Ahad, 24 Mac 2013

Khutbah Jumaat - Amanah Seorang Manusia

InsyaAllah, saya sediakan khutbah jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 13 Februari 2009 bersamaan dengan 18 Safar 1430H.


Amanah Menjadi Seorang Manusia

Bismillahirrahmanirrahim.
Firman Allah swt dalam al-Quran, dalam surah al-Baqarah ayat 28.

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنْتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Maksudnya, "Bagaimana mungkin kalian mengingkari wujud Allah sedangkan sebelum ini ‎kalian mati lalu Dia menghidupkan kalian kemudian kembali Dia akan ‎mematikan kalian, lalu kalian akan dikembalikan kepada-Nya.‎"

Setiap orang manusia, hendaklah mengenal dirinya sebelum dia mengenal Tuhannya, seperti dalam surah Az-Zariyat ayat 21.

وَفِي أَنفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Maksudnya, "dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?"

Setiap orang daripada kita, hendaklah menyedari bahwa kita manusia, bermula daripada alam tiada, kemudian kita dilahirkan ke dunia, menjadi seorang manusia, dijadikan oleh Allah, dihidpkan oleh Allah swt degan roh, dengan jsad, diberi akal fikiran, diberi hati nurani yang mempunyai perasaan. diberi panca-indera boleh melihat, boleh bercakap, boleh mendengar, boleh merasa dan boleh berfikir. perkara-perakara yang tidak ada pada makhluk lain, hanya ada pada manusia. Dikurniakan dengan nikmat yang melimpah ruah, sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam surah an-Nahlu ayat 18.

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya, "Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Allah menjadikan manusia dalam kehidupan dunia sementara waktu (tidak kekal), mengalami alam bayi, alam kanak-kanak, menjadi orang muda dan remaja yang gagah, menjadi orang tua yang boleh berfikir dan matang. Dan, ada yang diambil nyawanya oleh Allah swt, ada yang dipanjangkan umurnya sehinga nyanyuk. Manusia tidak dikekalkan, termasuk manusia yang dikasihi oleh Allah, iaitu nabi-nabi, diwafatkan oleh Allah swt. Ini menunjukkan, riwayat manusia tidak berakhir dengan mati. Selepas mati, manusia diikuti dengan alam barzakh, alam kubur, ada persoalannya. ada ujiannya. kemudiaan manusia dihidupkan di alam hari kiamat, dipanggil oleh Allah swt, dipanggil kembali untuk menghitung dan mengira, apakah yang dilakukan oleh manusia, dari kehidupan di alam manusia, bagi ditentukan seseorang manusia itu, samada layak menjadi ahli syurga selama-lamanya, atau berakhir menjadi ahli neraka selama-lamanya. Terpulang kepada manusia menunaikan tanggungjawab dalam alam dunia. Rupanya, manusia yang dijadikan makhluk dengan akal fikiran dan kemampuan, boleh menguasai makhluk yang lain di dunia, ditugaskan oleh Allah dengan kewajipan dan tanggungjawab. Allah swt telah menggariskan kewajipan yang besar. Kewajipan untuk beribadat kepada Allah, kewajipan untuk mentadbir dunia ini, bermula dengan kehidupan diri manusia sendiri, makanan, pakaian, rumah tangga, berkeluarga, hidup bermasyarakat, berpolitik, berekonomi, berhubung antara satu sama lain, mentadbir makhluk yang ada atas muka bumi dengan syariat. Di sana ada  batas perkara ynag wajib ditunaikan. Jika ditunaikan, akan mendapat pahala yang dijanjikan oleh Allah swt. Dan di sana ada larangan, yang jika manusia menyanggah larangan ini, bencana di dunia dan akhirat. Allah swt menjadikan tanggungjawab melaksanakan hukum Allah, dan ini adalah tanggungjawab yang besar. Firman Allah swt dalam surah An-Nisa ayat 58.

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
 Maksudnya, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Tanggungjawab manusia dalam kehidupan dunia, melaksanakan hukum Allah swt, hukum yang adil, daripada Tuhan yang Maha Adil. Hanya hukum Allah yang adil. Samada hukum terhadap diri manusia sendiri, keluarganya, termasuklah hukum memerintah negara dan memerintah makhluk-makhluk yang berada di bawah kawalan manusia di muka bumi ini. Menunaikan perintah Alah swt, dalam mengurus dunia dalah amanah yang paling besar. Kebanyakan masyarakat (manusia), termasuk dalam masyarakat kita, meletakkan amanah dalam menyimpan barang-barang, menghantar barang-barang. Itu sahaja amanah pada mereka. Kita melupai di sana, ada amanah yang paling besar, amanah manusia iaitu beramal dengan hukum Allah. Minuman ada halal dan haram. Pakaian ada halal dan haram. Hubungan suami isteri ada hukum dan peraturan dengan adil. Hubungan kejiranan, hukuman kerajaan dan rakyat, yang mengurus semua ini mestilah mengikut peraturan Allah. Sekiranya manusia menjalani kehidupan ini dengan tidak mengira hukum Allah, melanggar, maka khianatlah manusia itu, maka celakalah manusia itu di dunia dan akhirat. Hari ini, kita melihat, dunia dilanda bencana, bencana alam (banjir, gempa bumi, kemarau, kebakaran, kemusnahan) yang tidak menentu. Kemusnahan, banyaknya maksiat dilakukan dalam kehidupan manusia, seolah-olah tidak boleh dikawal lagi. Setiap rumah, lorong dan negara dimasuki maksiat. Keadaan yang tidak terkawal. Puncanya manusia telah khianat terhadap amanah melaksanakan hukum Allah swt. Sedang berlaku bencana yang diberi amaran oleh Allah (sebagaimana firman Allah swt dalam al-Quran surah Ar-Rum ayat 41):

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Maksudnya, "Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

Marilah kita menghisab diri kita masing-masing, berpegang kepada agama Allah, membetulkan diri kita. Semoga kita kembali kepada Allah dalam keadaan yang selamat. 

Firman Allah swt dalam Surah Al-Ahzab ayat 72.

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
Maksudnya, "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan