Jumaat, 26 Jun 2015

Haji Hadi, the New Anwar

TG Haji Hadi sekarang sudah jadi the new Anwar.

Semua perkara disalahkan ke atas beliau. Orang bawahan perangai buruk, "ini menunjukkan kepimpinan Haji Hadi sudah tidak relevan". Apabila orang bawahan abg Suhaizan Kayat berperangai 'buruk', pengkritik boleh pula berfikiran rasional dan menyalahkan orang bawahan tersebut, tidak pula dipalitkan kepada abg Suhaizan Kayat sebagai "tidak pandai menjaga anak buah".

Ini amat membimbangkan. Mereka secara literally membenci batang tubuh TG Haji Hadi, kerana itulah diletakkan semua kesalahan kepada beliau. TG Haji Hadi tidak melakukan kesalahan secara direct (jelas) untuk dikutuk secara direct, kerana itu, mereka terpaksa menggunakan perbuatan orang lain untuk diproxykan ke atas TG Haji Hadi.

"Tiada program dakwah kepada orang bukan Islam, kerana itulah kepimpinan perlu ditukar," kata Leman Raja Lawak, sewaktu ditanya kenapa menyokong Ustaz Ahmad Awang. Bukankah tugas-tugas untuk menghubungkan antara PAS dan orang bukan Islam terletak pada bahu Dr Mujahid Yusuf Rawa? Kenapa ingin ditukar Presiden, tetapi tidak Dr Mujahid?

Ini menandakan kerosakan pemikiran pengkritik sebegini. Mereka tidak sedar mereka bias. Malahan lebih teruk, mereka sangka, mereka sedang berbuat kebaikan. Ini menyedihkan.

Sama seperti DAP. Mereka keluar PR di Sabah dan Sarawak, kemudian memutuskan hubungan dengan Presiden yang dipilih oleh muktamirin (jadi, ini bermakna memutuskan hubungan dengan semua muktamirin), kemudian disalahkan kepada PAS apabila PR berpecah? Ini sungguh lucu.

Lucunya, ada ahli PAS yang menyatakan bahawa PR berpecah semua salah TG Haji Hadi.
Seriously man? Are you on weed or something?

Ahad, 7 Jun 2015

Islam dan Kuasa (Bahagian 1)

Soalan: Ramai pendokong PAS yang tidak berpuas hati apabila ada segelintir ahli PAS yang mengkritik tindakan PAS membawa hudud ke parlimen. Bukankah ini bertentangan dengan konsep meharmonikan perbezaan pendapat?

Penjelasan: Sebelum melangkah jauh, kita perlu sedar akan perbezaan antara ilmu dan kuasa. 13 tahun Rasulullah menyebarkan ilmu di Mekah, namun tiada apa yang mampu dilakukan. Banyak yang boleh dilakukan sesudah memiliki kuasa. Seorang ilmuan, boleh bercakap/mengkritik apa sahaja yang mereka inginkan, namun, mereka tidak melalui apa yang mereka kritik itu. Penguasa yang terpaksa berhadapan dengan dugaan dan cabaran melaksanakan kewajipan yang telah diberikan oleh Allah itu. Ilmuan tidak wajib melaksanakan hudud kerana kuasa tidak terletak pada tangan mereka.

Apabila kita bercakap tentang cara memerintah negeri, semestinya kita perlu mengikut cara Rasulullah. Mungkin ada (pihak yang melampau) yang akan kata, "Kalau begitu, enta mahu kata pemerintah Kelantan maksumlah ya, sebab Rasulullah maksum? Masalahnya, pemerintah Kelantan bukannya Nabi!" Kita sama sekali tidak berpendapat sedemikian. Yang kita katakan adalah kita perlu contohi Nabi saw. Tapi, ada y mgkn tny "Bagaimana mahu contohi Rasulullah sedangkan Rasulullah terima arahan Tuhan, sedangkan kita tidak?"

Ramai yang salah sangka bhw setiap perbuatan Rasulullah saw adalah wahyu belaka. Ada ulama yang berpendapat bahawa Rasulullah boleh berijtihad. Apabila Rasulullah mendapat wahyu, beliau sedang berperanan sebagai seorang Nabi Allah, kata-katanya adalah muktamad, tidak layak dibantah sama sekali. Apabila Rasulullah berijtihad (melakukan syura), maka, itu bermakna, Rasulullah sedang berperanan sebagai seorang Presiden, pendapat Baginda saw boleh ditolak, dan diganti oleh pendapat yang lebih baik. Cara/adab sewaktu Baginda berperanan sebagai Presiden inilah yang wajib dijadikan ikutan oleh kita untuk memerintah.

Antara contoh peristiwa di mana Rasulullah bertindak sebagai Presiden, adalah apabila beliau mengumpulkan pegawai untuk membincangkan tentang cara peperangan Uhud. Jika ini bersifat wahyu, pastinya sahabat tidak akan menyatakan sebarang pendapat mereka di meja mesyuarat, sebaliknya, mereka akan menyatakan, "Allah wa Rasuluhu a'lam". Daripada peristiwa Uhud ini, dapat kita ketahui bahawa syura telah diguna untuk melakukan keputusan, malahan keputusan yang tidak bertepatan dengan pendapat Rasulullah saw.

Daripada kisah ini, dapatlah kita ketahui satu adab yang WAJIB diikuti oleh kita sebagai seorang pendokong gerakan Islam iaitu "ADAB SESUDAH KEPUTUSAN DIBUAT".

Kelakuan ini jelas apabila ada sahabat yang mahu menarik balik pendapatnya untuk berperang di luar kota Uhud, dan Nabi saw ketika itu sudahpun memakai baju perang, maka keluarlah kata-kata keramat dari mulut Rasulullah saw iaitu "Tidak wajar untuk seorang Nabi yang sudah memakai baju besinya, menanggalnya sehinggalah Allah memutuskan antaranya dan musuhnya".

Prinsip ini merupakan prinsip yang diwahyukan Tuhan kepada seorang Nabi yang sedang bertindak sebagai seorang Presiden. Oleh kerana Rasulullah saw sedang berperanan sebagai seorang Presiden, maka cara Rasulullah saw ini wajar diikuti oleh presiden serta keseluruhan ahli mana-mana persatuan dan negeri.

Prinsip ini menyatakan bahawa apabila pemimpin sudah bermusyawarah, dan sudah tetap keputusan yang diputuskan, tidaklah boleh keputusan itu diubah-ubah lagi. Maka, tidaklah boleh ada lagi pihak yang masih lagi mahu membuat kritikan/perbincangan sesudah keputusan dibuat, kerana ini bertentangan dengan prinsip yang sudah diajarkan oleh Rasulullah. Setiap ahli/pemimpin gerakan Islam tidak boleh untuk tidak mengikuti keputusan yang ditetapkan oleh pimpinan.

Pemimpin Kelantan tidak berpuas hati bukan kerana tidak suka pendapat mereka ditentang. Namun, ini sebenarnya berkaitan prinsip.

Logiknya, jika setiap keputusan boleh diubah sesudah siap perbincangan, maka, sampai bila-bila keputusan tidak boleh dilaksana. Akan sentiasa ada ikhtilaf antara manusia dalam apa-apa jua hal sekalipun. Akhirnya, kerja Islam tidak mampu berjalan, kerana asyik meeting. Itukah y kita mahu?

Sabtu, 6 Jun 2015

Tafakkur Surah An-Nisa ayat 148 - Perihal Berterus Terang Akan Kejahatan

Saya suka mengingatkan diri saya, akan suatu ayat al-Quran surah An-Nisa ayat 148 yang bermaksud,
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan."

Allah meletakkan suatu pengecualian sahaja di sini, iaitu orang yang dianiaya. Tujuannya jelas. Tiada orang yang mengetahui kisah sebenarnya, melainkan Tuan punya badan. Pendakwaraya dibenarkan kerana mereka diwakilkan oleh mangsa, justeru mereka bertindak sebagai lidah mangsa.

Kebenaran untuk orang dianiaya itupun hanya untuk tujuan menegakkan keadilan, iaitu pengadilan mahkamah. Jika untuk dibuat sembang di kedai kopi, tidak boleh ia (peguam) berkata-kata sedemikian.

Sekarang, mudah sungguh tangan/mulut melafazkan kata-kata kesat, di bawah alasan kebebasan suara, di bawah alasan mahu menegakkan keadilan dan sebagainya. Tujuan pendedahan bukan lagi untuk dibicarakan, sebaliknya kerana mengikutkan nafsu. Berjumpa tertuduh pun tidak pernah, tetapi cukup berani pula kita untuk 'mendedahkan kesilapan' tertuduh seakan-akan kita mengetahui segalanya cerita latar isu itu.

Ingat saudara, bila Allah swt tak suka, maknanya tempat pelaku adalah di neraka. Di mana keutamaan saudara, memuas emosi kini or sabar untuk syurga nanti?

Edited on 04/08/2015 to clarify the noun "ia" is actually referring to "peguam".