Khamis, 21 Mac 2013

Fasal 3 Pada Menyatakan Kelebihan Jihad

Fasal 3 Pada Menyatakan Kelebihan Jihad

9. Berfirman Allah swt:
وَمَن يُقَـٰتِلۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيُقۡتَلۡ أَوۡ يَغۡلِبۡ فَسَوۡفَ نُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا
Maksudnya: "Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar." Surah An-Nisa ayat 74.


10. Berfirman Allah swt:
وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِينَ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِينَ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا , دَرَجَـٰتٍ۬ مِّنۡهُ وَمَغۡفِرَةً۬ وَرَحۡمَةً۬‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمًا
Maksudnya: "Dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar. (Yaitu) beberapa derjat dari pada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Surah An-Nisa ayat 95-96.

11. Diriwayatkan oleh Abu Said (Al-Khudri) daripada Rasulullah saw, baginda saw bersabda, "Sesiapa yang redha Allah swt sebagai tuhannya, dan dengan Islam agamanya, dan dengan Muhammad saw rasulnya, wajib baginya syurga." 
Maka Abu Said merasa teruja dengan kata-kata ini, lalu berkata, "Khabarkan kepada saya sekali lagi wahai Rasulullah!"
Lalu Rasulullah saw memberitahukan kepadanya sekali lagi. Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Ada satu perkara lagi iaitu dengan perkara itu, Allah swt mengangkatkan hambanya 100 darjat di dalam syurga, yang mana perbezaan satu darjat dengan darjat yang lain seumpama apa yang ada di antara langit dan bumi."
Lalu berkata Abu Said, "Apakah itu wahai Rasulullah saw?"
Rasulullah saw menjawab, "Berjihad di jalan Allah. Berjihad di jalan Allah. Berjihad di jalan Allah".
(Hadis riwayat Imam Muslim (3/1501), Imam An-Nasai (6/18), Imam Al-Baihaqi (9/158), Imam Ibnu Mansur (3/146-148), Imam Al-Baghawi (10/347), Imam Hakim (2/93), Imam Ibnu Mandah (2/403) dan Imam Ibnu 'Asakir (ms 71) daripada Abu Said Al-Khudri ra.  Dan diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (5/304) daripada Mahkul.)

12. Bersabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya di dalam syurga 100 darjat disediakan kepada orang yang berjihad di jalan Allah, perbezaan darjatnya antara satu-satu darjat adalah sebagaimana langit dan bumi".
(Diriwayatkan juga oleh Al-Bukhari (3/202) Imam Baihaqi (9/159), Imam Ibnu Hibban (ms 382 dalam Mawariduzzaman), Imam Al-Baghawi (10/346), Imam Ahmad (2/335,339) Imam Ibnu Mandah (1/274) dan Ibnu 'Asakir (ms 76) daripada Abu Hurairah ra. Dikeluarkan juga oleh An-Nasai (6/18) daripada Abu Darda' ra.)

13. Bersabda Rasulullah saw, "Perumpamaan orang yang berjihad di jalan Allah swt sama seperti orang yang berpuasa, berqiam dan berpegang teguh pada ayat Allah, tidaklah berbuka daripadanya puasanya dan tidak pula dia berhenti daripada solatnya sehingga pulangnya orang berjihad pada jalan Allah swt".
(Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1501), Imam Muslim (3/1498), Imam At-Triemizi (7/121) Imam Ibnu Hibban (ms 381 dalam Mawariduzzaman), Al-Baihaqi (157/9), Imam Malik (2/443), Al-Baghawi (347/10), Ibnu Abi Syaibah (5/587) , Imam Said ibn Mansur, Imam Ahmad, Ibnu Mubarak dan Ibnu 'Asakir daripada Abu Hurairah ra.
Dikeluarkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Said Al-Khudri ra.
Hadis seumpama ini dikeluarkan oleh An-Nasai (6/17), Imam Abdul Razak (5/254) daripada Abu Hurairah ra.)

14. Dan ditanya kepada Rasulullah saw, "Apakah amalan yang paling afdhal?" 
Jawab Rasulullah saw, "Beriman kepada Allah". 
Tanyanya lagi, "Kemudian apa?"
Rasulullah saw menjawab, "Berjihad pada jalan Allah." 
Tanyanya lagi, "Kemudian apa?"
Rasulullah saw menjawab, "Haji mabrur".
(Dikeluarkan oleh AL-Bukhari (1/12) Muslim (1/88) At-Tirmizi ('Aridatul Ahwazi 7/159), An-Nasai (6/18), Ad-Darimi (2/201), Al-Baihaqi (9/157), Al-Baghawi (7/3), Ibnu Abi Syaibah (5/301), Ibnu Mandah (2/390), Imam Ahmad (2/264,268), Ibnu Asakir (ms 51) daripada Abu Hurairah ra.)
(Di dalam riwayat Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, Al-Baihaqi, Ahmad, Al-Baghawi dan Ibnu Abi Syaibah: "Beriman kepada Allah dan rasul-Nya")

15. Sesungguhnya Allah memberikan kelebihan kepada jihad. Dan dijadikan jihad sebagai perkara yang kedua selepas iman kerana mengingatkan kita kepada kebaikan jihad kepada kedamaian dunia dan kemanfaatan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan