukan.
“Walid, walid, spombob, spombob,” kata Lutfi.
Ahmad terus duduk di sebelah Widad, melihat Widad memakaikan pakaian kepada Lutfi. Widad melihat suaminya dan menggelengkan kepala.
“Abang pergilah bersiap,” tegur Widad.
Ahmad menunduk melihat baju Melayu dan kain pelikatnya. Tiada apa-apa yang bermasalah pada matanya. Dia kembali melihat Widad yang sudah menjuihkan bibirnya. Dia tahu, jika dia tidak bersiap, sekejap lagi, adalah yang muncung mulutnya sepanjang hari. Jadi, dia terus masuk ke bilik dan menukar kemeja berpetak dan seluar berwarna cream.
“Yang ini sesuai permaisuri?” Usik Ahmad. Widad melihat atas bawah dan tersenyum.
“Lutfi, hari ini hari jadi Walid, jadi, kita nak pergi sambut, Lutfi suka?” Lutfi senyum.
“Lutfi ada hadiah untuk Walid?” Usik Ahmad. Lutfi tidak menjawab, leka bermain botol bedak talkum yang digunakan oleh Widad sekejap tadi.
Ahmad senyum, dan mengalihkan pandangannya kepada Widad. Widad pun masih belum bersiap.
“Lutfi main dengan Walid, ya. Umi ada kerja sekejap,” kata Widad kepada Lutfi.
Lutfi juga berbaju kemeja berpetak dan berseluar cream, seperti ayahnya. Widad cukup cermat hari dalam perkara ini. Lutfi berjalan ke arah Ahmad dan menarik Ahmad ke sofa. Dia menunjukkan ke arah TV. Ahmad buat-buat tidak faham dengan terus menonton rancangan yang sedia terpampang di kaca TV. Lutfi mula memprotes. Dia bergerak ke hadapan Ahmad dan mengangkat tangannya, bertujuan menyekat pandangan Ahmad. Ahmad tersenyum melihat gelagat anaknya itu.
Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Selalunya, pada waktu ini, TV3menyiarkan kuliah 3 minit. Ahmad menukar saluran TV kepada saluran 3. Kuliah kali ini disampaikan oleh Ustaz Abdul Jabbar bertajuk “Lailatul Qadar di Sepuluh Malam Terakhir”. Kuliah tiga minit secara kesimpulannya menyeru umat Islam supaya berusaha mendapatkan malam yang penuh dengan keberkatan ini.
Malam ini merupakan malam ke-26 Ramadan, salah satu sepuluh malam terakhir. Malam ini, Widad memujuknya berbuka di luar sempena hari lahirnya yang ke-30. Dari awal Ramadan lagi Widad memujuknya, dan akhirnya dia terpaksa menuruti kehendak isterinya itu walaupun agak keberatan.
Widad sememangnya agak teruja untuk menyambut hari lahir suaminya itu kerana sejak mereka berkahwin, Widad tidak pernah berada di sisi suaminya pada 4 Ogos. Setiap tahun, pasti ada sahaja kursus yang perlu dihadirinya. Namun, tahun ini, tiada program yang perlu dihadirinya. Jadi, Widad begitu teruja pada hari ini, sehinggakan salam pun tidak diberi apabila bercakap di telefon. Namun, perempuan tetap perempuan,bersiapnya lama juga. Mencari baju, menggosok baju, memadankan dengan tudung, itu sudah lumrah wanita yang perlu lelaki fahami. Asalkan tidak berlebihan tidak perlu dipertikaikan.
Ahmad masih lagi duduk di sofa, menemani Lutfi melihat kartun Spongebob kesukaannya. Widad pula ke hulu ke hilir, menutup tingkap, memeriksa sterika dan tombol tong gas, serta mesin basuh.
“Abang ada bawa kunci rumah?” sesekali Widad bertanya.
Ahmad menggoncang kunci rumah yang ada di sebelahnya menandakan dia sudah memegangnya. Akhirnya, pkul 3.30 petang, barulah kesemua tiga beranak menaiki kereta bersiap ke tempat yang dituju.
Sesudah mengunci pintu pagar, Ahmad memulakan bicara,
“Kita keluar awal, awak hendak ke mana sebenarnya?”
“Widad sudah tempah tempat di Restoran Duyung, mahal tapi, kawan widad cakap, berbaloi,” jawabnya.
“Jadi, awak hendak abang bawa kereta ke sana terus ke? Restoran itu lambat lagi berbuka. Kalau pergi sekarang, nampak sangat pula kita tak sabar nak berbuka,” Ahmad mencelah.
“Abang, Widad tak habis cakap lagi. Mula-mula, kita pergi JUSCO dulu, Widad nak beli barang-barang dapur sekejap,” Widad menyatakan perancangannya. Widad memang menyembunyikan perancangannya untuk hari ini.
Ahmad pun memandu keretanya memasuki Jalan Impi. Widad sedang memilih-milih saluran radio, mencari saluran yang sesuai untuk kanak-kanak.
“Lutfi hendak ikut Walid ke or ikut Umi?” Ahmad bertanya.
“Walid tanya, Lutfi sayangUmi atau sayang Walid?” Sampuk Widad.
“Umi, umi, umi,” jawab Lutfi tersengih-sengih.
“Pandainya anak Umi,” puji Widad.
Ahmad menjeling gelegat dua beranak ini.
“Lutfi teringin nak jalan-jalan mana?” tanyanya lagi.
“Pasar malam,” jawab Lutfi ringkas.
“Pasar malam kita baru pergi semalam.”
“Lutfi nak pasar malam ada tingkat-tingkat,” Lutfi tetap bertegas.
“Lutfi hendak pergi JUSCO, abang. Kita selalu bawa dia waktu malam kan? Jadi, dia panggil JUSCO pasar malam. Kan Lutfi kan?” celah Widad.
Ahmad mengangguk. Memang benarlah kata orang tua, tiada rahsia yang boleh si anak sembunyikan daripada ibunya. Radio IKIM menyiarkan lagu bahasa Arab, Widad dan Lutfi menyanyi bersama-sama. Lagu itu berkaitan dengan menziarahi zoo. Lutfi suka lagu tersebut, pasti dia tersenyum ringkas.
Sejurus habisnya, lagu tersebut, Widad pun memulakan rutinnya setiap kali berada di dalam kereta, iaitu bercerita. Malangnya, dia tidak bercerita kepada Ahmad, sebaliknya kepada Lutfi.
“Walid hafal quran sejak umur 15 tahun. Hebat kan Walid? Tapi, kalau Lutfi, Umi rasa, mesti dapat hafal sebelum umur 12 tahun, kan?”
“Walid mula puasa waktu dia umur 6 tahun, Lutfi hendak puasa mulai umur berapa?”
“Walid waktu dia kecil, dia tak sehero Lutfi, dia tak suka makan pedas.”
Dan pelbagai lagi topik-topik yang hanya diketahuinya yang diberitahu kepada Lutfi. Perangai suka bercerita ini baru sahaja bermula, sejak Lutfi mula mengeja jawi. Topik pada hari ini adalah raya.
“Walid dulu, dia mula puasa umur 6 tahun. Tok Mek dulu cakap dekat Walid yang Walid tak boleh beraya kalau Walid tak puasa, jadi, Walid pun puasa lah,” Widad bercerita.
“Lutfi hendak puasa juga, sebab Lutfi nak raya,” sampuk Lutfi.
“Lutfi kena sahur kalau hendak puasa,” kata Widad.
“Sahur itu apa umi?” Tanya Lutfi.
“Sahur, itu makan sebelum puasa. Selalunya kita tidur dulu,” cerita Widad.
“Bangunkanlah Lutfi nanti,” minta Lutfi, diikuti dengan anggukan Widad.
Widad senyap seketika kerana telefonnya berdering. Rakannya, Amanina menghubunginya atas urusan kerja. Setelah selesai menjawab panggilan tersebut, Widad menyambung ceritanya.
“Kalau Lutfi puasa banyak-banyak, Allah suka. Suka sangat-sangat. Allah kalau dia suka, dia bagi pahala.”
“Kalau Lutfi ada simpan pahala banyak-banyak, Lutfi dapat masuk syurga. Dalam syurga semua ada, Allah hadiah kepada Lutfi. Apa yang paling Lutfi hendak?” Tanya Widad.
“Lutfi hendak umi, sebab Umi sayang Lutfi,” jawab Lutfi sambil bermain-main dengan jam tangan Widad.
“Walid? Walid sayang lutfi juga,” Ahmad cuba memancing kasih Lutfi.
“Walid sayang kereta,” jawab Lutfi spontan.
Widad dan Ahmad tertawa. Widad kelihatan cuba meyakinkan Lutfi bahawa Ahmad menyayanginya juga. Ahmad bergerak masuk ke parkir kereta bawah tanah JUSCO, lebih sejuk berbanding parkir bumbung yang terkena terik mentari.
Jam sudah menunjukkan jam 4 petang. Ahmad dan Widad mula meninjau-ninjau pasaraya tersebut. Mereka bergerak daripada satu kedai ke kedai yang lain. Widad yang kelihatan sibuk mencari-cari, Ahmad hanya mengikut di belakang. Sesekali, Widad akan membawa baju dan seluar untuk bertanyakan pendapat. Ahmad bukan seorang yang reti berkenaan fesyen dan warna, jadi, dia sentiasa bersetuju dengan Widad.
Pasaraya hari ini, tidak langsung bersuasanakan Ramadan walaupun Ramadan masih belum sampai ke penghujungnya. Sebaliknya, lagu-lagu hari raya berkemundang silih berganti, daripada lagu klasik kepada lagu moden. Sememangnya suasana raya cukup kelihatan daripada dekorasi dan promosi, semuanya merujuk kepada raya. Pada awal Ramadan, JUSCO menyiarkan ceramah Ustaz Azhar Idrus.
Walaupun Widad sudah keluar masuk 5 kedai, namun, dia masih belum membeli apa-apa.
“Belum berjumpa baju yang berkenan?” sapa Ahmad.
“Jumpa. Tapi, sekejap lagi Asar sudah masuk. Kalau sudah beli, saya tak tahu hendak letak di mana,” jawab Widad.
Ahmad mengangguk. Selepas Widad keluar daripada Butik Amira, mereka bertiga bergerak ke Surau JUSCO untuk menunaikan solat Asar.

Ahmad dan Lutfi masih menunggu Widad di kerusi berhadapan dengan surau JUSCO. Faham benarlah Ahmad dengan perangai  Widad yang memang lambat bersiap.  Begitu lah perempuan, kalau bersiap, berejam2 menunggu. Ahmad masih teringat ketika sebelum mereka bernikah, ketika itu mereka baru sahaja seminggu mengikat tali pertunangan. Ketika itu, dia ditemani ibunya pergi mengambil Widad, ibunya serta adik lelakinya,Zubir untuk membawa mereka pergi meninjau barang-barang persiapan perkahwinan. Memang lama menunggu Widad bersiap. Lalu adik lelaki Widad berpesan kepada Ahmad, “ Abang Ahmad, kalau nak tahu, Kakak ni memang lambat bersiap, setiap kali nak keluar macam ni la tunggu, nanti kalau abang dah kawin dengan kakak, kena sabarlah sikit ye”. Berderai mereka semua ketawa ketika itu.  Widad yang mendengar terus menampar lengan adik lelakinya. Ahmad hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik itu. Tidak mahu masuk campur, takut nanti Widad terasa hati. Sengaja Ahmad mengajak ibunya menemaninya manakala Widad pula ditemani adik lelakinya dan ibunya. Walaupun sudah mengikat tali pertunangan, bukan bermakna mereka boleh keluar berdua. Setiap kali hendak keluar atas apa-apa urusan, Ahmad dan Widad akan pastikan ada mahram mereka yang menemani. Jika tidak ibu atau ayah, mungkin adik perempuan Ahmad atau kakaknya. Widad pula, hanya ada adik lelakinya dan ibu bapanya.
Majlis yang dirancang tidaklah terlalu mewah. Segala yang dirancang masih lagi di bawah kemampuan Ahmad.  Ahmad tidak mahu pembaziran. Dia bersyukur kerana ibu mertuanya bukan lah seorang yang tamakkan harta, begitu juga Widad. Dia memilih Widad untuk di jadikan isteri kerana kesederhanaannya. Dia sentiasa teringat akan pesanan Rasulullah, “dinikahi wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. “
Bagi pandangan Ahmad, Widad bukanlah wanita yang kecantikannya menandingi atau menyamai kecantikan artis-artis. Namun, wajahnya cukup untuk mententeramkan jiwanya. Widad bukan lah seorang yang kaya, dia hanya lah gadis kampung yang bekerja sebagai  seorang guru tadika. Selepas mendirikan rumah tangga, Widad berhenti kerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Katanya, ingin fokus kepada rumah tangga. Ahmad tidak kisah dengan keinginan isterinya. Gajinya sebagai seorang arkitek yang mencecah RM 5,000 sebenarnya sudah cukup untuk menampung  keluarga. Ini kerana, ketika belajar di Universiti, Ahmad tidak pernah membuat pinjaman, dia seorang pelajar yang cemerlang dan mendapat biasiswa sepanjang pengajiannya.  Duit biasiswanya pula tidak dia gunakan sewenang-wenangnya. Dia menggunakan hanya untuk keperluannya, dia juga tidak lupa untuk menyimpan sedikit wangnya untuk masa depan kelak. Baginya, meminjam wang itu hanya menyusahkan. Widad pula, pinjaman yang dibuat tidak lah banyak ketika belajar, Widad meminjam dari pakciknya kerana tidak mahu terlibat dengan pinjaman riba. Jadi, setelah membuat perkiraan, Ahmad bersetuju untuk membayar sedikit demi sedikit pinjaman Widad kepada pakciknya. Memang tak dinafikan, Widad sebenarnya serba salah, namun, Ahmad merasakan lebih baik Widad focus kepada urusan rumah tangga daripada kerja di luar. Puas juga Ahmad hendak meyakinkan Widad bahawa dia boleh membayar pinjman tersebut.  Selain itu, Ahmad melihat keluarga Widad orang yang baik-baik. Ahmad tidak berniat untuk mengkaji sedalam-dalamnya tentang keluarga Widad. Bagi Ahmad, cukup lah sekadar melihat dan setelah bergaul dengan keluarganya, dia merasa selesa dengan keluarga Widad.  Tidak semua orang ada sejarah keluarga yang sempurna. Dan tak semua orang terkesan dengan sejarah keluarga yang hitam.  Seterusnya,aspek yang paling penting bagi Ahmad untuk mencari calon isteri adalah agamanya. Ahmad melihat Widad sempurna penutupan auratnya, tidak pernah pakai seksi-seksi. Tidak juga terlalu terikut dengan arus perkembangan fesyen. Widad sering mengenakan tudung labuh dan jubah atau baju kurung. Widad juga seorang yang baik akhlaknya. Mentaati orang tua, dan juga seorang yang penyayang. Ahmad melihat sikap penyayang Widad ketika dia mengajar kanak-kanak di tadika. Dan kini, setelah  6  tahun perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berumur  4 tahun.  Ahmad sentiasa berpesan kepada Widad untuk sentiasa sabar dan syukur.

“Abang, termenung apa tu?”
Ahmad tersedar dari lamunannya. Wajah isterinya  berada di hadapannya. “Eh, dah siap? Takde apa-apa, abang tengok perempuan kat depan tu ha” Ahmad cuba mengusik. Widad seperti terngintai-ngintai arah yang ditunjukkan Ahmad. Ingin mencari perempuan tersebut barangkali.
“mana?” Tanya widad.
“Hehehehe. Abang gurau je”.
“Ish.  Mengada lah! Jom lah pergi.”
Ahmad tersenyum dengan gelagat isterinya dan terus mengekor isterinya sambil mendukung Lutfi.
Tiba-tiba, Widad rebah ke lantai. Beg yang di galasnya jatuh ke tepi. Ahmad panik, lalu terus menurunkan Lutfi dan memanggil-manggil Widad yang terbaring di atas lantai.
“Astaghfirullahalazim! Widad! Widad! Kenapa ni??” Lutfi yang terkejut melihat ibunya terus memanggil-manggil sambil menangis.
“Umi! Umi! Walid, kenapa dengan Umi! Umi dah mati ke!?”.
Ahmad yang kerisauan terus mendukung Widad sambil mengarahkan Lutfi untuk membawa barang-barang Widad yang terjatuh.
“Lutfi! Tolong Walid, tolong bawakan beg dan plastik umi? “
Lutfi sambil menangis terus mengambil barang-barang yang terjatuh dari genggaman uminya.
“Lutfi, tolong bukakan pintu kereta, kita pergi hospital okay. Lutfi duduk dengan Umi kat belakang ni jaga Umi. “

“Doktor, kenapa dengan isteri saya?” Tanya Ahmad kepada doktor Hanisah.
“Ini kali pertama ke beliau pengsan macam ni? Sebelum ni ada tak muntah-muntah atau symptom-simptom lain”?
“Tiada. Tapi, tak tahu pula kalau dia ada muntah-muntah ketika saya bekerja.”
“Tahniah, isteri awak mengandung lagi. Dah 3 minggu. “ doktor hanisah membalas jawapan sambil tersenyum.
“Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar. “ Kegirangan hatinya disambut dengan tasbih,tahmid dan takhbir dari bibirnya. Itulah cara dia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah swt.
“Lutfi, ucap Alhamdulillah nak. Ikut Walid, sebut Alhamdulillah. “
“Al..ham.. du..li..llah..” Gagap Lutfi mengikut. “walid, umi mana? Umi dah mati ke, lutfi rindukan Umi. Lutfi tak nak Umi mati lagi. Lutfi sayangkan Umi. Umi sakit mengandung ke? mengandung tu sakit bahaya ke?” Doktor Hanisah yang mendengar pertanyaan lutfi terus ketawa. Kemudian dia menjawab pertanyaan Lutfi. “Umi lutfi tak mati lagi, dia sihat sangat, dia sakit sikitt je.. umi lutfi sakit mengandung tu tak bahaya pun.”
“mengandung tu,  dalam perut ada baby, baby macam lutfi jugak, tapi kecik dari lutfi. “ sambung ahmad sambil tersenyum dengan gelagat Lutfi.
“kenapa baby tu duduk dalam perut umi? Kesian umi, dah umi jatuh tadi”
“Baby tu duduk dalam perut umi sebab dia nak sihat macam lutfi, dia nak jadi besar macam lutfi, nanti dah lama-lama, nanti dia keluar, bila dia keluar, dia dah jadi adik lutfi, lutfi dah ada kawan, boleh main-main dengan dia. Suka tak?” sambung Ahmad.
“OOOO.. Macam tu ke… eeee bestnye ada adik baby… boleh main dengan dia.. “
Doktor hanisah dan Ahmad ketawa dengan telatah Lutfi.
“Encik Ahmad, lepas ni, kena jaga isteri encik baik-baik.. jangan biarkan dia buat kerja berat-berat. Dia dah 2 kali keguguran sebelum ni kan. Jadi kali ni, perlu jaga baik2. Dan lagi satu, kalau boleh, dia tidak digalakkan berpuasa, berikan dia makanan yang berkhasiat dan jaga emosi dia okay.”
Ahmad mengucap terima kasih dan pergi kepada isterinya yang terlantar di atas katil. Widad terlihat keletihan, wajahnya pucat sedikit. Ahmad terus membangunkan isterinya dan memberi minum air mineral . Atas nasihat doktor, Widad perlu berbuka puasa pada hari ini. Semasa memapah Widad ke kerata, Widad bersuara,“Abang, Widad minta maaf, tak jadi nak buat surprise, ingat nak surprise kan abang masa berbuka puasa nanti, tapi tak sangka abang dengan lutfi pula yang surprise.”
“Tak pe lah. Yang penting Widad selamat kan. Tak sangka pulak widad nak buat surprise kat abang. Hehe. Dah lah, jom lah balik. Ini kira hadiah harijadi untuk abang kan?”
Widad hanya mampu tersenyum dalam keletihan. Lutfi pula hanya mengikut dari belakang sambil membawa barang-barang widad. Hatinya sedikit gembira kerana melihat uminya bangun kembali dan mengetahui dia akan mendapat adik baru.


Haritu itu, Ahmad memasak sup sayur , sedikit ayam goreng halia untuk isterinya dan juga juadah berbuka puasa. Ahmad juga sempat membeli air soya dan sebiji buah tembikai. Lauknya harini sangat simple. Setelah pulang dari hospital, Ahmad membiarkan Widad berehat dan tidur. Widad tidak dapat memasak hari ini kerana keletihan.  Ahmad memahaminya lalu dia menggantikan Widad untuk memasak juadah berbuka puasa harini. . Jam sudah menunjukkan pukul  6.45 petang. Setelah selesai memasak, dia mengejutkan isterinya untuk membersihkan diri. Waktu  berbuka puasa sudah hampir. Walaupun sakit, Ahmad menasihati Widad untuk tetap menunaikan ibadat yang mana termampu. Paling-paling pun, mendengar ayat suci Al Quran dan berzikir.  Widad  senang dengan nasihat suaminya. Suaminya ibarat pendukung semangatnya setiap kali dia sakit.
 Sementara menunggu waktu berbuka puasa, mereka duduk di ruangan sofa bersama. Ahmad mengalunkan Surah-surah Lazim dari juzu 30 sementara Widad duduk di sisinya sambil mendengar bacaan Ahmad. Kepalanya dia atas bahu Ahmad. Kusyuk mendengar bacaan Ahmad yang merdu itu. Mahu tertidur pun ada. Namun setiap kali matanya mahu terlelap, Ahmad menggoyangkan sedikit bahunya. Dia tidak mahu Widad tidur ketika maghrib menjelma. Widad terasa sangat letih hari ini. Maklumlah, ini kandungan yang kedua. Tambahan pula, dari pagi lagi dia bangun seawal 5 pagi untuk menyiapkan tugas-tugas rumah. Bermula 5 pagi dia bersihkan diri dan bersolat tahajud. Kemudian terus dia menyiapkan makanan untuk bersahur. Setelah siap semua hidangan, dia bangunkan Ahmad dan Lutfi. Selesai bersahur, dia mengemas meja makan dan dapur . Kemudian, dia mengumpul pakaian yang hendak dimasukkan di dalam mesin basuh. Kemudian dia solat Subuh sementara suaminya membawa Lutfi untuk bersolat berjemaah di masjid. Usai sahaja solat,   dia memilih baju suaminya untuk di pakai pada hari itu lalu digosokkan. Bermula dari baju, tali leher, seluar, tali pinggang, stoking, kasut, semuanya sempurna disediakan Widad.  Selesai semua persiapan untuk suaminya, dia mendengar tazkirah ringkas selama lebih kurang 3-5 minit dari suaminya.  Kemudian, Ahmad menyambung membaca Al Quran sementara Widad ke bilik Lutfi untuk menjenguk Lutfi  dan dengan lembut mengejutkan Lutfi untuk bangun.Pada bulan Ramadhan, Lutfi biasanya akan tidur semula selepas pulang dari masjid. Adakalanya, Lutfi yang bangun sendiri dan  terus ke ribaan Ahmad mendengar Ahmad membaca Al Quran. Lutfi memang rajin berpuasa, Widad sering memberi dorongan kepada Lutfi,Walaupun adakalanya Lutfi kelihatan tidak mampu untuk berpuasa, dan Widad menyuruh dia berbuka puasa, namun Lutfi tetap berkeras mahu berpuasa. Dia mahu menjadi lebih baik daripada Walidnya. Begitulah didikan yang Ahmad dan Widad berikan kepada Lutfi.  Pukul 8 pagi, Ahmad terus ke tempat kerja. Tinggallah Widad bersama Lutfi. Widad menyambung kerja-kerja rumah. Menyidai kain, menyapu rumah, mengemop lantai, membersihkan laman rumah, dan memandikan Lutfi.  Kemudian, belum sempat dia berehat, terus mereka keluar dan membeli belah. Berjalan di dalam JUSCO memang memenatkan. Itu lah yang menyebabkan Widad terasa sangat penat pada hari tersebut.
“Lutfi, Umi tak dapat nak masak harini, Umi penat sangat, kita makan masakan Walid boleh? Walid masak sup sayur kesukaan Lutfi .” kata widad dengan lembut sambil mengusap-usap kepala lutfi. Dia bimbang anaknya itu merajuk lagi.
Lutfi yang berada dalam rangkulan Widad terus menjawab ,” tak pe umi, lutfi suka sup sayur walid buat”. Widad senang hati mendengar jawapan lutfi. Memang Widad melatih Lutfi untuk memakan sayur. Dia sangat menjaga pemakanan suami dan anaknya. Dia sentiasa pastikan Ahmad dan Lutfi mendapat makanan yang bersih dan berkhasiat. Adakalanya, Ahmad tidak mengambil lauk sayur ketika mereka makan bersama. Widad yang melihat pinggan suaminya terus mencedok lauk sayur dan diisi ke dalam pinggan suaminya sambil mulut meleter menceritakan khasiat sayur. Ahmad hanya tersenyum kecil dan memakan sayur seperti yang disuruh Widad. Melihat perangai Ahmad yang tidak gemarkan sayur itu lah yang membuatkan dia tidak mahu Lutfi menjadi seperti Ahmad. Lalu dia melatih Lutfi untuk memakan sayur. Namun, dia tidak pernah menceritakan keburukan Ahmad di hadapan Lutfi. Jika boleh, dia mahu Lutfi memandang Ahmad sebagai seorang lelaki yang hebat dan boleh dicontohi Lutfi. Oleh kerana itu, dia sering menceritakan kebaikan-kebaikan yang ada pada suaminya kepada Lutfi. Dia mahu Lutfi merasa tercabar dan cemburu dengan kebaikan-kebaikan yang ada pada Ahmad. Dia melatih Lutfi untuk mengamalkan Fastabiqul Khairat.
Malam itu, selepas solat Isyak, Widad minta izin Ahmad untuk tidur awal. Ahmad membenarkan. Dia sangat memahami keadaan isterinya itu. Malam itu, dia hanya membawa Lutfi ke masjid untuk bertarawikh. Bimbang akan keadaan isterinya di rumah, lagi-lagi Widad tidur awal, dia bimbang jika apa-apa berlaku di rumah ketika Widad ketiduran. Lalu dia membatalkan niatnya untuk bertarawikh 20 rakaat. Dia hanya buat 8 rakaat. Setelah itu, dia pulang dan sambung solat witir di rumah.
Keesokannya harinya, Ahmad bangun lebih awal dari Widad. Biasanya pukul 5 pagi Widad sudah bangun. Melihat Widad yang nyenyak tidur, dia tidak sampai hati hendak mengejutkannya.
Ahmad bergerak ke dapur menyiapkan makanan untuk sahur. Ahmad bukannya tidak biasa buat kerja-kerja rumah. Semuanya dia pernah buat ketika zaman bujangnya dahulu. Cuma, semenjak dia berkahwin, semua kerja rumah Widad yang buat. Tambahan, kerja yang dibuat oleh Widad lebih teliti dan sempurna. Adakala dia hanya membantu serba sedikit seperti menyidai kain, mengumpul baju kotor, menyiang bawang. Cuma satu sahaja tugas yang dia tidak pandai iaitu melipat pakaian. Dia jarang melipat pakaian dan memang tidak mahir. Kadang-kadang, bila dia melipat pakaian, Widad akan mengomel melihat lipatan Ahmad yang tidak kemas. Widad akan melipat semula pakaian yang dilipat Ahmad. Namun, tidak pernah Widad tunjukkan riak kecewa malah dia memuji tindakan Ahmad yang cuba membantunya. Ahmad kagum dengan Widad. Dia bersyukur dan berasa bertuah mempunya isteri seperti Widad.
“Alamak, abang. Maafkan Widad. Langsung tak sedar. Kenapa tak kejutkan Widad?” Widad menyapa dari belakang. Dia sudah terjaga dari tidur.
“Abang tak sampai hati nak kejutkan. Tengok awak tidur nyenyak sungguh. Takpe lah, dah siap dah ni makanan. Awak nak sahur tak?”
“Nak. Widad teringin nak makan telur mata kerbau dengan kicap dan sos.Takpelah abang makan la dulu, biar Widad goreng sendiri.”
“Widad duduk lah, nanti abang buatkan. “
Tengah hari itu, Ahmad pulang ke rumah. Mulai hari ini, dia ambil keputusan untuk memberi perhatian penuh kepada Widad. Dia tidak mahu Widad keguguran lagi. Widad pernah keguguran sebanyak dua kali sebelum melahirkan Lutfi. Dia masih ingat, kandungan pertama Widad keguguran, kerana Widad terjatuh ketika mengemop lantai. Kandungan kedua Widad pula meninggal dalam perut. Itu lah ujian terbesar buat mereka berdua. Widad benar-benar lemah semangat pada ketika itu.Widad pernah terkena penyakit “gila meroyan”.  Namun Ahmad sentiasa memberi semangat kepada Widad untuk sentiasa bersabar dengan ujian Allah. Pernah Widad mencadangkan kepada Ahmad untuk bernikah lagi, namun Ahmad menolak. Ahmad memilih untuk terus bersabar sehingga lah Widad mengandungkan Lutfi.  Itu lah berkat kesabaran mereka berdua. Sehingga kini Widad mengandung lagi. Tiada yang mustahil bagi Allah.
Widad duduk di sofa sambil menonton berita tengah hari. Sesekali dia melayan  Lutfi yang sedang membaca buku jawi. Ahmad yang membeli buku jawi tersebut untuk Lutfi. Dia mahu Lutfi mahir mengenal huruf jawi sebelum mengenal ABC. Ahmad dan Widad mengambil keputusan untuk memberi Lutfi pembelajaran di rumah ketika berumur 4 tahun ini. Widad lah yang akan mendidik Lutfi tatkala Ahmad bekerja. Adakala Ahmad yang akan mengajar Lutfi bila dia berkelapangan. Mereka akan memastikan dalam sehari Lutfi belajar mengenal jawi, mengenal huruf-huruf Al Quran. Walaupun begitu, mereka juga tidak lupa untuk mengajar Lutfi mengenal ABC. Bagi mereka, walaupun ia pengajian di Malaysia ini sekular, bukan bermakna Lutfi tidak diberi pendidikan seperti yang ditetapkan di sekolah-sekolah Malaysia. Pengajian itu juga penting, supaya seseorang itu dapat membuat penilaian yang mana yang betul atau salah. Ia juga penting supaya seseorang itu tidak mudah di tipu di akhir zaman ini. Seperti pesan Saidina Umar Al Khatab, “didiklah anakmu sesuai dengan zamanmu”.
Ahmad duduk di sisi Widad.
“Abang, kesian kan orang kat Mesir . Tak sanggup Widad tengok televisyen ni. Kesian sangat. Rasa bersalah sangat tak dapat nak bantu diorang.” Widad memulakan bicara tentang isu semasa kepada Ahmad.
“Itu lah kan, hari-hari dengar berita tentang Mesir, Abang rasa macam dayus sangat tak dapat nak bantu diorang. Kita hanya mampu berdoa je kepada mereka. Kalau ada badan NGO yang buat kutipan derma untuk mereka, kita beri lah mana yang kita ada. Mudah-mudahan, usaha kita yang kecil ni memberi kesan yang besar.
“Tapi, kalau hari-hari asyik macam ni je. Sampai bila kan?” Widad mula meluahkan persoalan dari fikirannya.
“Widad ingat tak kisah burung ababil yang melontarkan ….(x berapa ingat cite tu)
“erm…ingat.. rasanya..”
“ha.. cuba tengok, usaha yang mereka buat Nampak kecil je kan? Namun beri impak yang besar. Sebab tu, abang tak setuju dengan ada sesetengah orang yang suka memperlekeh usaha orang lain. “
“Hurm. Jadi lepas ni, kita teruskan berdoalah untuk mereka ye bang? Moga-moga, doa-doa kita didengar Allah. Insyaallah, Allah pasti akan menolong kita.Tadi Widad tengok kat facebook, ada orang post pasal seorang ibu, Widad tak ingat nama wanita tu, tapi, dikisahkan, wanita itu sanggup mengorbankan anak-anak lelaki beliau demi Islam.Setelah suaminya syahid, beliau hantar anak-anak lelakinya pula. Semua syahid bang. Hebatnya wanita tu kan bang. Kalau Widad, Allah… tak tahu la Widad mampu ke tak nak biarkan Lutfi mati tinggalkan kita. “
Air matanya sedikit mengalir. Siapa yang tak tersentuh hati dengan berita-berita tentang penderitaan saudara sediri. Setelah Palestin, Afghanistan, Syria, kini Mesir menjadi mangsa kekejaman rejim zionis. Ahmad hanya membiarkan isterinya melayan perasaan begitu, dia memang sudah faham sangat dengan isterinya yang berjiwa lembut dan sensitif itu. Kadang-kadang, ada perkara yang tidak patut di jadikan isu pun Widad sensitif, ketika itu, Ahmad lah yang akan memujuknya agar emosinya dapat di kawal sedikit.  Pernah sekali, Ahmad terlupa membeli kuih seperti yang di minta Widad. Seharian Widad hanya diam tidak bercakap, Ahmad langsung tak teringat tentang kuih itu, lalu dia pelik dengan perangai Widad yang hanya senyap seharian. Bercakap pun sepatah-sepatah sahaja. Bila Ahmad mengamati semula, baru la dia perasan tentang perkara itu. Namun, dalam perkara-perkara besar seperti isu Mesir, memang wajar lah Widad bersedih hati. Ahmad bukan tidak bersedih, jauh dari sudut hatinya dia sangat sedih. Namun, Ahmad bukan lah seperti Widad yang suka melayan perasaan. Dia lebih gemar membuat sesuatu yang memberi solusi kepada permasalahannya. Begitu lah perbezaan pemikiran Ahmad dan Widad.
“Tritt..tritt..”  Telefon bimbit jenama Nokia 1280 milik Widad berbunyi. Satu mesej masuk. Widad membuka. Tertera nombor yang tidak dikenali.
“Hai! Awak Nur Widad kan? Untung nye la awak dapat suami macam Ahmad kan?”.
“Awak ni siapa?” Balas Widad. Tidak lama kemudian, pemilik nombor tersebut membalas.
Haha. Awak tak perlu tahu siapa saya. Yang penting, suami awak, betul-betul telah menambat hati saya!”
“Astaghfirullahalazim. ..” . Widad terkejut, dan terus terduduk di kerusi .
“Siapa pulak yang nak main-main ni? 6 tahun perkahwinan aku dengan abang Ahmad, tak pernah dia curang dengan aku. Tak mungkin lah. Tak mungkin abang ada perempuan lain. Kalau ada pun, perempuan tu yang tergila-gila kan Ahmad. “
Widad menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia cuba menenangkan hatinya. Sambil menggosok-gosok perutnya. Kandungannya sudah mencecah 7 bulan.
“Assalamualaikum, Widad. Abang dah balik… Lutfi..  “. Ahmad yang baru pulang dari kerja terus menerpa dan memanggil Widad dan Lutfi. Lutfi sedang kusyuk dengan permainan robotnya. Ahmad terus mendapatkan Lutfi.
“Assalamualaikum Lutfi. Lutfi buat apa ? “
“Waalaikummussalam, Walid.. Tengok Lutfi buat ni.. dah nak siap dah.. “
“Pandai anak Walid ni. Ummi mana Ummi? “ Tanya Ahmad sambil menggosok kepala Lutfi.
“Tadi Ummi kat dapur. ”. Jawab Lutfi ringkas. Kusyuk mahu menyiapkan cantuman permainan robotnya. Ahmad terus bangun untuk mendapatkan Widad.
“Widad.. oo Widad.. abang ada beli laksa yang Widad nak ni.”
Widad masih duduk di kerusi meja makan. Memikirkan tentang mesej yang baru dia dapat sebentar tadi. Hatinya tiba-tiba jadi tidak tenteram. Dia tidak tahu mahu bercakap kepada Ahmad atau tidak. Ahmad melihat Widad yang kelihatan muram terus memanggil dia. Seperti ada yang tidak kena pada Widad. Selalunya, Widad akan menyambut kepulangannya di pintu, paling-paling pun, dengan jawab salam. Tapi kali ni, Widad hanya diam membisu.
“Widad ok”?
Widad masih berfikir-fikir mahu bercakap atau tidak mengenai hal itu.

“Widad.. Widad… erm.. Abang Widad nak Tanya sikit boleh?” Widad resah gelisah.
“Ada apa Widad? “. Ahmad ternanti.
“Abang.. abang ada tak… .. “
“Nak cakap ke tak ni. Takut abang kecik hati nanti, Lagipun dia baru balik kerja. Mesti penat. Widad bermonolog dalam hati.
“Abang…”
“Ye Widad, abang dengar ni.. ada apa?”
“Erm.. abang ada beli tak laksa? Widad nak makan sangat dah ni.. “. Widad sengaja menukar topik.
Ahmad yang menanti pertanyaan Widad tadi terus tertawa dengan soalan Widad.
“HaHA… Apa lah awak ni.. itu je ke nak Tanya tadi? Ada ni.. abang beli kat Warung Cek Mah tadi.. Ish2.. Isteri abang ni pelik-pelik je perangai time mengandung kan?”
“Jom lah makan! “ Ajak Widad. Dia tidak mahu memikirkan tentang perkara tadi. Dia gembira melihat suaminya tertawa. Baginya, biar lah dia menyembunyikan tentang perkara itu. Asalkan mereka sekeluarga bahagia.
“Widad tak seleralah nak makan, abang makan lah laksa ni. Tak pun bagi Lutfi.”
“Lah.. awak ni, tadi pagi nak sangat makan laksa ni.. beria-beria suruh abang beli. Alih-alih dia pulak yang tak nak.ish.. “. Ahmad menggeleng-gelengkan kepala.
“Alah, abang ni! Mana lah Widad tahu nak jadi macam ni!”. Widad tiba-tiba bersuara seakan memberontak. Terus dia bangun meluru ke bilik meninggalkan Ahmad.
Ahmad tergamam. Tak pernah isterinya memberontak sebegitu.
“Aku ada salah cakap ke.. ?
Ahmad membiarkan isterinya tenteramkan diri. Jauh di sudut hatinya dia faham dengan keadaan isterinya itu. Widad seolah-olah ada merahsiakan sesuatu darinya. Namun dia tidak mahu tergesa-gesa menanyakan kepada isterinya. Biar lah Widad menenangkan dirinya. Bila keadaan redha sedikit dia akan mula bercakap dengan Widad.
Selepas Solat Isyak, Ahmad dan Lutfi pulang dari masjid. Lutfi terus ke kamarnya untuk tidur. Ahmad pula tidak terus tidur. Dia menemani Widad yang melipat kain di ruang tamu. Dia ambil kesempatan di waktu begini untuk bertanyakan Widad masalah yang dihadapi. Sejak petang tadi, Widad langsung tidak bercakap dengannya sehingga sekarang.
“Widad.. abang minta maaf kalau abang ada buat hati Widad terguris. “ Ahmad cuba memulakan perbualan.
Widad hanya diam menyepi. Diteruskan melipat kain.
“Widad kenapa ni? Tiba-tiba je macam marah ? apa yang  buat Widad marah tiba-tiba ni?Nak kata abang lupa beli laksa, tak jugak.. abang dah belikan tadi.. Widad marah sebab kata-kata abang petang tadi ke? Kalau sebab tu, abang minta maaf sangat.. abang tak sengaja pun nak marah Widad tadi.. Kalau ada masalah, cuba lah cerita pada abang.. Kita kan dah janji takkan merahsiakan apa-apa pun?”
Ahmad mahu mendapatkan perhatian isterinya. Terus dia megambil pakaian dari tangan Widad. Dia meletakkan semua kain-kain di tepi agar Widad memberi perhatian sepenuhnya kepada percakapan dia.  Mungkin percakapan dia terganggu dengan tugas yang Widad jalankan. Dia menggenggam erat tangan Widad. Di tenung wajah Widad sedalam-dalamnya. Mengharapkan jawapan dari Widad.
Widad yang duduk bersimpuh tertunduk. Bukan tak mahu lihat wajah Ahmad, tetapi dia seperti tidak boleh terima dengan apa yang berlaku siang tadi. Tidak pernah ada perempuan yang mesej sebegitu kepada dia.
Widad melepaskan genggaman tangan Ahmad. Dia masuk ke bilik. Tidak lama kemudian, dia kembali semula kepada Ahmad sambil membawa telefon bimbitnya. Ahmad hanya memerhatikan tindakan Widad. Widad segera menunjukkan  mesej tersebut.
Ahmad membaca dan terkejut. “ Astaghfirullahalazim.. rupanya ini ke perkara yang buat Widad marah kat abang?”.
Widad hanya mendiamkan diri. Dia mula rasa bersalah pada suaminya.
Ahmad menarik nafas dalam-dalam. “Widad, dengar apa yang abang nak cakap ni. Abang tak kenal pun siapa perempuan ni. Demi Allah, abang tak pernah ada hubungan dengan orang lain. Dan abang pun tak tahu siapa yang sudah terpikat dengan abang ni. Abang kat tempat kerja memang betul-betul focus buat kerja. Abang langsung takde nak pikat hati perempuan lain. Widad percayakan abang kan? “
Widad memandang mata Ahmad. Benar. Ahmad tidak pernah menipu. Dari lirik mata Ahmad pun Widad tahu Ahmad tidak menipu dan dia tidak akan pernah menipu. Ahmad seorang suami yang sangat jujur dan setia. Dia mula rasa bersalah terhadap Ahmad.
“Widad minta maaf . Widad Cuma takut. . takut ada orang lain yang mengganggu kehidupan kita. Lagipun, Lutfi masih kecil dan perlu membesar dalam suasana yang baik. Widad pulak tak lama dah nak bersalin. Widad terfikirkan macam-macam yang buruk jika betul ada orang ketiga dalam rumah tangga kita. Widad percayakan abang.. “ Widad menangis dan mencium tangan suaminya. Dia memohon maaf semahu-mahunya.
“Sudah lah Widad. Jangan nangis lagi ok.. tak baik untuk kesihatan Widad kan.. Widad jangan fikirkan lagi hal ni.. yang penting kandungan Widad tu selamat dan sihat. “
“Tapi kalau perempuan tu mesej lagi macam mana abang?”
“Bagi kat abang nombor dia, esok kat tempat kerja abang Tanya kawan2. Dah la.. tak usah fikir lagi soal ni.. yang penting,, abang dan widad saling jujur dan percaya mempercayai. Jika kita pegang prinsip ni insyaallah walau apa badai yang melanda dalam rumah tangga kita akan mampu untuk tempuh bersama. Betul tak? “ Ahmad cuba mendapatkan kembali senyuman Widad.
Widad merasa lebih tenang selepas dengar kata-kata Ahmad.
“Lan, kau kenal nombor ni siapa?” Tanya Ahmad kepada teman baiknya Azlan sambil menunjukkan nombor wanita yang menghantar mesej kepada isterinya.
Azlan mengamati seketika nombor tersebut. “Sekejap aku cek kat fon. “
Azlan mencari nombor di dalam senarai kenalannya.
“Tak tahu la mad, takde pulak dalam senarai kenalan aku. Kenapa?”
Ahmad mendengus kecil. Sudah puas dia bertanyakan kepada rakan-rakannya tentang pemilik nombor itu tetapi tiada sorang pun yang dapat memastikan siapa.
“Hurm. Takde apa-apa lah. “ Ahmad tersenyum sambil menggeleng. Dia tidak berhasrat untuk menceritakan masalah rumah tangganya kepada orang luar. Biarlah dia menyelesaikannya sendiri.
“Ahmad, Ahmad. Macam lah aku ni baru je kenal kau. Dah masak sangat dah aku dengan perangai kau ni. Kenapa? Ada orang ganggu kau ke?”. Balas Azlan.
“Bukan lah, takde, nombor tu, ganggu isteri aku Widad. “
“Hah, yeke? Peminat isteri kau ke?”
“Bukan, orang tu perempuan, dia cakap kat isteri aku dia terpikat dengan aku. Yang peliknya dia tahu nama Widad dan nama aku. Sebab tu aku Tanya. “
“La yeke.. hurm.. kau tak cuba Tanya kawan-kawan lain?”
“sudah. Tapi semuanya tak tahu. “
“Tutt..tutt..!”. Telefon bimbit Ahmad berdering.  Tertera nama isterinya.  Azlan terus memberi isyarat mengundurkan diri. Tidak mahu mengganggu Ahmad.
“Abang, Widad..”
“Assalamualaikum..!. Belum sempat Widad menyambung kata-katanya , Ahmad memberi salam. Widad memang selalu lupa untuk beri salam ketika bercakap di telefon. Bukan apa, hal yang mustahak kadang-kadang buatkan dia jadi sedikit tergesa.
“Waalaikummussalam, hehe. Maaf abang. Terlupa. Widad nak bagitahu, tadi mak telefon, mak kata dia nak datang sini.!”Suara Widad sedikit teruja.
“Yeke! Bila mak nak datang? Dia datang dengan sape?Naik ape?”
“Mak dengan ayah la bang. Diorang naik kereta drive sini. Malam ni diorang sampai.”
“MasyaAllah… Widad tak beritahu ke kita kan nak balik kampung hujung minggu ni? Kesian pulak diorang nak kena datang sini. Dah la jauh.. “
“Dah. Widad dah bagitahu dah,, tapi mak cakap dia rasa tak sabar sangat nak jumpa Widad. Nak tunggu hujung minggu lambat sangat. Widad pun teringin nak makan masakan mak. Hehe. “
“Ish-ish.. tak habis nak makan je eak kerja dia.. Ok lah kalau macam tu abang balik awal sikit hari ini. Nanti kita jemput diorang. Ayah tu bukan ingat sangat jalan nak ke rumah kita. “
“Ok abang.. ha.. abang, lagi satu.. Tengah hari ni Widad nak keluar kejap boleh tak?”
“Nak buat apa pulak? Awak tu dah la sarat mengandung.”
“Alaa.. Widad ingat nak masakkan special untuk mak dan ayah. Nak beli barang dapur sikit.. Boleh la bang..Widad nak pergi kat pasaraya seberang rumah kita tu je.. tak jauh pun..”
Ahmad sedikit bimbang untuk membenarkan isterinya pergi seorang diri. Dia sedang sarat mengandung. Dia bimbang berlaku apa-apa yang tak di ingini terhadap isterinya.
“Tak payah lah Widad, abang risau lah. Widad kirim kat abang je lah boleh? Nanti balik tengah hari abang belikan.”
“Alaa.. tak nak, abang bukannye pandai nak pilih barang. Widad nak pilih sendiri. “
‘Widad.. dengar cakap abang boleh tak, bukannye abang tak nak bagi, abang bimbangkan Widad. Kan tengah sarat tu.. Pasaraya tu walaupun dekat kena lintas jalan. Abang risau, waktu-waktu tengah hari ni kereta banyak lalu lalang. Motor laju-laju. “
“erm….. “ suara Widad seakan merajuk di hujung talian.
“Widad.. . ok lah macam ni, tengah hari nanti abang balik, lepas tu kita pergi sama-sama.Bawa Lutfi sekali. Boleh?”
“Abang tak penat ke? Nanti nak rehat lagi, nak solat lagi, nak makan lagi. Takut tak sempat..”
“Insyaallah sempat, takde masalah semua tu, demi Widad, abang sanggup buat apa saja. “ Ahmad cuba hiburkan hati Widad yang mula berkecil hati itu.
“Hehe.. terima kasih, abang!”
“Ok, tapi Widad jangan pilih barang lama-lama sangat tau!. Bersiap-siap terus, Nanti abang balik dalam pukul 1 abang sampai, terus Widad dengan Lutfi naik kereta ok?”
“Baik.. Assalamualaikum, abang.!”.
“Waalaikummussalam.”
Ahmad mematikan talian dan terus menyambung tugasannya. Dia menggeleng-geleng kepala. Terasa sedikit kusut melayan kerenah isterinya namun dia faham dia memang perlu bersabar.
Widad kusyuk memilih sayur, ketam, dan ikan. Harini dia berhasrat untuk memasak gulai ketam, ikan kembung goreng tepung,  sayur bayam masak air, sedikit ulam-ulaman seperti pegaga, timun dan kacang botol bersama sedikit sambal tempoyak. Dia tahu, mak dan ayahnya memang gemarkan ulam-ulaman dan sambal tempoyak.  Maknya selalu berpesan kepada Widad untuk mengamalkan memakan ulam-ulaman. Ulam –ulaman sangat bagus untuk tubuh badan agar sentiasa sihat. Ahmad dan Lutfi hanya menunggu di kerusi luar pasaraya. Sambil melayan Lutfi yang bermain patung tuggangan untuk kanak-kanak. Lutfi kelihatan gembira bermain tunggangan tersebut. Sekejap dia menaiki patung ultraman, selepas itu dia tukar pula kepada kereta kecil. Tunggangan tersebut berhayun-hayun sambil mengeluarkan lagu kanak-kanak. Lutfi merasa gembira. Ahmad pula terpaksa mengeluarkan sedikit demi sedikit duit syiling untuk dimasukkan ke dalam mesin tersebut. Dia tahu Ahmad bosan tunggu lama-lama. Dia tidak kisah sangat, bukan selalu Ahmad dapat bermain sebegitu.
 Jiwa kanak-kanak, tidak boleh terlalu menyekat sangat kegemaran mereka asalkan tidak salah di sisi syarak. Kanak-kanak seharusnya diberi kebebasan untuk mengembara dunia. Tetapi haruslah di bawah kawalan ibu bapa. Kadang-kadang Ahmad rasa kasihan melihat anak-anak kawan-kawannya yang  dimarahi kerana bermain di atas kusyen , membuat sepah sana sini, kemudian dimarahi teruk oleh rakan-rakannya. Ahmad melihat situasi tersebut semasa datang beraya di rumah rakannya. Sepatutnya mereka tidak patut di marahi, Ahmad pula berkali-kali memberitahu kepada kawannya dia tidak kisah kerana faham sangat perangai kanak-kanak. Namun di belakang dapur Ahmad terdengar anak rakannya itu meraung kerana dimarahi ibu bapanya. Ahmad hanya bersangka baik, mungkin rakannya itu tidak senang dengan kelakuan anaknya yang tidak menghormati tetamu.
Namun begitu, Ahmad tahu,  ada segelintir ibu bapa yang suka memarahi anak hanya kerana perbuatan mereka seperti menyepahkan rumah,menumpahkan air di dalam kereta, menconteng dinding dan sebagainya. Malah, pernah berlaku kes di taman perumahannya, kanak-kanak dipukul dengan teruk oleh bapanya gara-gara menconteng kereta bapanya. Tujuan anaknya itu hanya ingin menghiburkan hati ibu bapanya dengan sebuah lukisan “keluarga bahagia”. Tetapi, bapanya benar-benar marah kerana kereta itu adalah kereta kesayangannya. Oleh kerana tidak mampu mengawal emosi, dipukul teruk anaknya itu, sehingga menjadi kes polis. 

Widad selesai memilih barang-barang basah. Segera di bawa barang-barang basahnya itu ke tempat menimbang sebelum bayar di kaunter.
Tiba-tiba, ada tubuh yang melanggar bahunya. Begitu kuat hentaman ke bahunya. Dengan lantai  yang licin, Widad hilang imbangan.
“Allah!”Widad menjerit.
Belum sempat dia terjatuh, ada satu tangan yang menarik lengannya untuk menyelamatkannya dari terjatuh. Barang-barangnya sudah terjatuh ke lantai. Widad bernafas laju kerana terkejut dan ketakutan.  Orang ramai di sekelilingnya memandangnya dan ada juga yang cuba menyelamatkannya. Seorang wanita cina yang berdekatan di situ terus membantu mengambil barang-barang Widad yang terjatuh.
Dia memandang kepada orang yang menyelamatkannya. Terlihat seorang wanita cantik,langsing, berambut paras bahu, spek hitamnnya di sangkut di atas kepala, berpakaian kemeja putih berbelang-belang . dan berseluar slack hitam. Kelihatan seperti wanita korporat.Sangat jauh beza dengan dia sendiri. Selepas berkahwin, badannya naik sedikit. Tidak lagi langsing seperti zaman mudanya dahulu.
“Awak ok? Saya minta maaf sangat, terlanggar awak.” Ucap wanita tersebut.
“Err.. err.. ok. Saya ok.. takpe-takpe.. awak tak sengaja kan. “ Widad membalas ucapan tersebut sambil berdiri semula dengan betul. Mukanya terasa panas, malu dengan kejadian yang berlaku.
“Saya minta maaf sangat. Betul-betul tak Nampak tadi, Ya Allah, awak dah lah mengandung, nasib baik tak jatuh tadi. Saya minta maaf sangat. “
“Eh takpe-takpe, saya ok je ni, terima kasih jugak sebab selamatkan saya.”
“ ok kalau macam tu, jom lah saya tolong angkat barang-barang awak ni. Kita berjalan ke luar ok?saya pun nak timbang barang lepas tu nak bayar kat kaunter ni.”
Widad hanya senyum dan mengangguk bersetuju. Dia masih terkejut dengan kejadian tadi.
“Oh ya, Saya Dania, panggil Nia je. “ Sambil menghulurkan salam.
“Owh, saya Widad, boleh panggil Widad. “ Widad segera menyambut salamnya.
Setelah selesai membayar semua barang. Widad dan Dania berjalan ke arah Ahmad.
“Awak datang sorang je ke? Naik apa? Jom saya hantar?” Tanya Dania.
“Eh, takpe, saya datang dengan suami saya, dia tunggu kat luar.. ha, tu pun dia. “ Sambil menunjuk ke arah Ahmad yang leka melayan Lutfi.
“Abang,.. “
Ahmad yang terleka itu segera memusingkan badan ke arah suara isterinya. Dia seperti tergamam melihat Dania di sebelah Widad.
“Abang.. !” Widad memanggil Ahmad.
Ahmad sedikit terkejut.
“Hah, dah siap? Jom lah balik. “ Dia kelihatan resah gelisah.
“Abang kejap lah.. “ Widad menarik tangan suaminya. Dia mengambil posisi di belakang suaminya sambil memaut lengan suaminya.
Ahmad berdiri mengadap Dania.
“Abang, ni Dania, tadi Widad nak terjatuh, lepas tu Dania ni yang selamatkan Widad dari terjatuh tadi. Lepas tu dia tolong Widad angkat barang-barang ni tadi.” Mukanya di telekupkan di belakang suaminya, bimbang dia dimarahi oleh Ahmad kerana cuai.
“Ya Allah! Apa! Macam mana boleh jadi macam ni? Sebab tu la abang tak bagi Widad keluar sorang. Tengok kan dah jadi macam ni. “
“Erm.. encik, maafkan saya. Sebenarnya, bukan salah isteri encik. Saya yang tak sengaja terlanggar isteri encik. Maklum lah, tergesa-gesa, jalan pun laju sampai tak nampak orang. By the way, saya Dania, saya minta maaf sangat-sangat. “Terus dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Ahmad.
Ahmad tergamam bila wanita itu menghulurkan salam. Terus dia memberi isyarat hormat dan menundukkan sedikit kepala seperti orang Jepun. Dia tahu, wanita dan lelaki bukan mahram tidak boleh bersentuhan.
‘Oh, maafkan saya, terlupa, “. Dania mengenggamkan tangannya. Dia terlupa lelaki dan wanita islam yang bukan mahram tidak boleh bersentuhan.
“err.. Dania, nanti kalau senang, jemput lah datang rumah kami, rumah kami seberang pasaraya ni je. Tapi kalau naik kereta kena buat ‘u turn ‘ lah. Hehe. . “.Widad bersuara ramah.
“Oh I see.. ok,, tengok la nanti.. Hurm, ini kad saya, ambil lah. Bila-bila masa boleh contact.” Jawab Dania sambil tersenyum.
Widad menyambut kad tersebut sambil mengucap terima kasih. Kemudian, mereka berpisah ke tempat hala tuju masing-masing.
Di dalam kereta, Ahmad hanya mendiamkan diri, Widad jadi pelik.
“Abang, kenapa diam?”
“Hurm...? Widad nak abang cakap apa?”
“Abang tak marah Widad ke? Selalunya kan, kalau terjadi perkara yang tak diingini kan  abang marah widad sebab cuai. “
“hehe..yeke.. takde lah, abang malas lah nak marah-marah.tadi kan bukan salah Widad, tapi salah perempuan tu kan terlanggar . Lagipun nanti kalau abang marah susah pulak nak cari. “
“Cari apa?”
“Nanti susah nak cari semula senyuman dan celoteh Widad lah. “.
Widad ketawa mendengar ayat suaminya. Kemudian dia tak henti-henti bercerita peristiwa yang berlaku tadi kepada Ahmad. Ahmad hanya diam dan dengar.
Pukul 2.30 petang, Ahmad kembali ke tempat kerja. Dia perlu menyiapkan tugasannya secepat mungkin. Petang ini dia mahu pulang awal dan bersiap-siap membantu isterinya untuk menyambut kedatangan mak dan ayah mertuanya.
Sekejap-sekejap dia termenung. Memikirkan kehadiran Dania secara tiba-tiba tadi.
Nurul Dania Alia. Dia merupakan bekas tunangnya ketika mereka menuntut di Universiti dahulu. Mereka berdua sebaya. Mereka mengenali antara satu sama lain semenjak di tahun pertama lagi. Ahmad merupakan pelajar jurusan engineering manakala Dania di dalam bidang Business. Ahmad bertemu dengan Dania ketika mereka sama-sama berkolaberasi untuk menjalankan program kerjasama Fakulti Engineering dan Business.  Ketika itu, Ahmad sering berhubung dengan Dania untuk tugasan mereka. Ahmad begitu senang bekerja dengan Dania. Dania sangat professional dan rajin dalam menjalankan tugasnya. Walaupun dia seorang yang “free hair” dan tidak menutup aurat dengan sempurna, Ahmad tidak mempedulikan tentang perkara itu. Selepas beberapa lama bekerja dengan Dania, Ahmad mula tertarik dengan Dania. Tambahan, Dania seorang yang cantik. Ramai lelaki yang menggilai Dania namun Dania tidak pernah melayan. Ahmad pada mulanya menyembunyikan perasaannya. Dia takut terbuai dengan permainan nafsu. Namun, Dania yang memulakan dahulu.
“Ahmad.. saya nak Tanya sikit boleh?”
“Ada apa?. “ Ahmad menjawab sambil menyelesaikan tugasan mereka.
“Kenapa awak takde girlfren ea?”
“Girlfriend? Buat apa? Tak nak lah, lepas dah kumpul duit nanti baru saya nak cari isteri. Buang masa je girlfriend2 ni.. “
“Erm.. awak takde minat kat sape2 ke?”
“Haha. Apa lah awak ni Dania Tanya soalan macam tu. Hah, yang awak ni pulak, saya nak Tanya boleh?”
“Tanya lah”
“kenapa awak tak pakai tudung ea? Kan cantik kalau pakai tudung.?” Ahmad bertanya dengan lembut.
Semenjak dari itu, Ahmad terleka. Terleka dengan buaian dunia. Matanya jadi buta. Buta dengan cinta. Dia mula lupa niat asalnya dalam bekerja dengan Dania. Hatinya sering mengingati Dania, wajah Dania yang cantik tidak pernah lekang dari fikirannya. Dia juga sering mula menasihati Dania dan mengajak Dania untuk berubah sedikit demi sedikit. Dia yakin, dia mampu untuk membimbing Dania ke jalan yang benar. Dia fikir, setelah Dania menutup aurat, dia mahu mengambil Dania sebagai suri hatinya.
Dania pula, mula berasa senang dengan kehadiran Ahmad. Ahmad selalu membantunya dan sering menasihatinya. Dia yakin Ahmad mampu membimbingnya.
Namun, lama kelamaan, Ahmad jadi bimbang. Dia bimbang ada lelaki lain yang merapati Dania.Hatinya juga tidak senang bila Dania sering bercerita ada nombor yang tidak dikenali mengganggunya. Lalu dia mengambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu dengan Dania. Selepas bekerja, baru mereka menikah. Itu lah yang di rancang. Masuk semester baru, dia menyatakan hasrat kepada ibunya untuk bertunang. Ibunya pada mula tidak bersetuju dengan pilihan Ahmad. Tapi Ahmad terus memujuk dan meyakinkan ibunya dia mampu membimbing Dania. Akhirnya mereka bertunang.

Setelah menamatkan belajar , ibu Ahmad mahu Ahmad lekas berkahwin. Namun, Dania tidak setuju. Dia mahu bekerja dan mengumpul wang terlebih dahulu. Dia mahu mencapai cita-citanya. Sejak dari itu, Ahmad mula merasakan Dania bukanlah calon isteri yang terbaik buat dirinya. Namun, dia tidak mahu terikut dengan kata hatinya. Allah itu maha pemberi petunjuk. Ahmad mula memikirkan secara rasional. Dia mula berfikir bahawa perkahwinan bukan lah perkara main-main. Malah, ceramah-ceramah yang dia dengar di masjid membuatkan hati dia semakin tidak yakin untuk mengambil Dania sebagai isteri. Dia beristikharah, meminta petunjuk dari Allah.. Sepanjang malam dia menangis merintih, memohon petunjuk dari Allah. Setiap malam juga dia bermimpi ada wanita lain yang muncul dalam mimpinya. Namun dia tidak tahu siapakah wanita itu. Manakalah, Wajah Dania tidak pernah wujud dalam mimpinya. Dia masih belum berpuas hati, jadi, dia berjumpa kepada Ustaz-Ustaz yang sering memberi ceramah di masjid. Bukan seorang ustaz yang dijumpa untuk meminta pendapat. Tetapi berpuluh-puluh ustaz. Semenjak itu juga dia jadi seorang yang dekat dengan majlis ilmu dan mula berubah.
Salah satu kata-kata seorang  ustaz , iaitu Ustaz Burhan, yang benar-benar buatkan dia yakin dengan jawapan istikharahnya ialah.
 “Ahmad… satu saja ustaz nak pesan.. jika kita mahu mencari isteri,, jangan cari isteri, tetapi, cari lah ibu kepada anak kita kelak.. “.
Ahmad mula berfikir boleh ke Dania menjadi ibu kepada anaknya nanti? Hampir 2 bulan dia berfikir masak semasaknya, Setelah beristikharah dan beristisharah, akhirnya, dia memutuskan pertunangan dengan Dania. Dania benar-benar kecewa. Berkali-kali Ahmad memohon maaf, namun dia tidak dapat untuk berbuat apa-apa. Dania lari membawa hati yang luka jauh-jauh. Dia mahu lupakan segala keperitan itu, lalu dia mengambil keputusan untuk sambung belajar di US.
Ahmad pula, mula mencari calon isteri yang boleh mengisi ruang hatinya, yang boleh melengkapi kekurangan hidupnya. Dan yang paling penting , yang boleh bersama dengan dia untuk belayar menuju Mardhatillah. Sudah ramai gadis-gadis yang ibunya kenalkan kepadanya. Dari yang berusia 19 tahun sehinggalah sebaya dengannya yang berumur 26 tahun ketika itu. Namun semuanya Ahmad tidak berkenan. Ahmad sendiri pun tidak tahu apa yang kurangnya mereka semua.
“Ahmad, Ustaz ada perkara nak Tanya Ahmad”.  Ustaz  Burhan menyapa Ahmad yang leka bertafakur di dalam masjid. Ketika itu, hanya mereka berdua di dalam masjid. Jemaah lain sudah pulang ke rumah masing-masing. Ahmad memang suka beriktikaf di masjid.
Ustaz Burhan memang rapat dengan Ahmad. Dia faham benar dengan jiwa anak muda seperti Ahmad yang sedang dilanda masalah itu. Dia tahu, Ahmad belum jumpa calon isteri yang sesuai.
“Begini Ahmad, Ustaz tengok kamu ni, tiap-tiap hari runsing, bapak kamu tu pun selalu cakap kat ustaz kamu ni makan pun macam dah tak selera. Ustaz nak tanya kamu, benar kamu bersungguh dan bersedia untuk bernikah?”
“Ustaz, berapa kali dah ustaz tanya soalan tu. “.
“Haha. Okay2. Maafkan ustaz. Begini, Ustaz, ada kenal sorang kawan ni, dia ada anak perempuan, umurnya lebih kurang 20-an jugak.. Belum punya sesiapa lagi. Baik orangnya, tutup aurat, sopan santun, tapi, dia kerja tadika je. Nak kata cantik tu, ustaz pun tak tahu nak kata cantik ke tak, tapi, kalau kamu nak tengok sendiri, ustaz boleh tolong aturkan pertemuan antara keluarga. Jika kamu setuju. “
“Hurm.. nanti lah saya fikirkan. “ Ahmad bukan mahu menolak, tapi peribadi yang disebut ustaz tu semuanya sudah ada pada kebanyakan calon yang ibunya kenalkan. Dia rasa sedikit tawar hati.
Keesokannya, setelah berbincang dengan ibu dan bapanya, Ahmad bersetuju untuk bertemu calon isterinya.
Setelah beristikharah, dia setuju untuk memperisterikan Nur Widad Binti Dahlan. Dan sekarang dia bahagia bersama pilihan hatinya.
Tidak semena-mena, pada hari ini, dia bertemu kembali dengan kisah silamnya, Dania. Hatinya terasa sesak. Mengapa dia perlu ingat kisah hitamnya? Dia tidak mahu mengingati semula tentang Dania.
“Argghhhh!”. Ahmad menjerit dan menghentakkan meja.
Rakannya, Azlan terkejut dengan reaksi Ahmad yang secara tiba-tiba itu.
“Eh, kau ni dah kenapa Ahmad? Buang tebiat ke ape?”
Ahmad hanya memandang Azlan. Lalu terus menyambung kerjanya.




Isnin, 23 September 2013

Sembahyang Rawatib Sewaktu Musafir

Diterjemahkan daripada Shafiifiqh.com: http://www.shafiifiqh.com/praying-rawatib-while-traveling/ Saya berusaha melakukan terjemahan secara tepat, namun, hanya Allah yang sempurna. Jika saya ingin lakukan penambahan fakta, saya akan condongkan perkataan yang saya tambah dan huruf akan saya warnakan dengan warna merah.

Soalan:
Assalamualaikum wbth. Apakah hukum bersembahyang solat sunat yang berkaitan dengan sembahyang wajib sewaktu musafir?
- Soalan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Jawapan:
Waalaikumussalam wbth.

Di dalam Raudah At-Talibin (1/338, Al-Maktabah Al-Islami terbitan ke-3), Imam Nawawi menyebut, adalah sunat bagi seseorang untuk sembahyang sunat rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardu) sewaktu musafir.

Di dalam Khabaya Al-Zawaya (page 63 Dar Al-Kitab Beirut, edisi pertama), Imam Al-Zarkashi menyebut bahawa perkara ini disebut di dalam Zawaid Al-Raudah pada penghujung kitab Saum Al-Tatawwu'. Dan Al-Syasyi menyebut yang demikian di dalam Al-Mu'tamad kepunyaannya.
Di dalam kitab Khabaya Al-Zawaya, kita dapati bahawa Imam Al-Zarkashi menyebut "pada penghujung kitab Solat Al-Tatawwu'" bukannya "pada penghujung kitab Saum Al-Tatawwu'.

Di dalam kitab Al-Bayan fi Mazhab Al-Imam Asy-Syafie (2/285 Dar Al-Minhaj) Imam Al-'Imrani (Yahya bin Abu Al-Khair Al-Imrani) menyebut bahawa diriwayatkan daripada Ibnu Umar dan Ali bin Husain, bahawa sewaktu bermusafir, mereka tidak melakukan solat sunat sebelum dan selepas solat fardu. Imam Al-'Imrani juga meriwayatkan bahawa Umar, Ali dan Ibnu Mas'ud melakukannya. Begitu juga, Imam Hasan Al-Basri menyebut bahawa sahabat Nabi saw menjaga amalan ini. Pandangan ini diriwayatkan daripada sumber-sumber hadis terawal, contohnya Ibnu Abi Syaibah di dalam Musannafnya, terdapat sebuah bab berkenaan dengan mereka yang tidak melakukan amalam ini dan terdapat sebuah bab berkenaan mereka yang melakukannya.
Di dalam kitab Al-Bayan fi Mazhab Al-Imam Asy-Syafie di dalam bab kecil "Solat Nawafil sewaktu Musafir", Imam Al-'Imrani menyebut: "Diriwayatkan daripada Ibnu Umar dan Ali bin Husain, bahawa sewaktu mereka bermusafir, mereka tidak melakukan solat sunat sebelum dan selepas solat fardu. Dalil kami (berkenaan dibolehkan melakukan solat sunat sewaktu musafir) adalah apa yang diriwayatkan "Rasulullah saw menunaikan solat sunat sewaktu bermusafir". Dan seperti itu juga yang diriwayatkan daripada Umar, Ali dan Ibnu Mas'ud radhiallahu anhum. Dan Imam Al-Hasan Al-Basri menyebut, sahabat-sahabat Nabi saw apabila mereka bermusafir, mereka bersembahyang sunat sebelum solat wajib, dan begitu juga selepasnya."

Di dalam Syarah Sahih Muslim (5/198 ), Imam Nawawi menyebut bahawa telah bersepakat ulama-ulama bahawa melakukan solat sunat sewaktu bermusafir adalah dibenarkan. Tetapi, ulama-ulama berbeza pandangan pada melakukan solat rawatib sewaktu bermusafir.

Dalilnya adalah sifat umum hadis yang menyebut berkenaan dengan solat rawatib, yang mana hadis-hadis ini diriwayatkan secara umum, terpakai sama sahaja kepada orang yang tidak bermusafir dan tidak.

Dan Allah sebaik-sebaik Yang Mengetahui.

Sabtu, 7 September 2013

Beza kita & Sahabat Rasulullah saw

Ustaz Emran Ahmad menulis di https://www.facebook.com/ustazemran/posts/415612765210651. Berikut adalah salinannya.

Generasi para sahabat ialah merupakan generasi yang terbaik di dalam beragama. Mereka dipuji oleh Allah, dikasihi oleh Nabi Salallahualaihiwassalam dan dijadikan sebagai teman-teman baginda di dunia dan di akhirat. 
Apa yang istimewa tentang diri mereka ?
Jawapannya ada pada hadith yang diriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA yang menceritakan bahawa ;

قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - لَنَا لَمَّا رَجَعَ مِنَ الأَحْزَابِ « لاَ يُصَلِّيَنَّ أَحَدٌ الْعَصْرَ إِلاَّ فِى بَنِى قُرَيْظَةَ » . فَأَدْرَكَ بَعْضُهُمُ الْعَصْرَ فِى الطَّرِيقِ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ نُصَلِّى حَتَّى نَأْتِيَهَا ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ نُصَلِّى لَمْ يُرَدْ مِنَّا ذَلِكَ . فَذُكِرَ لِلنَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - فَلَمْ يُعَنِّفْ وَاحِدًا مِنْهُمْ

Berkata Nabi salallahualaihiwassalam kepada kami ketika kami kembali dari peperangan Al-Ahzab,

“Janganlah sesiapapun melakukan solat Asar kecuali di perkampungan Bani Quraizah.”

Lalu apabila para sahabat mendapati waktu solat Asar di jalanan, maka sebahagian dari mereka berkata, “Kita tidak akan melakukan solat Asar sehingga sampai (ke destinasi Bani Quraizah).” Manakala sebahagian yang lain pula berkata, “Kita akan melakukan solat Asar sekarang, dan tidaklah Nabi bermaksud menyuruh kita menangguhkan solat (sebaliknya baginda bermaksud menyuruh kita supaya bersegera).

Apabila hal tersebut disampaikan kepada Nabi Salallahualaihiwassalam maka baginda tidak menyalahkan sesiapa pun daripada kalangan mereka.

[Riwayat al-Bukhari]

1. Para sahabat RA berusaha menunaikan arahan Nabi Salallahualaihiwassalam tanpa banyak bertanya atau mempersoalkan arahan tersebut.

Tidak ada sesiapa pun yang bertanya :

"Err, habis kalau tak sampai lagi macam mana Rasulullah ?" atau bertanya " Kalau kami solat juga apa akan terjadi ?...Bla-bla.."

Mereka bukan seperti generasi Bani Israel yang bertanya Nabi Musa AS tentang sapi betina dengan pelbagai persoalan yang 'details' seperti orang zaman sekarang ini namun amalnya habuk pun takdak...

Mereka berpegang teguh kepada perintah Nabi Salallahualaihiwassalam yang menyebut ;

مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ
"Apa saja yang aku larang terhadap kalian, maka jauhilah. Dan apa saja yang aku perintahkan kepada kalian, maka kerjakanlah semampu kalian. Sesungguhnya apa yang membinasakan umat sebelum kalian hanyalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi Nabi-nabi mereka'."[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]

2. Mereka sentiasa merujuk kepada Nabi Salallahualaihiwassalam akan urusan agama mereka dan bersedia mengikut keputusan dari Allah dan rasul walaupun merugikan dunia mereka.

Contohnya Suhaib al-Rumi RA yang behijrah ke Madinah mengikuti arahan Allah namun disekat oleh golongan musyrikin Quraisy. Mereka tidak mahu memberikan laluan kepadanya kecuali dia sanggup menyerahkan semua hartanya. Lalu tanpa tangguh dia langsung memberikan mereka semua hartanya yang banyak itu dan berhijrah sehelai sepinggang menuju ke Madinah demi agama.

3. Mereka beragama untuk kesenangan akhirat sedangkan kita beragama untuk kesenangan dunia. Mereka beragama demi yakin kepada ganjaran Allah di hari akhirat dan mengharap pahala sedangkan kita beriman dan beragama demi risaukan kehidupan dunia kita akan ditimpa musibah atau bencana.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ
"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika dia memperolehi kebaikan, akan tetaplah dia dalam keadaan itu, dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah dia ke belakang. Rugilah dia di dunia dan di akhirat. [al-Hajj : 11]

Orang kita sekarang beragama sebab takut, kalau rezekinya berkurangan jika buat maksiat, tak lulus peperiksaan dan nasibnya malam. Sebab itu musim-musim peperiksaan para pelajar jadi baik dan masjid penuh. Begitu juga apabila kita nak sesuatu dari hal dunia maka kita takutlah buat dosa, mak tak izin, derhaka sebab takut akan mencacatkan harapan kita nak sesuatu dari bahagian dunia.

Itulah perbezaan yang besar antara kita dan mereka !

قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - لَنَا لَمَّا رَجَعَ مِنَ الأَحْزَابِ « لاَ يُصَلِّيَنَّ أَحَدٌ الْعَصْرَ إِلاَّ فِى بَنِى قُرَيْظَةَ » . فَأَدْرَكَ بَعْضُهُمُ الْعَصْرَ فِى الطَّرِيقِ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ نُصَلِّى حَتَّى نَأْتِيَهَا ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ نُصَلِّى لَمْ يُرَدْ مِنَّا ذَلِكَ . فَذُكِرَ لِلنَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - فَلَمْ يُعَنِّفْ وَاحِدًا مِنْهُمْ
Berkata Nabi salallahualaihiwassalam kepada kami ketika kami kembali dari peperangan Al-Ahzab, 
“Janganlah sesiapapun melakukan solat Asar kecuali di perkampungan Bani Quraizah.” 
Lalu apabila para sahabat mendapati waktu solat Asar di jalanan, maka sebahagian dari mereka berkata, “Kita tidak akan melakukan solat Asar sehingga sampai (ke destinasi Bani Quraizah).” Manakala sebahagian yang lain pula berkata, “Kita akan melakukan solat Asar sekarang, dan tidaklah Nabi bermaksud menyuruh kita menangguhkan solat (sebaliknya baginda bermaksud menyuruh kita supaya bersegera). 
Apabila hal tersebut disampaikan kepada Nabi Salallahualaihiwassalam maka baginda tidak menyalahkan sesiapa pun daripada kalangan mereka. 
[Riwayat al-Bukhari]
1. Para sahabat RA berusaha menunaikan arahan Nabi Salallahualaihiwassalam tanpa banyak bertanya atau mempersoalkan arahan tersebut. 
Tidak ada sesiapa pun yang bertanya :
"Err, habis kalau tak sampai lagi macam mana Rasulullah ?" atau bertanya " Kalau kami solat juga apa akan terjadi ?...Bla-bla.."
Mereka bukan seperti generasi Bani Israel yang bertanya Nabi Musa AS tentang sapi betina dengan pelbagai persoalan yang 'details' seperti orang zaman sekarang ini namun amalnya habuk pun takdak...
Mereka berpegang teguh kepada perintah Nabi Salallahualaihiwassalam yang menyebut ; 
مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ"Apa saja yang aku larang terhadap kalian, maka jauhilah. Dan apa saja yang aku perintahkan kepada kalian, maka kerjakanlah semampu kalian. Sesungguhnya apa yang membinasakan umat sebelum kalian hanyalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi Nabi-nabi mereka'."[Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]
2. Mereka sentiasa merujuk kepada Nabi Salallahualaihiwassalam akan urusan agama mereka dan bersedia mengikut keputusan dari Allah dan rasul walaupun merugikan dunia mereka. 
Contohnya Suhaib al-Rumi RA yang behijrah ke Madinah mengikuti arahan Allah namun disekat oleh golongan musyrikin Quraisy. Mereka tidak mahu memberikan laluan kepadanya kecuali dia sanggup menyerahkan semua hartanya. Lalu tanpa tangguh dia langsung memberikan mereka semua hartanya yang banyak itu dan berhijrah sehelai sepinggang menuju ke Madinah demi agama. 
3. Mereka beragama untuk kesenangan akhirat sedangkan kita beragama untuk kesenangan dunia. Mereka beragama demi yakin kepada ganjaran Allah di hari akhirat dan mengharap pahala sedangkan kita beriman dan beragama demi risaukan kehidupan dunia kita akan ditimpa musibah atau bencana. 
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi; maka jika dia memperolehi kebaikan, akan tetaplah dia dalam keadaan itu, dan jika dia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah dia ke belakang. Rugilah dia di dunia dan di akhirat. [al-Hajj : 11]
Orang kita sekarang beragama sebab takut, kalau rezekinya berkurangan jika buat maksiat, tak lulus peperiksaan dan nasibnya malam. Sebab itu musim-musim peperiksaan para pelajar jadi baik dan masjid penuh. Begitu juga apabila kita nak sesuatu dari hal dunia maka kita takutlah buat dosa, mak tak izin, derhaka sebab takut akan mencacatkan harapan kita nak sesuatu dari bahagian dunia. 
Itulah perbezaan yang besar antara kita dan mereka !
Sedikit tambahan daripada saya atas tulisan ini.

Status Ustaz Emran Ahmad yang sangat menarik. Hadis dalam point nombor 1 adalah hadis yang ke-9 dalam Hadis 40 Imam Nawawi rahimahullahu taala.
Bagi sesetengah orang, hadis ini mungkin menimbulkan keraguan, kerana, ia seakan-akan melarang kita daripada bertanya. Ada satu lagi hadis yang ustaz-ustaz selalu sebut untuk digandingkan dengan hadis ini, iaitu hadis pertanyaan seorang sahabat berkenaan haji. Sahabat tersebut tanya, adakah haji perlu dilakukan setiap tahun, dan Nabi saw tidak menjawab persoalan sahabat tersebut sehingga sahabat bertanya sebanyak 3 kali.
Bagi larangan ini, ada beberapa persoalan.
Pertama: Jika melibatkan perkara-perkara wajib, maka, wajiblah si jahil bertanya. Contoh perkara yang wajib ditanya adalah seperti puasa, zakat, solat, wudu' dan lain-lain. Ini jelas di dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 43.
Kedua: Jika ia bertujuan untuk mendalami ilmu agama, maka, ianya fardhu kifayah. Surah Al-Taubah 122.
Ketiga: Jika ia bertanya berkenaan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah swt ke atasnya dan ke atas orang lain, inilah yang dimaksudkan oleh hadis ini. Contohnya "bagaimana Allah swt istawa 'ala al-arsy". Contoh lain, "Apa yang malaikat jibril dan israfil sedang buat sekarang?"
Kesimpulannya, _____(sila isi tempat kosong)_____
p/s: Cuba ingat soalan-soalan yang ditanya kepada Ustaz Azhar!