Isnin, 8 April 2013

Kenapa Saya Tidak Bersama IKRAM dan ISMA?

Assalamualaikum.

Ke hadapan sahabat-sahabatku pelusuk dunia, diharapkan Allah swt terus mengurniakan kebaikan dan saya doakan kita terus kekal berada di atas jalannya, insyaAllah.

Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menyampaikan penjelasan kenapa saya memilih untuk tidak menyertai IKRAM, ISMA dan jemaah-jemaah lain yang bertebaran di muka bumi ini, sebaliknya saya memilih untuk menyokong perjuangan PAS. Saya bukanlah ahli PAS, saya hanyalah penyokong yang melihat dari jauh. Tidak salah untuk saya menyokong mana-mana parti. Itulah asas demokrasi. Disebabkan saya bukan ahli PAS, saya menyeru supaya segala kesilapan diletakkan ke atas bahu saya, bukannya kepada PAS.

Sebelum melangkah lebih jauh, saya ingin menjelaskan, saya hanya menyebut IKRAM dan ISMA kerana IKRAM dan ISMA juga merupakan jemaah yang paling rapat secara fizikal dengan saya. Saya boleh menyertai jemaah ini jika saya mahu. Jemaah-jemaah lain, seperti HALUAN, ABIM tidak ada dalam capaian saya. Manakala jemaah Al-Arqam, Nasyqabandi (pembetulan: saya baru tahu fatwa Nasyqanbandi ditarik balik) dan Syiah sudah difatwakan menyeleweng, maka mereka tidak masuk ke dalam pertimbangan sama sekali.

Sebab Utama Saya Tidak Bersama IKRAM & ISMA
Sebab utama saya tidak menyertai IKRAM dan ISMA adalah kerana saya menolak perpecahan.

Saya menolak konsep taadud jemaah kerana saya memandang taadud jemaah merupakan satu bala dalam perjuangan Islam. Taadud jemaah bukanlah satu nikmat sebagaimana yang diucapkan oleh sesetengah pendapat, terutama sekali dalam situasi di Malaysia yang mana umat Islam yang komited sudah sedia sedikit. Saya berpendapat sama dengan Ustaz Fathi Yakan dalam kitabnya Ihzaru Al-AIDS Haraki yang menyatakan bahawa taadud jemaah sama sekali tidak akan mendatangkan kebaikan untuk Islam. Dan, inilah lumrah perjuangan. Di Mesir contohnya, di kala pejabat Ikhwanul Muslimin diserang, parti-parti Islam yang lain tidak merasai keperitan diserang itu. Hanya jemaah Ikhwanul Muslimin sahaja yang bertindak mempertahankan diri, jemaah Islam lain berdiam diri sahaja. Sedih sungguh apabila kewujudan jemaah ini menyebabkan umat Islam hanya mempertahankan jemaah mereka sahaja.

Di sini, jelaslah pada pandangan saya taadud jemaah ini merupakan bala. Umat Islam disuruh untuk bersatu padu sehingga pada tahap jika satu bahagian badan merasa sakit, seluruh badan terasa sakit. Sangat jarang untuk ahli jemaah lain merasai kepedihan dan keperitan ahli jemaah lain. Semuanya kerana apabila wujudnya berbilang jemaah, unconciously kita merasakan jemaah kita sahaja merupakan saudara kita. Sangat sukar untuk menyebarkan persaudaraan melangkaui jemaah. Disebabkan kita merasakan bahawa ahli jemaah kita sahaja saudara kita, kita sanggup melakukan kezaliman terhadap jemaah lain. Kita memfitnah mereka begitu dan begini, asalkan orang tidak mendekati jemaah orang lain. Inilah realiti taadud jemaah di Malaysia.

Contoh-contoh kejahatan di atas, tidaklah saya menyatakan bahawa ianya dilakukan oleh IKRAM ataupun ISMA. Saya hanya menyatakan contoh bahawa itulah yang AKAN berlaku apabila berlakunya berbilang jemaah, tidak kira di mana pun berada. Tapi, ianya mungkin sudah berlaku, saya berharap kita sama-sama renung dan  fikir.

Mengapa Memilih PAS tetapi tidak UMNO?
Ada orang mungkin tertanya-tanya, "Anda menolak taadud jemaah dan anda memilih PAS, bukankah PAS wujud selepas UMNO? Jadi, kenapa bersama PAS yang merupakan 'perpecahan' daripada parti Melayu Islam iaitu UMNO sendiri?"

Sebagaimana yang telah saya ucapkan pada permulaan tadi, saya menolak Al-Arqam dan syiah kerana asas mereka adalah menyeleweng. Mereka merupakan golongan ajaran sesat. Walaupun mereka meletakkan ajaran Islam sebagai asas mereka, namun, apa yang dibawa mereka bukanlah Islam yang sebenar.

Ini menunjukkan saya memilih jemaah yang saya ikuti berdasarkan dasar yang dibawa mereka, bukannya nama Melayu orang yang memimpinnya.

Apabila orang mengatakan PAS merupakan perpecahan daripada UMNO, saya sebenarnya tidak nampak perkara itu. Ahli PAS pernah bersama UMNO dan berusaha mengubah UMNO daripada dalam, namun, tidak berjaya. Kemudian, PAS keluar daripada UMNO. Namun, saya nampak keunikan dalam pembentukan PAS yang tiada dalam pembentukan jemaah lain selain PAS. PAS bukan sahaja terbentuk sebagai jemaah yang memperjuangkan Islam namun PAS adalah parti yang bertujuan mengembalikan UMNO kepada Islam yang syumul. Tertubuhnya PAS hanyalah kerana UMNO tidak memperjuangkan Islam. Jika UMNO memperjuangkan Islam, PAS terhapus. Itu janji PAS. Saya teruja kerana inilah bukti PAS sangat-sangat mencintai Islam dan sangat-sangat mencintai kesepaduan. PAS tidak redha UMNO di atas keburukan kerana itu PAS wujud. PAS tidak redha berlakunya pergaduhan umat Islam jika UMNO berada di atas kebaikan, kerana itu PAS berjanji akan membubarkan parti jika UMNO bertekad mengubah dasarnya.

Jadi, marilah muhasabah jemaah kita. Adakah jemaah kita cintakan kesepaduan? Adakah pimpinan jemaah kita berani berjanji untuk membubarkan jemaah jika asas perjuangan kita sama?

Kenapa Memilih PAS dan tidak IKRAM dan ISMA?
Sewaktu saya memilih antara PAS, IKRAM dan ISMA, saya menyarankan untuk kita mengenali terlebih dahulu ketiga-tiga jemaah ini.

Berikut adalah sedikit cerita penubuhan:
1) PAS tertubuh pada tahun 1951 merupakan jemaah Islam tertua di Malaysia dan ia merupakan kesinambungan daripada perjuangan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1948. Fikrah PAS adalah perjuangan Islam.
2) IKRAM tertubuh pada tahun 2009 dan ia merupakan kesinambungan daripada perjuangan Jemaah Islah Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1990 (secara mudahnya). Fikrah IKRAM juga merupakan perjuangan Islam.
3) ISMA tertubuh pada tahun 2005 dan ia merupakan kesinambungan daripada perjuangan Ikatan Siswazah Muslim Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1997. Fikrah ISMA juga merupakan perjuangan Islam.

Daripada ketiga-tiga ini, dapatlah kita ketahui bahawa perjuangan IKRAM dan ISMA lahir setelah wujudnya PAS. Saya masih belum menjumpai sebab-sebab yang pada saya boleh dijadikan hujah syarie untuk membolehkan terbentuknya IKRAM dan ISMA.

Adakah Paling Tua Bermaksud Perlu Diikuti?
Ada yang berhujah bahawa "yang tua tidak bermakna ia perlu diikuti" dalam membalas hujah saya.

Saya menerima hujah tersebut dan menyatakan bahawa sememangnya yang paling tua tidak bermakna ia perlu diikuti. Saya sendiri memilih PAS berbanding UMNO walaupun PAS lahir kemudian daripada UMNO.

Pada saya, dasar jemaah mempunyai faktor yang sangat besar dalam pemilihan jemaah yang diikuti.

Perbandingan PAS, IKRAM dan ISMA
Seperti yang saya sudah sebutkan di atas, perjuangan PAS, IKRAM dan ISMA kesemuanya adalah perjuangan Islam. Persoalan yang timbul adalah kenapa perlu berpecah? Antara alasan yang paling menarik adalah "fikrah PAS adalah berbeza dengan fikrah kami."

Berikut adalah beberapa perbezaan yang disampaikan kepada saya.
Hujah 1: IKRAM mengutamakan pembentukan tarbiah sedangkan PAS tidak mengutamakan tarbiah.
Jawapan 1: Sebenarnya tidak begitu. PAS mengutamakan tarbiah sama seperti jemaah-jemaah lain. Pembentukan individu yang kuat imannya merupakan asas dalam perjuangan PAS sendiri. Malahan, PAS tidak menolak ahlinya bergelumang dengan ilmu agama.

Hujah 2: ISMA mengatakan bahawa perjuangan mengembalikan orang Melayu kepada Islam merupakan asas kepada kemenangan Islam di Malaysia kerana Melayu adalah majoriti di Malaysia. ISMA memperjuangkan perkara ini, berbeza dengan PAS.
Jawapan 2: Itu merupakan satu kekeliruan. ISMA memperjuangkan apa yang sudah 50 tahun diperjuangkan PAS. Selama ini, PAS mengadakan tazkirah kepada orang Melayu juga, bukannya orang Cina. Secara asasnya, perjuangan PAS adalah perjuangan mengembalikan orang Melayu kepada Islam. Jadi, perjuangan ISMA hanya redundant kepada perjuangan PAS. Tiada perbezaan sama sekali.

Hujah 3: ISMA mengatakan bahawa PAS sudah tersasar kerana bersama dengan DAP, kerana itu ISMA perlu wujud.
Jawapan 3: Hujah ini tidak benar kerana ISMA tertubuh sewaktu PAS belum bersama DAP. Ikatan Siswazah Muslim Malaysia tertubuh pada tahun 1997, pada waktu itu PAS belum bersama DAP. Kemudian, Ikatan Siswazah menukar nama kepada ISMA pada tahun 2005. Pada ketika itu juga, PAS tidak bersama DAP. Jadi, hujah ini tidak sahih.

Kesimpulan yang saya boleh buat, perjuangan IKRAM dan ISMA sudahpun diusahakan di dalam PAS, maka logiknya, tidak perlu lagi usaha yang bertindan. Kenapakah perlu wujud IKRAM dan ISMA?

Kesimpulan
Saya ingin menutup warkah saya ini dengan mengingatkan bahawa, ittaqullah. Saya menyeru kesepaduan Islam kepada sahabat-sahabat IKRAM dan ISMA saya, marilah kita bersatu dalam satu jemaah, saling mengukuhkan.

Saya menyokong Islam. Anda pun sama. Kenapa kita tidak bersama?:)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Yang ikhlas,
Himayah Al-Kalantani
08/04/2013.

102 ulasan:

  1. "Jemaah2 Islam bekerja sama dlm perkara yg disepakati... dan bermohon maaf dlm perkara yg diperselisihkan"

    Apa kata rujuk pula pandangan Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam isu khilaf dan taadud Jemaah...

    http://www.qaradawi.net/library/65.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhi. Jazakallah atas cadangan bukunya.:)

      Ana menerima kewujudan pendapat ulama yang berbeza dalam isu ini. Namun, kewujudan pendapat ulama ini tidak melarang ana memilih salah satu pendapat yang ana kira lebih gagah.:)

      Lagipun, keharusan yang diberikan ulama TIDAK BERMAKNA kita WAJIB untuk membentuk jemaah baru. Kita dibolehkan sembahyang duduk dalam solat sunat, namun tidaklah WAJIB kita solat duduk. Malah, solat berdiri lebih banyak pahalanya. Begitu juga dengan jemaah Islam. Jika dibenarkan berbilangnya jemaah sekalipun, berada dalam jemaah yang SATU itu lebih baik. Jadi, kenapa perlu dibuat yang baru?:)

      Itu yang ana ingin bawa dalam artikel di atas. Ana menerima perbezaan pendapat ulama dalam perkara ini. Namun, ana memegang pendapat Dr Fathi Yakan yang pada ana lebih kena pada realiti.

      Ya, ana menyeru bubarnya IKRAM dan ISMA. Bukan kerana kewujudan mereka hukumnya HARAM, tetapi kerana bersatu itu lebih baik.:)

      Wallahu taala a'lam. Semoga Allah swt memberikan ana sinar kebenaran dalam menilai pendapat yang rajih untuk dipegang.

      Padam
    2. saya menyokong idea utk membubarkan ISMA atas sebab2 tertentu..tp sy menolak idea membubarkan IKRAM sebab IKRAM bekerjasama dgn PAS dlm byk aspek..IKRAM tidak melemahkan Pas malah lg memperkukuhkan PAS. tmbhan pula tidak mudah utk membubarkan IKRAM sebab IKRAM bergabung dengan Jemaah internasional yg ditubuhkan lg awal drpd PAS.

      Padam
    3. Secara dakwi dan tanzimi (dakwah & organisasi), IKRAM lebih awal berbanding PAS, kerana IKRAM ditubuhkan pada 2009, tapi dakwah mereka telah lama bertapak di Malaysia bahkan di dunia antarabangsa. Mengikut kiraan wujudnya, IKRAM sudah tentu lebih awal. Dakwah dan organisasi IKRAM ada sejak 1928 (secara rasminya) dan di Malaysia sejak 70'an lagi.

      Nak tahu sejarah IKRAM, boleh jumpa Ust Mahdi Akef, atau nak mudah, Ust Mahmud Izzat / Ust Jum'ah Amin (Naib Mursyidul 'Am IM)

      Padam
    4. Assalamualaikum Akhi Tanpa Nama 28 Mei 2013.

      Ana berpendapat, akhi telah melakukan kesilapan. Kemungkinan besar, ini merupakan kesilapan fakta yang berpunca daripada khabar-khabar angin yang selalu disebarkan oleh seorang naqib kepada mad'u. Kemudian, mad'u ini menjadi naqib, kemudian menyebarkannya pula kepada mad'u baru.

      Ya akhi, ana pernah mendengar dengan telinga ana sendiri yang mana ketika itu, ana berada di hadapan Ustaz Syed Kadir Al-Joofree, dan beliau bercerita, beliau bertemu dengan Mursyidul Am Ikhwan. Beliau kemudiannya bertanya, siapakah sayap Ikhwan di Malaysia, dan Mursyid Ikhwan mengatakan tiada sayap Ikhwan di Malaysia. Mana mungkin Ustaz Syed Kadir menipu dan mana mungkin Mursyidul Am Ikhwan menipu.

      Yang tertubuh pada 1928 merupakan Ikhwanul Muslimin, bukannya JIM, mahukan IKRAM.

      Ana akan ceritakan kisah penubuhan JIM dan IKRAM pada komen Akhi 'Tanpa Nama 25 Julai 2013'.

      Padam
    5. Aslkm.. Minta maaf saudara Himayah tp anda sendiri mendengar khabar yg disampaikn oleh orang kpd anda ttg IKRAM, JIM, IRC.. Apa yg anda tahu? Siapa sumber anda? Tahukah anda ahli2 IKRAM bjumpa sendiri dgn pimpinan Ikhwan Muslimin dari Mesir, Indonesia dan rantau negeri lain dan mendengar secara terus bahawa hanya IKRAM yg mjadi cabang IM yg diiktiraf.. Program2 internal IKRAM bnyk melibatkn IM.. Saya sendiri bjumpa dan mendengar sendiri kata2 mereka.. Tp bukanlah mjadi ahli IM itu yg penting, kerana itu tak menjamin kita masuk syurga.. Telitilah sumber anda saudara dan sedarilah bnyk sumber di kalangan ahli PAS adalah berunsur prasangka dan berkepentingan politik.. Bahkan Pas sgt lemah dlm mdidik akhlak n tarbiah ahli.. Jebon, barua, munafik.. Itu belum kira amanat Haji Hadi yg mengkafirkan org2 Islam 1982 sehingga solat jemaah berpecah dua di kampung yg sama, solat jenazah, kenduri berbeza politik tidak dihadiri.. Maaf ana cakap as firsthand witness bukan "ana mendengar sendiri dari orang sekian2".. Selidikilah sumber anda and expand your knowledge

      Padam
  2. Isma masuk politik selepas PAS bersama DAP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhi.:)

      Ana sedang membincangkan berkenaan ISMA menambahkan bilangan jemaah Islam yang sudah sedia ada.:)

      Ana bukan membincangkan isu ISMA masuk politik.:)

      Padam
    2. Hujah 3: ISMA mengatakan bahawa PAS sudah tersasar kerana bersama dengan DAP, kerana itu ISMA perlu wujud.
      Jawapan 3: Hujah ini tidak benar kerana ISMA tertubuh sewaktu PAS belum bersama DAP. Ikatan Siswazah Muslim Malaysia tertubuh pada tahun 1997, pada waktu itu PAS belum bersama DAP. Kemudian, Ikatan Siswazah menukar nama kepada ISMA pada tahun 2005. Pada ketika itu juga, PAS tidak bersama DAP. Jadi, hujah ini tidak sahih.

      baca balik apa yg enta dah tulis tu.. dan fikir balik apa saudara tanpa nama 8 April tu cakap.

      Padam
    3. Hujah 3: ISMA mengatakan bahawa PAS sudah tersasar kerana bersama dengan DAP, kerana itu ISMA perlu wujud.
      Jawapan 3: Hujah ini tidak benar kerana ISMA tertubuh sewaktu PAS belum bersama DAP. Ikatan Siswazah Muslim Malaysia tertubuh pada tahun 1997, pada waktu itu PAS belum bersama DAP. Kemudian, Ikatan Siswazah menukar nama kepada ISMA pada tahun 2005. Pada ketika itu juga, PAS tidak bersama DAP. Jadi, hujah ini tidak sahih.

      baca balik apa yg enta dah tulis tu.. dan fikir balik apa saudara tanpa nama 8 April tu cakap.

      Padam
  3. Saudara,

    1-Dalam banyak-banyak fatwa yang mengharamkan, mereka semuanya merujuk kepada Jamaah yang dimaksudkan dalam hadith, bukan jamaatun min jamaatil muslimin. Jamaah dalam hadith merujuk kepada Kelompok Kaum muslimin keseluruhannya.

    2-Hanya Ihzaru Al-Aids Haraki sahajakah buku panduan untuk menguatkan fatwa "taadud" saudara? Bagaimana dengan buku2 DYQ, Mustafa Masyhur dll?

    3-Bagaimana dengan fatwa-fatwa serta semua buku karangan tokoh2 IM yang mengharuskan berbilang jamaah (taadud tidak dikira perpecahan, yang dkira perpecahan adalah perpecahaan dari sudut akhlak, iman, akidah dll). Baca tafsir.

    4-Saya telah melihat semua pandangan yang mengharamkan taadud, semuanya lemah, termasuklah Ust Fathi Yakan, dan ia telah dijawab oleh DYQ sendiri dalam kitabnya tentang tiada istilah Taqaddum Zamani (siapa tubuh dulu, dia patut menaungi semua) dalam pembentukan jamaah2.

    5-Kita bercakap soal jamaah, bagaimana pula dengan orang yang tidak ikut jamaah? Bagaimanakah hukumnya? Berpecah, Sesat, atau mati dalam jahiliyyah?

    *nasihat saya, belajar lebih mendalam ilmu syariah dll dulu, dan jangan terikut-ikut rentak orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum ya Akhi al-Karim.

      Berkenaan dengan perkara di atas, ana ada menganalisa sedikit tulisan berkaitan Dr Yusuf Al-Qardawi juga seperti link di bawah.
      http://sebarislam.blogspot.ie/2013/04/taadud-jemaah-pendapat-ulama-analisa.html

      Ana tidak sebutkan juga pendapat Dr Sa'id Hawwa yang menjelaskan dalam kitabnya Fi Afaq At-Ta'lim yang menjelaskan tiada sebab untuk orang Islam memilih jemaah selain daripada Ikhwanul Muslimin. Beliau juga memfatwakan WAJIB untuk umat Islam beriltizam dengan Ikhwanul Muslimin kerana hanya dengan Ikhwan sahaja, matlamat Islam akan terhasil, disebut dalam Ihya' Al-Rabbaniah.

      Seterusnya, berkenaan isu "berpecah, sesat, atau mati dalam jahiliah?"
      Jawapan: Jawapan yang panjang, justeru, ana harap akhi refer kepada tulisan Dr Salah As-Sawi berkenaan dengan jamaatul muslimin, tulisan yang sangat membuka minda.:)

      Padam
  4. Saudara perasan tak.

    Pada tahun 1926 - Jamaah Ansar As-Sunnah sudah wujud, masyhur, di anggotai ratusan bahkan hampir juta rakyat Mesir, juga di negara-negara lain.

    Ikhwanul Muslimin baru tubuh pada 1928. Jika ikut fatwa saudara, maka, Ikhwanul Muslimin adalah jamaah yang memecah belahkan sebab wujud selepas adanya Jamaah Induk yang besar, iaitu Ansar As-Sunnah. (Rujuk At-Tariq Ila Jamaatil Muslimin). Tidak boleh IM wujud selepas adanya Jamaah yang baik, serta betul manhajnya, kan?

    Ada juga yang berkata, Ansar As-Sunnah tidak syumul, IM syumul. Siapa kita nak kata ini syumul ini tidak? Yang syumul hanyalah Islam, jamaah2 yang ada tetap tidak terlepas daripada kesalahan dan kesilapan juga memiliki kekurangan daripada beberapa sudut, dan ini bermakna ianya tetap tidak syumul.

    Jadi, Ikhwanul Muslimin pemecah belah kah selepas wujudnya Ansar As-Sunnah?

    Saudara kena kaji lebih sejarah jamaah2 Islam. Jangan hanya menulis, tanpa melihat kepada fakta2 yang ada. Kena rajin belek kitab para ulama'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum ya Akhi.

      Ana jawab di sini.:)

      http://sebarislam.blogspot.com/2013/08/menjawab-akhi-tanpa-nama-berkenaan.html

      Padam
  5. setuju dengan tanpa nama.

    BalasPadam
  6. Akhi fillah, jazakallah atas lontaran ideanya
    sungguh, setiap orang boleh mengemukakan pendapatnya dan sebab dia menyertai sebuah jemaah, gerakan, pertubuhan kelab dan sebagainya

    masing2 ada alasan sendiri, begitu juga ana
    ana percaya akhi, kewujudan IKRAM yang banyak menolong PAS walau disebut mempunyai agenda tersendiri(kita nilai berdasarkan yang zahir)

    walau IKRAM ditubuhkan officially pada tahun 2009, namun dakwah mereka sudah bermula sejak tahun 80 lagi di malaysia dan 70 'an lagi di UK

    penubuhan JIM hanyalh untuk menzahirkan amal mereka, dan sungguh, JIM ialah wajihah atau frontier Jemaah dan dinaungi jemaah atau satu organisasi induk yang tidak dizahirkan

    namun, kelahirkan IKRAM ialah re-branding jemaah tersebut dan menzahirkan jemaah yang menaungi JIM dan berbagai lagi institusi mereka, di mata umum masyarakat

    dan sungguh, ISMA juga sebenarnya duduk di bawah jemaah bersama JIM pada asalnya dan ditubuhkan oleh ahli-ahli jemaah tersebut namun memisahkan dirinya setelah penubuhan IKRAM

    dakwah mereka akhi, hakikatnya ialah seperti apa yang diserukan oleh Ikhwan Muslimeen
    bukan pada sebutan "ikhwah dan akahawat" mereka walau itulah sebutan yang biasanya disebut oleh ahli2 gerakan Ikhwan

    tapi pada manhaj dan tarbiah

    ana berani jamin kalau anta duduk bawah halaqah IKRAM,itu jugalah yang akan dibuat oleh Ikhwan diseluruh dunia, malah PKS di Indonesia

    dan sungguh akhi, Ikhwan juga perlu belajar dari PAS dalam bab2 politik seperti mana PAS perlu belajar dari Ikhwan dalam bab tarbiah yang tersusun

    kalau kita anggota ikhwan, kita dah boleh hurai apa itu iman yang mendalam, hubungan dengan Allah, proses hati, muasofat tarbiah, mehwar dakwah, mustawa keanggotaan dan bukan sekadar politik

    begitulah pembinaan syakhsiah begitu dititik beratkan dalam ikhwan

    moga ALlah redha, salam ukhuwah

    note : ana bukan ahli IKRAM, tapi ahli jemaah yang dekat dengan IKRAM walau lain modus operandinya (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Ya Akhi.:)

      Ana sangat berharap enta mengetahui sejarah IRC, JIM dan IKRAM (entiti yang sama) secara detail, sebagaimana ana mengetahuinya.

      Ana ingin bercerita, namun, ana berasa tiada kebaikan jika ana ceritakan perkara ini. Semoga Allah swt berikan yang terbaik untuk Islam dan menghapuskan yang merencatkannya.

      Sebelum ana pergi, ana ada satu khabar daripada seorang sahabat yang soleh, yang pernah bertanya kepada Presiden JIM yang pertama dengan soalan:
      "Kami patut menyertai IKRAM ataupun PAS?"
      dan jawab beliau,
      "Enta masuk PAS lah".

      Semoga Allah swt bantu kita menjadi umat yang satu, umat yang tidak menolak pinangan hanya kerana berbeza jemaah.:)

      Padam
    2. salam. saya dikenalkan dgn usrah semasa sekolah menengah & seterusnya di universiti oleh naqib2 JIM/IKRAM/ISMA. saya pernah melalui zaman konflik hebat pelajar proPAS, proJIM, proABIM semasa di universiti dulu.

      Setelah berpindah randah atas faktor kerja (& atas desakan keluarga yg kuat PAS), saya menjadi ahli PAS sejak 2000 (sekarang mengikuti usrah PAS) & tiada hubungan haraki dgn IKRAM/ISMA lagi wpun hubungan dgn kwn2 lama masih agak baik.

      Saya rasa (spt beberapa ramai lagi) tergolong dlm kelompok ahli PAS tetapi pernah bersama jemaah 'lain' satu masa dulu. Manusia atas sifat variasinya akan terus berada dalam kelompok2 yg mereka senangi walaubgmana kuat pun kita cuba menyatukannya.Saya merasa sangat tidak selesa apabila isu konflik sebegini terus dijadikan topik bualan/kajian utama sehingga menjejaskan tugas organisasi & matlamat akhir gerakan2 Islam itu sendiri. Masing2 ada perasaan prasangka terhadap yg lain. Sepatutnya pergerakan yg seharusnya saling selari ke arah matlamat yg sama itu, kdgkala menjadi saling 'bertembung' lalu menggangu pergerakan jemaah yg lain. Ini tidak sihat bg maslahah seluruh gerakan Islam di sini. Zaman idealisma pelajar harus ditinggalkan oleh mereka yg lebih berusia dgn menerima realiti sebenar utk Islam terus maju ke hadapan.

      Utk itu, menyedari idealisma penyatuan jemaah sangat sukar menjadi realiti, saya mencadangkan (dgn kematangan & sikap lapang dada menyedari bahawa mengangkat matlamat Islam lebih prioriti dari mengangkat jemaah msg2) kepimpinan semua gerakan Islam di M'sia mewujudkan suatu bentuk "majlis permuafakatan" yg akan menemukan semua pemimpin utama semua gerakan Islam di Malaysia secara berkala bg membincangkan hal2 yg kita boleh bekerjasama sambil cuba melerai perkara2 yg boleh menimbulkan prasangka msg2.

      Allah yang lebih mengetahui segalanya.

      Ahmad, Seremban.

      Padam
    3. Waalaikumussalam, akhi Ahmad.:)

      Salam perkenalan, dan ana ucapkan jazakallahu khairan kathiran atas usaha akhi menyampaikan apa yang terbuku di dalam hati.

      Akhi, ada dua perkara yang ana fokuskan dalam penulisan di atas.
      Pertama, mengajak kepada kesatuan.
      Kedua, mengelak daripada further perpecahan.

      Pegangan hati ana dan cara berhadapan realiti adalah dua perkara yang berbeza, akhi. Tidaklah ana membenci tubuh badan ahli IKRAM/ISMA hanya kerana mereka menyertai jemaah tersebut. Adalah menjadi hajat ana supaya kita berada di dalam jemaah yang sama dan berjuang ke arah membentuk negara Islam yang sempurna.

      Oleh kerana ana sayangkan perpaduan, ana sebutkan isu asas ini. Jika ana tidak sebutkan perkara ini, maka, apa yang berlaku, ramai yang menganggap bahawa menubuhkan jemaah baru adalah dibenarkan, maka bercambah-cambahlah jemaah di Malaysia.

      Bagi ahli jemaah IKRAM dan ISMA, mereka pasti menolak pendirian ana. Jika mereka bersetuju, mereka pasti terpaksa keluar daripada jemaah mereka sendiri dan membubarkan jemaah sendiri. PAS tidak sayangkan nama PAS dan sanggup membubarkan PAS jika UMNO kembali berkiblatkan Islam. Semuanya demi kesepaduan Islam. Bagaimana dengan IKRAM dan ISMA? Mereka sanggup membubarkan jemaah demi Islam? Kadang-kadang, kekecewaan itu cukup mendalam dalam jiwa ana, kerana IKRAM dan ISMA lebih sayangkan kelangsungan jemaah mereka berbanding mengelakkan perbalahan umat.

      Akhi, apabila akhi menyebut "idealisme penyatuan jemaah sangat sukar menjadi realiti", ianya sudah ana ambil kira dalam penulisan di atas. Namun, pada pandangan ana, antara saranan akhi dan saranan ana, kedua-duanya sama sahaja. Kedua-duanya SANGAT SUKAR untuk menjadi realiti.

      Perbezaan saranan kita adalah ibarat merawat satu-satu penyakit. Saranan ana adalah untuk merawat penyebab sakit itu, sebaliknya saranan akhi pula adalah untuk merawat symptoms yang lahir daripada penyakit tersebut. Ya akhi, jikapun kita mampu menghilangkan itu dengan saranan akhi, symptoms yang lain pasti akan lahir pula untuk memeningkan kepala kita.

      Tidaklah ana maksudkan, saranan akhi tidak tepat. Ianya tepat dan perlu dilaksanakan. Namun, tidak boleh sama sekali kita bersikap berdiam diri terhadap taadud jemaah yang banyak menyusahkan ini. Saranan akhi perlu dikukuhkan atas objektif mahu menyelesaikan saranan ana.

      Akhi, semoga nanti satu masa, kita jumpa.

      Wallahu taala a'lam.

      Himayah Al-Kalantani, Machang.

      Padam
    4. its like ur asking people to build a hospital/a type of school/a supermarket when u have thousand billion of people around. deciding on a school when million struggling to knew a letter. deciding on a hospital when thousand are left dead.
      to be variety is to be human. we complete each others. we help each others. and we shout so that one of us wont fall deep.

      Padam
  7. I, personally, did not plan to join any jemaah in my college. I just happened to be chosen by Allah to be in Jemaah X. After I am too deeply involved only did I know there're various jemaahs and I've been under Jemaah X throughout the time.

    I learnt about various marhalahs, but my naqibah told me I haven't reached the jemaah marhalah. I'm contemplating now because insyaAllah I'll be going overseas next year and choosing the right marhalah is almost inevitable :S

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nevertheless, jemaah should not be the main issue here, though. Regardless of IKRAM, ISMA or whatever, we have bigger ummah issues. Focus more energy on those rather than smaller ones like jemaahs :)

      Padam
    2. Assalamualaikum Puan.

      I have never heard about jemaah marhalah so, I have no idea which jemaah is jemaah X from your writing. Therefore, I don't think, I can give you more hint on how to tackle the issue.

      I had debated the regional (student) leaders of the above-mentioned jemaah, in which we had discussed many issues, including the issue of maratib amal in which he said, moving up from Individu Muslim to Keluarga Muslim, requiring the members to fulfill 88% of criteria listed by Ikhwanul Muslimin. I was at that moment, astonished!

      But, yes, this article is just my reflection. I hope you can find your own resolution. Although this is a very late wish, I hope everything went well in overseas. Goodluck and never give up.

      Padam
    3. assalamualaikum, apa pendapat tentang perkim?

      Padam
  8. setuju dengan fatihah ahmad. Isu jemaah bukan isu utama, tapi isu ummah lah yang paling utama. Tak kesah lah join yang mana mana sekalipun, sebab semua jemaah islam misi mereka sama, nak kembalikan islam. cuma, manhaj mereka sahaja berbeza. Ana pernah tanya orang yang lebih arif tentang isu jemaah, boleh ke berbilang jemaah kat dunia ni? Dia jawab, selagi khalifah tu takde, akan banyak jemaah muncul. tapi, semua berusaha keras nak kembalikan islam tu di muka bumi. In shaa Allah, bila khalifah muncul, pasti bersatu. itu semua kerja Allah. yang penting sekarang, kita buat kerja kita, dan tanya pada diri, kita ni dah benar2 menggabungkan diri dalam jemaah ke, dan buat kerja nak kembalikan islam tu? ke kita duk tgk saje? join je mana2 jemaah, selagi misi dia nak kembalikan islam, tak salah pun. matlamat kita sama, cuma manhaj kita sahaja yang membezakan. usah pertikai jemaah2. semua nya, in shaa Allah bekerja lillahi ta'ala. and, jgn taksub sangat dgn jemaah. :) jemaah hanya wasilah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan atas balasan dan pendapat Tuan yang berhikmah dan berhemah. Semoga Allah swt berikan yang terbaik untuk Tuan.

      Mungkin pada Tuan, isu jemaah bukan isu utama. Tapi, pada saya, isu jemaah adalah isu utama yang merupakan punca dan masalah kepada isu ummah yang muncul kini.

      Apa-apa pun, Tuan, saya menyatakan "agree to disagree" dengan Tuan, dan mendoakan yang terbaik untuk Tuan. Doakan yang terbaik juga untuk saya, maaf kerana lambat reply.

      Padam
    2. saya setuju dengan himayah al kalantani, isu jemaah sebagai isu utama, kerana kesatuan adalah akar untuk menbentuk ISLAM yang bersatu. semoga Islam akan bersatu.

      Padam
  9. jzklh atas perkongsian bagi ana sangat menarik.
    setiap orang punya pendapat berbeza,
    cara pemikiran yang pelbagai,
    dan biarlah at last kepelbagaian kita disatukan dengan satu matlamat ; Allah.
    kita mengajak kearah Islam, kepada Allah.
    bukan kepada jemaah.
    tidak kisahlah jemaah mana, ISMA, IKRAM, PAS, andai semua berbalik pada tarbiyah sebagai seorang muslim, meletakkan Allah sebagai matlamat, InsyaAllah itulah terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan/Puan atas komen di atas yang berhikmah dan berhemah. Maaf kerana baru sekarang membalas tulisan ini.

      Saya mempunyai pendapat berbeza dengan Tuan/Puan atas isu ini, kerana saya melihat perjuangan kita ini dari sudut siyasah syar'iyyah juga. Dari sinilah saya membuat keputusan seperti di atas. Cuma, apa yang saya katakan di atas, tidak akan saya paksakan ke atas sahabat-sahabat sekalian.

      Meletakkan Allah swt sebagai matlamat adalah suatu yang pasti. Tiada guna untuk tidak meletakkan Allah sebagai matlamat.

      Dalam masa setahun lebih yang sudah berlalu ini, saya doakan Tuan/Puan terus istiqamah di jalan Allah swt dengan matlamat dan tujuan yang Tuan/Puan tetapkan. Semoga berjaya dunia akhirat, maaf salah silap.

      Padam
  10. Salam... rasanya isu ta'addud Jamaah x timbul. Mgkn penulis pun x mengkaji Waqi' di Malaysia. Kalau penulis perasan, dlm diam penulis yg cuba memecah belahkan umat ISLAM.

    PAS berdiri atas platform politik tetapi IKRAM berdiri atas platform NGO. Tlg faham Masholihul Mursalah. IKRAM cuba membuka ruang kpd umat ISLAM yg sygkn perjuangan tetapi x nk dilabelkan pembangkang. Sila fahami waqi' dan jgn melihat dari satu sudut sahaja.

    Wallahu A'lam. Ana pun Ahli PAS seumur hidup. tp bkn ta'assub dgn PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Tuan. Maafkan saya kerana telah terlambat menjawab balasan Tuan ini. Sebelum saya ulas lebih panjang, saya masih kekal bersama PAS. Namun, tulisan saya di atas bukan bermaksud saya mentaasubi PAS.

      Saya memohon maaf untuk berbeza pendapat dengan Tuan. Saya pernah sejurus kewujudan IKRAM, saya bercakap dengan seorang penggerak (regional leader) IKRAM dan katanya, NGO adalah satu fasa, dan mereka akan berusaha membentuk sebuah parti politik apabila tiba masanya. Tidaklah saya tahu, GHB merupakan sebahagian daripada perancangan mereka dan saya sama sekali tidak mengaitkannya, tetapi, penggerak GHB ramainya adalah ahli IKRAM. PAS sendiri ada NGO mereka tersendiri sebenarnya, wujud pertindanan juga sebenarnya.

      Akhir kalam, saya faham concern Tuan apabila Tuan mengatakan bahawa saya memecah-belahkan umat Islam. Saya cukup faham. Tetapi, saya tidak boleh untuk tidak mengambil side. Saya wajib mengambil side dan mengatakan pendirian saya, kerana ini bukan soal kecil pada mata saya.

      Saya tidak pernah paksakan pendapat saya ke atas Tuan, kerana ijtihad saya hanyalah terpakai untuk diri saya sahaja.

      Justeru, saya meminta maaf untuk 'agree to disagree'. Apapun, saya doakan Tuan mendapat rahmat Allah, dan terus #beristiqamahsehinggakemenangan.

      Padam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Puan.

      Saya memohon maaf jika tulisan ini mengguris hati Puan sehingga Puan terpaksa memadamkan komen Puan di atas.

      Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk Puan dan semoga Allah swt selalu menggembirakan Puan di dunia dan akhirat.

      Padam
  12. assalamualaikum, maaf mnganggu saudara, saya bukan menentang ap yg di bincangkn oleh saudara, tp kita perlu lihat dari sudut lain jugak.. secara jelas nya, manusia Allah menciptakn dgn berbeza-beza pendapat, brbeza cita rasa, berbeza kemahuan,oleh itu.. saya rasa tidak salah klau jemaah yg ditubuhkn ini seperti isma dan ikram krana mereka membantu kaum muda untk mndekatkn diri kpada Allah dan mngkin mereka yg cuba untk mnceburi prsatuan ini bertujuan untk mncari tmpat brtanya dgn lebih mudah, klau kita bnding kn dgn pas.. mereka adalah persatuan politik...yg asas nya, isma dan ikram dll, mereka cuma perjuangan dakwah islam... sdangkn ulamak trkenal jugak prnah brkata dia adalah abu al-a'la al - maududiy.. dia brkata bahawa "tidak mngapa jika kamu tidak mahumnyertai jemaah kami tp prlu mnyertai jemaah yg kamu rasa selesa"(ayat mrujuk kepada maksud yg ingin disampaikn bukan kata2 nya), sahabat nabi iaitu umar bin al-khattab pernah brbicara"tiada islam tanpa jamaah", kadang2 manusia ini ada pelbagai cara penyampaian dakwah dan keselesaan jadi tidak salah jika kita memperjuangkn yg satu, punca yg berlaku di mesir bukan nya isu jemaah itu tetapi individu itu sendiri atau lebih kpada pemimpin mereka, mungkin di mesir ad bnyak jemaah.. bukan di sebabkn jemaah batas perjuangan itu trbatas tp kita prlu lihat pda individu itu sndiri, jika pemimpin itu sndiri tidak brani untk membantu saudara nya .. itu silapnya, sebagai contoh.. jika kamu mnyokong pas ..tidak salah, tp kamu kne ingat... adakah bila jemaah lain yg berada didalam negara kamu sendiri kamu , adakah kamu akan membantu mereka jika nyawa mereka berada dihujung tanduk? itu persoalan nya... bukan jemaah itu persoalan nya,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, Tuan yang mulia. Maaf kerana baru hari ini menyedari komen Tuan ini.

      Saya tidak terasa hati jika Tuan mahu menentang apa yang dituliskan di atas. Semoga Allah swt memberikan Tuan yang terbaik atas niat baik mahu menegur saya.

      Pertama, Tuan, PAS bukan persatuan politik. PAS menurut kata Ustaz Nik Abduh merupakan sebuah JEMAAH ISLAM DAN PARTI POLITIK. "Tidak boleh kita terlampau jemaah sangat dan tidak boleh kita parti sangat" yang mana maksud beliau adalah tidaklah boleh PAS berperangai seperti sebuah parti politik semata-mata. Kerana itu PAS ada usrah, liqa mingguan dan bulanan, serta macam-macam program tarbiah lagi.

      Tuan, saya tidak merasakan bahawa 'keselesaan' merupakan suatu aspek penting dalam pemilihan jemaah. Keselesaan mungkin boleh digunakan sebagai suatu aspek penting dalam pemilihan CARA KERJA, tapi sama sekali bukan pemilihan jemaah.

      Tuan, apabila Tuan tanyakan soalan terakhir di atas, itulah merupakan antara sebab saya menyeru supaya IKRAM dan ISMA dihapuskan. Wujudnya banyaknya jemaah ini menyebabkan ahli ISMA tidak lagi berasa sedih apabila mereka menyakiti ahli IKRAM. Ahli IKRAM tidak juga merasa bersalah apabila mensabotaj program PAS. Berbilang jemaah ini membuatkan keadaan menjadi begitu. Hilang rasa persaudaraan Islam, sehinggakan IKHWAH (saudara lelaki) itu hanya panggilan kepada lelaki sejemaah. Itulah yang saya kecewa. Tiada cara lain untuk menghapuskan kesilapan ini melainkan dihapuskan IKRAM dan ISMA.

      Apa-apa pun, ini ijtihad saya. Saya tidak memaksakan ke atas orang lain.

      Saya mendoakan yang terbaik untuk enta dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

      Padam
  13. syukran atas perkongsian ini..

    BalasPadam
  14. Ana hidup sebagai seorang Islam; Islamlah yang mengajar ana menjadi mukmin sejati - beriman kepada Allah dan Rasul, menyintai, bersikap lembah lembut dan berlapang dada kepada saudara seagamanya dan menunjukkan kemuliaannya sebagai muslim dikalangan orang-orang kafir.
    Islamlah yang mengajar ana untuk menyuburkannya dalam diri ini, terjemahkan dalam tindakan dikala sendirian dan pergaulan dimana jua ana melangkah pergi - berkelana mencari ilmu dan mencari rezeki limpahan dari Allah yang Maha Pemurah.... Cita-citaku bersama-sama saudara Islamku mengharungi kehidupan ini, berusaha bersungguh-sunguh agar Islam ini tertegak di bumi Malaysia yang ana cintai ini....sungguh jemaah itu cuma satu wasilah, matlamatnya redha Allah.... hingga akhir ajalku

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika jemaah satu wasilah, knpe ade tuntutan berjemaah?blh terangkan

      Padam
    2. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan-tuan yang menulis di atas. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk Tuan atas tulisan ini.

      Benar Tuan, jemaah adalah wasilah. Jika boleh dilaksanakan Islam secara MENYELURUH tanpa wujudnya jemaah, maka, tidak perlu diwujudkan jemaah/parti sama sekali. Begitulah kata-kata Tuan Guru Dr Harun Din.

      Namun, Tuan, telah dianalogikan kepada saya tentang hujahan Tuan ini, seperti berikut:
      Tuan mahu menunaikan haji yang wajib, dan ada pelbagai cara untuk pergi ke sana. Basikal, kapal laut, kereta, berjalan kaki dan kapal terbang. Walaupun kapal terbang dan semua ini adalah wasilah, tetapi, tidak dapat tidak, ia perlu supaya sampai kita ke matlamat yang dituju.

      Kerana itulah, saya katakan, redha Allah swt hanya mampu dicapai jika jemaah ditubuhkan kerana ajaran Islam tidak dapat dijalankan tanpa sebuah parti yang melibatkan diri dalam politik Malaysia. Jadi, atas kaedah ma la yatimmul wujub illa bihi, fa huwa wajib, perlu dan wajib ditubuhkan jemaah yang mampu mencapainya. Apabila tertubuh jemaah tersebut, tidak boleh sesiapa pun menjarakkan diri ataupun mengganggu perjalanannya. Salah satu gangguannya adalah berbilang jemaah.

      Itulah pendapat saya, dan saya sama sekali tidak memaksakan pendapat ini ke atas Tuan.

      Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk Tuan. Semoga Allah mengekalkan istiqamah Tuan di jalan Alla.

      Padam
  15. Terkadang terfikir jua dibenak hatiku, yang mana satu ulama' yang benar - menjadi ikutan. Apakah ijazah itu menjadi ukuran? ......
    Apakah Islam itu sempit - menidakkan hambanya bermasyarakat?
    Apakah dengan meletakkan sesuatu bangsa itu penceroboh?
    Apakah teguran saudaranya dianggap stupid?
    Apakah Islam mengajar hambanya berbahasa kasar?
    Dimanakah akan daku mencari ulama' sejati - ilmunya tinggi, berakhlaq mulia, lunak tutur katanya, pembakar semangat dimedan tempur?
    Pencarian ini pasti ku temui jua... Al Quran dan Sunnah penyuluh pada yang gelap dan kabur.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas persoalan Tuan di atas. Pastinya Tuan adalah seorang Muslim yang mulia kerana mencari seorang murabbi yang benar.

      Semoga Allah swt memberi petunjuk kepada Tuan. Saya berpegang kepada apa yang pernah disampaikan kepada saya oleh seorang ustaz berkenaan kebenaran melakukan ijtihad (mengeluarkan fatwa) di zaman imam-imam mazhab. Imam mazhab kita hanya dibenarkan mengeluarkan pendapat, apabila dia diadili dan dipercayai oleh sekumpulan ulama lainnya pula.

      Pada saya inilah cara yang paling mulia. Apabila ulama yang diyakini keikhlasannya menyatakan bahawa "ikutlah ulama ini", maka, saya akan patuhinya. Tiadalah saya mempunyai kepandaian menilai hati dan budi manusia.

      Namun, ulama yang takutkan Allah swt ini, pastinya tidak akan sama sekali menyokong seseorang yang tidak diyakini bersifat baik dan mulia.

      Justeru, saya menerima saranan Dr Yusuf Al-Qardhawi supaya mengikuti Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Semoga Allah merahmati pilihan saya ini, dan diberikan yang terbaik kepada semua.

      Padam
  16. Hiduplah sebagai seorang islam, berpeganglah kepada Ahl sunnah wal jamaah. jamaah selain itu hanyalah wasilah, boleh jadi betul dan boleh jadi salah, sekejap lemah dan sekejap kuat, terkadang gelong dan terkadang lurus. Alquran dan sunnah lah yg sentiasa betul sampai bila2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar Tuan yang mulia. Jemaah yang banyak disebutkan di dalam hadis, banyak yang merujuk kepada ahl sunnah wal jamaah.

      Dan banyak juga perkataan jemaah dalam hadis yang merujuk kepada sebuah organisasi politik. Oleh kerana waqi' dan keadaan Malaysia sekarang, jemaah yang hukum asalnya hanya sebagai satu cara, ulama menyatakan bersama jemaah buat masa ini adalah wajib, walaupun kebersamaan itu hanyalah pada sokongan undi dan mengajak ahli keluarga, jika keadaan mendesak.

      Namun, memang benar, hanya al-Quran dan as-Sunnah yang betul sampai bila-bila. Semoga Allah betulkan kembali apabila kita tersilap dan tersalah.

      Padam
  17. assalamualaikum. Jemaah Hizbur tahrir macam mana??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Tuan yang mulia. Maaf kerana saya terlambat membalas.

      Hizbut Tahrir, saya bersahabat dengan rakan hizbut tahrir agak lama. Dan, saya menolak Hizbut Tahrir sebagai seorang jemaah yang perlu disokong di Malaysia, atas sebab waqi' Malaysia yang membenarkan demokrasi. Manakala, Hizbut Tahrir menolak demokrasi, justeru, mereka tidak sesuai buat masa ini di Malaysia, walaupun saya sendiri tidak senang dengan sistem demokrasi ini.

      Namun, mereka di Syria, mereka telah berjuang dengan ikhlas, menurut pandangan ulama-ulama Syria. Semoga Allah swt berikan yang terbaik untuk umat Islam di Malaysia.

      Padam
  18. artikel yang tidak membawa kepada amal dan kepada perkara bermanfaat langsung.mengaku pendokong Jemaah islam,tapi sempat tulis benda macam ni lagi.umat tengah tenat,apa kata masing2 focus kerja tarbiyah masyarakat masing-masing,daripada nak suruh orang sana sini bubar..jujur saya kata artikel ini ditulis tanpa sandaran ilmu haraki yang kukuh,kena lalu bahan tarbiyah ikhwan betul2 supaya faham,bukan baru baca maza yakni fathi yakan sahaja dah boleh keluar pendapat macam ni.wallahualam.Penulis jangan terasa.kita sama tegur untuk kebaikan bersama.Kritis tanda kita sayang,berbanding yang hipokrit nak jaga hati sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya stuju, walaupun saya tak sama jemaah dengan anda semua tapi jemaah tu sekadar alat, yang wajib kita ade ambil kisah ke sampai bab-bab ni pulak kita sibuk nak kecoh.. keje la syeikh, masih ramai masyarakat perlukan kita di luar sana

      Padam
    2. Tuan Orang Lama dan Tuan Wan Harfiz. Maaf kerana terlambat membalas komen kalian.

      Jangan risau sama sekali Tuan Orang Lama kerana membetulkan kesilapan saudara seagama adalah suatu tanda keimanan kepada Allah swt, justeru, saya memahami tujuan ikhlas Tuan, dan saya mengucapkan terima kasih kerana menegur, walaupun mungkin teguran tersebut sedikit kasar bunyinya di telinga manusia-manusia lain. Justeru, saya berharap, pembaca lain tidak memfokuskan kepada cara teguran Tuan Orang Lama. Orang lelaki bercakap, memang begini.

      Saya menerima dengan hati terbuka saranan Tuan Wan Harfiz dan Tuan Orang Lama supaya saya memanfaatkan masa saya untuk membantu masyarakat. Demi Allah, saya tidak pernah meninggalkan perjuangan membantu masyarakat, walaupun sesaat.

      Penulisan saya ini merupakan satu pendirian yang saya zahirkan kerana saya kira perkara ini perlu dan besar. Saya dapati, permasalahan pada masa ini, banyak berpunca daripada isu berbilang jemaah, dan tiada cara untuk menghapuskannya, melainkan menyatukan jemaah-jemaah yang berpecah ini.

      Tuan lihatlah permasalahan politik kini, yang mana DAP sudah menzalimi PAS secara jelas. Mereka malah menentang hukum Allah swt secara jelas. IKRAM tidak sama sekali mempertahankan PAS daripada fitnah DAP dan tidak sama sekali membantu PAS menyerang DAP. IKRAM menyokong pula tindakan menubuhkan GHB yang mana penggeraknya adalah ahli IKRAM sendiri, demikianlah kata Presiden IKRAM sendiri.

      Ketiadaan wehdatul fikr ini menghancurkan perjuangan Islam di Malaysia. DAP boleh menyerang PAS, kerana perpecahan kita. DAP fikir, kalaupun PAS tidak menyokong mereka, akan ada penggerak Islam yang bersama mereka yang akan menarik undi Melayu.

      Dan, saya lihat isu ini sebagai perkara yang menghalang perkembangan Islam sejak daripada dulu. Dan sekarang terpancar jelas bahawa DAP tidak lagi takutkan kuasa politik PAS dek kerana perpecahan sesama kita.

      Saya menulis dua tahun lepas kerana saya tahu kesan buruk berbilang jemaah ini, dan perkara yang sedang berlaku pada saat ini, telah menunjukkan bahawa telahan saya tepat.

      Ini bukan artikel saja-saja dan ditulis tanpa pembacaan politik yang mendalam. Saya hanya menyenaraikan satu sebab sahaja, dan kalau saya mahu, saya boleh senaraikan banyak lagi sebab kenapa saya menolak IKRAM dan ISMA. Dan saya boleh syarahkan lagi kesan perpecahan ini, dan saya boleh hujahkan saranan-saranan ulama tentang cara untuk menhapuskan permasalahan yang timbul daripada taadud ini (yang mana saya kira hanya mampu mengawal simptom tapi tidak merawat punca). Justeru, saya nyatakan bahawa, tiada cara yang paling bebas daripada masalah melainkan pembubaran dan pembentukan 1 jemaah sahaja. Saya juga boleh syarahkan, kenapa saranan saya ini tidak mencabuli keadilan dan kebebasan individu. Saya menulis semua ini hanya kerana saya mahu balas dakwaan bahawa tulisan ini tanpa asas haraki yang kukuh.

      Namun Tuan-tuan yang mulia, perbezaan pendapat ini tidak menjadikan saya sebagai musuh kalian. Semoga Allah swt berikan yang terbaik untuk kita semua.

      Padam
  19. Good article.. good forum.. I like. Tpi nak tanya? Bagaimana sebuah NGO membentuk negara Islam? Apakah NGO ini nanti terlibat ngan politik? Kalau iya... bukan kh ianya sama mcm PAS? Kemudian ada banyak Parti2 Islamic dalam negara... kusut otak ada sesiapa yg boleh menjawabnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu risau, NGO yg bergerak ni tau nak buat pilihan dalam berpolitik, mestilah yg mmpunyai matlamat yg sama, sebenarnya ramai je ahli pas yg merupakan ahli ikram jugak, not a problem la.

      Padam
    2. Akhirnya jadilah seperti yang terjadi sekarang. Melahirkan fikrah dalam jamaah PAS yang mengucar-kacirkan jamaah. Sebab? Kerana merasakan fikrahnya lebih hebat dari ulama'. Ingatlah! Hanya ulama' yang takutkan Allah & ulama' adalah pewaris nabi. Ingatlah! Hanya 1 golongan sahaja yang menuju ke syurga.

      Padam
    3. Fuh sejak bila enta jadi Tuhan hanya menentukan ulama' PAS sahaja yang masuk syurga? Ada sahaja ulama' dari JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti Negeri Negeri dan sebagainya.

      Bahaya jugak fikir begini. ISMA pun tak pernah claim yang ISMA hanya satu2 nya kelompok yg akan masuk syurga. Patutlah ramai jugak anak muda yang timbul jadi anarki, liberal dan sebagainya kerana fikir jumud begini

      Padam
    4. Fuh sejak bila enta jadi Tuhan hanya menentukan ulama' PAS sahaja yang masuk syurga? Ada sahaja ulama' dari JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti Negeri Negeri dan sebagainya.

      Bahaya jugak fikir begini. ISMA pun tak pernah claim yang ISMA hanya satu2 nya kelompok yg akan masuk syurga. Patutlah ramai jugak anak muda yang timbul jadi anarki, liberal dan sebagainya kerana fikir jumud begini

      Padam
    5. Terima kasih Tuan Tanpa Nama (10 Ogos 2014) atas pertanyaan dan maaf kerana baru menjawabnya sekarang

      Presiden IKRAM menyatakan bahawa penggerak GHB adalah ahli-ahli mereka dalam kenyataannya beberapa hari lepas. Justeru, persoalan Tuan Tanpa Nama 10 Ogos 2014 adalah soalan yang hebat!

      Saya serahkan kepada ahli IKRAM untuk menjawabnya.

      Bagi saya, saya sudah melihat bahawa kewujudan ini berlaku, dan menurut siyasah syar'iyyah, pastinya kewujudan banyak parti politik Islam itu bertentangan dengan apa yang disarankan Islam. Justeru, saya mengambil pendekatan untuk menyeru pembubaran IKRAM dan ISMA. Semuanya adalah untuk mengelakkan apa yang Tuan Tanpa Nama 10 Ogos 2014 cakapkan itu daripada berlaku.

      Apa-apa pun, semoga Allah swt berikan yang terbaik untuk semua.

      Padam
  20. Assalamualaikum...sekadar perkongsia .

    Perbezaan bukanlah penghalang kepada penyatuan umat Islam. Sedang Imam Syafie mempunyai perbezaan pendapat dengan Imam Malik Bin Anas...guru beliau sendiri tetapi itu bukanlah penghalang kepada beliau untuk terus bersahabat dan berguru dengan Imam Malik. Moga2 kesemua jemaah dapat mengambil iktibar daripada kisah ini...wallahu a'lam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Tuan, terima kasih atas perkongsian Tuan.

      Saya tidak pernah menolak kisah Tuan dengan tulisan saya di atas ini.

      Namun, saya memohon maaf untuk berbeza pendapat dengan Tuan. Saya memandang isu jemaah ini bukan isu perbezaan pendapat ataupun mazhab.

      Perbezaan pendapat, jika masih di bawah satu kepimpinan yang sama, mereka masih boleh bersatu. Sewaktu berlaku perbezaan pendapat antara Imam Malik dan Imam Syafie, mereka masih berada di bawah khalifah yang sama.

      Justeru, perbezaan ini adalah lebih kepada perbezaan politik, Tuan. Apabila melibatkan perbezaan politik, cara menanganinya adalah sedikit berbeza. Kerana itulah, wujud hadis sahih yang menyatakan bahawa jika dua khalifah ditabalkan, perlu dibunuh yang kedua.

      Ini menunjukkan cara mengatasi perbezaan politik adalah berbeza dengan cara mengatasi masalah perbezaan mazhab. Saya tidak mengatakan bahawa saya menyeru dibunuh orang IKRAM dan ISMA. Itu adalah suatu seruan yang BURUK dan JIJIK. Saya hanya menyatakan seperti yang ditulis di atas.

      Namun, pastinya Tuan lebih mengetahui tentang ilmu agama berbanding saya. Semoga Allah swt berikan ilmu kepada saya supaya saya tidak tersasar. Semoga Allah rahmati Tuan.

      Padam
  21. Salam... pada pandagan ana, kelemahan PAS adalah dalam menguruskan ahli2 jemaahnya yang ramai. betapa ramai anak muda PAS yang tercicir daripada tarbiyah. terkontang kanting tanpa penyelenggaraan sistem tarbiah insan yang baik. Sekadar ceramah umum shaja tidak cukup membina rijal2 dakwah. Sistem tarbiyah membentuk individu dalam PAS tidak kukuh, sehingga anak muda yang dahagakan ilmu, tidak dapat saluran yang baik, hinggalah mereka terbocor dari jemaah PAS tercari2, terkapai2 dr jemaahnya sendiri dan akhirnya berjumpa jemaah yang mampu menghalakan mereka untuk menjadi insan bertarbiah yang sistematik. Ana adalah salah seorang daripadanya, Lemahnya pengurusan tarbiyah PAS sampaikan anak2 muda hanya memikirkan tarbiyah politik sahaja instead of memikirkan keseluruhan lingkungan tarbiyah jasmani dan rohani. Itulah fungsi jemaah2 yang lain, menampung kelemahan jemaah yang lain. Dan mission utama tetap untuk menuju islam dan mendapat keredhaan Allah. Tiada taadud jemaah yang boleh ana nampak. Wallahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Tuan. Saya meminta maaf jika tulisan saya di bawah ini akan mengguriskan hati Tuan. Oleh kerana Tuan mengaku bahawa Tuan pernah bergerak dalam PAS, maka, saya ingin memberikan pendapat sebagai seorang adik beradik. Jadi, akan sedikit bernada tegas dan berleter, jadi saya memohon maaf.

      Tuan, kerja tarbiah bukan sepenuhnya tanggungjawab parti. Ia adalah tanggungjawab Tuan sendiri. Tanggungjawab Tuan kepada diri Tuan sendiri dan tanggungjawab Tuan kepada parti!

      Saya tertanya-tanya tentang inisiatif yang Tuan lakukan untuk mendapatkan tarbiah yang Tuan kehendaki ini. Jika tiada naqib, adakah Tuan menawarkan diri untuk menjadi naqib? Jika tiada usrah, adakah Tuan menubuhkan usrah di universiti Tuan? Jika Tuan keseorangan, adakah Tuan pergi ke pejabat parti untuk menanyakan di mana usrah yang Tuan boleh sertai?

      Saya melihat masalah ini cukup besar dalam kalangan sahabat saya juga. Tetapi, masalahnya bukannya pada pengurusan tarbiah PAS, tetapi kesediaan ahli untuk mencari. Program tarbiah cukup banyak Tuan, hanya jika kita mahukan sahaja. Liqa dan usrah PAS berjalan sentiasa. Cuma, ahli tidak mencari dan ahli malu bertanya. Ada ahli yang tunggu disuap, disampaikan kepada mereka itu dan ini, bila usrah dan sebagainya.

      PAS adalah jemaah pemimpin, Tuan. Di mana Tuan perlu menjadi pemimpin dan berdikari untuk membantu parti. Apabila Tuan menyertai PAS dengan mengetahui tujuan penyertaan ke dalam PAS, Tuan akan bergerak sendiri untuk membantu PAS.

      Semoga Allah membantu Tuan dan saya. Maafkan atas leteran ini.

      Padam
  22. bagi saya jemaah ada 2 jenis, yang mutual dan yang opposite walaupun bawa agenda islam. Yang mutual tak apa sebab ia compensate each other yang menjadi masalahnya ialah yang opposite. Itulah bahaya ber'taadud jemaah'. Misalnya paling senang dan obvious ialah sewaktu PRU13 hari tu, cara PAS ialah bertalluf dgn PKR n DAP dan memenangkn kerusi PR sebanyaknya namun ada Berjasa muncul untuk bertanding berlawan dgn rakan tahalluf PAS dan menyebabkan undi pecah dan majoriti di kawasan tu sangat tipis. Which mean terlalu kepelbagaian jemaah menyebabkan mereka crossing/memintas/mencantas plan masing2. Jadi pepecahan ini yg x mau.

    Kalau x silap sayalah (pelupa sedikit tapi boleh betulkan saya kalau silap) Taadud yg disebut dalm buku Manhaj Hidup Muslim ialah taadud yg bersifat mutual bukan opposing.

    Banyak lagi 'Jemaah' yang opposing Jemaah lain dari segi perlaksanaan mereka. Seperti Tabligh dulu pernah mengatakan keluar mengundi itu haram sebab support Demokrasi yg mana ia bukan benda islam. then that will affect other Jemaah.

    Ini contoh saja. Bagi saya jemaah nak banyak2 xde masalah as long as bersifat mutual. Kalau nama pon dah mutual macam mana boleh berpecah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar Tuan, Jemaah ada dua jenis. Taadud ada dua jenis. Taadud Tudhod dan taadud taawun. Taadud yang berlawanan dan taadud yang saling membantu. Namun, untuk mencari taadud taawun adalah sangat sukar, Tuan. Itu adalah hakikat.

      Terima kasih atas penjelasan Tuan. Ia amat bernilai.

      Padam
  23. Salam himayah,

    Pemilihan jemaah yg tepat. Saya merasakan PAS memerlukan org macam enta. Teruskan berjuang... Semoga menjadi saksi dikemudian hari. Tetapi harus diingat tiada jemaah yg lebih besar dari jemaah muslimin. Ikram ke abim ke ...semuanya bergerak menuju ke negara islam. Tidak perlu saling membubarkan... Apa yg enta harus buat sekarang ialah membuang artikel ini. Enta tidak pernah masuk ikram atau isma... So enta takde hak utk cerita mengenai sejarah mereka. Ana takut nanti enta akan dipertanggungjawabkan kelak kerana artikel ini dihadapan Allah kelak. Delete lah kerana ia menimbulkan fitnah dan rasa tidak senang pada pertubuhan islam lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Tuan. Terima kasih kerana menyokong pemilihan jemaah yang saya lakukan.

      Tuan, saya memohon maaf untuk berbeza pendapat. Namun, saya menghargai tulisan Tuan. Saya sentiasa memikirkan, adakah tulisan ini lebih banyak membantu daripada menghancurkan. Namun, saya sentiasa hargai komen dan balasan orang ramai, sehinggakan saya fikir, jika saya buang tulisan ini, bermakna saya telah memadamkan pendapat orang yang berbeza pendapat dengan saya. Justeru, saya kira, adalah adil untuk saya biarkan pengkritik mengkritik.

      Dan, saya tahu, ramai yang kata kepada saya bahawa kisah sejarah mereka diceritakan dengan tidak tepat, justeru, saya pohon diceritakan yang tepat. Moga semua tidak tersesat termasuk saya.

      Akhir kalam, saya memohon maaf kerana tidak memadamkan artikel ini, kerana berbuat demikian adalah tidak adil kepada IKRAM dan ISMA, kerana saya menutup peluang mereka untuk menceritakan kebenaran.

      Semoga Tuan mendapat keberkatan Allah swt kerana memberikan nasihat yang bernas ini.

      Padam
  24. Tulisan yang baik,

    Nak buat canner ada yang melenting...

    Benda betul kenalah terima...

    Saper suh mmandai nak buat jemaah Islam baru selepas PAS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan, saya doakan yang terbaik untuk Tuan, di dunia dan akhirat.

      #beristiqamahsehinggakemenangan!

      Padam
  25. "Pada saya, dasar jemaah mempunyai faktor yang sangat besar dalam pemilihan jemaah yang diikuti."

    Apa yang enta tulis ni sekaligus menafikan hujah bahawa mengikut jemaah berdasarkn faktor usia jemaah.

    So, lebih baik memilih bukan kerana faktor usia tetapi faktor dasar jemaah. Usia jemaah tak menentukan dia adalah jemaah paling betul kalau lari dari kaedah syara'.

    Daripada enta buat posting sia sia mcm ni. Ana sarankan better buat ulasan tentang grup grup liberal seperti IRF, IKD, SIS dan seangkatan dengannya. Tak nampak pun PAS bertegas dalam isu begini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Tuan. Maaf lambat membalas tulisan Tuan di atas. Saya kira Tuan adalah daripada jemaah ISMA bukan? Jika begitu, permohonan maaf saya hulurkan. Tulisan di atas sudah sangat lama, dan banyak benda sudah berlaku, dan tulisan ini adalah pada zaman ISMA asyik menyerang PAS. Sekarang, kelihatan ISMA menyerang musuh PAS pula. Semoga Allah swt memberikan kebaikan kepada ISMA kerana mempertahankan PAS daripada serangan DAP yang semakin naik tocang itu!

      Baiklah, memang benar, DASAR JEMAAH adalah faktor nombor satu. Juga benar, jika dasar tidak tepat, tidak kira umurnya berapa sekalipun, tidak boleh bersamanya.

      Tetapi, jika BANYAK JEMAAH mendasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, maka, saya katakan, pilih jemaah paling tua. Itupun, perlu diletakkan syarat-syarat yang pelbagai lagi, namun, jika mengambil kira waqi' di Malaysia, faktor usia boleh diambil kira kerana yang paling tua itu, bukan sahaja masih belum tersasar daripada garisan Islam, malah, paling ramai ahli.

      Sebenarnya ana tsiqah kepada ISMA dalam membuat serangan ke atas semua group yang dinyatakan di atas ini. Ana tidak berani kata pendirian PAS atas isu ini, sebab ana bukan kepimpinan. Tapi, peribadinya, ana sokong ISMA dalam isu di grup liberal tersebut.

      Padam
  26. assalam,,pada saya, isu jemaah ini bukan satu isu yang perlu di bahaskan sebegini rupa. tidak ada faedah pin dgn membahas isu2 yg sedikitpun tidak membuahkan amal. sedang kita ada tangungjawab yang lagi besar iaitu menyampaikan islam kepada seluruh umat manusia. mereka memerlukan kita utk membantu mereka dlm menunjukan islam itu sendiri, tp kita skrg ini lebih merasakan utk menunjukan jemat kita pling hebat, sedang yg Allah nilai adalah niat dan amal kita. sy tidak bermaksud jemaah tidak pnting, ye ada penting jemaah itu, tp ia bukan satu perkara yg perlu di isukan. wahai saudaraku yg amat aku syangi dn rindui, saudara kita sedang tenat sekrang ini. namun kita masih punya masa utk membicarakan@ menulis artikel seperti ini. ada ini yg kita kata kita ayg umat. tidak. klu kita syg umat, kita tidak ada masa utk menulis artikel yg panjang ini snata mata utk membezakan jamaah. biarla mereka bergerak. kita ibarat dalam satu kapal, kalau kita sendiri yg bocorkan kapal utu di sebabkan kita tidak puas hti dgn yg di atas makan bila kita dapt sampai ke destinasi kita saudara. cukupla. klu kita ckap pasal jemah kita gah dn sbgainya tp kita masih tidak solat berjamaah, masih main game, maka jgn ungkapkan la yg kita ni pembela agama Allah.
    maafkan sy, sy tulis atas dasar cinta dn sygnya sy od saudra2 sy,,semiga kita semua sentiasa dlm rahma Allah az zawajal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Tuan Amir. Terima kasih atas nasihat ini. Cukup baik nasihatnya.

      Tuan, saya yakin Tuan tidak berfikiran buruk terhadap saya dengan menyatakan saya tidak bersolat jemaah dan asyik bermain game. Saya tahu Tuan tidak meniatkan melainkan yang baik belaka.

      Saya sedang membicarakan/mengutarakan cadangan penyelesaian bagi masalah umat, Tuan.

      Saya lihat, inilah penyelesaiannya. Maafkan saya kerana berbeza pendapat.

      Padam
  27. kita ibarak satu jasad, yg mana kalau salah satu angota sakit maka seluruh jasad tidak mampu tidur. biar berbeza jemaat tp matlamat kita sama iaitu mebyeru manusia pd Allah dan mencari redho Allah

    BalasPadam
  28. PAS memperjuangkan Islam dari segi politik. hanya kemudaian baru diunsurkan kepada aspek2 yg lain. IKRAM memang ditubuhkan untuk memperjuangkan asas sosial masyarakat Islam seperti dalam Maratib Amal.
    Penjelasan penulis hanya berkisar pada satu aspek tanpa mengira aspek2 vital lain yang penting. Dan... maaf jika terkasar bahasa... penulis memang tidak tahu sejarah disebalik penubuhan IKRAM... ( Bedasarkan apa yang penulis tulis di ruang komen dan artikel)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan, apa yang Tuan utarakan tentang PAS tidak tepat. PAS tidak memperjuangkan Islam dari semua sudut. Tiada yang didahulukan dan tiada yang dikemudiankan.

      Saya sememangnya hanya menegaskan satu aspek sahaja, Tuan. Kerana kesuntukan masa dan ketiadaan sebab untuk melanjutkan perbincangan ke peringkat yang lebih panjang.

      Ohya, Tuan. Oleh kerana Tuan tahu tentang sejarah IKRAM, bolehkah Tuan sahkan samada pihak JIM,ISMA, MSM, dan jemaah-jemaah cabang yang lain benar-benar mendapat arahan daripada Dauli supaya bergabung untuk membentuk IKRAM, namun, kemudiannya ISMA dan beberapa jemaah lain (antaranya HALUAN) tidak bersetuju, kerana kepimpinan IKRAM hanyalah daripada JIM. Justeru, mereka tidak bergabung untuk membentuk IKRAM.

      Betulkah begitu?

      Padam
  29. Knp mereka menyatakan pas adalaj jemaah yg mementingkan tarbiyyah? Sbb ana tgk akhlak ahli pas seakan seperti ketandusan akhlak... maki memaki... menyebarkan kemarahan sesama muslim... dll. Ana lbh melihat pas hanya wadah politik yg memperjuangkan islam tetapi tidak pada tarbiyyah. Ikram dan isma lbh mementikkan tarbiyyah di samping politik. Antara politik dan pemahaman islam, ana berpendapat bahawa tarbiyyah individu itu harus diutamakan secara tidak langsung politik turut sama di tarbiyyahkan.

    Ana belum nmpk lagi ahli ikram mahu pun isma yg mengeluarkan kata2 kesat. Tetapi, penyokong pas every comment kalau blh menghukum serta mendoakan keburukkan (dibaca sebagai mengelharkan kata2 kesat)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan, terima kasih kerana mengulas tentang tarbiah.

      Saya sebenarnya sedang menulis sebuah artikel bertajuk "Tarbiah Tunjang Kesejahteraan Ummah" dengan berhujahkan kepada sistem sains sosial dan pengalaman kini. Namun, masih di tahap penulisan. Sama seperti penulisan ini, saya mengambil masa yang cukup lama untuk melengkapkannya kerana ia ditulis pada masa lapang sahaja.

      Tuan, setiap jemaah ada extremistnya. Jika Tuan tidak pernah melihat ahli IKRAM atau ISMA yang mengeluarkan kata-kata kesat, itu bermakna Tuan belum banyak bergaul dengan mereka. Saya tidak pernah merasa aman di media sosial kerana komen negatif daripada penggerak IKRAM dan ISMA yang menjadi rakan saya. Tetapi, ini tidak menggambarkan keseluruhan orang IKRAM dan ISMA.

      Tuan, wujud perbezaan yang ketara antara PAS, IKRAM dan ISMA. PAS menerima semua yang mahu menyertainya, inilah sifat alamiyah yang tidak ada pada jemaah lain. Sedangkan IKRAM dan ISMA tidak begitu. Ada sahabat saya yang menyertai PAS suatu ketika dahulu, kemudian ditarik menyertai IKRAM. Namun, sesudah setahun bersama mereka, senior IKRAM tidak mahu mengangkatnya sebagai naqib, justeru, dia tidak lagi dijemput menyertai program-program IKRAM. Akhirnya, dia lalai dan leka sekarang, sering melakukan perkara yang diharamkan Allah swt.

      IKRAM memilih ahli yang baik-baik sahaja. Yang tidak baik akan ditinggalkan. Ini menurut pengalaman saya, dan ini adalah kebenaran. Bukan seorang ataupun dua, malah berpuluh-puluh sahabat saya yang begitu. Saya doakan di tempat saya sahaja yang begitu, wallahu a'lam. Justeru, jika mahu membandingkan dari sudut akhlak, pastinya jemaah yang exclusive seperti IKRAM lebih baik akhlaknya. Sekali lagi, ini hanya pengalaman, saya doakan tempat lain tidak begitu. Apabila saya bertanya kepada mereka, kata mereka, "mereka sedang memilih 313 orang core", sambil menunjukkan bahawa mereka mengikut sunnah 313 orang yang menyertai perang badar.

      Jangan disandarkan keburukan ahli PAS kepada badan tubuh PAS. Sepertimana tidak layak saya sandarkan keburukan ahli IKRAM dan ISMA ke batang tubuh IKRAM dan ISMA.

      Wallahu a'lam. Semoga Allah swt berikan yang terbaik untuk semua.

      Padam
  30. Akhlak manusia semua ada cacat celanya tak kiralah PAS,IKRAM mahupun ISMA kecuali nabi yang maksum.Janganlah hanya sebilangan golongan yang anda lihat terus anda merujuk kesimpulan kepada keseluruhan. Dasar PAS lengkap terdiri dari dakwah,tarbiyah dan siyasah konsisten sejak awal penubuhan. Dpijak, difitnah, pernah berada di atas dan dibawah semuanya telah dilalui kerana seperti dasar Islam yang menerima semua golongan, PAS tidak eksklusif kepada golongan tertentu ini adalah jemaah Islam yang meperjuangkan Islam supaya dilaksanakan di Malaysia secara syumul bukannya mengambil separuh2 mahupun menempelkan sebahagiannya dengan kebatilan. Keahliannya terdiri dari penembak babi hutan, profesional mahupun berlatarbelakangkan pendidikan agama makanya ketidaksempurnaan dalam pengurusan itu adalah relevan. Dasar dan setiap yg diputuskan oleh PAS pula bukannya sewenang2nya malah melalui syura ulama'. Kita tidak mahu hanya menyebut menanti kemenangan di bibir tanpa berpijak pada realiti keperluan masyakat Muslim terutamanya di Malaysia. Dalam Islam, tarbiah bukan utk kepentingan diri sendiri, dakwah pula bukan untuk mendabik dada, siyasah bukan medan utk org yg berkepentingan menguasai jawatan. Kita tidak sempurna, Allah sahaja yang Maha Sempurna. Namun berpijaklah pada yang nyata. Ana istiqamah dalam jemaah yang jelas matlamat perjuangannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wallahi, penjelasan yang baik. Terima kasih Tuan kerana tolong menjelaskan yang kusut.

      #beristiqamahsehinggakemenangan!

      Padam
  31. Sebenarnya perbezaan di antara "NAMA-NAMA" yang terpampang di depan kita hanyalah kaifiyah dakwah, bagaimana cara kita menyampaikan dakwah kepada orang berdasarkan kekreatifan masing-masing. bagi saya secara peribadi, tidak perlu saling salah menyalahkan, cela mencela, mencari dan mengupas aib orang, dan kita tidak perlu juga merasa rendah diri. Masing-masing ada kelebihan ada kekurangan. Setiap objektif perjuangan yang dipegang oleh masing-masing jemaah itu telah tercantum dalam karya-karya alim ulama' amir umara' IM. Pada hakikatnya, IM sendiri tidak mahu menamakan diri mereka IM, mendabik dada dengan IM. Tapi ia disebabkan keformalan berdasarkan undang-undang setiap negara yang memerlukan nama bagi bergerak sebagai harakah dakwah. Sama seperti jemaah tabligh, bukanlah mereka yang menamakan diri mereka jemaah TABLIGH, tapi dengan kaedah dakwah dengan cara menyampaikan (tabligh), jadi masyarakat memanggil mereka sebagai jemaah tabligh. Semua pembahasan akak abang dah ada dalam manhaj dakwah. Melihat dari segi awlawiyat bagi bergerak dalam dakwah. INGAT! Kita masih sesama islam, masih satu syahadah. Jangan kerana lambang memecahkan kita. Tak kiralah umno ke, pas ke, ikram ke, isma ke, haluan ke, jim ke, etc. Hadaf kita masih sama. Biarlah masing-masing bergerak mengikut steering masing-masing. Bila kita ajak duduk semeja, kita semua ON. Sekian, sy minta maaf deh kalu ad terkasar bahasa :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. afwan, nama saya yg menulis komen di atas pada 1/7/15 4:32 pm adalah aiman. arigato...

      Padam
    2. Benar Tuan Aiman, tulisan Tuan penuh hikmah dan kebenaran. Tiada yang saya mampu tambah dan ulaskan melainkan satu sahaja.

      Saya berharap apa yang Tuan tuliskan di atas akan berlaku di dunia nyata. Berdasarkan pengalaman diri, semua ini tidak berlaku dan amat sukar untuk berlaku.

      Semoga dimurahkan rezeki Tuan atas peringatan ini kepada saya dan semua.

      Padam
  32. InsyaAllah Tuan2 Yang Mulia.. Kejayaan manusipa dalam agama. Jom keluar 3 hari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Tuan Amin. Semoga Tuan dan kerja agama Tuan mendapat rahmat Allah swt. Saya doakan semuanya berjalan lancar.

      Padam
  33. Sahabat-sahabat sekalian, saya memohon supaya tulisan saya di atas ini dibaca dengan nada penuh kasih sayang. Saya menulis tulisan ini di waktu tegang dan konfrontasi. Sekarang, saya tidak merasakan bahawa tulisan ini membawa mood yang saya ada sekarang.

    Gist yang saya ingin sampaikan masih sama. Saya menyeru kepada penyatuan gerakan-gerakan Islam. Tidak perlu kita merasakan bahawa cara kita paling baik. Kita perlu duduk bersama, berjuang bersama, dan di bawah kepimpinan yang sama.

    Jika kita tidak gagah, kita akan dihentam dan ditindas. Allah Maha Mengetahui.

    Saya meminta ampun daripada pembaca yang terasa dan kecewa dengan penulisan di atas. Ambillah yang baik. Dan buang yang buruk.

    Betulkan kesilapan di dalam artikel di atas, kerana saya tidak sempurna. Kalian pasti mempunyai ilmu yang lebih mendalam lagi. Justeru, semoga Allah swt berikan rahmat dan kemurahan rezeki kepada seluruh sahabat yang membetulkan tulisan di atas.

    Allah Maha Pemberi Anugerah.

    #BERISTIQAMAHSEHINGGAKEMENANGAN!

    BalasPadam
  34. Assalmualaikum. Ada ustaz di kolej ana tak membenarkan ana mngikuti mna2 usrah yg diadakan oleh gerakan isma atau apa2..dan apabila kawan ana brtanya samaada boleh kan dia mahu mnyertai pembina.. ustaz tu ckap ..jika kmu memilih pembina mka pejuangan kamu utk mnuju syurga Allah sudah tak sama..ana x faham apa yg cuba disampaikan olh ust trsebut.. Adakah ajaran yg dibawa oleh isma ataupun iqram ini tidak seiring dgan PAS dan landasan ihkwanul muslimin.. I need the explanation. Ana minta maaf atas kekhilafan ana..

    BalasPadam
  35. Parti Amanah Nasional (PAN), satu lagi projek IRC serta front-frontnya. Ahli-ahli IKRAM, ISMA, HALUAN dan apa jua front-front yang bakal muncul diminta mengisi Borang Keahlian PAN. Binalah asas perjuangan anda sendiri mengikut apa yang anda-anda hajati dan tidak perlu menjadi seperti dedalu yang menumpang di pohon yang tinggi dan menjadi parasit yang memudaratkan. Saya sebagai ahli PAS dan ABIM sejak tahun 70an telah melihat dan menyaksikan pelbagai peristiwa, antaranya angkara dan fitnah yang timbul kepada jamaah berpunca dari cita-cita IRC. Saya percaya yang menulis artikel ini serta yang memberi komen rata-rata masih muda dan begitu idealistik. Bersikap adil pada diri sendiri dan buang keegoan yang menghalang anda melihat dimensi-dimensi lain selain yang sedia anda miliki. Anda mungkin perlu menelusuri sejarah yang panjang untuk memahami konteks sesuatu peristiwa, serta mengambil ibarah darinya. Anda juga perlu meneliti apa yang telah terjadi pada bekas pemimpin ABIM yang menyertai UMNO hingga mengorbankan jemaah yang pernah beliau pimpin. Masalah dari individu bermasalah ini dibawa ke parti yang beliau sertai sehingga terpecat hingga mewujudkan satu lagi masalah baru, iaitu PKR. Semua maklum kumpulan manakah yang sentiasa bersama beliau semasa dalam UMNO. Ramai yang maklum kumpulan mana yang turut menyertai PAS hanya sebagai front. Semua maklum kumpulan mana penegak benang basah yang beliau perjuangkan semasa penubuhan PKR. Ramai maklum kumpulan mana sebenarnya 'golongan progresif' yang menguasai dan mempengaruhi setiap keputusan PAS untuk bersama Anwar dan DAP demi menjatuhkan sebuah kerajaan 'Draconian' yang ditunjangi oleh 'Rasis Melayu'. Mungkin anda-anda merasa terlebih terpelajar dari ustaz-ustaz PAS yang anda rasakan kurang melalui proses tarbiah seperti anda. Semasa dalam ABIM saya pernah melihat perasaan itu dikalangan sebahagian sahabat. Tapi saya insaf kita perlu realistik dan tidak rhetorik. Dengan penubuhan PAN ini masalah yang dibawa oleh kumpulan ini akan berpindah dari PAS justeru mengembalikan kemurnian dan kerjenihan perjuangan asal PAS, insyaAllah. Bersegeralah anda-anda mengikut rakan-rakan sefiqrah anda. Di sana sudah menunggu musuh-musuh Islam dari kalangan Syiah, Islam Liberal, LGBT, chauvinist Cina yang bertopengkan demokrasi, free-thinkers, dsbnya. Pimpinan mereka sebenarnya tahu apa yang wajar dibuat oleh PAS sekarang dalam situasi sekarang. Mereka mengharapkan ia akan berlaku dan mungkin apa yang mereka harapkan akan berlaku walaupun mereka tidak sedikit pun dapat meramalkan dengan tepat kesan dan akibat darinya. Setelah lama mengenali PAS serta sejarah perjuangannya saya yakin PAS mendapat keredhaan Allah dan apa yang berlaku kebelakangan ini telah dan membuka hati-hati yang ikhlas dalam memperjuangkan Kalimah Allah. Bagi saya komen-komen di atas kurang matang dan perlu lebih penelitian, Allahu a'lam.

    BalasPadam
  36. CAKAP BANYAK X GUNA....TGK skrg..... IKRAM cuba pecahkan PAS...tp org pas yg kuat tarbiyyah x ikut SIluncai....

    BalasPadam
  37. saya ahli pas dan saya berada dlam tarbiyah pas sebagai pengerak hampir 20thun... sekarang ramai yang berada dalam trbiyah pas tidak selesa dengan akhlak2 agamawan pas.. seolah ada sesuatu yang tidak kena dalm sistem pentarbiyahan... saya melihat ahli2 yang dikeluarkan pas sangat keras dan emosi dalm berhujah... ia turut melibatkan agamawan pas yang turt mengecewakan ahli bawahan.. caci dan melabel dalam program dalaman amat mengecewakan... ahli sepatutnya faham akhlak bila habis program dalaman tapi berlaku sebaliknya

    saya juga sedang bandingkan pelajar2 hasil tarbiyah ikram dan abim dengan pas... bila pas kuat menyerang ikram sebenarnya semakin ramai pendokong pas yang faham sedang mengkaji tentang ikram dan abim sekarang... saya masih berada dalam pas dan sya dan kawan2 sedang melihat jika pas tidak kemaskini semua sistem tarbiyah dan menjelaskan dengan betul tafsiran hadith tentang jemaah menurut tafsiran sebenar, maka untuk jangka panjang ramai akan meninggalkan pas kerana ramai ilmuan luar yang ahli pas lebih thiqah kerana mereka jujur dalam menjelaskan kebenaran... pas juga jgn didik ahli secara halus mnyeang dan membenci ilmuan2 yang berada diluar pas... saya sedih dengan apa yang berlaku dan krisis dalaman sangat bnyak hikmah yang ahli pas pelajari termasuk saya... teruskan ikram dgn usaha kalian.. ramai sedang berminat dengan mu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. IKRAM bersama PAN.. PAN bersama DAP.. PAN berkempen pun dok tabur fitnah terhadap PAS.. malah dgn PKR pun sanggup bergaduh kerusi.. bila DAP hina ISLAM.. apa ahli ikram dalam PAN buat??

      Padam
  38. إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

    Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
    Al Hujuraat :10

    BalasPadam
  39. Tafsir Ayat

    إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ ( sesungguhnya orang-orang mukmin adalah saudara) lebih menekankan pada makna saudara dalam seagama — فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ(karena itu damaikanlah kedua saudara kalian) apabila mereka berdua bersengketa. Menurut qiraat yanglain dibaca ikhwatikum, artinya saudara-saudara kalian– وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ(dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian mendapatkan rahmat).[2] Setelah ayat sebelumnya memerintahkan untuk melakukan perdamaian antara dua kelompok orang beriman. Ayat ini menjelaskan kenapa harus mendamaikannya? Karena kita adalah saudara seiman walaupun tidak satu keturunan. Maka kelompok lain yang tidak terlibat langsung dalam pertikaian antara kelompok-kelompok, Maka damaikanlah walau pertikaian itu hanya terjadi antara kedua saudara kamu, apalagi jumlahnya yang bertikai lebih dari dua orang dan jagalah diri agar tidak ditimpa bencana baik akibat dari pertikaian itu maupun selainnya, supaya kamu mendapat rahmat antaralain rahmat persatuan kesatuan.[3]

    Dalam ayat ini juga memperingatkan bahwa orang-orang yang beriman yaitu bersaudara. Bahwasanya kalau orang sudah sama-sama tumbuh iman dalam hatinya tidak mungkin mereka akan bermusuhan. Jika tumbuh permusuhan dikarnakan karena sebab yang lain saja, misalnya karena salah faham, salah terima, maka jika ada kabar hal buruk pada saudara muslim di sebelahmu, maka pandailah memilah-memilih dan selidikilah terlebih dahulu supaya jangan suatu kaum ditimpa oleh musibah hanya karena kejahilan kita saja. [4]Dan ketika mendamaikannya sebaiknya kita hanya mengharap rida Allah saja tanpa ada niat lain..

    Implikasi dari persaudaraan ini ialah hendaknya rasa cinta, perdamaian, kerjasama dan persatuan menjadi landasan utama masyarakat muslim dan hendaklah saling mengingatkan satu sama lain untuk selalu di jalan Allah dengan cara yang lebih bijak

    BalasPadam
  40. Bila baca balik dan cuba kaitkan dengan realiti yang sedang berlaku, terasa kesian dengan ntum.

    Apa² pun, semoga Allah sentiasa mendorong ntum untuk faham bahawa isu kita di M`sia bukan kerana sidikitnya muslimin, tetapi jahilnya dengan kepentingan kuasa politik masing².

    Sepakatlah (konteks yg lbh luas dri konteks kepartian). Alhamdulillah itulah yg baru kedengaran oleh pimpinan parti ntum tahun² baru ini. Yang sbnrnya tlg lama dinaungkan pimpinan² sebelum sperti ust nasha dll. Namun pimpinan sebeginilah yg ntum pecat dulu.

    Semoga Perpaduan Islam itu milik kita.

    BalasPadam
  41. Asalkan buat kerja, mana2 jamaah nak ikut pun ok (asalkan follow syariat). Yg memberi pahala itu Allah (Bukan Nik Aziz or Hassan al Banna).. Paling gua tak suka ialah org yg tak habis habis nak menyalahkan org lain, sedangkan dirinya tidak berbuat apa2 kepada umat.

    BalasPadam
  42. sekarang kita nampak IKRAM macam mana.. dah berpecah.. bersama PAN.. PAN bersama DAP kafir.. mereka bersama menolak hudud..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahaha bodoh. cakap takde ilmu. aku tak sokong pas! aku tak sokong umno! tapi aku tahu apa sejarah ikram dan isma semua tu since aku budak kuis dan jemaah2 tu byk kt sini. kau tak tahu pape.pegi kaji

      Padam
  43. Sebagai seorang Islam kedudukan kita sepatutnya kembali kepada Fitrah, dan fitrah kita adalah berkedudukan sebagai hamba -untuk menyembah Allah. Konsep Tuhan dan Hamba atas entiti seorang manusia. Kita ditinggalkan dua perkara iaitu Quran dan Sunnah itu panduan kita- celaka sungguh bagi mereka yang berani menyanggah Quran dan Sunnah atas amalan demokrasi atau berhujah atas lunas Perlembagaan, atau kena selari dengan yang lain. Quran diturunkan sempurna selama 23 tahun tapi bukan bermakna kita perlu ikutnya beransur 23 tahun. Kita wajib taat total. Tiada satu zarah keraguan atau alasan. Sesiapa sahaja yang memberi pendapat lihat kedudukan pandangan atau ijtihad mereka (walaupun tidak ramai yang boleh digelar ahli hall wal aqad) sama ada bertentang dengan Quran, Sunnah, Ijma' Ulama, dan seterusnya. Tapi bila mereka mula menggariskan panduan untuk ikut syariah oleh berdasarkan akal mereka mula mengeluarkan fiqh berbagai. Padahal apa yang mereka cakap jelas bertentangan dengan dalil Qotie, Contoh Bila dikatakan hudud hanya perlu dilaksanakan jika ada suasana kondusif, padahal tiada nas atas yang tersebut, sebaliknya mereka lupa jika mereka tidak melaksanakan hudud atas apakah perjalanan hidup mereka sekarang. Atas sesuatu yang sedia ada atau perlembagaan dan undang-undang ciptaan manusia. Tidak pula mereka rasa kekok, dan tidak pula mereka membantah- malah Akta Dadah Memerbahaya 1952 yang berasal dari perkara memabukkan boleh pula dihukum bunuh, ada kita pertikaikan. Apa beza kita dengan mereka yang telah direkodkan oleh alQuran menolak Islam kerana demi amalan nenek moyang mereka, memang benar amalan nenek moyang kerana amalan adat itu tidak bernama, tapi kita ada nama Akta, Enekmen dan Perlembagaan Negara. Mana kita nak jawab depan tuhan aku nak ikut ajaran islam selari dengan undang-undang negara. Islam itu tinggi dan tiada tinggi melainkan ianya. Islam datang dari Allah. Kitab Alquran dan Sunnah panduan dan manual Allah turunkan kepada manusia, kenapa perlu berdalih lagi. Benarlah akhir zaman tidak dapat dinilai lagi manusia mana yang baik dan buruk. Kita buta, dan buta kita ini adalah pintu kepada fitnah dajal. Masakan kita tidak tertipu bila kita melihat sesuatu dengan apa yang ada dihadapan mata, walaupun Quran cakap A kita pilih B dengan sangkaan bagi melaksanakan A. Akhirnya kita jadi pengikut dajal dan tidak nampak perkatan kafir dikepalanya...

    BalasPadam
  44. Mabruk Himayah Al-Kalantani, Siiru Ala Barakatillah. Matang & Sejahtera. #BeristiqamahSehinggaKemenangan

    BalasPadam
  45. Assalamualaikum, tuan
    Himayah Al-Kalantani.

    Benarkan saya copy dan paste atau kongsi ke fb saya sebagai jawapan kepada netizen saya. Tkasih

    BalasPadam