Jumaat, 5 April 2013

Muslimin kena Tsiqah!

"MUSLIMIN KENALAH TSIQAH!" Rungut muslimat A kepada unit Bait Muslim.

Itu merupakan ucapan yang sering kali diungkapkan oleh muslimat-muslimat penggerak Islam yang masih dalam proses mencari bakal suami yang diidam-idamkan. Rungutan di atas terlahir apabila mereka merasakan muslimin-muslimin yang berada di sekeliling mereka tidak mencapai ciri-ciri yang mereka impikan sebagai seorang suami.

Antara rungutan paling biasa adalah "muslimin tidak tsiqah".

Wajarkah muslimat merungut?
Muslimat wajar untuk menolak dan menerima sesiapa sahaja yang masuk bertanya kekosongan dirinya. Adalah menjadi suruhan Rasulullah saw supaya ibu bapa bertanyakan persetujuan si gadis terlebih dahulu sebelum menerima sebarang pinangan, dan persetujuan seorang anak gadis adalah dengan senyapnya.

Itu merupakan satu bukti bahawa Islam memberikan hak untuk memilih kepada muslimat-muslimat. Justeru, tidaklah salah untuk mereka berusaha mencari lelaki idaman mereka, bukan sahaja dari paras rupa, tetapi daripada perangai dan tingkah laku.

Tsiqah merupakan perkara besar bagi muslimat. Antara sebabnya adalah:
1) Lelaki yang dipilih itu akan bersama dengan mereka selama-lamanya (insyaAllah), jadi mestilah mereka inginkan yang paling terpercaya.
2) Lelaki yang dipilih itu akan memimpin mereka. Jadi, adalah perlu untuk mereka memilih pemimpin yang diyakini kekuatan imannya.
3) Lelaki yang diyakini mantap memudahkan mereka menghormati lelaki itu sewaktu perkahwinan. Lelaki yang tidak hebat akan menyebabkan mereka memandang rendah kepada suaminya.

'Tsiqah', justeru itu merupakan perkara yang cukup besar dan sememangnya perlu dititik-beratkan oleh muslimat dalam pemilihan calon suami.

Kayu Ukur Tsiqah Yang Tidak Tepat
Dalam keghairahan mereka mencari muslimin tsiqah, ada secubit (sekelumit, segelintir, seciput) muslimat-muslimat ini meletakkan ciri-ciri yang pelik dalam menilai ke'tsiqah'an seseorang muslimin.

Antara yang selalu dibuat contoh adalah:
1) Memakai jam di tangan kanan.
2) Tidak memakai jeans.
3) Pandai memakai serban.
4) Sentiasa memakai kopiah.
5) Perlu sentiasa memakai kain pelikat.

Walaupun semua yang saya sebutkan di atas mempunyai sebab tersendiri, namun ciri-ciri ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai asas dalam membuat penilaian terhadap ketsiqahan mana-mana lelaki. Ia boleh dijadikan ciri-ciri sokongan, namun, tidaklah boleh ia dijadikan sebagai asas untuk menilai ketsiqahan seseorang lelaki.

Masalah Yang Lain
Tidak ramai yang meletakkan ciri-ciri pelik seperti di atas. Kalaupun ada, ia adalah negligible. Ramai yang meletakkan kayu ukur itu sebetulnya.

Namun, dalam ramai-ramai muslimat yang meletakkan kayu ukur yang betul, ada sedikit masalah lain pula yang muncul. Apabila muslimat membuat penilaian kepada muslimat, namun mereka dapati muslimin tidak cukup tsiqah, antara ucapan yang biasa kedengaran:
"Kenapa muslimin perangai macam kanak-kanak? Macam mana kami nak pilih?"
"Kenapa muslimin lembab dalam buat kerja?"
Malahan, ada yang lebih hebat sehingga mampu menilai keperibadian lelaki dalam perkara yang tidak mampu mereka lihat seperti muslimin tak sembahyang tahajud, muslimin tak berjemaah, muslimin suka main game dan lain-lain.

Dalam menangani masalah ini, saya ingin mengingatkan muslimat-muslimat supaya meletakkan perkara yang TIDAK MEREKA KETAHUI pada tempat yang sewajarnya. Muslimin tidak mereport setiap perkara yang mereka buat kepada muslimat, jadi muslimat tidak akan tahu banyak perkara. Jadi, letakkan andaian pada tempat yang sepatutnya.

Nasihat Tegas Saya Kepada Diri Sendiri & Sahabat-sahabat Saya
Namun, sepertimana muslimat berperanan menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai trait "tidak menghormati suami", muslimin juga perlu menunjukkan trait "tsiqah" mereka. Perkahwinan memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak. Namun, muslimin perlu lebih terkehadapan dalam bab-bab perkahwinan kerana mereka merupakan ketua keluarga. Jadi, nasihat yang saya bakal berikan ini, harap diambil berat.

Saya sudah jelaskan bahawa tsiqah itu merupakan perkara yang cukup besar kepada muslimat. Jadi, saya ingin menasihatkan diri saya dan sahabat-sahabat lelaki saya dengan beberapa perkara. Setiap kali kita baca nasihat ini, marilah beristighfar bersama saya. Saya yakin, kita pasti ada tergelincir satu dua langkah, jadi mari kita beristighfar.

1. Muslimin perlulah matang. Definisi matang yang saya pegang adalah "perangai macam my father". Saya tak tahu sebenarnya apa definisi matang yang paling tepat. Jadi saya serahkan kepada sahabat semua untuk menghasilkan definisi matang yang anda rasakan paling tepat. Mungkin muslimat boleh tolong jawab, apakah definisi matang yang sebenarnya pada sudut pandang muslimat. أستغفر الله

2. Muslimin perlulah pandai menjaga tsiqah mereka. Tidak bergedik-gedik dengan perempuan di facebook, tidak post video-video gedik dalam facebook, dan lain-lain. Kalau ada, buanglah sekarang.  أستغفر الله

3. Sentiasa melakukan dahulu apa yang diucapkan dari mulutnya. Jadikan diri sebagai contoh.  أستغفر الله

4. Pastikan hadir mesyuarat TEPAT pada waktunya. Kalau anda tak mampu berikan masa anda untuk hadir tepat pada masanya, macam mana kita nak yakinkan muslimat yang kita ini berdisiplin untuk jaga mereka suatu hari nanti?  أستغفر الله  أستغفر الله  أستغفر الله  أستغفر الله  أستغفر الله  أستغفر الله  أستغفر الله  أستغفر الله  أستغفر الله  أستغفر الله  

5. Pastikan hadir mesyuarat dan bersedia. Jangan hadir dengan tangan kosong, persediaan tak dibuat.  أستغفر الله

6. Sentiasa kelihatan kemas, segak dan menarik.  أستغفر الله

7. Perkara yang paling besar yang boleh anda berikan kepada muslimat adalah melayan mereka dengan baik. Senyum dan be a gentleman. Ramai antara kita yang risau dikatakan mengorat perempuan. Berbuat baik kepada perempuan adalah suruhan Islam. أستغفر الله

8. Kalau berkenan pada mana-mana muslimat, lalui mengikut prosedur yang sebetulnya. Sila beranikan diri untuk bertanyakan availability muslimat ini secara baik. Elakkan melakukan perkara yang bakal memalukan dia. Ini termasuklah menghebohkan berkenannya kita kepada sahabat-sahabat kita, sebabnya, sahabat kita pasti akan menghebohkannya pula kepada orang lain.  أستغفر الله

Penutup
Saya menyeru diri saya dan kita semua supaya membetulkan niat dalam mengubah diri kita ini. Kita mengubah diri kita ini bukanlah kerana "wanita yang ingin dikahwini (tiba-tiba teringat hadis no 1 matan arbain)", namun ubahlah kerana Allah swt. Kita disuruh berusaha mencari isteri yang terbaik, dan isteri yang terbaik tidaklah datang bergolek-golek dan berguling-guling. Mencari isteri perlu melalui pintu (bukan jendela), dan pintu yang terbaik adalah dengan kembali kepada Allah swt.

Akhir kalam,
badak berendam di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong komenkan.

anak itik bermain api,
api berada di atas dapur,
kalau ada terasa hati,
sila-silalah pergi tidur.

2 ulasan:

  1. Matang;Boleh menentukan sendiri apa yg diinginkan dalam kehidupan-Bijak menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi.

    Org tak boleh kata kita matang atau tidak sbb biasanya kelakuan kita adalah berdasarkan dgn siapa kita sedang berckp.Lagipun lelaki kdg2 susah nak fhm,because there's always a child in a man.Ini hanya pandangan daripada saya ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Sememangnya begitulah. Lelaki dilahirkan dengan otak yang tak fully develepo. Otak lelaki hanya akan fully developed dalam sekitar umur 23-24 tahun. Yes, mungkin begitulah.

      Padam