Ahad, 24 Mac 2013

Fasal 5 Fadhilat Nafkah Pada Jalan Allah

Fasal 5 Fadhilat Nafkah (Harta) Pada Jalan Allah

19. Berfirman Allah swt:
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ۬ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: Seratus biji." Surah Al-Baqarah ayat 261.
Bulir: bahagian tumbuhan bijirin, spt gandum atau barli yg mengandungi biji, bijirin atau isirung: ~ padi; ~ enjelai;membulir; ~ kain menggulung kain hingga tirus.

20. Berkata seorang lelaki, "Ya Rasulullah. Amal apakah yang paling afdhal?" Bersabda Rasulullah saw, "Seorang mukmin yang berjihad dengan jiwanya dan hartanya. Kemudian seorang lelaki di lereng daripada lerengan-lerengan gunung, yang mana dia beriman kepada Allah"
(Dikeluarkan oleh Al-Bukhari (3/201), Muslim (3/1503), Abu Daud (11/386 dalam Bazlul Majhud), At-Tirmidzi (7/160 dalam 'Aridathul Ahwazi), An-Nasai (6/10), Ibnu Majah (6/1316), Al-Baihaqi (9/159), Abdul Razak (11/368), Al-Baghawi (10/356), Al-Hakim (2/71), Ibnu Abi Syaibah (5/366), Ibnu Mandah (2/402), Ibnu 'Asakir (ms 66 dalam 40 Galakan Jihad) dan Imam Ahmad (3, 16,37, 56, 88) daripada Abu Sa'id Al-Khudri ra.)
(Menurut riwayat Bukhari, Muslim, An-Nasai, Ibnu Majah, Abdul Razak, Al-Baghawi, At-Tirmizi, Al-Baihaqi, Ibnu Mandah dan Imam Ahmad: "Manusia apakah yang paling afdhal?" Pada riawayat Ibnu 'Asakir dan riwayat Ahmad: "Manusia apakah yang baik?" Pada riwayat Al-Hakim dan Abu Daud: "Mukmin manakah yang paling sempurna iman?" Pada riwayat Ibnu ABi Syaibah dan riwayat Ahmad: "Apakah mukmin yang paling afdhal?" Pada riwayat Ibnu Mandah: "Islam apakah yang paling afdhal?")

21. Sesungguhnya dimuliakan memberi nafkah (derma) pada jalan Allah swt kerana sesungguhnya ia adalah jalan (wasilah) kepada sebaik-baik amal selepas iman (iaitu jihad pada jalan Allah, seperti yang disebutkan dalam perkara nombor 14). Dan apabila ganjaran "wasilah" adalah dengan sebanyak tujuh ratus, maka begitu juga dengan ganjaran jihad di jalan Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan