Selasa, 19 Mac 2013

Siapakah Cabang Ikhwanul Muslimin di Malaysia?


Jemaah Ikhwanul Muslimin dilabelkan sebagai jemaah induk bagi sekalian gerakan Islam di dunia Islam. Ikhwanul Muslimin ditubuhkan pada tahun 1928 merupakan gerakan Islam yang mempunyai tatacara tersusun. Dakwah mereka merangkumi seluruh umat. Namun mereka ditindas sejak sekian lama. Selepas kejatuhan Husni Mubarak, Ikhwanul Muslimin berjaya mendapatkan kerajaan melalui sistem pilihanraya.

Populariti Ikhwanul Muslimin sebagai tulang belakang kepada gerakan Islam seluruh dunia menyebabkan ramai yang berusaha menggunakan nama Ikhwanul Muslimin sebagai batu loncatan untuk menarik remaja-remaja idealism untuk bersama dengan jemaah masing-masing.

Beberapa nama yang muncul dan mengaku bahawa mereka merupakan cabang Ikhwanul Muslimin di Malaysia. Antaranya ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia), IKRAM, Haluan dan lain-lain. Namun, kebanyakannya adalah cakap-cakap mulut sahaja, tanpa disertai bukti akan dakwaan tersebut.

ISMA melalui presidennya cukup yakin bahawa tarbiah yang dibawa ISMA adalah tarbiah Ikhwan yang sebenar.
Tekan untuk baca

Namun, soalan yang dilemparkan oleh Presiden ISMA terutamanya berkaitan "samada mengikut maratib amal atau tidak?" merupakan soalan yang wajar ditanya.

Kefahaman maratib amal bagi ISMA dan IKRAM adalah, perjuangan Islam perlu naik setapak demi setapak. Perjuangan yang tidak bertentangan dengan konsep naik setapak demi setapak ini adalah konsep yang tidak berkesan dan tidak berlandas kebenaran, sebaliknya berlandaskan gopoh dan terburu-buru. Ada sahabat dalam ISMA yang tidak bersetuju dengan perjuangan PAS kerana pada dirinya perjuangan PAS tidak mengikut maratib amal.

Dipetik daripada blog http://hafidzyusoff.blogspot.ie/2009/11/test.html telah menunjukkan pola pemikiran yang sama antara ahli-ahli ISMA. Tulis beliau,
"Oleh yang demikian, usaha pertama yang harus dilakukan untuk kembali menegakkan daulah Islam adalah melalui jalan tarbiyah bukan hanya melalui politik kepartian. Perlunya mentarbiah individu individu muslim, dari situ akan lahirnya bait Al Muslim (keluarga Muslim), setelah banyaknya bait al muslim maka terbentuklah Mujtama' Muslim (masyarakat Muslim), apabila masyarakat telah memahami Islam, maka perlunya kepada usaha tahrir Al Watan (membebaskan negeri) samaada dalam bentuk fizikal, ekonomi maupun pemikiran penjajah. Dan setelahnya, bina' daulah Islamiyah (membina negara Islam). Apabila kebanyakan negara sudah terbentuknya daulah islamiyah (negara Islam) maka akan diusahakan terbentuknya Khilafah Islam dan Islam akan kembali memimpin dunia sejagat."

Begitu juga dengan ahli IKRAM, mereka juga berpendapat sedemikian, sepertimana yang diucapkan oleh blogger terkemuka pro-IKRAM iaitu Angel Pakai Gucci di blognya di pautan: http://angelwearsgucci.blogspot.ie/2012/06/mengapa-anda-perlu-sokong-dr-morsi.html, katanya:
"Nah, Ikhwan di Mesir telah pon membuktikan dengan amal dan berkat kesabaran mereka, dengan melalui jalan-jalan yang telah pon dirintis oleh ar-Rasul SAW dan para sahabat suatu ketika dahulu, dengan menaiki satu-persatu anak tangga amal dengan tidak terkocoh-kacah dan tergopoh-gopoh, dengan memenuhi hak setiap fasa dan mihwar dengan penuh adil dan saksama, kemenangan itu pasti akan menjadi milik kita juga suatu hari nanti!"

Jika menginginkan faktor sejarah, sememangnya pegangan naik setapak demi setapak, menelusuri maratib amal ini merupakan satu kefahaman yang tersilap. Sirah Rasulullah saw menunjukkan sebaliknya, dan bagi orang yang menilai, cukup mudah untuk membantah fikrah seperti ini. Namun, kalau dibawa hujah akal, pasti mereka akan menjawab bahawa "ijtihad itu milik semua."

Sebenarnya, fikrah yang dibawa mereka ini BUKANLAH FIKRAH YANG DIBAWA OLEH IKHWANUL MUSLIMIN, sebaliknya merupakan fikrah yang dicipta sendiri oleh ahli-ahli gerakan Islam ini kemudian disandarkan kepada Ikhwanul Muslimin. Semua ini terhasil kerana mereka membaca kitab Ikhwan dan memahaminya sendiri tanpa kembali kepada yang hidup di dalam Ikhwan sendiri. Fikrah Ikhwanul Muslimin adalah fikrah Islam. Apa yang dibawa Islam, dibawa oleh Ikhwan. Dan, tiada perbuatan dan tindakan Ikhwanul Muslimin yang secara sengaja menentang ajaran Islam. Jadi, apabila berlaku perbezaan antara fikrah Islam dan fikrah Ikhwanul Muslim, pasti berlaku sedikit masalah dari segi penyampaian fikrah Ikhwan yang kita dengar.

Bukti yang ingin bawakan untuk menunjukkan bahawa fikrah ISMA dan IKRAM ini tidak bertepatan dengan fikrah Ikhwan, saya bawakan petikan daripada kitab "Fi Afaqit Ta'lim" karangan Ustaz Said Hawa yang merupakan penggerak Ikhwanul Muslimin Syria. Beliau menulis kitab Fi Afaqit Ta'lim ini, kerana beliau berkeinginan untuk mengajarkan fikrah Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Beliau menulis berkenaan dengan tujuh tingkatan maratib amal dengan katanya:
"Keempat-empat tingkatan terakhir ini adalah menjadi kewajipan kepada jemaah DAN MERUPAKAN KEWAJIPAN SETIAP AL-AKHI atas sifatnya sebagai anggota jemaah".

Inilah kefahaman maratib amal yang sebenar menurut Imam Hassan Al-Banna, dipetik daripada penggerak yang begitu rapat dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin sendiri. Kefahaman sebenar maratib amal adalah usaha serentak ketujuh-tujuh peringkat tanpa pengecualian.

Jadi, setiap jemaah yang mengatakan "kita tak boleh lagi berjuang politik kerana amal belum cukup" maka mereka sebenarnya bertentangan dengan fikrah Ikhwanul Muslimin sendiri.

Jadi, siapakah cabang Ikhwan di Malaysia? Kawan saya menjawab:

12 ulasan:

  1. Ikhwan di Malaysia ada 3 tanzim yang besar
    namun dalam capaian ana, ada dua lagi jemaah yang ikut manhaj Ikhwan namun belum dizahirkan dengan serius

    dua daripada tanzim besar itu masih berada dalam tanzim Ikhwan Alami dan yang satu lagi telahpun terkeluar dari tanzim Ikhwan Alami

    namun dari dua yang berada dalam tanzim itu hanya satu yang diberi mandat dan diiktraf sebagai Ikhwan Malaysia

    memang Ikhwan di Malaysia amat payah nak bersatu walau usaha itu sudah ada sejak tahun 90 lagi

    baiklah, ini mukaddimah komen ana

    akhi fillah, nature bagi dakwah dan gerakan dakwah ialah pengembangannya selaras dengan tenaga manusia yang ada

    dakwah Ikhwan tidak bermula dengan penubuhan sebuah NGO mahupun parti politik atau berbagai lagi pertubuhan lalu mengajak manusia menyertainya secara massa

    namun ianya bermula dengan seorang dan sekumpulan atau satu komuniti kecil manusia dengan penuh kelemahan, namun ianya berkembang dengan pengembangan halaqah2 di merata-rata tempat dan bergerak tanpa nama

    setelah kuat, barulah mula dizahirkan
    ianya disebut sebagai mehwar-mehwar dakwah

    mudah ceritanya, inilah rasionalnya teori maratib amal mahupun mehwar dakwah
    perbahasan mengenai mehwar dakwah itu sendiri ialah teori pengembangan dakwah dan harakah dimana dalam konteks di malaysia, 3 tanzim besar tersebut sedang menempuh mehwar kedua dakwah yang dipanggil mehwar sya'bie setelah bertahun-tahun melalui mehwar tanzimi

    ahli2 Ikhwan sebenarnya mengimani bahawa dalam sirah terdapat dua fasa yang telah ditempuhi oleh Rasulullah SAW iaitu fasa makkah dan fasa madinah

    fasa makkah ialah pengukuhan tanzim, pembinaan rijal selaras dengan teori mehwar tanzimi sebagai mehwar awal dakwah, manakala fasa madinah ialah mehwar sya'bie, muassasi dan dauli

    mana2 gerakan yang mengikuti manhaj Ikhwan perlu lalui semua mehwar ini

    dakwah tidak bermula semenjak tertubuhnya HAMAS(Ikhwan di Gaza) atau semenjak tertubuhnya PKS(Ikhwan di Indonesia), tapi berpuluh tahun sudah bermula sebelum itu

    penubuhan PKS sebagai parti politik ialah tanda bahawa mereka sudah memasuki mehwar muasssai dan menyonsong mehwar dauli
    setelah berpuluh tahun melalui mehwar tanzimi dan tempoh yang sekejap mehwar sya'bie

    inilah dakwah Ikhwan yang kami imani

    wallhua'am

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum ya akhi.:)

      Pertama, ana quote balik post ana sebelum ini.
      "Ya akhi, ana pernah mendengar dengan telinga ana sendiri yang mana ketika itu, ana berada di hadapan Ustaz Syed Kadir Al-Joofree, dan beliau bercerita, beliau bertemu dengan Mursyidul Am Ikhwan. Beliau kemudiannya bertanya, siapakah sayap Ikhwan di Malaysia, dan Mursyid Ikhwan mengatakan tiada sayap Ikhwan di Malaysia. Mana mungkin Ustaz Syed Kadir menipu dan mana mungkin Mursyidul Am Ikhwan menipu."

      Kemudiannya, ya akhi, ana tidak bersetuju berkenaan dengan fasa-fasa ini. Hujah yang enta kemukakan ini sudah biasa disandarkan kepada Ikhwan. Namun, ditolak sendiri oleh penggerak Ikhwan yang masyhur iaitu Dr Abdullah Nasih Ulwan di dalam kitabnya, "Hatta Ya'lamul Syabab".

      Beliau berkata:
      Di sana terdapat golongan orang Islam pada masa kini yang berkata, "Kami sekarang berada pada zaman Makki". Maksud mereka sekarang adalah peringkat pembentukan dan penyucian, bukannya peringkat peperangan dan penentangan. "Maka tidaklah perlu kami terlibat dengan politik memandangkan kami masih di peringkat pembentukan".
      Pendapat ini adalah BATIL dan TERTOLAK SEBANYAK DUA KALI.

      Begitu juga, beliau berpendapat bahawa golongan yang melarang ahlinya terlibat dalam bidang politik sebagai berdosa dua kali. Katanya:
      Adapun kamu yang mewajibkan ke atas dirinya dan orang yang mengikutinya agar tidak terlibat ke dalam bidang politik umum bersama orang Islam yang lain, mereka telah BERDOSA SEBANYAK DUA KALI. Pertama, tidak menyertai dan bekerja. Kedua, mereka telah menghalang orang lain menyertai dan bekerja untuk melangsaikan kewajipannya.

      Kemudian, Dr Abdullah Nasih Ulwan menyokong pendapat ana di atas (pendapat yang dikemukakan oleh Al-Ustaz Sa'id Hawa berkenaan dengan keperluan mengamalkan maratib amal secara berserentak) dengan mengatakan:
      "I'tikad ini adalah salah faham dan SALAH kerana Islam sudah sempurna dan lengkap. Syariah Islam telah pun tetap dan terang. Hukum Allah sudah pun diturunkan dan diterangkan. Dan orang Islam dituntut untuk melaksanakan SELURUH prinsip2 Islam. Puasa, zakat dan haji telah difardhukan di Madinah, adakah golongan ini berpendapat mereka tidak dituntut melaksanakan rukun ini kerana mereka masih di zaman Makki?"

      Beliau kemudiannya menegaskan:
      "Sebegaimana mereka tidak boleh meninggalkan puasa, zakat dan haji, begitu juga mereka tidak boleh melupakan mana-mana sistem daripada Islam, baik sistem politik kemasyarakatan, ekonomi mahukan akhlak. Setiap kali seseorang MAMPU melaksanakannya, WAJIB ianya dilaksanakan dan dijayakan tanpa malas berusaha, BERLENGAH mahupun cuai."

      Ana menutup dengan satu fakta yang menarik. Daripada seramai-ramai manusia yang ada, TG Haji Hadi Awang merupakan orang 'ajam pertama yang dibenarkan menyertai usrah asas Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin pada ketika itu diburu kerajaan Mesir maka orang 'ajam tidak diterima masuk kerana dikhuatiri menjadi spy kerajaan Mesir. Orang yang dibenarkan menyertai usrah ini diyakini setia pada Islam dan Ikhwan. Namun, peliknya, TG Haji Hadi tidak pula membentuk jemaah baru ataupun menyertai 'sayap Ikhwan di Malaysia'. Pelik bukan?:)

      Allahul musta'an. Semoga Allah memberikan kita hidayah.

      Wallahu taala a'lam.

      Padam
    2. waalaikumsalam

      jazakallahu khair atas respon mahupun atas maklumat yang akh berikan, sungguh, ana tidak tahupun ada pendapat2 sedemikian dari tokoh2 Ikhwan

      teks dan kontek bak kata Dr. Maza dimana teks, manhaj, teori perlu dihubungkan dengan konteks dan realiti, sebab itulah juga ada salah satu tanzim Ikhwan di Malaysia menggabungkan anatara fasa ta'sis mahupun infitah, mehwar tanzimi mahupun mehwar sya'bie, ini ijtihad mereka dalam konteks Malaysia

      namun akh, ana juga mahu sarankan agar dapat melihat semua mehwar2 dakwah ini(mehwar tanzimi, mehwar sya'bie, mehwar muassasi dan mehwar dauli) kerana sisi praktik setiap mehwar2 dakwah ini langsung tidak menafikan konsep Islam yang syumul kerana dakwah Ikhwan akan masuk juga fasa politik dan berbagai fasa2 lain

      Dan PERLUNYA kepada mehwar2 ini menggambarkan adanya tajarrud ataupun " step by step " dalam dakwah Ikhwan, kelak apabila sampai masanya, dakwah akan kuasai ekonomi, media, kemasyarakan, sosial mahunpun politik bermula dengan pembentukan2/tarbiah mahupun takwin dimana seperti yang telah akh sebutkan, seperti tidak meraikan bahawa Islam telahpun lengkap

      pointnya, ijtihad kebanyakan qiadah kami tentang mehwar2 ini tidak kontradik dengan konsep Islam yang syumul malah meraikannya kerana kami yakin akh, bahawa dengan pembentukan, tarbiah yang berterusan, akan mencapai dakwah pada semua cabang2 dalam Islam insyaAllah

      step by step, inilah ijtihad qiadah kami, dan ini jugalah kecenderungan ana dan kami semua, semoga Allah mengambpunkan kita pada setiap kelemahan2 kita

      tentang jawapan Mursyidul AM kepada Ustaz Syed Kadir, adalah amat relevan pada ana kerana, Ikhwan di Malaysia masih lagi tidak mampu bersatu seperti yang telah ana sebutkan, bayangkan dengan 3 tanzim besar, masih ada lagi(dalam capaian ana) yang kecil2, namun akh, sekarang ini Qiadah Alami telahpun memilih salah satu tanzim ini untuk diberi amanah mewakili Ikhwan(sambil menggalakan kerjasama antara tanzim tersebut dengan tanzim yang satu lagi), dan sumber yang ana dapat ini bukan dengan teks yang ada dalam internet, tapi dari murabbi2, syuyukh2 dan qiadah yang amat dekat dengan ana

      tentang Al-Fadil Tuan Guru Haji Hadi(semoga Allah meredhainya), benar, dia antara orang yang menjadi mutarabbi Ustaz Said Hawa, tentang dia orang orang pertama wallahua'lam, namun dalam capaian ana, banyak sebenarnya orang Melayu yang terpilih memasuki gerakan Ikhwan, contohnya 10 orang yang belajar di Iraq sekitar tahun 1960 an atas tajaan PAS, mereka bak tulisan Ustaz Riduan Mohd Nor antara mereka yang melebarkan pengaruh Ikhwan di Malaysia dan dalam PAS sendiri

      dan sungguh, antara 10 orang tersebut(malah mas'ul 10 orang tersebut), menurut sumber murabbi2 kami, even dari Timbalan Mursyid Am Ikhwan(Dr. Mahmoud Ezzat) sendiri yang berjumpa dengan ikhwah di Malaysia tahun 2011, adalah orang pertama merintis dan mengasaskan gerakan Ikhwan di Malaysia sekitar pertengahan 70'an, lebih awal dari ikhwah2 IRC yang pulang dari UK awal tahun 80'an

      ini sejarah yang diberitakan kepada ana dan ikhwah2 sebaya/sebatch ana dari murabbi2 kami, dan sungguh, sejarah gerakan Ikhwan yang kompleks di Malaysia(malah kadang amat memeritkan) tak cukup dengan sumber2 internet dan dari orang luar, dan menjadi tugas mereka yang benar2 terlibat menceritakannya

      perlunya ana dan kita semua rasa izzah dengan manhaj yang kita yakini, namun dengan keizzahan itu tidak meletakkan kita memandang yang lain2 dengan pandangan jemaah-centric, namun dengan kasih sayang dan cinta

      wallahua'lam

      semoga Allah redha setiap pilihan hati dan jalan yang dipilih

      Padam
    3. Makna As Sawadul A’zham

      As sawad artinya sesuatu yang berwarna hitam, dalam bentuk plural. Al A’zham artinya besar, agung, banyak. Sehingga as sawaadul a’zham secara bahasa artinya sesuatu yang berwarna hitam dalam jumlah yang sangat banyak. Menggambarkan orang-orang yang sangat banyak karena rambut mereka umumnya hitam.

      Dalam terminologi syar’i, kita telah dapati bahwa as sawaadul a’zham itu semakna dengan Al Jama’ah. Sebagaimana penjelasan Ath Thabari di atas: “…Dan makna Al Jama’ah adalah as sawadul a’zham. Kemudian Ath Thabari berdalil dengan riwayat Muhammad bin Sirin dari Abu Mas’ud bahwa beliau berwasiat kepada orang yang bertanya kepadanya ketika Utsman bin ‘Affan terbunuh, Abu Mas’ud menjawab: hendaknya engkau berpegang pada Al Jama’ah karena Allah tidak akan membiarkan umat Muhammad bersatu dalam kesesatan.. ” (Fathul Baari, 13/37)

      Maka makna as sawaadul a’zham mencakup seluruh makna dari Al Jama’ah. Dipertegas lagi dengan beberapa penjelasan lain dari para sahabat dan para ulama mengenai makna as sawaadul a’zham berikut ini.

      Sahabat Nabi, Abu Umamah Al Bahili Radhiallahu’anhu, berkata

      عليكم بالسواد الأعظم قال فقال رجل ما السواد الأعظم فنادى أبو أمامة هذه الآية التي في سورة النور فإن تولوا فإنما عليه ما حمل وعليكم ما حملتم

      “Berpeganglah kepada as sawadul a’zham. Lalu ada yang bertanya, siapa as sawadul a’zham itu? Lalu Abu Umamah membaca ayat dalam surat An Nur:

      فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ

      (HR. Ahmad no.19351. Sanadnya shahih sebagaimana dikatakan Al Haitsami dalam Majma’ Az Zawaid 5/220)

      Padam
    4. Ayat tersebut berbunyi:

      قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

      “Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban rasul itu adalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu taat kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang” (QS. An Nuur: 54)

      Abu Umamah mengisyaratkan bahwa makna as sawadul a’zham adalah orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, atau dengan kata lain, pengikut kebenaran.

      Padam
    5. Muhammad bin Aslam Ath Thuusiy (wafat 242H) berkata:

      عليكم باتباع السواد الأعظم قالوا له من السواد الأعظم، قال: هو الرجل العالم أو الرجلان المتمسكان بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم وطريقته، وليس المراد به مطلق المسلمين، فمن كان مع هذين الرجلين أو الرجل وتبعه فهو الجماعة، ومن خالفه فقد خالف أهل الجماعة

      “Berpeganglah pada as sawaadul a’zham. Orang-orang bertanya, siapa as sawaadul a’zham itu? Beliau (Muhammad bin Aslam) menjawab, ia adalah seorang atau dua orang yang berilmu, yang berpegang teguh pada sunnah Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam dan mengikuti jalannya. Bukanlah as sawaadul a’zham itu mayoritas kaum muslimin secara mutlak. Barangsiapa berpegang pada seorang atau dua orang tadi dan mengikutinya, maka ia adalah Al Jama’ah. Dan barangsiapa yang menyelisihi mereka, ia telah menyelisihi ahlul jama’ah” (Thabaqat Al Kubra Lisy Sya’rani, 1/54)

      Padam
    6. Muhammad bin Aslam sendiri oleh ulama sezamannya, Ishaq bin Rahawaih (wafat 238H), dikatakan sebagai as sawaadul a’zham:

      قَالَ رَجُلٌ: يَا أَبَا يَعْقُوْبَ مَنِ السَّوَادُ الأَعْظَمُ? قَالَ: مُحَمَّدُ بنُ أَسْلَمَ، وَأَصْحَابُهُ، وَمَنْ تَبِعَهُ. ثُمَّ قَالَ إِسْحَاقُ: لَمْ أَسْمَعْ عَالِماً مُنْذُ خَمْسِيْنَ سنَةً كَانَ أَشَدَّ تَمَسُّكاً بِأَثَرِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- مِنْ مُحَمَّدِ بنِ أَسْلَمَ

      “Ada seorang yang bertanya, wahai Abu Ya’qub (Ishaq bin Rahawaih), siapa as sawadul a’zham itu? Beliau menjawab: Muhammad bin Aslam, murid-muridnya dan para pengikutinya. Kemudian beliau berkata: Aku tidak pernah mendengar orang yang alim sejak 500 tahun yang lebih berpegang teguh pada sunnah Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam selain Muhammad bin Aslam” (Siyar A’lamin Nubala, 9/540)

      Abdullah Bin Mubarak (wafat 181H) ditanya as sawaadul a’zham:

      سَأَلَ رَجُلٌ ابْنَ الْمُبَارَكِ فَقَالَ: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَنِ السَّوَادُ الْأَعْظَمُ؟ قَالَ: أَبُو حَمْزَةَ السَّكُونِيُّ

      “Seorang lelaki bertanya kepada Ibnul Mubarak, wahai Abu Abdirrahman siapa as sawadul a’zham itu? Beliau menjawab, Abu Hamzah As Sakuni” (Hilyatul Aulia, 9/238)

      Dari sini kita tahu bahwa as sawaadul a’zham dalam istilah syar’i itu tidak harus berjumlah banyak. Dan jelaslah juga bagi kita ternyata as sawaadul a’zham adalah Al Jama’ah dan bukanlah ‘kebanyakan orang’ secara mutlak.

      Padam
    7. As sawaadul a’zham adalah orang-orang yang taat kepada Allah, mengikuti sunnah Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dengan pemahaman yang benar yaitu pemahaman para sahabat Nabi, baik jumlah mereka banyak maupun sedikit. Bahkan Ishaq bin Rahawaih, guru dari Imam Al Bukhari ini, mengatakan bahwa hanya orang bodoh yang mengira bahwa as sawaadul a’zham adalah mayoritas orang secara mutlak:

      لَوْ سَأَلْتَ الْجُهَّالَ مَنِ السَّوَادُ الْأَعْظَمُ؟ قَالُوا: جَمَاعَةُ النَّاسِ وَلَا يَعْلَمُونَ أَنَّ الْجَمَاعَةَ عَالِمٌ مُتَمَسِّكٌ بِأَثَرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَطَرِيقِهِ، فَمَنْ كَانَ مَعَهُ وَتَبِعَهُ فَهُوَ الْجَمَاعَةُ، وَمَنْ خَالَفَهُ فِيهِ تَرَكَ الْجَمَاعَةُ

      “Jika engkau tanyakan kepada orang-orang bodoh siapa itu as sawadul a’zham, niscaya mereka akan menjawab: mayoritas manusia. Mereka tidak tahu bahwa Al Jama’ah itu adalah orang alim yang berpegang teguh pada sunnah Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dan jalannya. Barangsiapa yang bersama orang alim tersebut dan mengikutinya, ialah Al Jama’ah, Dan yang menyelisihinya, ia meninggalkan Al Jama’ah” (Hilyatul Aulia, 9/238)

      Kesimpulan

      Al Jama’ah semakna dengan as sawaadul a’zham, yaitu orang-orang yang berkumpul bersama imam mujtahid dan para ulama mereka yang berpegang teguh pada ajaran Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dengan pemahaman para sahabat Nabi, mereka berbaiat pada penguasa muslim yang sah serta tidak memberontak kepadanya, baik jumlah mereka banyak maupun sedikit.

      Oleh karena itu ‘kebanyakan orang’ secara mutlak bukanlah as sawaadul a’zham, sehingga tidak benarlah orang-orang yang hanya ikut ‘kebanyakan orang’ dalam beragama. Bagaimana halnya jika prinsip demikian diterapkan di masyarakat yang bobrok, mayoritasnya meninggalkan shalat misalnya. Apakah meninggalkan shalat menjadi hal yang biasa dan dibenarkan? Jika masyarakatnya gemar berzina, bagaimana mungkin ahluz zina itu disebut as sawadul a’zham yang merupakan ahlul haq? Jika masyarakatnya mayoritas gemar berbuat bid’ah, maka bagaimana mungkin as sawaadul a’zham adalah ahlul bid’ah?

      Padam
  2. Ustaz Syed Kadir Al-Joofree....sape dia ni yang memungkinkan wakil ikhwan untuk melondehkan segalanya....Adakah dia ni anak didik al Banna...kalau bukan, dia tu bukanlah dalam sanad yang sahih kerana adanya illat dari sifatnya yang tidak sekufu....maaf berkata....carilah pendalil yang sahih...Ikhwan atau bukan, yang penting berkerja sebagaimana yang di kehendakki al Banna....fikrah Ikhwan akan lenyap apabila lahirnya mujaddid baru tetapi fikrah |Islam berterusan....

    BalasPadam
  3. Siapakaha 3 tanzim yg terbesar daalam Malaysia tu?

    BalasPadam
  4. Siapakaha 3 tanzim yg terbesar daalam Malaysia tu?

    BalasPadam
  5. Siapakaha 3 tanzim yg terbesar daalam Malaysia tu?

    BalasPadam