Ahad, 24 Mac 2013

Fasal 6 pada Meminta Pertolongan Kepada Allah, Akan Diberi Pertolongan Baginya

Fasal 6 pada Meminta Pertolongan Kepada Allah, Akan Diberi Pertolongan Baginya

22. Berfirman Allah swt:
إِذۡ تَسۡتَغِيثُونَ رَبَّكُمۡ فَٱسۡتَجَابَ لَڪُمۡ أَنِّى مُمِدُّكُم بِأَلۡفٍ۬ مِّنَ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ مُرۡدِفِينَ
Maksudnya: "(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”" Surah Al-Anfal ayat 9.

23. Diriwayatkan daripada Rasulullah saw sesungguhnya baginda bersabda pada hari Badar, 
اللهم أنجزني ما وعدتني
Maksudnya: "Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku."
(Diriwayatkan dengan lafaz di atas oleh Imam Muslim (3/1383), Ibnu Abi Syaibah (10/350), Imam Ahmad (1/30,32) daripada Umar bin Al-Khattab ra. Dikeluarkan oleh Al-Bukhari (3/230, 5/4 dan 6/54), Imam Ahmad (1/329) dan Imam Al-Baihaqi (3/50 dalam Dalail An-Nubuwwah) daripada Ibnu Abbas ra dengan lafaz "‏اللهم إني أنشدك عهدك ووعدك". Dikeluarkan Said bin Mansur daripada 'Ubaidillah ibn Abdullah dengan lafaz "‏اللهم أنشدك ما وعدتني")

Tiada ulasan:

Catat Ulasan