Khamis, 21 Mac 2013

Fasal 4 Keluar pada Jalan Allah swt

Fasal 4 Keluar pada Jalan Allah swt

16. Rasulullah saw bersabda: "Allah menjanjikan kepada sesiapa yang keluar pada jalan Allah, tidaklah dia keluar melainkan untuk jihad kepada jalan-Nya, beriman dengan-Nya, dan percaya dengan rasul-Nya, dimasukkannya ke syurga. Ataupun Dia memulangkannya ke tempatnya yang dia keluar daripadanya, dengan apa yang diperolehinya daripada hadiah ataupun ghanimah (harta rampasan perang)."
(Dikeluarkan oleh Imam Al-Bukhari, Muslim, An-Nasai, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Al-Baihaqi, Malik, Ibnu Mansur, Al-Baghawi, Abdul Razak, Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Mandah, Al-Hamidi, Ahmad, Ibnu 'Asakir dan Ibnul Mubarak daripada Abu Hurairah ra)

17. Disampaikan bahawa Allah 'Azza wa jalla sesungguhnya dia berfirman: "Mana-mana hamba daripada hambaku keluar berjihad pada jalan Allah dan berkehendak kepada keredhaanku, dijanjikan kepadanya sesungguhnya Aku akan pulangkan dia, pulangnya dia bersama apa sahaja yang dia perolehi daripada ganjaran dan harta rampasan perang. Dan jika aku mengambil (jiwanya), Aku akan memberikan keampunan dan kerahmatan kepadanya."
(Dikeluarkan oleh Imam An-Nasai, Ahmad, daripada Ibnu Umar ra. Dikeluarkan juga daripada Ibnu Abi Syaibah daripada Al-Hasan. Dikeluarkan oleh At-Tirmizi dalam 'Aridatul Ahwazi daripada Anas ra, kata At-Tirmizi, hadis sahih gharib)

18. Sesungguhnya, janji Allah - iaitu pulang ataupun syurga ataupun keampunan - kepada sesiapa yang berjihad di jalan-Nya untuk memperolehi keredhaannya dan menolong agama-Nya, maka sesungguhnya Allah tidak akan menunaikan janji-Nya terhadap amalan yang dilakukan itu, melainkan kepada amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan