Rabu, 20 Mac 2013

Fasal 1 Pada Kefarduan Jihad dengan Nyawa dan Harta

Fasal 1 Pada Kefarduan Jihad dengan Nyawa dan Harta

2. Berfirman Allah 'azza wa jalla:

وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: "Dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah". Surah At-Taubah ayat 41.

3. Berfirman Allah 'azza wa jalla:
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Maksudnya: "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216.

4. Bersabda Rasulullah saw:
جاهدوا المشركين بأموالكم وأنفسكم وألسنتكم
Maksudnya: "Berjihadlah menentang orang-orang musyrikin dengan harta kamu, nyawa kamu dan lisan kamu."
Hadis riwayat Abu Daud (413/11), An-Nasai (7/6), Ad-Darimi (213/2), Ibnu Hibban (ms 390), Al-Baihaqi (20/9), Ibnu 'Asakir (ms 103), Al-Baghawi (378/12), Al-Hakim (81/2) dan disahihkannya dan dipersetujui oleh Az-Zahabi, Imam Ahmad dalam musnadnya (251, 153, 124/3). Sanadnya sahih.

5. Kemuliaan pemberian bergantung dengan ketinggian barang yang dikurniakan. Sebaik-baik pemberian bagi manusia adalah nyawanya dan hartanya. Dan disebabkan pengorbanan harta dan nyawa dalam jihad, Allah swt menempatkan sesiapa yang mengorbankan nyawanya di tempat yang tinggi dalam kelompok orang yang taat dan dimuliakan mereka kerana apa yang mereka korbankan, bersama menghapuskan kekufuran, menghapuskan ahli kufur, menguatkan agama dan mempertahankan darah orang-orang Muslim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan