Rabu, 17 Disember 2014

Antara Hudud dan Kalimah Allah

Saya merasa tertarik apabila Lim Kit Siang cuba memaparkan wajah innocent dalam artikel beliau yang disiarkan Malaysiakini berkenaan hudud baru-baru ini. Bermula dengan hujah ‘tidak dibawa ke mesyuarat’ sehinggalah ‘tidak membantu memenangkan PR’, semua ini dipaparkan seakan-akan dia (dan partinya) sentiasa ‘membantu memenangkan PR’ dan sentiasa ‘menghormati mesyuarat’. Benarkah begitu?

Tidak pula kelihatan Lim Kit Siang mengeluarkan artikel dan mengutuk PKR yang ‘tidak membawa ke mesyuarat’ tentang Langkah Kajang, malahan tidak pula Lim Kit Siang menegur PKR yang menipu rakyat tentang Langkah Kajang yang dikatakan ‘tidak berkaitan dengan pertukaran MB’. Malahan, Langkah Kajang ini ‘tidak membantu memenangkan PR’ sama sekali, namun Lim Kit Siang (dan partinya) boleh pula bersekongkol dalam melaksanakan Langkah Kajang yang ‘tidak dibawa ke mesyuarat’ ini.

Hipokrasi sebegini cukup memualkan saya terhadap perjuangan DAP. Jika mahu bercakap tentang ‘tidak membantu memenangkan PR’, bersikap adillah terhadap hujah, jangan hanya diguna apabila perkara yang tidak disukai sahaja.

Kalimah Allah
Sungguh pelik apabila Lim Kit Siang (dan partinya) berjuang separuh mati untuk mendapatkan hak menggunakan kalimah Allah di dalam bible. Sebagai permulaannya, saya tertanya-tanya, apa sebenarnya yang ingin dicapai oleh Lim Kit Siang (dan partinya) dalam isu kalimah Allah ini?

Adakah dengan menggunakan kalimah Allah di dalam bible akan memudahkan orang Kristian memahami agama mereka? Adakah perkataan Tuhan tidak mampu menyampaikan makna sebenar perkataan tersebut sehingga terpaksa ditukarkan kepada Allah? Adakah kalimah Allah tidak mengelirukan orang Kristian?

Jika saya seorang utilitarian, saya pasti akan tertanya-tanya, “adakah isu kalimah Allah ini akan membawa the greatest good for the greatest number of people?” Saya sejujurnya tidak nampak penggunaan kalimah Allah ini membantu masyarakat Kristian berbanding menggunakan perkataan lain. Malah, pada pandangan saya, perkataan ini mengelirukan mereka juga.

Jika menggunakan kalimah Allah merupakan satu-satunya cara untuk membantu masyarakat Kristian mengamalkan kitab mereka, maka, for the greatest good of Christians, ia adalah suatu perkara yang saya perlu berikan kerana mereka mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka. Namun, saya tidak mampu melihat kebaikannya dalam menambahkan piety masyarakat Kristian.

Persoalan yang perlu ditimbulkan dengan menggunakan hujah Lim Kit Siang, adalah, “Adakah isu kalimah Allah ini akan memenangkan PR dengan menarik undi Melayu?”

Isu Kalimah Allah Tidak Akan Memenangkan PR
Isu kalimah Allah ini tidak akan memenangkan PR sama sekali. Jika Lim Kit Siang mahu berhujah dengan menggunakan hujah ini terhadap isu hudud, gunakan hujah yang sama terhadap isu kalimah Allah. Jangan lupa bahawa ramai orang Islam yang tidak bersetuju kalimah Allah digunakan di dalam bible. Jika Lim Kit Siang (dan partinya) mahu memenangkan PR, isu kalimah Allah ini tidak patut dibawa ke muka surat khabar sama sekali.

Malahan Lim Kit Siang sepatutnya sedar, bahawa isu kalimah Allah ini telah menjadi hujah UMNO untuk melabelkan DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu. Sebagai orang Melayu yang hidup di kawasan kampung, memang isu ini mempengaruhi pengundi Melayu untuk mengundi UMNO. Mungkin DAP tidak terasa kerana mereka tidak bertanding di kawasan Melayu, sedihnya, PAS yang terpaksa berhadapan dengan isu ini.

Jangan lupa, bahawa PR memerlukan kerusi Melayu yang ditandingi PAS untuk memerintah Malaysia. Jika mahu ‘memenangkan PR’, Lim Kit Siang sepatutnya tone down isu kalimah Allah ini, namun, peliknya, tidak pula timbul hujah ‘memenangkan PR’ dalam isu kalimah Allah ini. Hipokrasi apakah ini?

Kalimah Allah dan Hudud: Antara Wajib dan Harus
Jika melihat kepada masyarakat Kristian, menggunakan kalimah Allah dalam kitab mereka bukanlah suatu yang wajib. Menggunakannya bukanlah pra-syarat untuk menjadi penganut Kristian yang lebih baik. Perkara ini, lantang pula Lim Kit Siang (dan partinya) bersuara.

Manakala, hudud pula adalah suatu yang wajib bagi umat Islam, ia adalah sebahagian daripada agama. Lim Kit Siang (dan partinya) cuba melangkaui garisan agama dan mencampuri urusan agama orang lain, walaupun berkali-kali ditegur oleh PAS supaya tidak melangkaui garisan ini. Jika Lim Kit Siang mahu ‘memenangkan PR’, jangan dilihat sebagai parti yang suka melangkaui hak beragama orang lain.

Rights of the People
Saya sering mendengar bahawa isu kalimah Allah itu merupakan isu hak (rights). Orang Kristian ditekan daripada mendapatkan hak mereka untuk menggunakan kalimah Allah. Begitu juga, hudud pula adalah hak (rights) bagi umat Islam, justeru, umat Islam mempunyai hak untuk mengamalkan undang-undang itu. Adakah hak (rights) orang bukan Islam sahaja yang perlu Lim Kit Siang (dan partinya) perjuangkan?

Kesimpulannya, PAS juga mempunyai hak (rights) untuk membawa apa yang sudah disepakati dalam Dewan Undangan Negeri, kerana ia sudah dipersetujui. Dengan menghormati prinsip demokrasi, PAS wajib membawa isu ini ke hadapan. Jika tidak, Dewan Undangan Negeri tidak lain hanyalah sebuah kedai kopi yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan.


Jika DAP menghormati demokrasi, maka, biarkan PAS bawa isu ini ke hadapan. Jangan jilat ludah sendiri, jangan veto perkara yang sudah disepakati mesyuarat (Dewan Undangan Negeri)

Isnin, 24 November 2014

Hukuman Tinggal Solat Jumaat 3 Kali - Kenapa ada yang Kritik Kerajaan Negeri Kelantan?

Apabila kerajaan negeri Kelantan menguatkuasakan undang-undang untuk menghukum sesiapa sahaja yang tidak menghadiri solat jumaat, ramai yang mengkritik tindakan ini. Saya lihat, kebanyakan kritikan ini berakar umbi daripada golongan yang merasakan bahawa PAS tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada perkara yang lebih besar, contohnya, rasuah dan lain-lain. Kerana itu, Pak Subky Latif seakan-akan mengkritik golongan ini dalam perenggan pertama dan kedua daripada tulisan beliau yang disiarkan dalam harakahdaily.

Untuk mereka yang tidak tahu, antara kritikan terhadap tindakan kerajaan negeri ini termasuk
Ini sahajakah yang PAS Kelantan mampu buat? Kenapa rasuah dan kezaliman terhadap rakyat tidak diberi penekanan?
Kenapa Sahabat Nabi saw Tidak Lawan Abu Bakar?
Saya sempat menyertai suatu daurah tentang sahabat Rasulullah saw. Sesudah saya siap menyampaikan pengisian berkenaan sahabat Nabi Abu Bakar As-Siddiq, seorang ustaz bertanya kepada sahabat-sahabat yang hadir,
"Pada zaman Abu Bakar As-Siddiq, beliau menentang golongan yang tidak membayar zakat. Apakah yang akan berlaku jika pada hari ini kita melakukan perkara yang sama? Apabila kita menghukum orang yang meninggalkan solat jumaat, dikatakan kepada kita, bahawa kita fokus benda remeh. Kenapakah perkara ini berlaku? Kenapa sahabat Nabi saw tidak menentang tindakan Abu Bakar As-Siddiq?"
Pada saya, soalan ini cukup tepat untuk ditanya pada hari ini. Apakah yang telah berubah pada hari ini berbanding zaman dahulu, sehinggakan perbuatan yang (hampir sama) dengan tindakan Abu Bakar As-Siddiq, mendapat tentangan daripada rakyat?

Wrong and Rights
Pada pendapat saya, semua ini berlaku kerana berbezanya wrong and rights pada mata rakyat Malaysia, berbanding pada zaman Abu Bakar As-Siddiq. Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara right and wrong antara zaman kita dan zaman sahabat.

Sepertimana yang dipercayai oleh golongan Marxist dan Leninist, mereka menyatakan bahawa berlaku perubahan yang nyata terhadap peradaban menurut peredaran zaman, tidak kira dari sudut adat, agama dan sebagainya. Antara perkara yang berubah, adalah apa yang right dan apa yang wrong.

Untuk memudahkan bicara, golongan sahabat Nabi saw menyatakan bahawa right and wrong adalah daripada Tuhan Yang Maha Agung. Allah swt adalah the Ultimate Truth. Manakala, golongan marxist (socialist) beranggapan bahawa disebabkan right and wrong berubah menurut zaman, maka, tidak mungkin wujud suatu truth yang merangkumi semua zaman. Marxist menentang wujudnya Tuhan yang menjadi sumber kebenaran di dunia ini.

Untuk memahami maksud ucapan ini, kita perlu sedar bahawa, menurut golongan falsafah, truth adalah perkara yang disepakati oleh kebanyakan orang. Ini adalah definisi yang mudah. Contohnya, sebelum masyarakat mempercayai bahawa bumi ini bulat, pada ketika itu, masyarakat menganggap, truth adalah bumi ini rata.

Apabila kita menyedari hakikat truth ini, kita akan dapati, masyarakat bertindak pada zaman-zaman tertentu mengikut truth yang mereka anuti. Pada zaman dahulu, truth ditetapkan oleh Tuhan. Jika Tuhan menyatakan bahawa menjadi homoseksual adalah wrong, maka, masyarakat akan menyatakan bahawa "the truth is, homosexual is wrong and an act of a devil!" Begitu juga, pada zaman itu, Tuhan menyatakan bahawa berzina adalah wrong, maka, masyarakat menyatakan bahawa "the truth is, adultery is wrong and an act of evil!"

Kita akan dapati, truth inilah yang menetapkan yang mana yang right, dan yang mana yang wrong. Dan, kita menurut Islam, berpendapat bahawa Allah swt adalah the source of the ultimate truth. Jadi, setiap apa yang dikatakan Allah swt sebagai baik, maka, itu adalah right, dan setiap apa yang dikatakan sebagai buruk, maka, itu adalah wrong.

Tidak Menegakkan Truth Adalah Morally Wrong!
Sebagaimana manusia di mana-mana zaman, apabila ada orang yang menentang truth, kita akan rasa bahawa, adalah morally wrong untuk tidak menentang penyelewengan ini.

Contohnya, kita selalu dengar kisah ahli sihir dibakar oleh masyarakat barat pada sekitar 1400-1800. Apabila kita dengar cerita ini pada zaman kita, kita dapati bahawa tindakan mereka menghukum orang ramai yang dituduh sebagai ahli sihir adalah suatu yang melucukan. Namun, pada zaman mereka, fatwa yang ditetapkan oleh agama Kristian menyatakan bahawa ahli sihir menggunakan syaitan. Justeru, adalah wajib untuk orang Kristian menghukum ahli sihir yang telah menentang segala right yang telah ditetapkan oleh sumber truth mereka, iaitu Jesus.

Untuk memudahkan bicara, kita lihat contoh Universal Declaration of Human Right (UDHR) yang menyatakan bahawa semua orang adalah dilahirkan sebagai manusia bebas. Ini adalah perkara yang dianggap right pada zaman ini. Jadi, jika wujud manusia yang menghambakan manusia lain di dunia ini, pada hari ini, kita katakan bahawa, mereka sudah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang melakukan boleh dipenjara.

Malah, hampir semua orang merasakan bahawa it is morally wrong untuk tidak melaksanakan right yang ditetapkan oleh UDHR ini. Kerana itu, apabila ada manusia yang menghambakan manusia lain, kita tidak merasa bersalah sama sekali terhadap mereka jika mereka dihukum mati sekalipun, sedangkan, mempunyai hamba adalah suatu perkara yang right pada zaman dahulu.

Tinggal Solat Jumaat is Not Wrong?
Mungkin ada dalam masyarakat pada hari ini, yang secara unconciously menganggap, meninggalkan solat jumaat, bukan lagi suatu perkara yang wrong. Justeru, mereka tidak rasa bersalah sama sekali jika mereka meninggalkan solat. Malah, mereka merasakan bahawa, right menyatakan bahawa tiada siapa pun yang boleh dipaksa untuk melakukan apa-apa termasuk solat jumaat.

Oleh kerana itu, mereka tidak merasa bertanggungjawab untuk menghalang orang ramai daripada meninggalkan solat jumaat, kerana meninggalkan solat jumaat is not morally wrong. Malah, adalah morally wrong untuk memaksa orang mendirikan solat jumaat. Apabila konsep truth, right and wrong ini bercelaru, maka, rakyat tidak mampu menerima apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan ini.

Right and Wrong Nowadays Are Man-made
Kebanyakan perkara right and wrong yang berlegar pada hari ini adalah direka oleh manusia melalui akal mereka sendiri. Right pada hari ini, mungkin adalah wrong pada masa akan datang. Wrong pada hari ini, mungkin adalah right pada masa akan datang. Contohnya, extra-marital sex, dipandang sebagai suatu perkara yang wrong (berdosa) pada zaman dahulu, sekarang, dilihat sebagai suatu norma masyarakat. Malah, seorang yang dara sehingga kahwin adalah suatu yang pelik. (Kartun Family Guy minggu lepas membawa isu Jesus yang masih virgin sebagai suatu yang pelik edited: 10/12/2014)

Masyarakat kita pada hari ini mengambil right and wrong daripada sudut pandang golongan atheist, berbanding daripada golongan theist. Antara masalah yang timbul apabila soal right and wrong ini dirujuk kepada golongan atheist, adalah mereka boleh menjadikan apa sahaja right, dan apa sahaja yang mereka ingini sebagai wrong. Malah, sebiji telur pun boleh dianggap sebagai batu, jika penghujah ini pandai menaburkan hujah dan teori. Masyarakat boleh menerima teori bahawa manusia adalah anak-pinak monyet, inikan pula telur dan batu yang bentuknya bulat membujur, lebih mudah untuk dihujahkan!

Kesimpulan
Jika kita mahu kembali ke zaman Abu Bakar As-Siddiq, kita perlu berusaha supaya masyarakat kembali melihat right and wrong dari kacamata Islam. Ia adalah payah, terutamanya pada zaman di mana, Islam tidak diberi tempat yang sepatutnya.

Asasnya adalah, umat Islam (kerajaan Kelantan) menganggap bahawa adalah morally wrong untuk meninggalkan solat jumaat. Justeru, adalah morally wrong jika kita tidak memaksa orang yang melakukan wrong ini untuk solat jumaat. Sebagaimana kita merasakan bahawa adalah morally wrong untuk tidak menghukum seorang perogol yang melakukan wrong (rogol), begitulah juga pada kerajaan negeri Kelantan.

Sabtu, 8 November 2014

"Kami Dengar dan Kami Taat"

Al Ustaz Ibnu Kathir berkata dalam menerangkan surah Al Anfal ayat 6: 
Mereka menanyakan kepadamu mengenai Al-Anfal (harta rampasan perang) sebagaimana mereka mendebat engkau ketika akan terjadinya perang Badar. Mereka berkata: "Engkau mengajak kami keluar dari Madinah untuk mengejar kafilah iaitu kafilah niaga Abu Sufyan, dan engkau tidak memberitahukan kepada kami bahawa kita akan perang sehingga kami dapat mengadakan persiapan sebelumnya."
Pada mulanya Rasulullah saw. keluar dari Madinah untuk mengejar kafilah Quraisy yang baru kembali dari Syam membawa harta kekayaan yang besar dan mengajak sesiapa sahaja dan kaum muslimin yang merasa ringan sehingga keluarlah 313 orang untuk tujuan itu dan berjalan menuju jalan tepi laut ke Syam yang menuju Badar. Tetapi Abu Sufyan sebagai pemimpin kafilah niaga kaum Quraisy itu telah mendengar berita bahawa kafilahnya dikejar oleh pasukan kaum Muslimin. Maka dengan cepat ia mengirim Dhamdham bin Amr iaitu orang upahan ke Mekah untuk memberitahu kepada orang-orang Quraisy bahawa kafilah mereka sedang terancam bahaya. Maka berangkatlah pasukan Quraisy dari Mekah sebanyak 1000 orang di bawah pimpinan Abu Jahal. Sedangkan Abu Sufyan mengambil jalan sebelah kanan menghindari pertemuan dnegan pasukan Muslimin sehingga mereka dapat menyelamatkan diri. Kemudian datanglah pasukan Abu Jahal di Badar, maka Allah mempertemukan pasukan Muslimin dengan pasukan Kafirin tanpa janji, kerana Allah swt. akan menegakkan DienNya dan memenangkan kaum Muslimin atas musuh mereka dan untuk menegakkan yang haq dan mengalahkan yang batil.

Ketika pasukan Quraisy yang dipimpin oleh Abu Jahal keluar dari Mekah, Rasulullah saw. telah pun mendengar berita itu dan Allah swt mewahyukan kepada beliau saw. bahawa Allah akan mempertemukan salah satu daripada dua kelompok iaitu sama ada pasukan tentera Quraisy atau kafilah niaganya. Kebanyakan kaum Muslimin ingin memilih pasukan yang ringan tanpa senjata iaitu kafilah niaga sebab jelas akan mendapatkan laba tanpa menghadapi risiko yang besar iaitu tanpa peperangan. Tetapi Allah swt. berkehendak menegakkan yang hak dengan jalan peperangan dan membinasakan orang-orang kafir.

Abu Ayyub Al-Ansori ra. berkata : "Ketika kita berada di Madinah, Rasulullah saw. bersabda: 'Saya mendapat berita bahawa kafilah Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan akan kembali ke Mekah dari Syam. Apakah kalian suka jika kita keluar menghadangnya? Semoga Allah memberikannya sebagai ghonimah buat kita.' Kami menjawab, 'Ya'. Maka keluarlah Rasulullah saw. bersama kami. Lalu setelah kami keluar selama dua hari, Rasulullah saw bersabda, 'Bagaimana pendapat kalian jika kita berperang melawan kaum musyrikin kerana mereka sudah mendapat berita bahawa kalian keluar?' Jawab kami, 'Demi Allah kami tidak sanggup memerangi musuh, sebab kami keluar hanya untuk menghadapi kafilah niaga'. Kemudian Nabi saw. kembali bertanya, 'Bagaimana pendapat kalian jika tiba-tiba berperang dengan mereka?' Kami menjawab seperti jawaban semula. Tiba-tiba Miqdad bin Amr bin Al Aswad berkata, 'Jika benar akan berperang maka kami tidak akan mengatakan kepadamu sebagaimana perkataan kaum Nabi Musa kepada. Nabi Musa as yang mengatakan, 'Pergilah kamu bersama Tuhanmu berperang, dan kami akan menunggu di sini.' Tetapi kami berkata, 'Pergilah engkau bersama Rabbmu berperang, maka kami akan berperang bersama engkau'. Maka kami sahabat Ansor ingin andaikan kami mengatakan perkataan Miqdad itu. Kami akan lebih senang daripada harta yang banyak.

Episod yang seperti ini iaitu kisah perbezaan pendapat antara Nabi saw. dengan beberapa orang sahabatnya telah banyak dirakamkan dalam sejarah, tetapi memadailah sebagaimana yang dipaparkan di atas. Meskipun pada awalnya ketika para sahabat ditanya tentang kesanggupan mereka untuk menghadapi pasukan musuh yakni berperang, namun sebahagian daripada mereka enggan menerima kerana tidak mempunyai persiapan yang cukup guna melawan kaum kafir Quraisy yang jumlahnya tiga kali ganda dari kaum Muslimin. Memang suatu perkara yang wajar kerana tujuan asal mereka adalah untuk menghadang kafilah niaga Abu Sufyan yang membawa harta yang banyak, dan tentunya tidak memerlukan persiapan yang besar. Pasukan kaum Muslimin mengharapkan bertemu dengan musuh yang tidak bersenjata yakni kafilah Abu Sofyan, tetapi Allah menghendaki kaum Muslimin menghadapi pasukan yang bersenjata.

Maka tatkala keputusan telah diambil, dan kedua pasukan telah berhadapan maka tidak ada seorangpun yang tidak ikut walaupun tadinya enggan ikut berperang. Semuanya berlumba-lumba maju ke hadapan dengan tekad dan azam untuk menang atau syahid fie sabilillah. Tidak keluar dari mulut mereka, baik dalam keadaan ringan mahupun berat rnelainkan perkataan 'kami dengar dan kami taat'. Benarlah mereka itu sebaik-baik manusia di bawah bumbung langit yang tidak akan pernah wujud sebelum mahupun sesudah mereka itu.

Petikan daripada buku: "LELAKI SOLEH, MARTABAT DAN PERWATAKAN SERTA SIFAT-SIFATNYA" tulisan Abu Mohd Jibril Abdul Rahman, muka surat 154-156.

Tambahan daripada saya, Himayah Al-Kalantani.
Inilah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh penggerak jemaah Islam dalam menguruskan perbezaan pendapat. Semestinya kita mempunyai pelbagai perbezaan dalam pendapat terhadap sesuatu isu. Tiada kelompok manusia yang benar-benar serupa dalam semua perkara. Semestinya kita mahukan kesatuan fikrah (semua ahli jemaah mempunyai fikrah yang sama dalam hal-hal teras), namun, dalam perkara-perkara cabang, biarlah kita berbeza, kerana perbezaan ini tidak mempunyai apa-apa kesan yang buruk.

Pastinya kita beranggapan bahawa sahabat-sahabat kita, semuanya ikhlas dalam memperjuangkan Islam, dalam barisan jemaah ini. Tidak layak untuk kita memandang mereka lebih rendah daripada kita dari apa-apa sudut sekalipun, kerana kita semua adalah pendakwah, dan kita bukanlah penghukum. Biarlah Allah swt sahaja yang menghukum hamba-hambanya.

Justeru, apabila berlaku perbezaan pendapat, kita perlu sedar bahawa semua idea-idea daripada sahabat-sahabat kita ini, semuanya bertujuan untuk membawa jemaah ke arah yang lebih baik. Cuma, cara pandang terhadap isu tertentu membuatkan wujudnya idea-idea yang berbeza ini. Mungkin sahabat kita mementingkan sesuatu yang pada kita bukanlah priority kita.

Pastinya, kita berdiri teguh di sisi pandangan kita, jika tiada hujah kukuh untuk mengalahkan hujah kita. Namun, apabila jemaah membuat mana-mana keputusan yang tidak berpihak kepada kita, tidaklah layak untuk kita berkeras kepala dan menarik diri daripada melaksanakan keputusan jemaah. Kita perlu bekerjasama, kerana walaupun pendapat mereka bukanlah yang optimum, namun, hasilnya, insyaAllah, tetap positif. Hasilnya tetap positif kerana kita semua tujuannya sama, ke arah memajukan jemaah. Mungkin dengan cara kita, jemaah akan melangkah 10 langkah, dan dengan cara mereka, jemaah akan melangkah 5 langkah, namun, yang pasti, jemaah tetap melangkah!

Keadaan akan berbeza, jika kita menentang keputusan jemaah dan memburukkan jemaah hanya kerana jemaah tidak mahu mengikut pendapat kita. Hasil daripada perbuatan kita ini, nama jemaah akan menjadi buruk, keputusan jemaah tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan yang terbaik. Jemaah yang sepatutnya mampu melangkah 5 langkah melalui cara sahabat kita, mungkin terundur 2 langkah kerana serangan kita terhadap jemaah. Kesannya adalah negatif!

Justeru, jika kita mahukan kebaikan untuk jemaah, tiada sebab untuk kita berkeras kepala. Sami'na wa ata'na bukanlah sesuatu yang buruk. Ia adalah penerus kemajuan jemaah. Semoga Allah menjadikan kita ikhlas, sahabat-sahabat kita ikhlas dan berilmu, sepertimana Allah swt menjadikan sahabat-sahabat Rasulullah. Amin.

Wallahu a'lam. Sesungguhnya Allah swt adalah yang paling mengetahui tentang kebenaran.

Selasa, 30 September 2014

Kesamarataan Gender dalam Keluarga?

Saya ingin menyatakan sesuatu berkenaan isu kesamaan gender terutama dalam persoalan perkahwinan. Jelas sekali, lelaki dan perempuan adalah berbeza, terutama dari segi fizikal. Tiada yang mampu melawan hakikat ini. Jadi, kesamaan gender tidak akan berlaku sampai bila-bila.

Sejarahnya, golongan perempuan, menjadi surirumah sepenuh masa. Justeru, memasak dan mengemas rumah (rajin) adalah kriteria yang perlu ada pada calon isteri. Ini kerana, tanggungjawab isteri adalah melayani suami.

Kenapa perempuan perlu melayani suami? 
Jika mahukan jawapan yang mudah, ia adalah suruhan agama. Jika mahukan jawapan yang lebih panjang, ia adalah kerana konsep "sharing responsibility dalam membentuk keluarga bahagia".

Suami ada kelebihan yang tiada pada isteri
Suami sebenarnya sedang melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh isteri, justeru, isteri membantu suami dengan cara melayannya, demi membentuk keluarga yang kukuh.

Perbezaan fizikal antara kedua-duanya memberikan perbezaan ini. Anatomically, muscle bulk bagi lelaki adalah lebih banyak, justeru mempertahankan keluarga adalah tugas suami. Isteri, sharing the responsibility untuk mempertahankan keluarga, dengan membantu suami, dengan melengkapkan suami dengan segala yang diperlukan untuk mempertahankan keluarga.

Suami juga mempertahankan keluarga daripada segala gejala sosial, which isteri tidak mampu. Ramai perempuan tidak sedar hakikat ini. Keluarga yang tidak mempunyai father figure (anak luar nikah), akan melahirkan anak yang lebih mudah terlibat dalam gejala sosial. Cuba lihat persekitaran anda, apabila mak cakap, "pergi mandi", walaupun 10 kali, tetap tidak berganjak. Apabila ayah cakap, "pergi mandi", sekali cakap, terus pergi.

Isteri ada kelebihan yang tiada pada suami
Someone may say, "You are a chauvinist dude! You are stating that men are superior than women."

No, dude, I am not a chauvinist. Saya hanya menyatakan, lelaki mempunyai kelebihan dalam perkara ini, berbanding wanita. Manakala, jangan dilupakan, perempuan mempunyai kelebihan dalam perkara yang berbeza.

Stating the fact, rumah yang tidak sempurna (tidak bersih, tidak teratur dan tidak terurus) akan melahirkan anak yang lebih mudah terlibat dalam gejala tidak sihat. Ini juga adalah keputusan daripada kajian sains. Perempuan adalah kaum yang superior dalam memastikan rumah yang sempurna. Cuba perhatikan keluarga anda apabila ibu anda terpaksa menemani kakak anda di hospital.

Jadi, kerana itulah Allah swt wajibkan lelaki memberikan nafkah kepada wanita, atas dasar sharing the responsibility. Lelaki sediakan wang, makan dan pakaian kepada wanita, kemudian wanita menguruskannya untuk memastikan keluarga terjaga dengan baik.

Kesimpulan
Baiklah, ini adalah pendapat conventional. Segala masalah kini, adalah akibat daripada perempuan/lelaki mahu mengambil alih tugas yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Maka, mereka terpaksa menanggung beban yang lebih besar daripada yang sepatutnya mereka tanggung.

Perempuan yang sepatutnya menyediakan persekitaran rumahtangga yang kondusif, mahu bekerja pula. Lelaki pula, sepatutnya menyediakan segala kelengkapan rumahtangga, malas pula bekerja, mahu duduk di rumah sahaja, akhirnya kelengkapan rumah tangga tidak cukup, maka, isteri terpaksa bekerja.

Cadangan
Kembalilah kepada asal. Lelaki perlu rajin bekerja, perempuan pula menguruskan rumahtangga di rumah. Kalau perempuan nak bekerja juga, perempuan perlulah memastikan tugasnya di rumah, tetap mampu dilaksanakan, kerana hanya mereka yang mampu melakukannya. Sharing responsibilities, bukannya cari responsibility.

Isnin, 29 September 2014

Sistem Demokrasi [Kelemahan]

KENAPA YANG JAHAT SELALU MENANG DALAM DEMOKRASI?

Demokrasi kita sekarang bukanlah sentiasa sistem yang terbaik. Sepertimana kata Blackadder (lakonan Rowan Atkinson) berkenaan isu "hanya nobles sahaja yang patut mengundi", Blackadder berkata "of course it is not fair, and a damn good thing too".

Yang jahat selalu menang, kerana apa yang mereka lakukan adalah mengikut kemahuan naluri manusia, perangai manusia yang selesa hidup dengan apa yang mereka ada pada sesuatu masa.

Mereka semestinya mahukan sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka ada sekarang. Tapi, pada masa yang sama, mereka tidak mahu kehilangan apa yang mereka sudah ada sekarang. Malah, perasaan "tidak mahu hilang" ini jauh lebih kuat daripada perasaan "mahu lebih". Perhatikan diri anda, dan anda akan perasaan, ini adalah sesuatu yang sangat tepat.

Kerana itulah, sistem demokrasi, yang mana ia merangkumi semua pihak, akan ada pihak yang mengundi pihak yang boleh menjanjikan bahawa mereka "tidak akan hilang" benda yang mereka ada sekarang. Pihak ini selalunya golongan yang miskin, dan selalunya golongan yang miskin adalah sangat ramai.
Kerana itulah, dalam Communist Manifesto cakap, "The proletarians have nothing to lose but their chains" dalam usahanya untuk persuade orang ramai bangun membuat revolusi.
Kenapa Tidak Memilih Yang Menjanjikan Yang Lebih Baik?

Persoalannya, kenapa golongan miskin agak reluctant untuk memilih parti yang menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang mereka ada sekarang, sebaliknya kekal mengundi yang ada sekarang? Ini kerana, janji tetap kekal janji. Ia adalah uncertainty. Everything can happen.

Namun, sebenarnya, ada sebab yang lebih besar lagi. Mereka tidak berminat pun untuk melibatkan diri di dalam proses memilih pemimpin. Mereka sebaliknya mereka hanya memikirkan berkenaan makan-pakai mereka sahaja. Perkara ini bukan salah mereka kerana, politics is a luxury.

Hanya apabila seseorang tidak lagi perlu memikirkan pasal makan-pakai mereka, barulah mereka ada luxury untuk memikirkan siapa pemimpin mereka. Perkara ini tidak mampu diubah melainkan dengan menaikkan taraf hidup mereka.

Adakah pemimpin yang zalim ini akan menaikkan taraf hidup rakyat? Kemungkinan besar, tidak. Dan, adakah rakyat yang miskin ini akan menukar kerajaan kerana mahukan perubahan? Kemungkinan besar, tidak.

Ia adalah infinite loop, yang mana, kerana itu, yang jahat, akan selalu menang. Yang baik akan terkial-kial di bawah.

Jumaat, 25 Julai 2014

Wala' Membuta?

Saya sentiasa berasa puzzled berkenaan 'wala membuta'.

Apakah sebenarnya benchmark bagi 'wala membuta'? Siapakah yang sepatutnya menetapkan benchmark bagi wala' membuta ini?

Pada pendapat saya yang hina ini, pemuda Malaysia masakini penuh dengan golongan yang suka menghukum orang lain serta tidak lagi pandai menghormati pendirian orang lain.

Apabila orang lain boleh terima pendapat pimpinan, kita tuduh mereka 'wala membabi-tuli' kepada pimpinan. Ianya seakan-akan kita menyatakan kepada mereka, pendirian dan pendapat mereka tidak lagi dikira sebgai sesuatu yang bernilai.

We think, we are the benchmark of what is a 'good wala', so, siapa yang tak ikut pendirian kita, will be labelled as a 'stupid turd yang xde pendirian'.

Sebenarnya, apa yang kita unconciously stated adalah,
"You stupid. Just follow my stand. If you are against mine, you are being 'wala' membuta!"

Yes, dear brother, that is irony.

Hudud - Menjawab Beberapa Persoalan

"jika ini masih tanah orang lain, adakah kamu layak nak bercucuk tanam di atas tanah orang itu?"

Begitulah kata-kata Benz Ali pada tarikh 6 May 2014, apabila membuat perbandingan terhadap isu hudud dan negara Islam.

Sesungguhnya ini adalah perbandingan yang tidak tepat.

Kewujudan Pihak Yang Ekstrim
Dengan tidak menafikan wujudnya golongan yang sedikit keras terhadap definisi negara Islam, ana berpandangan sebaliknya.

Negara Islam bagi sesetengah pihak (Hizbut Tahrir) membawa pengertian negara khilafah sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Malahan, mereka cuba menggunakan struktur organisasi yang sama dengan struktur di zaman Nabi saw.

Pada ana, negara Islam adalah negara yang meletakkan dasarnya dengan dasar Islam dan sentiasa berusaha memenuhi tuntutan agama.

Umat Islam pada zaman ini tidak perlu mengikut struktur organisasi pentadbiran yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Cara perlaksanaan pentadbiran merupakan perkara yang jatuh kepada bahagian ijtihad pemimpin-pemimpin Islam. Pentadbiran bukanlah perkara agama yang tidak boleh berlakunya ijtihad oleh orang-orang yang datang selepas beliau.

Asas-Asas Negara Islam
Yang penting, tujuan dan asas bernegara yang diterapkan oleh Rasulullah saw, perlu dijadikan asas dan tujuan setiap model negara yang ingin dicipta.

Contohnya, Islam menganjurkan perpaduan dan mengelakkan persengketaan antara muslim. Malahan, menurut hadis sahih, apabila dua khalifah dilantik, khalifah yang kedua boleh dibunuh. Begitu sekali Islam menganjurkan perpaduan sesama umat.

Justeru, negara Islam adalah negara yang menyeru kepada kesepaduan umat Islam. Tidak boleh untuk rakyat sesebuah negeri dalam negara yang ditadbir untuk keluar dari negara tersebut untuk membuat negara sendiri. Kerana itulah Dr Yusuf Al-Qardhawi sekeras-kerasnya menolak referendum pemisahan Sudan dan South Sudan pada tahun 2011, dan menyeru semua umat Islam menyatakan tidak kepada pemisahan itu.

Antara perkara yang perlu ditekankan adalah konsep keadilan sejagat. Tidak dikira negara itu negara Islam (walaupun menurut struktur khilafah), jika keadilan diletakkan di tempat kedua. Apabila negara mengamalkan sistem yang membenarkan satu pihak bermaharajalela melakukan kezaliman, itu jelas menunjukkan negara tersebut tidak memenuhi kriteria negara Islam.

PAS Usaha Hudud, Bermakna PAS Anggap Malaysia Negara Islam?
Menurut Benz Ali, apabila PAS berusaha membawa hudud ke perlembagaan, ini bermakna PAS sudah menganggap Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Analogi dibawanya, iaitu, jika bukan tanah sendiri, takkan kita boleh bercucuk tanam. 

Sebagai pendokong PAS (baca: Islam), ana tidak pernah terfikir bahawa hudud perlu dilaksanakan selepas kewujudan negara Islam. Malah, sesiapa yang beranggapan bahawa hudud hanya boleh dilakukan di negara Islam sudah melakukan kesilapan.

Malahan, menurut saya, hudud merupakan salah satu ciri yang melengkapkan konsep negara Islam. Sepertimana yang ditulis di atas, negara Islam merupakan negara yang meletakkan dasarnya sebagai Islam. Justeru, tidak dikira negara Islam itu syumul melainkan hukum hudud tidak dilaksanakan.

Hudud Tetap Wajib Dilaksana
Ada pihak yang beranggapan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan, sehingga suasana negara adalah kondusif dan adil. Pada hemat saya, pandangan ini perlu dihaluskan.

Tujuan hukum jenayah Islam itu sendiri adalah untuk melahirkan keadilan. Maka, apabila kita inginkan keadilan, hukum hudud dan qisas perlulah dijalankan.

Apatah lagi undang-undang jenayah pada masa kini adalah amat zalim. Membiarkan kezaliman ini tanpa perubahan, sambil mengharapkan keadilan (kemudian, barulah mahu wujudkan hudud), itu sungguh lucu. Apatah lagi, jika undang-undang zalim inilah yang membenihkan jenayah dalam masyarakat.

Jika mahu melihatkan contoh undang-undang jenayah pada masa ini, contohnya rogol, maka, hukuman kini itu amat zalim kepada mangsa rogol. Kebanyakan hukuman yang dijatuhkan ke atas perogol apabila disabit kesalahan, adalah hukuman sebat dan penjara. Kesimpulan bagi hukuman ini adalah:
1) Lelaki dapat rasa enak merogol.
2) Lelaki dihukum kerana merogol.
3) Lelaki boleh keluar untuk merogol lagi.
4) Perempuan trauma dirogol.
5) Perempuan menanggung malu sewaktu pembicaraan mahkamah.
Inilah masalah yang berlaku. Undang-undang berat sebelah ini, tidak memberikan keadilan ke atas mangsa. Ini kerana, mangsa tidak mendapat apa-apa pampasan, sedangkan dia sudah kehilangan sesuatu yang sangat bernilai. Hakikat bagi konsep 'keadilan' adalah, setiap yang hilang, perlu diganti. Namun, sistem sekarang ini, mangsa yang hilang dara (dikira sebagai perkara yang sangat penting bagi diri wanita), tidak mendapat apa-apa ganti. Sepatutnya, mangsa diberi pampasan sebagai penyejuk hatinya, dan inilah yang ada di dalam hukum Islam.

Jadi, adalah pelik untuk mencari keadilan, dalam keadaan membiarkan sistem undang-undang yang zalim kini berleluasa, tanpa diganti dengan hukuman Islam yang adil.

Hudud dan Keadilan Pengagihan
Ada pula yang beranggapan bahawa hudud tidak boleh dijalankan sehingga keadilan pengagihan dijalankan. Perkara ini juga perlu dihalusi.

Keadilan pengagihan bermaksud keadilan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat. Pada pandangan ini, ia berpendapat, jika negara yang tidak mengagihkan kekayaan dengan baik, negara ini akan menghasilkan jurang kekayaan antara golongan atasan dan golongan bawahan. Golongan bawahan yang ditindas ini, akan dizalimi, jika mereka dihukum melakukan jenayah, sedangkan mereka sebenarnya terdesak.

Pandangan ini telah silap, atas beberapa sebab.
Pertama, jikalau kezaliman dalam mengagihkan harta rakyat telah berlaku, sehingga ada orang miskin yang ditindas sehingga tiada langsung pada mereka makanan, mereka tetap tidak boleh mencuri. Mencuri adalah jenayah, tidak kira dalam apa-apa situasi sekalipun. Ia sudah menjadi suatu common sense, sehinggakan kanak-kanak yang kecil pun sedar bahawa mencuri itu adalah suatu jenayah..Malah, meminta sedekah adalah lebih baik daripada mencuri. Justeru, keadilan tetap perlu ditegakkan, walaupun pencuri itu merupakan seorang yang tertindas. Ini kerana, di dalam Islam, darurat tidak akan membatalkan hak manusia lain. Kecurian ini, bermakna, manusia itu telah menceroboh hak-hak orang lain. Justeru, adalah adil, untuk menghukum pencuri itu.
Kedua, jikalau kezaliman itu telah membenihkan darurat kepada golongan bawahan dan menyebabkan kehidupan mereka sangat terdesak, dan permohonan zakat ditolak kerana kejengkelan sistem zakat, dan rakyat kedekut sehingga meminta sedekah pun tidak mampu menanggung makan minum mereka, maka, kesudahannya, mereka terpaksa mencuri. Namun, kita perlu sedar, kecurian kerana terdesak ini, tidak sekali-kali akan dihukum dengan hukuman hudud, kerana kecurian ini tidak sepatutnya mencapai nilai nisab yang telah ditetapkan, untuk hukuman potong tangan. Tidak mungkin seorang yang terdesak terpaksa mencuri kereta untuk menampung makan minumnya. Jika dia benar-benar terpaksa, dia pasti hanya akan mencuri sekadar cukup makan di dalam perutnya, seperti roti dan air. Jika pencuri mencuri lamborghini, itu pasti bukan kerana terpaksa, sebaliknya, kerana mereka sememangnya jahat dan berniat mencuri. Golongan sebegini, perlu dihukum kerana mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.
Ketiga, kesemua kesalahan di dalam hudud dan qisas, tiada satu pun yang boleh dikurangkan dengan mewujudkan keadilan pengagihan. Contohnya, berzina, adakah dengan wujudnya keadilan pengagihan, penzina akan kurang berzina? Merompak dan mencuri, adalah seperti yang di atas, mereka melakukan jenayah ini, bukan kerana mereka dizalimi oleh pemerintah, sebaliknya kerana kejahatan itu sudah sebati dalam diri mereka. Minum arak, adakah dengan wujudnya keadilan pengagihan, peminum arak akan berhenti meminum arak? Murtad, adakah dengan wujudnya keadilan pengagihan, orang ramai tidak akan murtad? Menuduh zina, adakah dengan wujudnya keadilan pengagihan, orang ramai tidak akan lagi menuduh zina? Bunuh, adakah dengan wujudnya keadilan pengagihan, pembunuh tidak akan membunuh lagi? Jelas sekali, kesemua jenayah di dalam hudud dan qisas ini sama sekali tiada kaitan dengan keadilan pengagihan, dalam erti kata, tidak wujud direct relation antara keadilan pengagihan dan jenayah itu.

Atas tiga sebab ini, saya kira, keadilan pengagihan tidak mendahului hudud/qisas, dan ia juga tidak didahului oleh hudud/qisas. Dua perkara ini adalah perkara yang tiada kaitan sama sekali. Jadi, kedua-duanya boleh digerakkan bersama-sama, tidak perlu tunggu keadilan pengagihan dijalankan dahulu, mahupun sebaliknya.

Namun, asasnya, ada dua golongan manusia yang mengutarakan pandangan ini. 
Yang pertama, adalah golongan yang menyatakan bahawa PAS perlu lebih mengutamakan keadilan pengagihan berbanding hudud. Pada pendapat saya, sambil menghormati pandangan pihak ini, keputusan untuk mengutamakan apa-apa dasar, ia adalah keputusan yang hanya boleh diputuskan kepimpinan tertinggi parti. Walau apa pun keputusan kepimpinan, keadilan tetap merupakan agenda terbesar PAS, cuma ia mungkin berada di tempat kedua. Perbezaan sedikit seperti ini, tidak patut menjadi bahan pertengkaran antara penggerak Islam.
Yang kedua, adalah golongan yang tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat dan hujah di atas, sambil memetik kata-kata masyaikh-masyaikh mereka. Bagi pihak ini, amat penting untuk mereka berhati-hati untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke lembah mazmumah, iaitu bongkak. Allah swt bukan sahaja mengurniakan aqal kepada mereka, malahan, kepada orang lain juga. Tidaklah layak untuk mereka merasakan pendapat mereka wajib diikuti oleh orang lain, padahal, mereka sendiri tidak mahu jika pendapat orang lain diwajibkan ke atas mereka. Oleh itu, mereka perlu lebih berlapang dada dan tidak meletakkan keegoan diri sebagai puncak tujuan. Sememangnya wujud pemuda yang memanggil orang lain dengan panggilan buruk seperti "jumud", "tidak boleh menerima nasihat", semata-mata tidak berpuas hati pendapat mereka tidak diterima. Golongan yang tergolong dalam golongan ini kebanyakannya adalah anak muda yang baru bertatih. Semoga Allah swt menyelamatkan mereka.

Hudud dan Raja
Apabila Sultan Brunei dikecualikan daripada hukuman hudud, maka, ramai yang mengkritik undang-undang tersebut. Malahan, ada yang menolak hukum hudud, jika raja-raja tidak dikenakan hukuman bersekali.

Secara asasnya, menurut Islam, sememangnya semua orang Islam tertakluk di bawah undang-undang kanun jenayah syariah ini, tidak kira dia berstatus raja, mahupun rakyat jelata. Malahan, Rasulullah saw pernah mengingatkan bahawa kehancuran sesebuah masyarakat adalah apabila golongan kaya tidak dikenakan hukum hudud yang sepatutnya dikenakan ke atas mereka.

Memang benar, ia akan membenihkan kehancuran. Namun, pada pandangan saya yang hina dina ini, kehancuran itu hanya berlaku jika raja-raja di Malaysia mempunyai kuasa mutlak sebagaimana raja-raja (pembesar) pada zaman Baginda saw. Pada zaman itu, jika raja-raja bebas membuat jenayah tanpa hukuman, pasti yang jahat-jahat sahaja yang akan memerintah, kerana pemimpin yang baik akan dibunuh oleh keturunan raja yang berperangai jahat. Yang jahat ini pula akan dibunuh pula oleh yang lebih jahat, kemudian, kerajaan akan menjadi semakin jahat dan semakin zalim. Justeru, negara akan segera hancur berkecai akibat daripada perlakuan sebegini. Namun, pada zaman ini, raja-raja hanyalah simbol yang tidak mempunyai apa-apa kuasa. Kata-katanya bukanlah binding law yang wajib diikuti. Bilangan mereka hanya secubit daripada bilangan penduduk Malaysia. Maka, pada zaman ini, pihak yang mempunyai kuasa, adalah kerajaan yang memimpin. Jika mereka tidak diadili, maka, hancurlah negara.

Kembali kepada persoalan ini, ada beberapa perkara penting yang perlu diteliti. 
Pertama, jika hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia, ia sama sekali tidak akan mengenepikan raja-raja, menurut pandangn pakar perundangan seperti Dr Abdul Aziz Bari. Ini bermakna, raja-raja di Malaysia tertakluk di bawahnya juga, tidak seperti hudud Brunei, mereka akan dihukum sebegitu juga. Adalah menjadi keinginan PAS untuk melaksanakan hudud seperti yang disebut di atas.

Kedua, jika mengambil suatu situasi teori, yang mana hanya raja-raja dan sultan-sultan tidak tertakluk kepada undang-undang ini, kesan terkecualinya mereka itu adalah cukup kecil. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk memanipulasi apa-apa. Pihak yang berkuasa, tetap akan diadili menurut undang-undang yang sama. Namun, keadaan ini hanyalah suatu teori semata-mata. PAS tidak pernah mahu mengecualikan sesiapa daripada hukum Islam.

Jika hudud dilaksanakan pada peringkat awal dengan pengecualian raja-raja, maka, itu bukanlah kerana i'tikad, namun, ia kerana terpaksa, dan boleh diusahakan setingkat demi setingkat, sehinggalah raja-raja termasuk sekali di dalam undang-undang ini. Jikalau sekalipun mereka tidak termasuk dalam undang-undang hudud, mereka tetap akan didenda melalui undang-undang konvensionl sekarang.

Pihak yang WAJIB dimasukkan dalam hudud adalah pihak kerajaan yang memerintah. Jika mereka terkecuali, pasti negara akan hancur.

Namun, hati saya terasa agak lucu apabila ada pihak yang mengatakan bahawa mereka hanya akan bersetuju dengan perlaksanaan hudud, jika dan hanya jika raja termasuk. Katanya, "kalau raja tak termasuk, jangan harap nak dapat sokongan aku". Sebenarnya, dalam undang-undang sekarang pun, raja diadili berbeza daripada rakyat biasa. Jadi, mereka rela hidup dalam kezaliman undang-undang kini, hanya kerana undang-undang kepada raja masih sama? Bukankah itu pendirian yang lucu? Kata-kata yang dipetik di atas, layak disebut jika undang-undang yang mengadili raja pada masa ini adalah lebih baik. Jika undang-undang hudud lebih baik, bukankah sepatutnya disokong?

Penutup
Ada dua lagi persoalan yang penting yang perlu dikupas, di bawah tajuk, "Hudud dan Kefahaman Rakyat" dan "Jika dilaksana sebahagian sahaja, kemakmuran yang dijanjikan Allah swt tidak akan berlaku". Dan saya kira, dua tema ini perlu ditulis secara berbeza. Semoga Allah swt membantu dan memberi hidayah kepada kita semua.

Wallahu a'lam, Sesungguhnya, Allah adalah yang Maha Mengetahui.


Isnin, 5 Mei 2014

Hudud - Mengapakah Pelaku Zina Dihukum Mati?


"Hudud is totally unjustifiable. They say hudud is fair, but why hudud punishes consensual intercourse which is not a crime?"

Begitulah kata-kata sebahagian orang bukan Islam apabila mereka memikirkan tentang hudud. Antara dua isu yang sangat besar dan sukar untuk diterima akal adalah hukuman terhadap penzina dan orang yang murtad. Ramai pendakwah yang tidak mampu untuk menjelaskan dengan lebih baik tentang perkara ini. Akibatnya, hudud dilihat sebagai hukuman yang tidak adil dan perlu dijauhi.

InsyaAllah, saya akan menjelaskan sedikit sebanyak keadilan hudud dari sudut hukuman mati terhadap orang yang berzina.

Apakah Itu Zina?
Zina bermaksud persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan pasangan suami isteri dan milik dan tidak termasuk dalam wathi syubhah. Hukuman bagi pelaku zina yang belum berkahwin adalah disebat seratus kali dan dibuang negeri selama setahun. Manakala bagi pelaku zina yang sudah berkahwin adalah dihukum rejam sampai mati.[1]

Persetubuhan ini mestilah di luar daripada segala macam syubhah. Contohnya, jika si suami menyangka bahawa yang disetubuhinya itu adalah isterinya kerana gelap. Si suami tidak akan dijatuhkan hukuman rejam atas kesilapan itu.

Asas Penentangan Terhadap Hukuman Hudud Terhadap Jenayah Zina
Penentangan orang bukan Islam terhadap hukuman rejam terhadap pelaku zina adalah kerana mereka menganggap bahawa melakukan persetubuhan dengan izin adalah suatu perkara yang tidak mendatangkan masalah.

Kajian daripada The Guttmacher, Amerika Syarikat, pada tahun 2002, 75% daripada respondent berusia kurang daripada 20 tahun sudah melakukan pre-marital sex.[2]

Begitu juga menurut buku Premarital Sex: How Young Americans Meet, Mate and Think About Marrying yang mengatakan bahawa 2/3 daripada remaja berusia bawah 18 tahun adalah mempunyai pengalaman dalam melakukan hubungan seksual.

Pandangan tentang premarital-sex sudah banyak berubah berubah mengikut peredaran zaman. Pada tahun 1980-an, hanya 33-37% rakyat Amerika berpendapat bahawa premarital sex adalah tidak salah.[3]

Oleh itu, apabila mereka beranggapan bahawa premarital sex sebagai tidak salah, maka, hukuman terhadap jenayah zina sudah pasti tidak adil.

Tujuan Hukuman Terhadap Pelaku Zina Menurut Kaca Mata Islam
Hukuman terhadap zina adalah untuk menjaga keturunan dan kehormatan. Namun, soalan yang mungkin ditanya adalah "bagaimana zina boleh dianggap sebagai menjejaskan keturunan dan kehormatan?"

Zina sebenarnya bukan hanya merosakkan keturunan dan kehormatan, ia sebenarnya merosakkan sistem masyarakat itu sendiri.

Zina Merosakkan Seluruh Masyarakat
Zina bukan sahaja merosakkan keturunan dan kehormatan seseorang individu, bahkan, ia merosakkan keseluruhan masyarakat. Apabila zina dibiarkan, ia menyebabkan keseluruhan wanita teraniaya.

Kita perlu memahami tujuan persetubuhan. Ini perlu dilihat melalui kaca mata lelaki dan wanita. Lelaki melakukan hubungan seksual kerana keseronokan. Manakala wanita melakukannya atas dasar sayang. Menurut John Gray, lelaki memerlukan hubungan seksual untuk merasakan kasih sayang, manakala perempuan memerlukan kasih sayang untuk melakukan hubungan seksual.[4]

Perbezaan ini merupakan suatu pertukaran kehendak antara dua individu. Lelaki menginginkan hubungan seksual, manakala perempuan menginginkan kasih sayang. Apabila lelaki memberikan kasih sayang yang diingini wanita, lelaki akan berpeluang memperolehi apa yang mereka inginkan, iaitu hubungan seksual.

Konsep ini ibarat konsep jual-beli. Wanita menjual dan lelaki membeli.

Oleh kerana wanita merupakan penjual, wanita mempunyai kuasa untuk menetapkan 'harga'. Menurut Islam, 'harga' yang sepatutnya wanita letakkan adalah perkahwinan. Meletakkan harga lebih tinggi ataupun lebih murah daripada itu, akan memudaratkan masyarakat.

Apabila premarital sex dibenarkan, ini bermakna wanita meletakkan harga yang murah bagi lelaki untuk memperoleh apa yang lelaki inginkan selama ini, iaitu hubungan seksual.

Saya katakan bahawa premarital sex adalah 'harga yang murah' adalah kerana perempuan 'menjual' dalam keadaan mereka tidak akan memperoleh apa yang mereka inginkan, iaitu kasih sayang. Pastinya, kemuncak kasih sayang yang wanita inginkan adalah terbinanya rumah tangga. Namun, apabila mereka menjual pada harga ini (premarital sex), tiada lagi sebab untuk lelaki memberikan 'kemuncak kasih sayang' yang mereka (perempuan) inginkan.

Perkahwinan Adalah Pengorbanan
Perkahwinan memerlukan pengorbanan yang besar bagi lelaki.

Mereka terikat dengan tanggungjawab. Apabila mereka sudah berkahwin, mereka perlu menanggung makan dan minum bagi dua orang manusia. Mereka tidak lagi boleh hidup sesuka hati mereka, semua perkara yang mereka ingin lakukan, perlu dibawa berbincang dengan isteri. Apabila berkahwin, segala tanggungjawab perlu dikongsi bersama, daripada menjaga anak sehinggalah membayar pinjaman perumahan. Dalam masyarakat yang tidak memandang premarital sex sebagai perkara yang salah, lelaki juga tidak lagi boleh menjalinkan hubungan dengan wanita lain kerana perkahwinan memerlukan kepada kesetiaan, sedangkan jika tidak berkahwin, mereka boleh menjalinkan hubungan dengan ramai wanita dalam masa setahun.

Begitu beratnya 'pengorbanan' yang perlu diberikan untuk menjayakan sebuah perkahwinan. Jadi, tiada lelaki yang ingin memperisterikan wanita yang menjual pada harga yang murah ini, kerana mereka sudah memperolehi apa yang mereka mahu tanpa perlu mengorbankan apa-apa.

Jelas sekali, premarital sex (zina) akan menzalimi wanita!

Kezaliman Merangkumi Kesemua Wanita
Malangnya, premarital sex bukan sahaja menzalimi wanita yang melakukannya, bahkan ia menzalimi wanita yang suci dan berusaha menjaga kehormatan diri mereka.

Apabila wanita yang suci ini meletakkan harga yang tinggi kepada lelaki dalam masyarakat yang menganggap premarital sex tidak bermasalah, wanita yang suci ini teraniaya. Tiada lelaki yang mahu berkorban untuk memperisterikan wanita yang suci ini, kerana lelaki dapat 'membeli' dengan murah daripada perempuan lain.

Maka, wanita yang suci ini terpaksa menjadi anak dara tua, semata-mata kerana dia mahu mendapatkan apa yang dia inginkan, iaitu kemuncak kasih sayang.

Jelas sekali, perlakuan premarital sex hanya menguntungkan lelaki dan menzalimi wanita. Bukankah ini suatu perkara yang perlu kita usaha untuk halang?

Cuba baca kisah ini, wanita Montreal yang masih menunggu "The One", sehinggalah sekarang, berumur 45 tahun.

Kesan Zina Kepada Emosi Wanita
Kesan masalah ini, bukan berhenti di sini sahaja. Apabila berkurangnya lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga dengan wanita, maka, bilangan wanita yang berstatus anak dara tua semakin meningkat. Biological clock bagi wanita menyatakan bahawa semakin mereka berumur, semakin sukar untuk mereka mengandung dan semakin bahaya untuk mereka melahirkan anak.

Sedangkan naluri wanita sangat-sangat menginginkan anak untuk disayangi. Ini sekali lagi menzalimi wanita.

Kesan Zina Kepada Masyarakat
Namun, wanita tidak akan berhenti pada saat ini sahaja untuk mencapai apa yang mereka ingini. Mereka akan berusaha menggunakan apa cara sekalipun untuk mendapat anak. Termasuklah menggunakan perkhidmatan bayi tabung uji dan sebagainya. Apabila mereka mempunyai anak, semakin sukar untuk mereka mencari suami. Lelaki tidak suka menjaga kanak-kanak yang bukan darah daging mereka. Sekali lagi, ini menutup peluang wanita daripada mencari kasih sayang yang mereka inginkan.

Namun, perkahwinan mempunyai kesan yang amat besar kepada anak-anak juga. Kanak-kanak yang lahir daripada sebuah keluarga yang hancur (termasuklah perceraian ataupun ibu tunggal), akan menghasilkan anak yang nakal.[5][6]

Anak-anak yang nakal inilah yang akan membawa jenayah berat ke dalam masyarakat, contohnya jenayah menghisap dadah, mencuri dan lain-lain.

Justifikasi Hudud Terhadap Pelaku Zina
Kesan berantai terhadap perlakuan zina ini menyebabkan Islam memandang berat terhadap perlakuan ini. Mungkin kesan sebegini tidak difikirkan oleh ahli fiqh kerana mereka hanya mengambil hukum hakam daripada nas yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis. Namun, jika diteliti secara lebih mendalam, inilah kesannya terhadap masyarakat.

Jadi, jika perlakuan ini tidak dihalang, masyarakat akan hancur. Justeru, pelakunya dikenakan hukuman yang sangat berat. Pelaku zina yang tidak pernah berkahwin, dihukum dengan rotan sahaja kerana mereka tidak pernah merasai nikmat perkahwinan. Justeru, mungkin curiousity yang memuncak menyebabkan mereka terjebak ke dalam kancah ini.

Namun, pelaku zina yang muhsan pernah merasai nikmat persetubuhan, malahan, mereka mampu untuk berkahwin lagi jika mereka menyukai orang lain. Sebaliknya mereka memilih jalan singkat ini. Layaklah untuk mereka untuk dihukum, demi menjaga wanita dan masyarakat daripada kehancuran.

Kesimpulan
Saya tidak menyebut sebab-sebab lain yang sudah selalu dinyatakan oleh orang lain. Contohnya, tersebarnya penyakit, runtuhnya institusi rumah tangga apabila suami melakukan hubungan sulit, pembuangan bayi dan lain-lain. Saya memandang hukuman hudud terhadap pelaku zina adalah adil dan saksama, jika ingin dibandingkan dengan kesan perbuatan tersebut kepada masyarakat.

Edit (06/05/2014): Ada seorang sahabat yang menyarankan saya menulis kesan zina menurut kacamata kesihatan, namun, saya tidak mampu melakukannya kerana saya tidak nampak perbezaan antara zina dan persetubuhan suamu isteri. Kesan buruk hubungan kelamin tetap sama, tidak kira berkahwin ataupun tidak, penyakit kelamin tetap akan berjangkit.

Rujukan:
[1] Isu Hudud - Abdul Hadi jawab Mahathir, Abdul Hadi Awang, terbitan Percetakan As-Saff, ms 7-10.
[2] Trends in Premarital Sex in the United States, 1954–2003, Lawrence B Finer, 2007, diambil daripada http://www.guttmacher.org/pubs/journals/2007/01/29/PRH-Vol-122-Finer.pdf.
[3] Harding, D. J., & Jencks, C. (2003). Changing attitudes toward premarital sex. Public Opinion Quarterly, 67(2), 211–226.
[4] Men Are from Mars, Women Are from Venus, John Gray.
[5] Wassermen G, et al. Risk and Protective Factors of Child Delinquency. Child Delinquency Bulletin Series, Diambil daripada https://www.ncjrs.gov/pdffiles1/ojjdp/193409.pdf
[6] Abrue M. Single Parent Homes Effect on Adolescence. Diambil daripada http://www.sarasota.usf.edu/academics/cas/capstone/2010-2011/interdisciplinary%20social%20sciences/abreu-single%20parent%20homes%20effect%20on%20adolescence.pdf

Sabtu, 26 April 2014

PAS Di Persimpangan: Hudud 2014

Pendapat yang menyatakan bahawa perlaksanaan hudud perlu didahului dengan penerangan sehingga difahami oleh masyarakat, juga merupakan pendapat Syeikh Muhammad Al-Ghazali juga dalam kitabnya Laisa Minal Islam.

Walaupun begitu, persoalan hudud di Malaysia, perlu melihat situasi masyarakat di Malaysia sebelum kita buat kesimpulan bahawa pendapat ini lebih tepat ataupun tidak.

Justeru, pendapat Syeikh Muhammad Al-Ghazali adalah pendapat yang kurang tepat jika melihatkan situasi Malaysia. Ini kerana, mengharapkan berlakunya penerangan menyeluruh oleh kerajaan Malaysia adalah ibarat menunggu pokok ciku berbuah durian. Pendapat ini mambawa kesan, iaitu, hudud tidak akan mampu ditegakkan sampailah kita ke liang lahad. Memilih pendapat yang tidak akan membuahkan hasil, adalah satu tindakan yang tidak berapa tepat.

Ini berbeza apabila undang-undang ini diwartakan di parlimen. Kerajaan Malaysia perlu mempertahankan undang-undang ini, justeru terpaksa memberikan penerangan kepada rakyat terhadap kebaikan undang-undang ini. Sepertimana GST diwartakan terlebih dahulu, kemudian penerangan besar-besaran dibuat untuk convince rakyat akan kebaikan GST.

Farish Noor dan Kesilapannya

Menilai pandangan Farish Noor yang mengatakan bahawa PAS tersilap langkah kerana termasuk jerat musuh, dan saranannya supaya menumpukan isu ketirisan dan sebagainya, ia memerlukan pertimbangan politik yang lebih dalam. Justeru, ana berbeza pendapat dengannya. Boleh rujuk tulisannya di Malaysian Insider.

PAS berada di persimpangan, terutamanya setelah PRU13. PAS yang  dimomokkan oleh beberapa pihak sebagai telah hilang jatidiri Islam akibat bersama PR, dan ini banyak menjauhkan orang Melayu daripada PAS. PAS dimomokkan dengan isu syiah, isu liberal dll, dan ini sedikit sebanyak mencalarkan imej PAS.

Semua perlu sedar bahawa PAS tidak bertanding di kawasan Cina, PAS bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kekalahan PAS di kawasan bermajoriti Melayu, antaranya adalah kerana PAS dilihat sudah meninggalkan Islam di dalam perjuangan. Justeru, mengembalikan kepercayaan pengundi Melayu terhadap jatidiri Islam yang PAS bawa, adalah sangat perlu untuk menambahkan undi kepada PAS di kawasan luar bandar.

Apabila pihak kerajaan menyatakan kesudian untuk memberi peluang untuk hudud, ada dua tanggungjawab yang PAS pikul.
1) Tanggungjawab kepada Allah. Hudud perlu dilaksanakan apabila diberi peluang, dan menangguhkannya tanpa sebab yang munasabah/syar'i adalah tidak dibenarkan. Penangguhan yang dilakukan sebelum ini adalah kerana mendapat tentangan yang kuat daripada pihak berkuasa. Justeru, apabila kerajaan memberi lampu hijau, PAS wajib mengambil peluang ini, mahu atau tidak mahu.
2) Tanggungjawab kepada dakwah dan perjuangan. Tidak berusaha membawa draf ini ke parlimen, hanya akan menjauhkan lagi pengundi Melayu daripada PAS. Bertambahlah bahan-bahan 'bukti' bahawa PAS sudah meninggalkan semua prinsip Islam yang mereka bawa. Semakin lantanglah tuduhan bahawa PAS adalah liberal dan sebagainya.

Kita semua sedar bahawa 'lampu hijau' itu sememangnya jerat. Namun, untuk tidak melangkah ke dalam jerat, ataupun melangkah ke dalamnya, ia memerlukan lebih banyak pertimbangan. Ana kira, keputusan PAS untuk 'memasuki jerat dan memanipulasi jerat untuk kebaikan PAS' adalah lebih banyak faedahnya untuk perjuangan PAS, berbanding tidak memasukinya sama sekali.

Wallahu taala a'lam.

Selasa, 18 Mac 2014

Pakcik Yang Berakhlak

Ana berjalan-jalan di Shah Alam. Melihat pemandangan. Suasana yang penuh suram dek jerebu yang melanda. Namun, perjalanan ke pejabat kedutaan tetap perlu diteruskan.

Melangkah ke stesen LRT yang agak jauh, membuatkan diri sukar untuk berlaku sopan kepada penjual tiket di kaunter. Mungkin kerana suasana rakyat Malaysia yang kurang mengamalkan adab islami, kita yang bergelumang di dalamnya, sukar sekali untuk berterusan mengucapkan terima kasih dan senyum.

Sewaktu membeli tiket di kaunter, seorang pakcik berdiri di belakang. Setelah membayar, ana bergerak ke sebelah, untuk memasukkan duit dengan lebih baik ke dalam dompet.

Pakcik ini melangkah ke kaunter dan berkata,
"Assalamualaikum adik. Apa khabar? Pakcik nak tiket ke (blah3)."

Ana secara tiba-tiba berasa seperti berada di dunia yang asing. Begitu sukar sekali mendengar ucapan salam di bumi Islam bernama Malaysia ini. Namun pakcik ini mengucapkannya dengan penuh kebiasaan.

Ana tersedar dari lamunan. Perlakuan pakcik ini membuatkan diri sedar bahawa sudah lama meninggalkan adab Islam yang selalu diperaktikkan sebelum ini di bumi asing.

Dalam susah payah, ana mengambil gambar pakcik tersebut. Moga kekal sihat pakcik!

Akan disisipkan gambar pakcik ini bila berkesempatan.