Rabu, 17 April 2013

Rasulullah Teladan Terbaik


Rasulullah saw merupakan teladan terbaik.

Dalam kes-kes munafiq, Rasulullah saw tidak menghebohkan nama-nama orang-orang munafiq ini. Malahan Rasulullah saw menolak untuk mereka-mereka ini dibunuh. Semua ini dibuat atas alasan:
1) Mengelakkan pandangan buruk terhadap Islam. Kalau bunuh, nanti orang akan kata Nabi bunuh sahabat. Memberikan gambaran baik kepada Islam, iaitu Islam berhati-hati dalam membuat hukuman.
2) Mengelakkan daripada umat Islam terikut dengan perangai syak-mengesyaki terhadap orang yang masuk Islam. Juga mengelakkan umat Islam daripada terikut dengan perangai mudah menghukum hanya kerana syak wasangka., Tiada sesiapa pun yang mengetahui hati manusia.
Tindakan ini dibuat walaupun senarai nama orang munafiq ini disampaikan oleh TUHAN SEGALA HATI sendiri, iaitu Allah swt.

Begitu juga, Nabi saw tetap memberikan hadiah kepada golongan yang ingin dilembutkan hatinya kepada Islam walaupun diketahui hati mereka yang tidak akan menyokong Islam. Tujuannya:
1) Memberikan gambaran baik terhadap Islam sebagai agama yang penyayang. Tindakan ini mengelakkan pandangan buruk terhadap Islam, contohnya, "Islam hanya bagi kepada orang-orang tertentu sahaja."

Kesimpulannya, Rasulullah saw SANGAT-SANGAT menjaga gambaran baik terhadap Islam.

Dalam status saya yang lepas, saya meminta orang-orang PAS menerima orang-orang UMNO yang ingin masuk PAS dengan terbuka, walaupun mereka ada banyak kes-kes. Ini kerana, ia akan:
1) Menyebarkan kasih sayang.
2) Memberikan pandangan baik masyarakat terhadap PAS sebagai jemaah Islam.
3) Memastikan dia tidak pulang ke jalan yang buruk.

Dalam hal "berhati-hati kerana tidak semua yang masuk kerana ingin bertaubat", saya lebih suka meniru sikap Rasulullah yang hanya menceritakan perkara ini dalam kalangan sahabat yang mulia sahaja. Tujuannya jelas, iaitu untuk:
1) Mengelakkan ahli saling tuduh menuduh akan isi hati ahli yang lain.
2) Memastikan orang yang tidak menyokong tertarik dengan perjuangan PAS yang kelihatan mesra 'ahli'.

Mengambil ibrah Rasulullah, ahli PAS perlu SANGAT-SANGAT menjaga gambaran baik terhadap PAS sebagai gerakan Islam.
_____________________________________

Selain itu, dalam kes "berhati-hati" ini juga, pada saya, ia lebih kepada tugas kepimpinan berbanding tugas ahli. Hendaklah diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan dalam membuat keputusan. Ahli tidaklah perlu sibuk membicarakan perihal hati ahli-ahli yang lain kerana ianya menimbulkan permusuhan, dan ini tidak baik untuk perjuangan dan perkembangan jemaah.

Jikalau ingin disebut sekalipun perihal isu berhati-hati ini, hendaklah ia disebut setelah jelas konsep "PAS menerima semua orang sebagai penyokong", "HARAM bersangka buruk sesama muslim" dan "Masuk PAS tidak bermaksud terhapusnya segala dosa lampau". Jika konsep-konsep ini sudah jelas, barulah boleh disebut, sebagai pengukuhan kepada ideologi lengkap sebagai jemaah Islamiyyah.

Wallahu taala a'lam.

p/s: Lain padang, lain belalang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan