Jumaat, 22 Mac 2013

Syarah Hadis Bukhari 1570-1575


Kelebihan Abu Talhah

1. Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik r.a katanya : Ketika berlakunya peperangan Uhud dan tentera Islam berada dalam keadaan kucar kacir, tidak ramai sahabat yang bersama Rasullullah )s.a.w). Abu Talhah r.a berada di samping Nabi (s.a.w) sambil berlindung dengan perisainya. Abu Talhah r.a pakar memanah sehingga pada waktu itu patah dua hingga tiga batang anak panah( kerana kuatnya panahan beliau) Seorang lelaki berjalan bersamanya sebuah busur dengan anak panahnya dan berkata : Serahkannya kepada Abi Talhah. Nabi Allah s.a.w. naik ke tempat tinggi dan melihat kaum musyrikin (musuh) lantas Abu Talhah berkata : Wahai Nabi Allah :Aku menebusmu dengan bapa dan ibuku! Jangan engkau naik ke tempat tinggi. Tidak ada satu anak panah musuhpun yang yang akan menembusimu. Leherku akan mempertahankan lehermu.

Kelebihan Abdullah bin Salam

1. Hadis Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Aku tidak pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda kepada seseorang pun bahawa baginda akan berada di dalam Syurga kecuali kepada Abdullah bin Salam.

Perkahwinan Rasulullah saw dengan Khadijah dan kelebihan Khadijah

1. Hadis Aisyah r.a katanya: Halah binti Khuwailid saudara Khadijah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk masuk. Tiba-tiba baginda teringat kepada Khadijah yang sentiasa meminta izin untuk masuk, baginda s.a.w merasa senang hati dengan cara begitu dan Rasulullah s.a.w bersabda: Silakan masuk wahai Halah binti Khuwailid. Aku rasa cemburu dan akupun berkata: Apakah yang membuat kamu teringat pada seorang wanita Quraisy yang begitu tua dan telah meninggal untuk selamanya. Bukankah Allah telah menggantikan kepada kamu yang lebih baik daripadanya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan