Ahad, 31 Mac 2013

Tazkirah 4 - Beribadat Bagaikan Mati Akan Menjelang Esok Hari


SELURUH manusia mengetahui bahawa kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak siapapun yang dapat mengandaikan dirinya akan hidup lama. Orang muda tidak boleh optimis bahawa dia akan hidup lama, kerana semua orang tahu kematian itu tidak bertarikh, bagi dalam kandungan pun menemui ajal sebelum dilahirkan, dan kesihatan yang dikawal rapi tidak akan memanjangkan usia seseorang.

Manusia tidak diberi ilmu untuk membongkar rahsia roh dan mati. Orang sering mengaitkan mati dengan sakit atau sesuatu tragedi, tetapi orang yang sihat pun mati. Justeru itu persoalan mati adalah urusan Allah Taala, sebagaimana yang dijelaskan oleh firman Allah Taala:

وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِ‌ۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنۡ أَمۡرِ رَبِّى

Yang bermaksud:
"Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh, katakanlah: Roh itu termasuk urusan Tuhanku." (Surah Al-Isra ayat 85).

Justeru itu soal roh adalah di dalam agenda atau jadual Allah Taala secara mutlak, ketika manakah Allah Taala hendak meniupkan roh kepada manusia, atau bilakah dia hendak mencabut roh dari jasad manusia, maka kesemuanya hak mutlak Allah Taala.

Oleh kerana mati itu datang tanpa memberitahu terlebih dahulu, ia sepatutnya memberi pengajaran kepada manusia agar menggunakan masa sepenuhnya tanpa membazirkan umur walau sedetik. Tidak menangguhkan sebarang kerja atau kewajiban yang difardhukan, kerana tidak pasti adakah nafas yang dihembuskan sebentar tadi akan dapat ditarik kembali, dan adakah hari esok masih ada untuknya.

Seorang ulama bernama Yazid Ar-Raqash, suatu ketika beliau telah mengadakan sesi ucapan khas untuk dirinya sendiri, menasihati diri yang bererti menghitung diri. Beliau melakukan itu kerana sudah banyak kuliah atau khutbah yang diucapkan untuk menasihati orang lain, dan kali itu beliau mengkhususkan kuliah nasihatnya untuk dirinya sendiri. Di dalam ucapannya beliau telah mengemukakan suatu pertanyaan: "Wahai Yazid Ar-Raqash," ujarnya "Siapakah yang akan mengerjakan solat fardhu bagi dirimu selepas kamu mati?"

Beliau mengemukakan soalan tersebut kepada dirinya, kerana beliau sedar bahawa solat yang dilakukan selama ini ibarat seorang murid yang memasuki ujian peperiksaan, tetapi keputusan ujian itu dirahsiakan. Bolehkah dia yakin bahawa dia lulus ujian? Semuanya menjadi teka-teki dan keputusannya hanya akan diketahui apabila catatan amal seseorang itu telah dibentangkan oleh Allah Taala di hari hisab di Padang mahsyar kelak.

Sebelum datangnya hari pendedahan segala amal itu, sudah tentu tidak seorang pun yang merasa pasti bahawa solatnya itu telah diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah yang terbaik, dia hanya mengharap solatnya itu diterima. Tetapi dia tidak tahu bagaimana nasib solat itu, sama ada ia telah dibawa ke langit oleh para malaikat yang bertugas dengan jayanya atau sebaliknya. Adakah dapat melepasi pintu-pintu langit sehingga akhirnya sampai ke pangkuan Allah SWT. Ataukah solat itu telah dilontarkan oleh malaikat yang menjaga pintu langit disebabkan kecacatan yang terdapat di dalamnya?

Selain itu, tidak ada siapapun yang dapat menjangka dia akan sampai kepada waktu solat yang berikutnya. Justeru itu apabila masuk waktu solat fardhu maka dia akan melakukannya sebagai solat yang terbaik, yang dilengkapi dengan rukun dan syarat-syaratnya, serta dengan khusyuk dan hati yang tertumpu ingatan kepada Allah Taala.

Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadithnya menyebut: jadikan solat yang kamu dirikan itu sebagai solat yang terakhir dalam hidupmu." Dalam hadithnya yang lain Rasulullah menjelaskan: "Beramallah untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari."

Mendirikan solat atau ibadah seolah-olah kematian akan datang menjelang esok hari, tentulah dilakukan sebaik-baiknya. Kerana apabila solat atau ibadah yang dilakukan itu cacat dan tidak memenuhi rukun serta syarat-syarat yang selayaknya, maka solat dan ibadah itu pasti ditolak oleh Allah Taala, dan tidak ada masa untuk memperbaikinya semula.

Apabila telah mati seseorang itu maka putuslah segala ikhtiar, solat yang cacat itu kekal dengan kecacatannya tanpa dapat diperbaiki lagi. Sebab itulah Yazid Ar-Raqash bertanya kepada dirinya sendiri: "Siapakah yang akan menggantikan solat yang cacat itu setelah kamu mati?" jawabnya tentulah tidak ada siapapun yang dapat melakukannya, melainkan dia bergantung harap kepada solat dan ibadah yang telah dilakukan sama ada cacat atau sempurna.

Oleh yang demikian apabila mati itu sentiasa berada di dalam ingatan, ia akan mendorong melakukan sesuatu ibadah dengan cermat dan khusyuk. Berusaha mencari punca-punca yang menghalang terjadinya khusyuk di dalam solat dan lain ibadah, mendalami ilmu yang berhubung dengan solat dan lain-lain ibadah, kerana melakukan ibadah tanpa ilmu akan sia-sia.

Antara perkara yang menghalang terjadinya khusyuk di dalam solat, antaranya ialah tidak memahami setiap perkataan atau kalimah yang diucapkan, sama ada lafaz yang wajib seperti bacaan fatihah dan lainnya. Mereka hanya menghafal setiap kalimah yang terkandung di dalam solat, dan mengucapkannya setiap kali ibadah solat itu dilakukan.

Solat seperti itu tidak akan mencapai khusyuk, kerana hati mereka tidak dapat menghayati maksud-maksud yang terkandung di dalam kalimah-kalimah yang diucapkan. Kalimah itu dibacanya sekadar memenuhi syarat atau rukun yang ditetapkan oleh fiqh, sedangkan segala pengertian yang terkandung di dalam setiap bacaan di dalam solat itulah yang akan manambat hati serta ingatan seseorang yang sedang mendirikan solat.

Solat yang dilakukan dalam keadaan tidak memahami bacaan yang diucapkan, adalah ibadah hanya pada zahirnya saja, sedang pada batinnya tidak mencapai khusyuk. Walau bagaimanapun solat yang khusyuk tidak bergantung kepada memahami makna bacaan semata-mata, hanya bangsa Arab sajalah yang boleh mencapai khusyuk, kerana bahasa di dalam solat itu adalah bahasa mereka. Jika begitu adakah orang Arab sahaja yang masuk syurga? Tetapi kita yakin bahawa ada orang Arab yang masuk syurga dan tidak sedikit pula yang masuk neraka.

Oleh yang demikian semua orang Islam tidak kira Arab atau 'Ajam mesti memahami setiap perkataan yang diucapkan di dalam solat mereka, supaya hati mereka terikat dengan maksud perkataan yang dituturkan oleh lidah mereka. Apabila hati terikat dengan makna bacaan, maka tidak ada peluang untuk hati lalai merayau merata-rata sehingga tidak lagi mengingati Allah SWT, sedangkan di antara tujuan solat itu ialah untuk mengingati Allah Ta'ala.

Firman Allah SWT:
نَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدۡنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِڪۡرِىٓ

Yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku."
(Sarah Taha ayat 14).

Bagi orang yang berharap agar solat mereka diterima oleh Allah SWT, maka sewajarnya sentiasa meningkatkan ilmu sehingga dapat memahami dan menghayati semua makna ayat serta kalimah yang diucapkan di dalam solat, bagi membantu mencapai khusyuk itu. Lebih-lebih lagi bagi bangsa 'Ajam yang begitu asing dengan bahasa Arab.

Firman Allah Taala:

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ( ١ ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)

Yang bermaksud:
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk di dalam sembahyangnya"
(Surah al-Mukminun ayat 1-2).

Justeru itu solat yang khusyuk itu adalah suatu urusan yang besar bagi orang beriman, mereka tidak mungkin mendakwa boleh mencapai khusyuk tanpa mengetahui makna bacaan dalam solat.

Suatu ketika Rasulullah SAW memberitahu para sahabat, sekiranya di antara mereka ada yang boleh melakukan solat dengan khusyuk dan mengingati Allah dari awal hingga akhir, maka Rasulullah akan memberi mereka sehelai baju. Tiba-tiba Saidina Ali mengaku dapat melakukannya, sayangnya apabila Saidina Ali mendirikan solat, lalu hatinya berkata: "Alangkah baiknya jika Rasulullah boleh memberinya dua helai baju."

Jika Sayidina Ali sebagai sepupu Nabi dan juga menantunya, yang pernah dikhabarkan bahawa beliau adalah pintu ilmu dan Nabi sebagai gedungnya, namun masih terdapat gangguan di dalam solatnya, maka apakah yang boleh menjamin bagi bangsa 'Ajam yang tidak menguasai bahasa Arab dan kurang berilmu itu akan mencapai khusyuk dengan mudah di dalam solat mereka?

Tazkirah kematian oleh:
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Angau" Gadis terhadap Fatih; Satu Rahmat?

"Angau" Gadis terhadap Fatih; Satu Rahmat?

Seorang pendakwah muda menulis di facebook beliau:
"Banyak komen yang saya baca di status2 Fatih Seferagic adalah dari perempuan. 95% daripada komen adalah "Handsomenya", "Awak cute laaaa...", "♥♥♥", "Suke awak..." Apa bezanya mereka yang menolak Justin Bieber dan menerima Fatih Seferagic kalau masih 'angau'? =)"

Saya jadikan status beliau ini sebagai subjek komentar saya pada kali ini. Terlebih dahulu, saya tidak bertentangan pendapat dengan beliau.

Apa kata wanita-wanita?
Saya teringat kisah perbualan saya dengan seorang sahabat perempuan saya ini. Beliau pada waktu itu belajar untuk menjadi seorang pembantu perubatan. Darah campuran Melayu dan Siam, beliau belajar di sekolah harian biasa sehingga ke tingkatan 5. Ayahnya meninggal dunia sewaktu dia masih muda, yang tinggal, ibunya yang menanggungnya. Pendidikan agama beliau biasa-biasa sahaja.

Fenomena pada waktu tersebut bukan Fatih Seferagic, tapi, fenomena Imam Muda yang hensem-hensem belaka. Saya menyatakan ketidakselesaan saya terhadap wanita Islam yang kelihatan tergila-gilakan kehenseman Imam Muda. Komen saya pada waktu itu, kelihatan sama nadanya dengan komen pendakwah muda di atas. (Sebab tu saya sengih seorang diri bila terbaca status ini)

Sahabat perempuan ini mendengar dengan tekun setiap kata-kata saya. Selepas saya simpulkan apa yang saya ingin ucapkan, dia pun cakap,
"Betul apa awak cakap. Saya pun suka tengok juga Imam Muda. Saya pun suka tengok Imam Muda sebab mereka hensem. Enak dipandang mata"

Saya sangka, saya sudah berjaya menyampaikan dakwah saya, jadi saya sedikit gembira. Kemudian beliau pun menyambung,
"Mereka buatkan saya teringin seorang suami yang beriman kepada Allah swt, sama seperti mereka. Cemburunya saya kepada perempuan yang dapat berkahwin dengan lelaki sebaik itu. Kalau hensem, tapi, perangai tak elok, meluat jugak nak tengok."

Nabi saw seorang yang sangat hensem
Sejurus selepas jawapan beliau itu, saya tersedar. Saya sudah tersalah dalam melakukan ajakan. Saya menyatakan bahawa menyukai Imam-imam Muda kerana rupa paras mereka adalah salah. Mendengar kata-katanya, saya terfikir,
"Bagaimana jika kerana takutkan 'angau' ini, beliau tiba-tiba berhenti menyibukkan diri dengan Imam Muda kemudian kembali menonton Akademi Fantasia? Bagaimana jika kerana takutkan 'angau' ini menyebabkan mereka berputus asa mencari lelaki mantap iman, dan kembali menginginkan lelaki kurang mantap iman mereka sebagai teman hidup?"

Kemudian saya teringat bahawa Rasulullah saw adalah seorang yang SANGAT HENSEM. Malahan, sahabat-sahabat radhiallahu anhum menyatakan mereka tidak pernah melihat seorang yang lebih hensem daripada Rasulullah saw sepanjang hidup mereka.

Allah swt menjadikan sifat Rasulullah saw sebagai hensem kerana cantik/hensem boleh digunakan sebagai satu daya tarikan untuk dakwah Islam itu sendiri. Tiada seorang manusia pun yang suka jika Islam menyeru kepada kekusutan dan sifat tidak terurus. Kerana itu Rasulullah saw menyeru sahabat-sahabatnya supaya sentiasa kelihatan kemas.

Manipulasi dakwah kita
Saya menyatakan bahawa mencintai kehenseman Fatih dan Imam-imam Muda bukanlah satu perkara yang terbaik. Kerana Islam itu datang bersama ilmu. Islam tidak mampu disebarkan dengan magic ataupun rupa paras yang cantik. Memang benar mukjizat dan rupa paras yang cantik boleh membantu mengajak manusia kepada Islam. Namun, ilmu tetap perlu diberikan.

Saya melihat bahawa wanita-wanita yang sukakan Fatih, mereka menyukai Fatih bukan sahaja kerana wajahnya yang hensem. Namun, mereka menyukai Fatih kerana hensem itu datang bersama pakej Islam yang dibawanya.

Pendapat saya, adalah kurang bijak jika kita hanya mengkritik mereka yang mencintai Fatih kerana Fatih hensem. Adalah lebih baik, kita manipulasikan kehenseman Fatih ini. Contohnya, katakan kepada wanita-wanita yang sukakan kehenseman Fatih ini,
InsyaAllah, kalau saudari baik, saudari akan berjumpa seorang lelaki yang baik dan hensem seperti Fatih ini. Allah swt menjanjikan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” Surah An-Nur 26.

Dengan ini, bukan sahaja mereka meletakkan kekaguman kepada orang yang selayaknya (iaitu orang yang baik), malah mereka sendiri berusaha untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Ini lebih baik daripada dilarang mengagumi orang yang baik dan menyebabkan mereka mencintai orang-orang yang lain.

Kesimpulan
Saya menulis, bukan kerana bertentangan pendapat dengan sahabat saya ini, sebaliknya, kerana pada saya, komen beliau menegur golongan yang sudah mengenal Islam. Golongan yang belum berjinak-jinak dengan Islam perlu komen yang sedikit berbeza.

Kesimpulan saya, angau ini ada yang baiknya. Gunakan sebaiknya, wahai pendakwah.

p/s: Orang yang sudah kenal Allah swt (niqabis, tudung labuhis, dll), sepatutnya tidak mengeluarkan komen-komen menggelikan di page lelaki-lelaki hensem (tidak kira beragama ataupun tidak) kerana itu menjatuhkan maruah anda.

Sabtu, 30 Mac 2013

Fasal 8 pada Mengingati Allah sewaktu Berperang

Fasal 8 pada Zikrullah sewaktu Berperang

Berfirman Allah swt:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا لَقِيتُمۡ فِئَةً۬ فَٱثۡبُتُواْ وَٱذۡڪُرُواْ ٱللَّهَ ڪَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung." Surah Al-Anfal ayat 45.

Tazkirah 3 - Hindar Kemungkaran dengan Zikrul Maut


SEORANG pemandu kenderaan yang cermat pasti menjaga ciri-ciri keselamatan, bukan sekadar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi peraturan jalanraya, malah dia juga tidak lupa meneliti kenderaan sebelum memandunya. Sekalipun enjen dalam keadaan baik, namun mereka belum boleh berpuas hati sebelum meneliti lain-lain peralatan penting. Di antara perkara utama ialah mempastikan sama ada brek dalam keadaan baik, kerana brek merupakan perkara utama untuk menjamin keselamatan di jalanraya.

Begitulah juga dalam kehidupan manusia memerlukan ciri-ciri keselamatan, bagi menjamin keselamatan hidup manusia di dunia dan terutamanya ialah keselamatan hidup di akhirat. Seperti kenderaan tadi, manusia juga selain dia tidak lalai dan sentiasa waspada dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh pancaroba, dia juga mesti mempunyai brek bagi mempastikan dirinya tidak terbabas sehingga malampaui batas-batas Allah Taala.

Apakah sebenarnya brek bagi manusia agar mereka tidak terbabas dan merempuh perkara yang dilarang atau dihararnkan oleh Allah Taala? Sesungguhnya yang berfungsi sebagai brek bagi manusia itu banyak, yang terutama ialah keimanan terhadap Allah SWT dan hari akhirat.

Keimanan itu tidak subur dengan sendirinya, kecuali dibaja dengan ilmu agama yang berteraskan Wahyu Allah Taala yang disampaikan oleh Rasul-Nya. Terutamanya ilmu tauhid atau aqidah yang dapat mengesakan Allah Taala dan juga ilmu yang mencakupi bidang syariat sebagai panduan hidup untuk mengabdi diri kepada Allah clan hubungan sesama insan.

Dengan segala ilmu yang berteraskan wahyu Ilahi itu dapatlah manusia menjaga peradaban hidup mereka, Berta meningkatkan keimanan terhadap Allah SWT melalui solat yang penuh khusyuk, kerana solat yang khusyuk itu berperanan mencegah manusia dari melakukan perbuatan yang keji clan mungkar.

Firman Allah Taala:
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ

Yang bermaksud:
"Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingati Allah (solat) lebih besar (keutamaannya dari ibadat yang lain)."
(Surat al-Ankabut ayat 45).

Selain itu perkara yang berfungsi sebagai trek dalam hidup manusia ialah 'zikrul maut' atau mengingati mati. Susungguhnya mengingati mati itu akan memberi ruang yang banyak untuk manusia menghadapkan wajah hati dan ingatan mereka kepada akhirat. Pandangan orang-orang  yang beriman itu amat jauh, kerana mereka tidak sekadar melihat dengan mata kepalanya, tetapi yang lebih penting ialah melihat dengan pandangan mata hati. Mata hati mampu melihat tidak sekadar melihat kehidupan di duniawi, malah pandangannya menjangkau ke akhirat, sesuai dengan keyakinannya bahawa kehidupan yang lebih panjang bagi manusia ialah di akhirat.

Bagi orang yang lalai dari mengingati mati boleh disimpulkan bahawa mereka tidak pernah mengambil masa walau sedikitpun untuk mengingat atau memikirkan akhirat, inilah yang menyebabkan mereka hayal dan lalai dengan kesenangan dan kelazatan hidup di dunia.

Kehidupan manusia di dunia ini hanya menempuh dua keadaan, iaitu sama ada susah atau pun senang, kesenangan bagi orang yang tidak bersyukur ada kalanya melalaikan manusia dari mengingati Allah Taala dan juga mengingati mati, tetapi apabila menghadapi kesusahan dan penderitaan hidup kadangkala manusia berputus asa lalu mereka merasakan mati lebih baik ketika itu. Persoalannya adakah mereka mempunyai persiapan untuk menghadapi mati? Jika tidak bagaimana mereka tahu bahawa mati itu lebih baik bagi mereka?

Mengingati mati dalam keadaan susah dan senang itu amat besar faedahnya. Sekiranya berada dalam kehidupan yang susah dan menderita, tidaklah mereka merasakan bahawa penderitaannya itu terlalu berat jika dibandingkan dengan detik-detik menghadapi mati yang dahsyat, suatu detik yang penuh cemas dan kesakitan. Bukan sekadar sakit disebabkan nyawa dicabut keluar dari badan, tetapi ia adalah saat-saat penentu yang amat digeruni oleh semua manusia, sama ada dia akan beroleh husnul khatimah (kesudahan yang baik) atau su-ul khatimah (kesudahan yang buruk).

Dengan mengingati saat-saat roh dicabut oleh malaikat maut, dengan kesakitan bagaikan disayat kulit hidup-hidup, maka apalah sebenarnya penderitaan dan kesakitan hidup di dunia ini. Apatah lagi jika mengingat kesengsaraan di hari mahsyar dan azab neraka yang bakal menimpa orang-orang yang ingkar, maka kesengsaraan di dunia yang singkat ini bukanlah bandingan. Justeru itu dengan mengingati mati dan mengingati persoalan sesudah mati iaitu di alam barzah dan juga alam akhirat itu akan meringankan beban derita yang ditanggung di dunia ini.

Sekiranya seseorang itu hidup senang dengan kekayaan yang melimpah, maka kesenangan yang dirasai itu tidak akan mempesonakan dan merasa terlalu berbangga dengannya. Kerana ia sekadar kesenangan bagaikan setitik embun dihujung daun yang akan gugur dan hilang dalam sekelip mata. Kebahagiaan dan kesenangan di dunia adalah kesenangan yang tidak kekal jika dibandingkan dengan kesenangan selepas mati bagi orang-orang beriman yang mendapat rahmat Allah SWT.

Justeru itu walau bagaimana besar penderitaan yang ditanggung di dunia ini, namun kesengsaraan itu pasti ada penghujungnya, penamat kepada penderitaan itu ialah mati. Jika seseorang itu ingat akan mati, malah semua yang bernafas juga akan menemui kematian, dia sedar bahawa bukan dia sahaja yang akan mati, tetapi orang lain pun mati juga. Dengan itu akan ringanlah beban yang ditanggungnya kerana dia tahu bahawa kematian pasti mengakhiri kesulitan hidup yang ditanggung selama ini. Walau bagaimanapun mereka juga sedar bahawa kematian adalah permulaan kepada suatu kehidupan yang abadi.

Selain itu disebabkan kesabaran menghadapi ujian kepayahan hidup, serta keimanan yang sentiasa disuburkan dengan amal dan ketaqwaan, maka dia penuh yakin bahawa kesengsaraan di dunia itu hanya sekadar kulit dari kesengsaraan yang sebenar. Di samping itu dia tetap bersangka baik kepada Allah SWT, bahawa kematian itu merupakan permulaan 'saadah atau kebahagiaan yang sebenar baginya.
Sentiasa dia berharap semoga tidak akan menempuh kesengsaraan di akhirat, kerana sepanjang dia mengingati mati, menyebabkan dia telah berusaha melakukan ketaatan dan menjauhi apa yang dibenci oleh Allah SWT. agar dihindar dari menempuh kesengsaraan akhirat yang tempohnya terlalu panjang serta tiada peluang untuk melakukan sebarang ikhtiar bagi mengurangkan penderitaan tersebut walau sedikitpun.

Kehidupan yang dipenuhi dengan kesenangan, ada kalanya meninggalkan kesan yang buruk terhadap martabat keimanan seseorang, selain dia leka dengan kesenangan itu bererti dia tidak pernah menempuh ujian. Ibarat emas yang belum dibakar, belum diketahui ketulinannya. Demikian juga keimanan yang tidak pernah teruji, dikhuatiri akan gagal apabila ditimpa ujian yang berat.

Justeru itu kita temui sepanjang sejarah para nabi dan rasul a.s. itu dipenuhi dengan berbagai ujian yang berat, mereka diuji dengan kemiskinan dan kemelaratan hidup, diuji dengan penentangan dan ancaman maut dari kaumnya, dipulau oleh kaum kerabat mereka, diusir dan diperangi, dicaci dan dinista. Kesemua itu merupakan ujian yang didatangkan oleh Allah SWT terhadap mereka, untuk menjadi pengajaran kepada sekalian umat para nabi dan rasul itu agar mengambil iktibar bahawa kehidupan orang yang beriman itu pasti akan menghadapi ujian.

Ujian dari Allah SWT itu berdasarkan iman seseorang, oleh kerana orang yang mempunyai keimanan yang unggul adalah terdiri dari para rasul dan nabi-nabi juga siddikin, maka merekalah golongan yang banyak menerima ujian dari Allah SWT . Bagaimanapun mereka adalah golongan yang sentiasa mengingati mati dan hatinya sentiasa menghadap ke alam akhirat, maka semua ujian dan ancaman itu hanyalah asam garam yang akan melazatkan lagi kehidupan mereka di akhirat.

Sebaliknya, kesenangan bagi orang yang lalai dari memikirkan hidup selepas mati, hanyalah ibarat sebiji pisang di dalam perangkap yang menyebabkan musang akan terperangkap hanya dengan sebutir pisang itu.

Justeru itu kesusahan dan kesenangan itu kedua-duanya berguna kepada orang yang beriman yang sentiasa mengingati mati. Kesusahan yang ditimpakan kepadanya tidak menyebabkan dia tidak keluh kesah, kerana dia sedar bahawa kesusahan itu tidaklah seberapa jika di bandingkan kesengsaraan di akhirat yang akan ditanggung oleh mereka yang lalai.

Kesenangan dan kekayaan juga tetap berguna kepada orang yang beriman yang sentiasa ingat akan mati, kerana sudah tentu mereka mencari kekayaan itu melalui cara-cara yang diridhai oleh Allah SWT, Serta dia menggunakan kekayaan itu untuk berbakti kepada Allah Taala bagi mencari keredhaan-Nya.
Mengingati mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia menghindarkan diri dari lalai, dan juga perisai yang kukuh bagi melawan serangan pengaruh kelazatan dunia yang melekakan.

Tazkirah daripada:
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan.

Jumaat, 29 Mac 2013

Kenapa Muslimin Tidak Meminati Muslimat "Hebat"?

Kenapa Muslimin Tidak Meminati Muslimat "Hebat"?
Alkisahnya sebuah cerita rekaan:
"Seorang wanita dinasihatkan oleh sahabat-sahabatnya supaya dia merendahkan sedikit 'kesungguhan' berjuang. Alasan sahabat-sahabatnya ini, adalah kerana muslimin takut untuk masuk meminang muslimat-muslimat 'hebat'. Wanita ini mungkin sedikit risau dan akhirnya menyatakan bahawa dirinya bukanlah seperti yang dilihat di facebook, luarannya, dia adalah seorang yang biasa-biasa sahaja."

Pada saya, nasihat sahabat-sahabat beliau memang nampak keikhlasannya. Apabila usia mencecah 20-an, masih belum diikat, pasti perempuan akan mula terasa bahang. Kalau sudah terikat, tenang sedikit.

DILEMA:
Situasi di atas merupakan perkara biasa dalam kalangan pejuang-pejuang Islam di universiti-universiti. Idealism menyelinap masuk ke rongga hati mereka, justeru mereka sangat bersemangat untuk memperjuangkan Islam.

Alhamdulillah atas kesungguhan itu.

Namun, apabila usia meningkat, dan prospect kerjaya mula kelihatan di hadapan mata, mulalah mereka berfikir tentang jodoh. Ingin dicintai dan mencintai, fitrah manusia.

Namun, banyak dilema yang mereka hadapi. Situasi di atas merupakan salah satu daripadanya. Banyak kali saya terdengar ungkapan seperti,

"Kenapakah muslimin lebih suka mencari muslimat yang bukan pejuang?"
atau
"Kenapakah muslimin sangat perlahan dalam bab membina keluarga Islam?"

Saya pernah terdengar,
"Ada kawan saya, sangat cantik, sangat baik akhlaknya, berpurdah, pelajaran bagus, ilmu agama mantap, kenapakah muslimin tidak berani masuk bertanya?"

Akhirnya, mereka membuat kesimpulan bahawa:
MUSLIMIN TIDAK SUKA MUSLIMAT YANG "HEBAT".

BENARKAH BEGITU?
Saya berbincang dengan sahabat-sahabat saya berkenaan isu ini. Adakah muslimin tidak berkeinginan meminang seorang muslimat yang 'hebat'?

Kawan saya yang saya namakannya Al-Faruq mengangguk, dan memberikan pendapat dengan yakin. "Ada, bro. Tiada lelaki yang ingin merasakan dia lebih lemah berbanding perempuan." Seorang lagi sahabat saya, saya namakannya Az-Zinki pun sama, menjawab, "Aku setuju dengan Al-Faruq."

Namun, saya tidak bersetuju dengan pendapat mereka. Kemudian saya katakan kepada mereka, "Kalau benar perempuan yang hebat, muslimin takut ingin masuk, kenapakah ada seorang muslimat "X" ini begitu ramai yang masuk bertanya? Kalau dibandingkan, muslimat inilah antara yang paling mantap antara semua muslimat yang pernah kita jumpa."

Al-Faruq menjawab sambil ketawa, "Muslimat itu ibarat permata di celah-celah batu geliga. Sukar dicari serupa dengannya bro." (Okay-okay, ayat ini saya rendahkan sedikit tona analoginya, kerana analogi al-Faruq terlampau tinggi bahasanya)

Dari sini, saya sebenarnya dapat katakan, muslimat 'hebat' bukanlah penghalang untuk dipinang oleh ramai muslimin, kerana muslimat 'permata' ini begitu diminati walaupun beliau sangat hebat. Jadi, muslimat-muslimat di luar sana, tidaklah perlu takut untuk menjadi seorang yang hebat. Menjadi hebat merupakan satu daya tarikan sebenarnya!

JADI, APAKAH PUNCANYA?
Ini hanyalah analisa saya. Seperti yang kita tahu, lain tempat, lain keadaan. Oleh kerana soalannya adalah "kenapa muslimin tidak meminati muslimat 'hebat'?" maka, jawapan saya, saya petik selepas berbual dengan muslimin-muslimin yang berfikrah Islam. 

Punca utama muslimin agak reluctant untuk bertanya kepada muslimat yang 'hebat', adalah kerana;
MUSLIMIN TIDAK PERCAYA MUSLIMAT 'HEBAT' INI AKAN MENGHORMATINYA KELAK

Dalam kes muslimat hebat yang Al-Faruq nyatakan sebagai 'permata' tadi, beliau merupakan seorang yang sungguh berakhlak mulia. Jarak usia antara saya dan beliau, banyak tahun, tapi, dapat dirasakan betapa tinggi akhlak beliau. Beliau cukup hormat kepada saya walaupun saya kurang dari segi usia dan pengetahuan berbanding dengannya. Selepas beliau menasihati saya, beliau sms saya dan kata, "Akak minta maaf jika menyakitkan hati awak. Akak tidak berniat demikian."

Muslimat yang 'hebat' di luar sana perlu menunjukkan bahawa mereka mampu untuk menghormati muslimin ini kelak sewaktu bergelar isteri. Ya, saya tahu, ianya cukup sukar, kerana muslimat 'hebat' ini sudah terdidik untuk merasakan mereka 'hebat'. Sukar untuk mengubah pandangan daripada "Aku hebat!" kepada "Dia lebih mantap" dalam masa satu hari (sesudah akad nikah), kerana ia sudah menjadi satu tabiat.

"BAGAIMANA CARA MEYAKINKAN BAHAWA KAMI BAKAL MENGHORMATI?"
Muslimat-muslimat 'hebat' di luar sana, pasti merasakan perkara ini cukup leceh. Tapi, sebenarnya perkara ini cukup kecil, sebenarnya. Antara cara yang boleh dibuat adalah:
1) Tidak meremehkan ijtihad muslimin. Jika tidak bersetuju dengan ijtihad muslimin, bawa berbincang secara baik. Kebanyakan muslimin tidak keras kepala. Kebanyakannya berlapang dada menerima pandangan tambahan daripada muslimat sebelum membuat keputusan. Dari sini, communication skills memainkan peranan yang penting. Antara situasi penting yang menunjukkan muslimat meremehkan ijtihad muslimin adalah:
- muslimat hadir meeting yang mana, mereka sudah mempunyai pandangan mereka sendiri yang dibincangkan dalam kalangan muslimat sahaja. Dua minit selepas buka majlis, ketua muslimat pun kata, "Kami memutuskan untuk blah-blah-blah".
- menolak pendapat muslimin kerana "Akak Maisarah cakap, sepatutnya buat begini."

2) Tidak kasar dan menyakitkan hati bila dibawa bercakap. Jika muslimat ini tidak bersetuju dengan muslimin ini atas apa-apa keputusan, tidak perlu untuk memperli mereka, ataupun mengutuk mereka. Cakap berdepan, itu lebih baik. Ini bukannya bermaksud untuk bercakap lembut (melenggokkan suara seperti orang gedik), tapi, saranan saya adalah supaya lebih sopan dalam pertuturan. Ramai muslimat syadid sebenarnya. Muslimin takut akan kekasaran ini, bukan takutkan ke'hebat'an anda.

3) Senyum dan mengucapkan terima kasih. Senang dibuat, tapi, jarang dilaksanakan kerana 'takut menjadi fitnah'. Muslimat yang hebat, jika senyum kepada muslimin yang bekerja dengannya, muslimin tidak nampak sebagai gedik, muslimin nampak sebagai satu bonus kepada akhlak mulia, iaitu bermanis muka.

Saya rasa, ketiga-tiga cadangan ini sudah cukup. Muslimat sekalian, anda penentunya.

KESIMPULAN
Kesimpulan saya, jika anda rasa anda hebat, teruskan menjadi hebat. Jangan terpaksa melimitkan kehebatan anda. Kehebatan anda itu bukannya keburukan!

p/s: Ini mungkin balasan bagi tulisan muslimat yang bertemakan, "Muslimin Tsiqah Pilihan Kami". Hehe.

[Tambahan 31/03/2013, jam 0534 waktu Malaysia] : Muslimat jangan risau, saya memang berniat untuk menasihati muslimin pula dalam post akan datang. Kebahagiaan datang apabila ada komunikasi dan usaha dari kedua-dua pihak. Tidak adil untuk saya menyeru muslimat untuk buat itu, buat ini, tapi, muslimin saya biarkan sahaja.

Khamis, 28 Mac 2013

Peringatan Kepada Golongan Pencaci Dan Pembuat Fitnah Kepada Orang


Link youtube adalah di sini. http://www.youtube.com/watch?v=Gz70T-V_r2U

Transkrip Tazkirah Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman (buat sahabat-sahabat yang mempunyai internet slow sehingga tidak mampu dengar Youtube)

Panduan: Setiap perkataan yang ada di dalam kurungan merupakan tambahan saya sendiri untuk memudahkan kefahaman sewaktu membaca transkrip ini. Ia bukan daripada mulut Ustaz.

Sedikit tazkirah ataupun peringatan kepada masyarakat Islam di zaman yang kita hidup; di saat kita hidup di zaman yang penuh dengan fitnah dan pancaroba ini. Kita lihat hari ini, tersebarnya fitnah yang begitu dasyat di kalangan kita. Ada orang yang menyebarkan tulisan-tulisan, membuat tuduhan kepada orang (secara) sembarangan. Ada orang yang menyebarkan melalui alat-alat media, melalui youtube, video, dalam TV, dalam radio. Kita kena ingat, bahawa jiwa seorang Muslim, seorang yang beriman kepada Allah swt itu, bukanlah jiwa yang dibiarkan begitu sahaja. (Jiwa orang Muslim itu adalah) jiwa yang mempunyai harga yang begitu mahal.

Nabi saw telah bersabda dalam haji wada':
حدثنا علي بن عبد الله حدثني يحيى بن سعيد حدثنا فضيل بن غزوان حدثنا عكرمة عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم خطب الناس يوم النحر فقال يا أيها الناس أي يوم هذا قالوا يوم حرام قال فأي بلد هذا قالوا بلد حرام قال فأي شهر هذا قالوا شهر حرام قال فإن دماءكم وأموالكم وأعراضكم عليكم حرام كحرمة يومكم هذا في بلدكم هذا في شهركم هذا فأعادها مرارا ثم رفع رأسه فقال اللهم هل بلغت اللهم هل بلغت قال ابن عباس رضي الله عنهما فوالذي ص: 620 ] نفسي بيده إنها لوصيته إلى أمته فليبلغ الشاهد الغائب لا ترجعوا بعدي كفارا يضرب بعضكم رقاب بعض

Darah kamu, harta kamu, kehormatan kamu, haram atas diri kamu. Hari ini kita lihat, kehormatan diri manusia telah menjadi mainan, (hanya) kerana perbezaan ideologi, perbezaan pandangan, samada pandangan politik, pandangan pemikiran mazhab, pandangan yang tidak serupa dengan kita sahajalah senang, terus akan dijatuhkan hukuman yang begitu dasyat. Bahkan sanggup mengatakan seseorang ini ahli neraka, orang ini ahli sesat, yang begitu mudah sekali kita lemparkan tuduhan-tuduhan. Kadang-kadang yang menjadi mangsa ini, bukan orang-orang yang biasa. Samada orang politik sesama mereka, itu kita anggap orang biasa. Tapi, tuduhan ini dilemparkan ke atas para pendakwah, bahkan orang yang boleh dianggap sebagai alim ulama', orang yang wara' (yang) kita lihat pada zahirnya, (kita) tuduh bermacam-macam, (kemudian tuduhan ini) disebar melalui video, melalui internet. Gambar-gambar yang telah diedit, (di)masuk(kan ke dalam internet).

Kamu kena ingat, Allah swt telah menyebut dalam Al-Quran Al-Karim dalam surah An-Nur ayat 15:
إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُ ۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ۬ وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬
(ertinya: Ingatlah di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.)

Ingatlah, ketika kamu menerima berita itu dari mulut ke mulut, kita dengar berita orang buat, kita tengok dalam youtube, orang ini jahat, scandal - tidak kira, skandal seks ke, skandal balak ke, skandal apa benda lah -  ataupun pendakwah ini dituduh membawa ajaran sesat contohnya, kerana perkara-perkara yang tertentu, وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم kamu juga kata dengan lidah kamu, dengan mulut kamu. Samada mulut kita yang kita bercakap ataupun tangan yang kita tulis tulisan kita. مَّا لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ۬ Sedangkan kamu tidak mempunyai ilmu, maklumat yang tepat tentang peristiwa yang ada itu, وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا kamu ingat main-main sahaja, suka-suka sahaja. Like dalam facebook, gelak-gelak, suka-suka sahaja, buat ceramah masuk kampung dan bandar mencerca orang (dan) sebagainya, وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬ perbuatan ini merupakan perbuatan yang sangat besar di sisi Allah azza wa jalla.

Nabi saw dalam hadis yang panjang, tentang yang menyebut tentang peristiwa muflis,
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أتدرون من المفلس ؟ قالوا:المفلس فينا من لا درهم له ولا متاع , قال صلى الله عليه وسلم : إن المفلس من أمتي من يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وزكاة , ويأتي وقد شتم هذا ,وقذف هذا , وأكل مال هذا , وسفك دم هذا , وضرب هذا , فيعطي هذا من حسناته وهذا من حسناته فإن فنيت حسناته من قبل أن يقضي ما عليه أخذ من خطاياهم فطرحت عليه ثم طرح في
النار
(Ertinya: Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang yang muflis di antara kami ya Rasulullah ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan dirham (ringgit) dan tiada harta benda." Nabi s.a.w seterusnya bersabda: "Sebenarnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa solat, puasa dan zakat, sedangkan datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang, dan menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan juga memukul orang; maka akan diambil daripada amalan kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu. Kemudian apabila habis amalan kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula daripada kesalahan-kesalahan orang yang dianiaya serta ditimpakan ke atasnya. Kemudian, ia dihumban ke dalam neraka.")

Nabi saw (ber)kata di antara sahabat, "Siapa di antara kamu orang muflis?" أتدرون من المفلس Nabi kata, "Kamu tahu apa itu muflis?" Sahabat kata "Muflis ini orang yang tiada harta, yang hutang banyak, duit untuk bayar takde, itu muflis". Nabi kata, إن المفلس من أمتي orang muflis dalam kalangan umat aku ini يأتي يوم القيامة mereka datang pada hari kiamat bawa amalan dia, solat ada, puasa ada, zakat ada, tapi, mulut dia juga telah maki orang perli orang telah ambil harta orang telah memukul orang, apa jadi (kepada orang sebegini)? Maka akan diambil kebajikannya diberi kepada orang yang difitnahnya tadi, orang yang dia zalim tadi. Kalau habis pahala orang tadi, akan diambil dosa dan dicampak ke atas kepala. ثم طرح في النار kemudian akan dicampak ke dalam neraka.

Ini pesanan oleh Nabi yang begitu besar kepada kita. Kerana itulah, saya memberi peringatan, (dan saya memberi) tazkirah ini kepada semua muslimin dan muslimat. Tidak kira apa jenis kita ini, blogger ke, baru-baru nak belajar menulis ke, ahli-ahli facebook ke, wartawan ke, pembaca berita tak kira tv apa, semua kamu ingat, apa yang kamu kata, apa yang kamu tulis, kamu ingat main-main, "saya cuma baca skrip", وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا kamu ingat benda itu main-main, وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬ tapi, ia besar di sisi Allah.

Kamu nak jadi orang muflis di akhirat? Dengan permainan-permainan alat-alat moden yang ada hari ini, duk reka cerita, ambil gambar orang, potong sana potong sini, akhir sekali keluar fitnah.

Kamu ingat orang (yang) kena fitnah ini boleh tidur malam? Kamu ingat orang (yang) kena fitnah berdiam diri begitu sahaja? لا (tidak)

Orang (yang kena) fitnah, orang yang kena zalim, doa orang yang kena zalim ini mustajab.

Allah swt sebut لأنصرنّك ولو بعد حين (ertinya) "Aku akan memberi pertolongan, walaupun selepas beberapa ketika". Hari ini kita lihat, tidak kira orang hidup ataupun orang mati, semua tak selamat. Orang mati pun tidak selamat. Apabila ada tokoh ulama mati, semua orang mengeluarkan kenyataan, statement yang begitu dasyat. Tulis macam-macam kepada orang ini.

Kita kena ingat, kita boleh keluarkan pandangan mereka yang bercanggah daripada kebenaran tapi jangan mencerca mereka.

Dalam hadis Nabi saw berkata, لا تسبوا الأموات (ertinya) jangan kamu maki orang yang telah mati, فإنهم قد أفضوا إلى ما قدموا (ertinya) mereka telah pergi bawa apa yang mereka bawa. (Hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah)

Kalau dia bawa yang tak baik, dia berjumpalah dengan malaikat dalam kubur. Tak payah kamu yang jatuh hukum, biarkan mereka dengan amalan mereka. Kita tak payah jadi hakim, biarlah Allah azza wa jalla.

Banyak hadis-hadis nabi yang mengarahkan kepada kita supaya jaga lidah. Nabi kita sendiri saw kata,
("إن اللعانين لا يكونون شفعاء ولا شهداء يوم القيامة" Dikeluarkan oleh Imam Muslim.)
إن اللعانين orang yang suka melaknat orang, mencelaka orang لا يكونون شفعاء ولا شهداء يوم القيامة orang ini tidak boleh jadi saksi dan tidak boleh bagi syafaat pada hari kiamat.

Dan hadis lain lagi, Nabi saw berkata, ليس المؤمن بالطعان ولا اللعان ولا الفاحش ولا البذيء orang mukmin bukan suka membuat tuduhan kepada orang.

Hari ini, kita tengok penceramah-penceramah, masuk kampung-kampung dengan serban mereka, membuat tuduhan, maki orang, pagi sampai gelap, sekali-sekali boleh masuk dalam TV, buat cercaan kepada orang, subhanallahil 'azim. Kita boleh berbeza pandangan, kadang-kadang tuduhan yang dia tuduh bukan tuduhan yang besar. Benda yang masih dalam skop yang boleh berikhtilaf dalam kalangan ulama. Ulama-ulama besar boleh ikhtilaf dalam masalah ini, tapi, kita ulama kecil, kadang-kadang tidak ulama pun, tapi orang angkat sebagai ulama sebab boleh digunakan orang ini, maka kita bercakap lebih daripada para ulama. Mujtahidun pun tidak bercakap lebih daripada itu.

Nabi kata (seperti hadis di atas), (adalah) bukan mukmin orang yang الطعان (iaitu) orang yang suka membuat tuduhan, ولا اللعان bukan juga orang yang suka melaknat orang, ولا الفاحش orang yang suka bercakap keji, cakap kotor, apa lagi hari ini duduk menyebarkan kekotoran, tunjuk video lucah sana-sini, tulis dalam surat khabar, sampai budak-budak pun pening, dia kata, "Apa cerita orang Malaysia ini?" Itu fitnah yang berlaku. Itu hadis At-Tirmidzi, ولا البذيء orang bercakap yang tidak baik.

Dalam hadis lain, Nabi saw berkata,
لم يكن النبي صلى الله عليه وسلم سباباً ولا فحّاشاً ولا لعّاناً
Nabi sendiri bukanlah seorang yang suka melaknat, bukan orang yang suka memaki, mencerca orang, tidak (Nabi bukan begitu).

Jadi, kita belajarlah, banyak hadis yang mengatakan; dalam hadis Abu Daud mengatakan,
يا معشر المسلمين wahai orang beriman, ataupun dalam riwayat (lain) يا معشر من آمن بلسانه wahai orang beriman dengan lidah dia, tapi tidak masuk dalam hati dia. (يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلِ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ)
لا تتبعوا عورات المسلمين jangan sekali-kali mencari keaiban orang. Sesiapa yang suka mencari keaiban orang, duk memburukkan orang, duk menjatuhkan orang, يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعِ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ Allah akan mendedahkan keaibannya walau dalam rumahnya sendiri.

Kita tengok hari ini macam mana, orang yang buat perbuatan-perbuatan seperti ini. Cuba kembali kepada sejarah. Kita lihat. Bila dia duduk sebelah ini, dia duduk kafirkan orang sebelah sini. Orang itu kafir, murtad, pergi ke jirat, hari ini dia duduk sebelah ini, dia kafirkan orang sebelah ini pula. Orang ini, mulut dia, kalau tak sebut kafir, tidak boleh duduk, boleh jadi tidak boleh makan puak-puak ini. Kita pula duk angkat, "Inilah tokoh pejuang, tokoh (lain-lain)" pejuang apa? Pejuang maki orang? Pejuang kutuk orang? Ini bukan pejuang, ini peruntuh agama. Duduk di mana-mana pun ghuluw. Nabi kata إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ, (lafaz penuh adalah إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ؛ فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِالْغُلُوِّ فِي الدِّينِ) "Aku beri peringatan kepada kamu, jangan melampau dalam agama. Binasanya orang dulu-dulu, kerana melampau dalam agama." kononnya nak membela Islam, tapi, kita meruntuhkan Islam dengan adab kita, dengan akhlak kita, dengan sikap kita.

Hari ini hendak mendakwa kalimah Allah swt, kononnya orang yang menyokong kalimah Allah swt ini kafir harbi, kafir harbi. Apakah kalimah Allah swt yang kamu hendak sokong? Sekadar tulisan? Kalau hendak sokong sungguh, ini perjuangan Islam.

من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو في سبيل الله
Nabi kata, sesiapa yang berjuang menegakkan kalimah Allah, untuk meninggikan agama Allah, فهو في سبيل الله inilah barulah orang (yang bersikap) pejuang. Kalau setakat tulisan, itu bukan pejuang namanya. Dengan adab-adab dan akhlak yang kamu tunjuk, ini bukan pejuang kalimah, tapi orang yang nak meruntuhkan agama, sebenarnya.  (Hadis sahih Muslim)

Maka, berhati-hatilah. Mana-mana golongan yang melampau, melampau dalam membuat tuduhan kepada orang, samada mengkafirkan orang, menyesatkan orang, mengata itu mengata ini, semua ini kita perhatikan, tengok gelagat mereka, tengok tingkah laku mereka, apa perjuangan yang dia hendak sebenarnya.

Tidak kira, pejuang Melayu, pejuang Arab, sama sahaja. Nabi saw kata Nabi kita larang daripada perjuangan bangsa, Nabi sebut دعوها فإنها منتنة orang ini dikira orang yang busuk, orang yang menyeru kepada perkauman. (Hadis riwayat Bukhari)

Jadi, alhamdulillah, dalam Islam, banyak adab yang mengajar kepada kita. Yang pertama, jaga lidah. ما يلفظ من قول إلا لديه رقيب عتيد Tidak ada satu lafaz, tidak ada perkataan yang kita tulis, tidak ada tuduhan yang dibuat, semuanya ada rakib atid, ada malaikat yang menulis amalan dan semuanya akan dikira di hadapan Allah azza wa jalla. (Surah Qaf ayat 18)

Pernah seorang datang menemui syeikh Abdullah ibnu Al-Mubarak. Dia duduk (men)cerca seseorang di hadapan Syeikh Ibnu Al-Mubarak. Syeikh (Ibnu Al-Mubarak) itu pun (ber)kata, "Hei saudara, kamu pernah pergi berperang melawan Rom?" Lelaki ini kata "Tidak". (Syeikh Ibnu Al-Mubarak kata), "kamu pernah pergi berperang melawan Parsi?" Dia kata "Tidak". Syeikh Ibnu Al-Mubarak kata, "Subhanallah, orang kafir (iaitu) Rom dan Parsi selamat daripada kamu, tapi saudara kamu orang Islam tidak selamat daripada kamu."

Hati-hatilah kita para jemaah, daripada menjadi orang yang tidak selamat (seperti yang disebut dalam hadis) المسلم من سلم الناس من لسانه ويده. (Maksudnya:) Orang Islam itu, (adalah) orang yang orang Islam lain selamat daripada lisannya dan tangannya. (Petikan hadis riwayat Ahmad, disahihkan oleh Syeikh Arnaut) Kalau kita menjadi orang Islam yang mencerca, memaki orang, maka kita belum lagi benar-benar seorang Islam.

Semoga tazkirah saya ini, memberi kesedaran kepada diri saya sendiri, supaya bersikap adil dalam menangani masalah dalam umat ini. Dan para pendengar bersikap adillah kita dalam membuat penilaian. Jangan melampau dalam perkara ini, kerana binasa umat dahulu kerana melampau, dan binasa umat ini juga kerana melampau. Janganlah kita mendedahkan keaiban orang , janganlah sampai Allah mendedahkan keaiban kita walaupun dalam rumahnya.

Assalamualaikum wbth.

Rabu, 27 Mac 2013

Perginya Dr Al-Buti


Perginya Dr Al-Buti

Hatiku ini menangis apabila mendengar perginya guru yang mulia, Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Diri ini tidak pernah berkesempatan berjumpa dengan beliau, tidak pernah berkesempatan pergi hampir dengan beliau. Namun, kecintaanku kepada beliau sangat mendalam. Cukup dalam sehingga membuatku menangis apabila terdengar berita perginya beliau.

Allah. Ya Allah, selamatkanlah lidah kami daripada mencerca ulama-ulama.

Ramai antara sahabat-sahabat saya yang begitu lantang menentang Dr Al-Buti. Ramai yang berterusan menjaja keburukan beliau. Ramai yang begitu galak menyebarkan komen ulama-ulama yang berbeza pendapat dengan beliau. Selalu, sebaran ini akan disusuli dengan komen-komen yang menyedihkan hati.

Sahabat, adakah kecamanmu terhadap ulama yang sudah pergi ini menambahkan imanmu?
Sahabat, adakah kecamanmu terhadap ulama ini akan menyebabkan amalmu bertambah?
Sahabat, adakah sebaran buruk yang kamu lakukan terhadap ulama ini akan membantu perjuangan di Syria?

Saya merasakan, ketiga-tiga soalan saya di atas, akan dijawab dengan perkataan "TIDAK". Dr Al-Buti telah pergi. Beliau pergi membawa bersamanya segala rahsia kehidupannya, yang hanya Allah mengetahui. Jika berlaku kekhilafan sekalipun, adakah bermanfaat jika kita terus mengutuk beliau?

Janganlah menjadi seperti syiah yang berterusan mengutuk Abu Bakar, Umar dan Uthman, sedangkan, kesemuanya sudah meninggal dunia. Tiada apa pun yang mampu dibuat. Tiada yang mampu diubah. Abu Bakar sudah menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifaturrasul secara baik.

Kepada yang begitu lantang menyebarkan keburukan Dr Al-Buti, walaupun sebaran itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan sekalipun kepada debu-debu yang terbang, saya katakan:
"Sedangkan orang yang kebiasaan (yang melakukan dosa), kita akan menerima dosa jika menyebarkan keburukan mereka. Inikan pula ulama yang tidak kita ketahui hujung pangkal cerita. Yang didengar hanyalah internet. Tidakkah takut kamu kepada title 'pendusta dan penyebar berita palsu'?"

Beliau sudah pergi. Ijtihad beliau sudah terhenti. Sekarang, kita yang masih hidup, sila selamatkan mulut kita daripada mengatakan sesuatu yang tidak kita ketahui. Sesungguhnya saya melihat sahabat saya yang begitu cepat menerima berita buruk berkenaan orang lain, namun begitu liat menerima berita kebaikan orang lain. Kenapakah kamu begitu galak melihat saudaramu melakukan dosa? Adakah kerana kamu terlalu ingin merasa diri kamu lebih mulia darinya?

Semoga Allah swt jaga hati kita.



Begitu lembut hati beliau. Hati kita bagaimana? Ijtihad beliau atas dasar ilmu, ijtihad kita atas dasar apa? Semoga Allah jaga kita.

Aku memilih untuk menyelamatkan lidahku daripada sesuatu yang tidak aku ketahui secara pasti.

Pengajaran Cubaan Sabotaj Ceramah UAI 2012



Pengajaran Cubaan Sabotaj Ceramah UAI 2012

Video di atas dikatakan dirakam pada hari yang sama sewaktu program Ustaz Azhar Idrus di Johor. Jika ditonton daripada video di atas ini, sungguh jelas bahawa konsert ini tidaklah perkara yang disuruh di dalam agama. Ia adalah perkara yang dilarang dalam agama.

Saya sedang dalam usaha menghabiskan bacaan kitab "At-Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran" berkenaan surah Luqman yang ditulis oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Saya lampirkan sedikit sebanyak apa yang ditulis oleh Tuan Guru berkaitan ayat 6-9, bersempena dengan tema hari ini. Selamat membaca.









Gambar ini ada dalam bentuk pdf yang boleh didownload di sini.

Bedah Buku Menjelang Kebahagiaan Priority Dakwah Fardhiah

Kitab Menjulang Kebahagiaan Prioriti Dakwah Fardhiah
Alhamdulillah, kerana dengan nikmat masa dan kesihatan yang Allah swt telah memberikan saya, saya mampu untuk menghabiskan pembacaan saya berkaitan dengan dakwah, iaitu kitab yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Abdul Rahman As-Saqqaf.

Kitab ini merupakan sebuah kitab yang sungguh padat dan ringkas. InsyaAllah, saya akan ceritakan sedikit apa yang diucapkannya. Saya akan listkan dalil al-Quran supaya boleh digunakan oleh saya dan anda untuk menjadi dalil. InsyaAllah.

Bab pertama melibatkan galakan terhadap dakwah. Dalil-dalilnya adalah:
1) An-Nahl 127. Ayat ini menceritakan suruhan Allah supaya menyeru kepada agama Allah swt.
2) Yusuf 108. Ayat ini juga menceritakan suruhan Allah supaya menyeru kepada Allah swt.
3) Fussilat 33. Ayat ini pula menceritakan taraf orang yang mengajak kepada Islam berbanding yang lain.
4) Ali-Imran 104. Ayat ini menceritakan keberuntungan orang yang mengajak kepada Islam.

Bab kedua menceritakan berkenaan dengan hukum berdakwah, dan siapa yang perlu berdakwah. Dakwah itu adalah wajib ke atas setiap individu. Dalil umum:
1) Yusuf 108.
2) Rasulullah saw bersabda: "Kamu dikehendaki melakukan amal makruf dan nahi mungkar atau takut-takut kamu akan ditimpa oleh azab kemudian kamu meminta pertolongan kepada Allah maka tidak akan diendahkannya."
3) Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman"
4) Rasulullah saw bersabda, "Tiada seorang nabi pun yang diutuskan oleh Allah kepada umatnya sebelumku ia mempunyai penyokong-penyokong daripada umatnya dan sahabat yang berpegang dengan sunnahnya dan mereka taat dengan perintahnya. Kemudian selepas mereka, muncullah beberapa penggantinya yang suka berkata tetapi tidak melakukannya dan melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan tangannya maka dia adalah mukmin. Sesiapa yang berjuang menentang mereka dengan lidahnya maka dia adalah mukmin dan sesiapa yang berjuang menentang dengan hatinya maka dia adalah mukmin, tetapi jika semuanya itutiada maka sama sekali tiada keimanan walaupun sebesar biji sawi."

Dalil wajib dakwah bagi ulama:
1) Al-Baqarah 159.
2) Al-Baqarah 174-175.
3) Ali-Imran 137.
4) Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa yang ditanya tentang sesuatu perkara tetapi mendiamkan diri, Allah akan mengikat mulutnya dengan ikatan api neraka".

Dalil dakwah bagi penuntut ilmu:
1) Saidina Ali berkata, "Harta akan berkurangan jika disedekahkan tetapi ilmu akan bertambah jika disampaikan".
2) Rasulullah saw bersabda, "Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."
3) Nabi Isa as bersabda, "Barangsiapa yang berilmu dan beramal serta mengajar maka sesungguhnya dianggap sebagai orang mulia di kerajaan langit."

Dalil dakwah bagi orang berpangkat:
1) Ibrahim 77.
2) At-Thur 52.

Dalil dakwah bagi orang awam.

1) Rasulullah saw bersabda, "Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu adalah bertanggungjawab tentang jagaannya. Ketua negara adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Suami bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Isteri adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap rumah suami dan khadam adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap harta tuannya."
2) Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman"
3) Rasulullah saw bersabda, "Sampaikanlah daripada kami walaupun sepotong ayat."

Bab ketiga pula menceritakan salah faham yang membantutkan usaha dakwah. Antara salah faham dan sanggahan adalah:
1) Saya tidak beramal dengan ilmu yang ada, bagaimana saya nak mengajar orang lain beramal? Sementara itu banyak hadis-hadis menyatakan akibat bururuk orang yang tidak beramal dengan ilmunya.
Jawabnya: Mengajarkan ilmu termasuk di dalam kategori beramal dengan ilmu. Barangsiapa yang mengajar tetapi tidak beramal adalah lebih baik daripada orang yang tidak beramal serta tidak mengajar orang lain. Beramal adalah fardhu, mengajar adalah fardhu. Barangsiapa yang meninggalkan amal dan mengajar, maka dia telah meninggalkan dua fardhu, dan barangsiapa mengajar tapi tidak beramal maka bahawasanya dia telah meninggalkan salah satu fardhu.

Ada tiga lagi bab yang saya tidak sempat untuk nyatakan dan ringkaskan. Buku ini diterbitkan oleh Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2007.

Isnin, 25 Mac 2013

Sifat-sifat Yang Perlu Dijauhi


Sifat-sifat Yang Perlu Dijauhi Berdasarkan Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 1-5.

الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ (٤) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَىٰ هُدً۬ى مِّن رَّبِّهِمۡ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٥
Maksudnya: "Alif laam miim. Kitab (Al Qur’an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur’an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang beruntung."

InsyaAllah, berikut merupakan sifat-sifat yang perlu dijauhi berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 1-5. Marilah sama-sama kita berusaha untuk mengaplikasikan dan mengelakkan sifat-sifat ini daripada ada di dalam hidup kita.

1. Merasa diri serba mengetahui. Allah swt memulakan surah Al-Baqarah dengan lafaz yang tidak diketahui maknanya oleh manusia. Oleh itu, umat manusia perlu menginsafi bahawa mereka tidak mengetahui semua perkara yang berlaku di dunia ini.

2. Menterjemahkan kalimah yang tidak difahami tanpa asas. Kita perlu menyedari hakikat bahawa kita tidak sepatutnya menterjemahkan kalimah-kalimah yang tidak kita fahami. Kalimah-kalimah ini termasuklah kalimah Allah swt, kalimah Nabi saw dan kalimah sahabat radhiallahu anhum ajma'in. Namun, kalimah-kalimah manusia biasa juga perlu dielakkan daripada diterjemahkan menurut cita-rasa kita.

3. Meletakkan ragu-ragu terhadap apa-apa yang didatangkan kepada kita oleh Rasulullah saw. Kepercayaan merupakan asas dalam beragama. Amatlah sukar untuk menetapkan diri kita pada jalan Allah swt, jika kita mempunyai sifat "ragu-ragu" terhadap apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. Hendaklah kita berusaha menjadi seperti Abu Bakar As-Siddiq yang mempercayai Rasulullah saw tanpa ragu-ragu. Lagipun, kejujuran Rasulullah saw sendiri diperakui oleh orang-orang yang menentang baginda, jadi, kenapakah kita yang bersama baginda tidak mempercayai baginda pula?

4. Tidak berusaha untuk mendapatkan petunjuk yang sudah disediakan oleh Allah swt dalam al-Quran. Salah satu kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang yang lalai adalah melupakan al-Quran sebagai punca petunjuk oleh Allah swt. Al-Quran merupakan petunjuk paling agung yang mana ia tidak akan berubah selama-lamanya. Jadi, jangan kita berpaling kepada buku-buku "mencari Tuhan" yang tidak berasas, sedangkan kita melupakan Al-Quran.

5. Tidak mempercayai perkara-perkara ghaib yang disebutkan secara sahih daripada Rasulullah saw. Rasulullah saw tidak pernah menipu, itu adalah salah satu daripada sifat Rasulullah saw. Jadi, setiap perkara yang diucapkan oleh baginda perlu dipercayai semuanya. Ini termasuklah cerita-cerita ghaib seperti isra' mi'raj, kisah jin yang mendengar bacaan Al-Quran, janji syurga, malaikat-malaikat, turunnya wahyu, mukjizat baginda dan lain-lain.

6. Tidak berusaha sedaya upaya mendirikan solat. Ini merupakan kesilapan yang banyak berlaku kepada orang ramai. Mereka melengah-lengahkan sembahyang sehingga mereka terlupa.

7. Kedekut dalam menafkahkan harta sebagaimana yang disuruh oleh Allah swt. Zakat merupakan kewajipan agama. Ia merupakan salah satu asas untuk mengelakkan sifat buruk daripada bersarang dalam diri (iaitu kedekut) dan ia juga merupakan salah satu cara memastikan kestabilan ekonomi negara. Kewajipan ini merupakan kewajipan yang kurang dititik-beratkan dalam masyarakat pada zaman ini. Sebagai pelajar dan bakal pekerja, adalah wajib untuk kita mempelajari sekitar zakat, kerana kita merupakan future zakat payee. Janganlah kita melupai tanggungjawab sebagaimana yang sepatutnya ditunaikan.

8.  Tidak mengimani apa yang ada dalam Al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya. Kita perlu mengimani perkara-perkara yang dibawa oleh Al-Quran. Antara perkara yang perlu diimani adalah hukuman-hukuman jenayah yang telah diperuntukkan secara nas dalam Al-Quran. Umat Islam perlu mendabik dada dan berani berkata "Undang-undang Islam pasti akan menyelesaikan segala masalah di dunia" dan semua perlu meyakininya. Jika undang-undang ditegakkan namun, kemaksiatan masih berleluasa, maka, itu bukan menunjukkan undang-undang Islam tidak berupaya menyelesaikan masalah, tetapi, ia menunjukkan bahawa ada lagi bahagian-bahagian di dalam Islam yang tidak diletakkan pada tempatnya. Islam itu ibarat sebuah mesin. Ia saling memerlukan, barulah ia mampu memberikan kebaikan yang diinginkan. Tidaklah sebuah kereta boleh bergerak jika ia hanya mempunyai tayar, tetapi enjin tidak dihidupkan. Justeru, perlulah seluruh komponen Islam dihidupkan untuk memastikan negara aman dan damai. Namun, janganlah berputus asa jika kita tidak mampu untuk menghidupkan semua sekali pada satu-satu masa, setelah kita berusaha sedaya upaya. Islam itu ibarat ubat (vitamin), ia tetap mendatangkan kebaikan kepada badan, walaupun keputusannya bukanlah seperti yang diharapkan. Ini bukannya satu seruan supaya mengamalkan Islam secara tidak menyeluruh, sebaliknya ini adalah galakan kepada orang-orang yang sudah berusaha sedaya upaya menegakkan Islam secara kaffah (namun tidak mampu), supaya tidak berputus asa mengaplikasikan Islam ke dalam hidup mereka.

9. Tidak meyakini kewujudan hari kiamat. Meyakini kewujudan hari kiamat merupakan satu ciri besar yang perlu ada di dalam diri manusia. Jika kita melupakan perkara ini, kita akan senang melakukan apa sahaja kerana tiada yang akan mengadili kita pada hari kiamat. Oleh itu, selalulah mengingati hakikat hari kiamat.

10. Melakukan sesuatu yang menyebabkan diri tergolong dalam golongan yang tidak mendapat petunjuk dan tidak beruntung. 

Semoga kita mampu berusaha memastikan keberjayaan kita di dunia dan akhirat. Amin.

Syarah Perisai Muslim Siri 2 - Faedah Zikir, Adab, Waktu Mustajab dan Larangan

Berikut merupakan catatan saya daripada kuliah kitab "Perisai Muslim" daripada Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman. Link asal adalah:
http://www.youtube.com/watch?v=OtmHFYLCBvE

Kitab boleh didownload di sini:
Arab: http://www.mediafire.com/view/?e76wzzi7nztyl8u
Melayu: http://www.mediafire.com/view/?ggt5ujz99s8btub

Juga didengar di sini.


Kebaikan-kebaikan zikir yang dipetik daripada Kitab Al-Wabil Al-Sayyib oleh Imam Ibnu Qayyim
1. Akan menolak/menghalau syaitan dan mengalahkannya.
2. Berzikir akan mendapat keredhaan Allah swt.
3. Menghilangkan dukacita/resah/keluh kesah.
4. Menguatkan hati dan tubuh badan.
5. Menjernihkan/menceriakan muka dan menjernihkan hati.
6. Membawa rezeki.
7. Akan memperhiaskan orang yang banyak berzikir dengan kehebatan dan kemanisan.
8. Zikir akan mewarisi mahabbah sayang kita kepada Islam.
9. Zikir akan membawa kita ke maqam muraqabah (maqam Al-Ihsan)
10. Zikir akan membawa seseorang itu kembali kepada Allah swt.
11. Zikir itu akan membawa seseorang itu hampir kepada Allah swt.
12. Zikir juga membuka pintu-pintu yang besar (ma'rifah) kepada pengenalan kepada Allah swt.
13. Zikir menjadikan seorang ini merasai hebat, gerun dan memuliakan Allah swt kerana zikir telah menguasai hatinya.
14. Menjadikan seorang itu sentiasa menyebut nama Allah. Allah juga akan menyebut kita.
15. Zikir akan menghidupkan hati seseorang.
16. Zikir adalah makanan hati dan ruh.
17. Zikir membawa hati seorang manusia itu bersih daripada kotoran. Hati berkarat kerana lupa (lalai kepada Allah) dan kerana dosa. Untuk membersih hati, adalah dengan istighfar dan zikir.
18. Zikir akan mengikis kesalahan dan menggantikan dengan kebaikan.
19. Zikir akan menghilangkan kesunyian daripada Allah.
20. Apa yang disebut oleh seorang hamba, maka, zikir ini juga akan menyebut nama orang ini dalam keadaan kesusahan.
21. Apabila seseorang itu menghampirkan diri dengan zikir dalam keadaan senang, Allah swt akan mengingatinya dalam keadaan senang.
22. Zikir akan melepaskan seseorang itu daripada azab Allah.
23. Zikir menjadi sebab turunnya rahmat dan ketenangan.
24. Zikir menjadi sebab lidah seseorang itu sibuk dengan berzikir menyebabkan dia terlupa daripada mengumpat dan lain-lain.
25. Majlis-majlis zikir disertai oleh malaikat. Majlis lagha disertai oleh syaitan.
26. Zikir juga akan membawa kepada Tuhan, kepada orang yang berzikir, dan dia juga menyenangi orang yang duduk bersamanya.
27. Zikir juga akan mengelakkan daripada pelakunya daripada berasa sesal pada hari kiamat nanti.
28. Berzikir disertai dengan tangisan dikala kesunyian menjadi sebab seorang itu seseorang itu akan duduk pada hari tiada bayang (di padang mahsyar).
29. Orang yang sibuk dengan berzikir menjadi sebab Allah swt akan memberi sebaik-baik pemberian pada waktu tersebut.
30. Zikir merupakan ibadat paling ringan.
31. Zikir merupakan tanaman syurga. Dalam hadis Nabi saw, "syurga diberi kepada hambanya sebagai tanah kosong, sesiapa yang berkata "subhanallahi wabihamdi"
32. Pemberian dan limpah kurnia Allah swt yang dijanjikan kepada zikir mengatasi amal-amal yang lain.
33. Orang yang sentiasa berzikir akan mendapat keamanan daripada lidahnya daripada mencerca orang dll.
34. Zikir juga menjadikan seseorang itu mengembara walaupun dia berada di atas tilamnya.
35. Zikir menjadi cahaya kepada orang berzikir di dunia, cahaya di dalam kubur, dan cahaya di alam mahsyar.
36. Zikir kepala modal dalam urusan.
37. Zikir menghimpunkan amal-amal yang berpisah, dan memisahkan perkara yang terhimpun. Mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat.
38. Zikir akan menyedarkan hati yang lupa daripada kelalaiannya.
39. Zikir akan membuahkan al-maarif (pengenalan kita kepada Allah)
40. Orang yang berzikir hampir dengan orang disebutnya.
41. Zikir dibandingkan dengan berperang fi sabilillah.
42. Zikir menjadi kepala kepada syukur kepada Allah swt.
43. Orang yang paling mulia dari kalangan mukmin adalah orang yang lidahnya sentiasa basah menyebut nama Allah.
44. Hati manusia keras, tidak akan lembut melainkan berzikir kepada Allah swt.
45. Zikir menjadi penawar bagi hati dan ubat kepada hati.
46. Zikir merupakan af'al kepada muwalatullah (mengikut Allah swt)
47. Tiada perara yang boleh menarik nikmat dan menolak kemurkaan seperti zikir.
48. Orang yang berzikir membawa kepada Allah swt berdoa dan memberi rahmat kepadanya dan malaikat berselawat kepadanya.
49. Taman Syurga.
50. Majlis zikir merupakan majlis malaikat.
51. Allah swt berbangga kepada malaikat dengan orang yang berzikir.
52. Semua amalan (sembahyang puasa zakat haji dan lain-lain) disyariatkan untuk menyebut nama Allah swt.
53. Seafdhal-afdhal orang beramal adalah orang yang banyak berzikir.
54. Sentiasa berzikir menggantikan kita daripada banyak amal sunat yang lain.
55. Zikrullah di antara sebab terbesar membantu seseorang itu taat kepada Allah 'azza wa jalla.
56. Zikir menyenangkan yang susah, memudahkan yang payah, meringankan yang berat.
57. Zikir menghilangkan daripada hati perkara yang kita takut.
58. Zikir menjadikan seorang yang berzikir itu, seorang yang kuat (dari sudut ingatan, tenaga dan lain-lain).
59. Amal-amal untuk akhirat semuanya dalam perlumbaan. Orang yang banyak berzikir termasuk dalam orang yang duduk di barisan hadapan.
60. Orang yang banyak berzikir mendapat keimanan daripada sifat munafiq.

Adab-adab Zikir
1. Hendaklah kita tahu sirah para Nabi saw dan para rasul apabila mereka berdoa, mereka memulai dengan memuji Allah swt. Disebut oleh Nabi Ibrahim as, Nabi as memuji Allah swt terlebih dahulu sebagaimana dalam surah As-Syu'ara ayat 78-82.
ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَہۡدِينِ , وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ , وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ , وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحۡيِينِ , وَٱلَّذِىٓ أَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لِى خَطِيٓـَٔتِى يَوۡمَ ٱلدِّينِ

Maksudnya: Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku, dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku, dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat”.
Setelah itu, barulah Nabi Ibrahim as meminta kepada Allah swt.

2. Kita memohon mestilah ikhlas, dalam keadaan penuh semangat, dalam keadaan penuh kehinaan.

3. Kita memohon dengan penuh kesungguhan, tidak main-main.

4. Hendaklah meletakkan harapan yang tinggi kepada Allah swt.

5. Hendaklah kita minta untuk diri kita dan untuk orang mukmin yang lain.

6. Permulaannya, minta dengan tauhid.

7. Minta secara perlahan (sembunyi). Jangan perdengarkan kecuali kepada diri kita sahaja.

8. Hendaklah kita minta dengan merendah diri kepada Allah swt.

9. Hendaklah orang yang berzikir itu dalam keadaan sifat yang baik. Jika duduk, hadap ke kiblat, tenang, tunduk kepala.

10. Merintih/merayu dalam doa. Jika kita minta, kita ulang tiga kali.

11. Mengangkat tangan dan berpaling ke arah kiblat. Imam Suyuthi dalam kitab "فض الوعاء في أحاديث رفع اليدين بالدعاء" mengumpulkan 80 hadis yang menunjukkan nabi saw mengangkat tangan. (Daripada carian saya daripada Perpustakaan Syamilah, hadis yang dibawa oleh Imam Suyuthi hanya 59 hadis. Ustaz Abdul Basit mungkin mengandungi kitab yang lebih lengkap. Saya berharap Ustaz Abdul Basit boleh mengadakan sesi membaca hadis-hadis tersebut supaya boleh dicukupkan 21 habis yang tertinggal daripada kitab Maktabah Syamilah tersebut.)

12. Tempat berdoa perlulah sunyi.

13. Hendaklah mulut orang yang berzikir (berdoa) itu bersih.

14. Di antara adab zikir, zikir ini sunat dibuat di semua tempat, kecuali di bilik air, dalam keadaan bersama isteri, waktu imam berkhutbah dan waktu qiam dalam sembahyang.

15. Ketika sedang berdoa/berzikir, jika ada orang memberi salam, maka jawab salam kemudian sambung berzikir. Jika ada orang bersin, doakan dia.

Tempat-tempat Mustajab Doa (Waktu Mustajab)

1. Waktu 1/3 akhir malam.
2. Sujud.
3. Waktu mustajab pada hari jumaat.
4. Selepas maghrib dan sebelum isyak.
5. Antara azan dan iqamat.
6. Waktu bertemu dengan musuh.
7. Lailatul qadr.
8. Doa pemimpin yang adil kepada rakyat, doa orang yang berpuasa hingga berbuka, doa orang yang dizalimi.
9. Doa di sebalik tabir (doa yang tidak diketahui oleh orang yang kita doakan)

Larangan-larangan
1. Larangan bersegera mendapat balasan di dunia.
2. Larangan melampau dalam berdoa.
3. Larangan mendoakan keburukan kepada anak-anak.
4. Larangan mendoakan untuk mati.