Sabtu, 10 Ogos 2013

Menjawab Akhi Tanpa Nama berkenaan Ansar As-Sunnah

Komentar
Ana menjawab komentar daripada seorang akhi yang mulia yang beliau telah kemukakan pada tarikh 28 Mei 2013. Asif jiddan kerana lewat. Boleh lihat komentarnya yang asli daripada link yang disediakan di bawah.
http://sebarislam.blogspot.ie/2013/04/kenapa-saya-tidak-bersama-ikram-dan-isma.html
Saudara perasan tak. Pada tahun 1926 - Jamaah Ansar As-Sunnah sudah wujud, masyhur, di anggotai ratusan bahkan hampir juta rakyat Mesir, juga di negara-negara lain.
Ikhwanul Muslimin baru tubuh pada 1928. Jika ikut fatwa saudara, maka, Ikhwanul Muslimin adalah jamaah yang memecah belahkan sebab wujud selepas adanya Jamaah Induk yang besar, iaitu Ansar As-Sunnah. (Rujuk At-Tariq Ila Jamaatil Muslimin). Tidak boleh IM wujud selepas adanya Jamaah yang baik, serta betul manhajnya, kan?
Ada juga yang berkata, Ansar As-Sunnah tidak syumul, IM syumul. Siapa kita nak kata ini syumul ini tidak? Yang syumul hanyalah Islam, jamaah2 yang ada tetap tidak terlepas daripada kesalahan dan kesilapan juga memiliki kekurangan daripada beberapa sudut, dan ini bermakna ianya tetap tidak syumul.
Jadi, Ikhwanul Muslimin pemecah belah kah selepas wujudnya Ansar As-Sunnah?
Saudara kena kaji lebih sejarah jamaah2 Islam. Jangan hanya menulis, tanpa melihat kepada fakta2 yang ada. Kena rajin belek kitab para ulama'.
Syukran ya akhi atas komentar yang beradab dan teguran yang berhemah. Berikut merupakan jawapan ana. Kitab yang akhi di atas sebutkan ana sudah upload di sini. Kitab dalam Arab, kitab dalam BM tidak sempurna.

Jawapan

Pertama, apa yang ana kemukakan dalam link tersebut bukanlah fatwa.

Kedua, ana telah lama khatam kitab yang telah enta sebutkan, alhamdulillah, syukran kerana mengingatkan ana terhadap kitab ini semula.

Ketiga, ana bukan hendak merendahkan akhi yang menegur ana. Cuma, enta telah mengambil satu juzu' daripada kitab Al-Tariq ila Jamaatil Muslimin untuk dijadikan hujah, kemudian melupakan satu lagi juzu' daripadanya. Kalau enta teliti sebetulnya, juzu' yang lain daripada kitab ini telah mematahkan sendiri hujah enta.

Mari melihat konteks kitab ini. Dr Hussain Muhammad Ali Jabir merupakan penulis yang jelas menunjukkan kecenderungannya terhadap Ikhwanul Muslimin.
Dalam kitab yang sama, al-Syeikh menggariskan beberapa sifir untuk menuju Jamaatul Muslimin. Kita perlu sedar, menuju jamaatul muslimin merupakan objektif kita.
Antara sifirnya (ana ringkaskan):
1) Kalau tiada jemaah, dirikan satu jemaah.
2) Kalau sudah wujud satu jemaah, jangan tambah menjadi dua.
3) Kalau sudah banyak, jangan bentuk jemaah lain dan bergabunglah dengan jemaah yang paling syumul, kemudian dari situ berusahalah untuk bersatu.

Ini merupakan garis panduan yang beliau sendiri tetapkan, yang jelas menunjukkan bahawa "masa memainkan peranan", kerana itu, siapa yang datang kemudian, sila JANGAN BUAT BARU. Pada ana, nasihat yang boleh diambil daripada sifir ini adalah "JANGAN JADI EJEN PEMECAH-BELAH" dengan membentuk jemaah baru sewaktu jemaah lama sudah ada. Beliau sendiri mencela golongan yang melakukan perkara ini dengan katanya "sifat negatif yang perlu dijauhi oleh para dai'e Allah".

Sememangnya fakta sejarah yang beliau sendiri tulis menunjukkan bahawa Ansar As-Sunnah ditubuhkan 2 tahun sebelum Ikhwanul Muslimin. Namun, kenapakah beliau telah cenderung kepada jemaah yang datang kemudian? Bukankah ini merupakan satu perbuatan yang bertentangan dengan sifir yang beliau tetapkan.

Jawapannya sudah termaktub di dalam kitab ini sendiri, bahawa Ansar As-Sunnah pada pandangan beliau tidak mampu mencapai tujuan Islam (tidak syumul). Contoh yang beliau kemukakan adalah, Anshar As-Sunnah tidak syumul kerana tidak menceburkan diri ke dalam politik, hanya di lapangan dakwah semata-mata. Ini merupakan kata Dr Hussain Muhammad Ali Jabir sendiri, bukannya ana yang menilai.

Prinsip-prinsip (dasar-dasar) jemaah juga merupakan kunci untuk memilih jemaah.

Keempat, sebelum ana tutup berkaitan kitab ini, ana ingin sebut beberapa perkara yang ana perlu syarahkan, berkaitan sifir yang dikemukakan oleh Dr Hussain Ali Jabir ini.

Beliau secara jelas mencela golongan yang membina jemaah baru apabila sudah wujud SATU jemaah yang sedia ada.
Celaan ini sebenarnya kekal walaupun kita lahir di dalam negara yang sudah ada dua/tiga jemaah.
Maaf untuk ana sebutkan, namun, sifir pertama menunjukkan jemaah kedua dan ketiga memang jelas telah mendapat celaan tersebut. Namun, jika kita teliti kitab Dr Hussain ini, tidak wujud sedikitpun celaan oleh Dr Hussain Ali Jabir ini sewaktu membahaskan 'cara-cara memilih jemaah dalam negara yang sudah wujud lebih daripada satu jemaah'. Seboleh-bolehnya ana tidak mahu mengatakan jemaah kedua dan ketiga ini telah tercela, tapi, for sake of understanding, ana sebutkan, justeru, ana pohon maaf jika terasa.
Ada yang mengatakan bahawa disebabkan Dr Hussain tidak mencela golongan kedua dan ketiga ini, maka Dr Hussain redha dengan kepelbagaian ini. Ketahuilah, Dr Hussain Ali Jabir TIDAK PERNAH REDHA dengan perpecahan ini!
Buktinya, beliau menyuruh ahli jemaah memilih satu jemaah kemudian berusaha ke arah penggabungan. Ironi sekali, ramai umat Islam Malaysia pada hari ini, seakan-akan redha dengan kepelbagaian jemaah di Malaysia pada hari ini, malahan menolak untuk bergabung sama sekali.
Dr Hussain Ali Jabir sangat pintar dalam menetapkan sifir beliau. Di dalam negara yang masih mempunyai satu jemaah, maka, beliau mengambil langkah pencegahan dengan mencela perbuatan membina jemaah baru. Namun, apabila sudah wujud jemaah yang lain, maka, mencela perbuatan ini, tidak sekali-kali mampu membubarkan jemaah tersebut. Jadi, beliau menghadapi realiti tersebut dengan mengeluarkan pandangan yang sedikit lembut, demi menjaga hati jemaah lain, kerana itu merupakan satu strategi untuk membentuk kesepaduan.

Kelima, justeru, akhi, apa yang ana sebutkan di atas merupakan apa yang ada di dalam kitab yang akhi sebutkan. Telitilah kembali, insyaAllah, akan enta ketemu semua yang ana sebutkan.

Keenam, sekarang berbalik kepada artikel ana sebelum ini. Dalam artikel tersebut, ana tidak langsung menyebut berkenaan cara memilih jemaah di Mesir (sama ada Ikhwanul Muslimin ataupun Ansar As-Sunnah). Ikhwanul Muslimin ada sejarahnya sendiri, tidak sama sejarah di Mesir dengan sejarah di Malaysia. Justeru, ana memilih untuk memberikan pendapat berdasarkan konteks setempat iaitu Malaysia. Oleh kerana itu, pendapat yang ana kemukakan di atas, disesuaikan dengan konteks Malaysia.
Apa yang ana ingin bawa adalah, dalam konteks Malaysia ini, "jemaah yang paling awal" adalah merupakan prinsip UTAMA yang menyebabkan ana menolak IKRAM dan ISMA. Ana tidak membawakan lagi sebab-sebab UTAMA yang lain kerana IKRAM dan ISMA sudah tidak terpilih pada jaringan pertama, maka, tiada guna untuk ana membawa sebab-sebab yang lain. Namun, jika keadaan memerlukan ana bercerita lagi, ana ceritakan.

Ketujuh, ana tidak memburukkan, sebaliknya ini hanyalah penjelasan. Kepada akhi yang menulis, semoga Allah memberikan kebaikan kepada enta, di dunia dan akhirat.