Jumaat, 29 Mac 2013

Kenapa Muslimin Tidak Meminati Muslimat "Hebat"?

Kenapa Muslimin Tidak Meminati Muslimat "Hebat"?
Alkisahnya sebuah cerita rekaan:
"Seorang wanita dinasihatkan oleh sahabat-sahabatnya supaya dia merendahkan sedikit 'kesungguhan' berjuang. Alasan sahabat-sahabatnya ini, adalah kerana muslimin takut untuk masuk meminang muslimat-muslimat 'hebat'. Wanita ini mungkin sedikit risau dan akhirnya menyatakan bahawa dirinya bukanlah seperti yang dilihat di facebook, luarannya, dia adalah seorang yang biasa-biasa sahaja."

Pada saya, nasihat sahabat-sahabat beliau memang nampak keikhlasannya. Apabila usia mencecah 20-an, masih belum diikat, pasti perempuan akan mula terasa bahang. Kalau sudah terikat, tenang sedikit.

DILEMA:
Situasi di atas merupakan perkara biasa dalam kalangan pejuang-pejuang Islam di universiti-universiti. Idealism menyelinap masuk ke rongga hati mereka, justeru mereka sangat bersemangat untuk memperjuangkan Islam.

Alhamdulillah atas kesungguhan itu.

Namun, apabila usia meningkat, dan prospect kerjaya mula kelihatan di hadapan mata, mulalah mereka berfikir tentang jodoh. Ingin dicintai dan mencintai, fitrah manusia.

Namun, banyak dilema yang mereka hadapi. Situasi di atas merupakan salah satu daripadanya. Banyak kali saya terdengar ungkapan seperti,

"Kenapakah muslimin lebih suka mencari muslimat yang bukan pejuang?"
atau
"Kenapakah muslimin sangat perlahan dalam bab membina keluarga Islam?"

Saya pernah terdengar,
"Ada kawan saya, sangat cantik, sangat baik akhlaknya, berpurdah, pelajaran bagus, ilmu agama mantap, kenapakah muslimin tidak berani masuk bertanya?"

Akhirnya, mereka membuat kesimpulan bahawa:
MUSLIMIN TIDAK SUKA MUSLIMAT YANG "HEBAT".

BENARKAH BEGITU?
Saya berbincang dengan sahabat-sahabat saya berkenaan isu ini. Adakah muslimin tidak berkeinginan meminang seorang muslimat yang 'hebat'?

Kawan saya yang saya namakannya Al-Faruq mengangguk, dan memberikan pendapat dengan yakin. "Ada, bro. Tiada lelaki yang ingin merasakan dia lebih lemah berbanding perempuan." Seorang lagi sahabat saya, saya namakannya Az-Zinki pun sama, menjawab, "Aku setuju dengan Al-Faruq."

Namun, saya tidak bersetuju dengan pendapat mereka. Kemudian saya katakan kepada mereka, "Kalau benar perempuan yang hebat, muslimin takut ingin masuk, kenapakah ada seorang muslimat "X" ini begitu ramai yang masuk bertanya? Kalau dibandingkan, muslimat inilah antara yang paling mantap antara semua muslimat yang pernah kita jumpa."

Al-Faruq menjawab sambil ketawa, "Muslimat itu ibarat permata di celah-celah batu geliga. Sukar dicari serupa dengannya bro." (Okay-okay, ayat ini saya rendahkan sedikit tona analoginya, kerana analogi al-Faruq terlampau tinggi bahasanya)

Dari sini, saya sebenarnya dapat katakan, muslimat 'hebat' bukanlah penghalang untuk dipinang oleh ramai muslimin, kerana muslimat 'permata' ini begitu diminati walaupun beliau sangat hebat. Jadi, muslimat-muslimat di luar sana, tidaklah perlu takut untuk menjadi seorang yang hebat. Menjadi hebat merupakan satu daya tarikan sebenarnya!

JADI, APAKAH PUNCANYA?
Ini hanyalah analisa saya. Seperti yang kita tahu, lain tempat, lain keadaan. Oleh kerana soalannya adalah "kenapa muslimin tidak meminati muslimat 'hebat'?" maka, jawapan saya, saya petik selepas berbual dengan muslimin-muslimin yang berfikrah Islam. 

Punca utama muslimin agak reluctant untuk bertanya kepada muslimat yang 'hebat', adalah kerana;
MUSLIMIN TIDAK PERCAYA MUSLIMAT 'HEBAT' INI AKAN MENGHORMATINYA KELAK

Dalam kes muslimat hebat yang Al-Faruq nyatakan sebagai 'permata' tadi, beliau merupakan seorang yang sungguh berakhlak mulia. Jarak usia antara saya dan beliau, banyak tahun, tapi, dapat dirasakan betapa tinggi akhlak beliau. Beliau cukup hormat kepada saya walaupun saya kurang dari segi usia dan pengetahuan berbanding dengannya. Selepas beliau menasihati saya, beliau sms saya dan kata, "Akak minta maaf jika menyakitkan hati awak. Akak tidak berniat demikian."

Muslimat yang 'hebat' di luar sana perlu menunjukkan bahawa mereka mampu untuk menghormati muslimin ini kelak sewaktu bergelar isteri. Ya, saya tahu, ianya cukup sukar, kerana muslimat 'hebat' ini sudah terdidik untuk merasakan mereka 'hebat'. Sukar untuk mengubah pandangan daripada "Aku hebat!" kepada "Dia lebih mantap" dalam masa satu hari (sesudah akad nikah), kerana ia sudah menjadi satu tabiat.

"BAGAIMANA CARA MEYAKINKAN BAHAWA KAMI BAKAL MENGHORMATI?"
Muslimat-muslimat 'hebat' di luar sana, pasti merasakan perkara ini cukup leceh. Tapi, sebenarnya perkara ini cukup kecil, sebenarnya. Antara cara yang boleh dibuat adalah:
1) Tidak meremehkan ijtihad muslimin. Jika tidak bersetuju dengan ijtihad muslimin, bawa berbincang secara baik. Kebanyakan muslimin tidak keras kepala. Kebanyakannya berlapang dada menerima pandangan tambahan daripada muslimat sebelum membuat keputusan. Dari sini, communication skills memainkan peranan yang penting. Antara situasi penting yang menunjukkan muslimat meremehkan ijtihad muslimin adalah:
- muslimat hadir meeting yang mana, mereka sudah mempunyai pandangan mereka sendiri yang dibincangkan dalam kalangan muslimat sahaja. Dua minit selepas buka majlis, ketua muslimat pun kata, "Kami memutuskan untuk blah-blah-blah".
- menolak pendapat muslimin kerana "Akak Maisarah cakap, sepatutnya buat begini."

2) Tidak kasar dan menyakitkan hati bila dibawa bercakap. Jika muslimat ini tidak bersetuju dengan muslimin ini atas apa-apa keputusan, tidak perlu untuk memperli mereka, ataupun mengutuk mereka. Cakap berdepan, itu lebih baik. Ini bukannya bermaksud untuk bercakap lembut (melenggokkan suara seperti orang gedik), tapi, saranan saya adalah supaya lebih sopan dalam pertuturan. Ramai muslimat syadid sebenarnya. Muslimin takut akan kekasaran ini, bukan takutkan ke'hebat'an anda.

3) Senyum dan mengucapkan terima kasih. Senang dibuat, tapi, jarang dilaksanakan kerana 'takut menjadi fitnah'. Muslimat yang hebat, jika senyum kepada muslimin yang bekerja dengannya, muslimin tidak nampak sebagai gedik, muslimin nampak sebagai satu bonus kepada akhlak mulia, iaitu bermanis muka.

Saya rasa, ketiga-tiga cadangan ini sudah cukup. Muslimat sekalian, anda penentunya.

KESIMPULAN
Kesimpulan saya, jika anda rasa anda hebat, teruskan menjadi hebat. Jangan terpaksa melimitkan kehebatan anda. Kehebatan anda itu bukannya keburukan!

p/s: Ini mungkin balasan bagi tulisan muslimat yang bertemakan, "Muslimin Tsiqah Pilihan Kami". Hehe.

[Tambahan 31/03/2013, jam 0534 waktu Malaysia] : Muslimat jangan risau, saya memang berniat untuk menasihati muslimin pula dalam post akan datang. Kebahagiaan datang apabila ada komunikasi dan usaha dari kedua-dua pihak. Tidak adil untuk saya menyeru muslimat untuk buat itu, buat ini, tapi, muslimin saya biarkan sahaja.

3 ulasan:

  1. Mana link post muslimat tu?Nak baca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhi/ukhti. Saya minta maaf, sebab tak boleh datangkan link sebab saya tak tuju mana-mana artikel. Maksud saya adalah, "jika ada muslimat yang tulis artikel bertemakan itu".:)

      Saya pernah dengar komplen muslimat bahawa, "muslimin tak tsiqah, susah kami nak cari suami yang kami percaya boleh bimbing kami".
      Mereka anggap muslimin suka main-main, muslimin tak serius dalam kerja dan dalam bab mencari pasangan. Komplen yang sama, biasa kedengaran di Mesir, Ireland, UK, Jordan dan lain-lain negara, selain Malaysia. Isu "muslimin tak tsiqah" pernah dibawa oleh UHAJ dalam statusnya.

      Apabila muslimat pandang 'muslimin tak tsiqah', muslimin merasakan muslimat pandang rendah kepada mereka. Akibatnya, muslimin tak masuk bertanya muslimat-muslimat ini, sebab takut sifat 'pandang rendah' akan kekal sampai ke alam perkahwinan.

      Jadi, isunya sama. Muslimin takut mereka tidak dihormati kelak.:)

      p/s: Jodoh sudah ditetapkan Allah swt. Saya hanya ingin MEMUDAHKAN muslimat kita cari penyelesaian masalah 'lambakan muslimat belum diikat waktu tamat pengajian' sahaja. Saya harap, cepat muslimat kita mendapat bahagia, iA:)

      Padam
  2. Terima kasih utk penjelasan :)

    BalasPadam