Rabu, 4 September 2013

Hadis 13 Matan Arbain - Siapakah "Akhi"?

Bismillahirrahmanirrahim.

Hadis 13 matan Arbain.
لا يـؤمـن احـدكـم حـتي يـحـب لأخـيـه مــا يـحـبـه لـنـفـسـه
Maksud: Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Muttafaqun 'alaih.

Apabila berbicara tentang hadis ini, ramai yang menyangka perkataan "saudara/akhi" itu merujuk kepada saudara seMuslim sebagaimana hadis yang diriwayatkan dalam hadis "مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد".

Hakikatnya, "akhi" di dalam hadis di atas membawa maksud umum, iaitu meliputi orang kafir dan orang muslim. Ini bermakna tidaklah beriman seseorang itu jika mereka tidak mencintai orang Islam dan orang kafir seperti dia mencintai dirinya sendiri.

Mencintai sesama Muslim adalah kerana mereka berkekalan di atas Islam. Oleh kerana itu, dilarang kita mencaci dan menghina sahabat-sahabat kita yang Islam. Dilarang juga meletakkan label-label yang tidak patut kepada mereka. Dilarang mencari salah sahabat dan menyebarkannya kepada umum.

Manakala, mencintai orang kafir adalah kecintaan yang mahu seluruh orang kafir beriman kepada Allah swt yang Esa. Kerana itulah mendoakan orang kafir untuk diberikan hidayah adalah mustahab.

Saya lihat ramai yang memilih untuk lebih kepada membenci ORANG Syiah dan ORANG kafir, berbanding membenci agama mereka. Sedangkan itu tidak betul dan bertentangan dengan akhlak Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan