Selasa, 21 Julai 2015

Home Birth - Bukan Suatu Sunnah

Apabila bercerita tentang home birth, dua kaedah usul terlintas dalam fikiran.
1. Menolak kemudaratan lebih utama dari mencari manfaat. Menolak kemudaratan (mengelakkan kemudaratan terhadap ibu dan bayi) adalah lebih utama daripada mencari mencari manfaat (keselesaan bagi ibu untuk beranak dalam suasana yang disukainya). Kaedah ini menunjukkan bahawa melahirkan anak di dalam hospital yang ada kakitangan terlatih yang mampu memberikan khidmat kesihatan adalah lebih utama daripada daripada melahirkan anak di rumah.
2. Menolak kemudaratan yang lebih besar adalah lebih utama daripada menolak yang lebih kecil. Mudarat yang boleh berlaku jika ibu yang melahirkan menghadapi komplikasi adalah lebih besar (eg bayi mati) berbanding mudarat yang ada jika dibuat di hospital (c-sec). Kaedah ini jelas menunjukkan bahawa melahirkan anak di hospital lebih utama daripada home birth.
Itu pendapat saya berdasarkan ilmu yang sedikit.

FB Bukan Tempat Mengenali Manusia

A: Enta pernah bertemu mata ke dengan saudara ini? Ana nampak enta cukup galak kritik dia.
B: Oh, enta tengoklah facebook dia. Teruk syeikh. Ana follow dah cukup lima tahun. Dah masak dengan perangai dia.
A: Enta cuba tengok facebook ayah enta, sama tak dengan peribadi dia yang enta kenal di rumah?

----------------------------------------------------------------------------

Apabila kita berhadapan dengan orang yang teruk peribadinya di laman facebook, akan tercetuslah perasaan kecewa yang amat sangat terhadap manusia tersebut. Maka, akan dikorek dari awal hinggalah ke akhir kewujudannya di dunia internet, segala maklumat terhadapnya.

Masalah yang paling besar adalah apabila, facebook tidak akan sama sekali membawa peribadi sebenar seseorang manusia. Kenalilah dia secara mutlak, di luar sana, secara berlapang dada. InsyaAllah, baik-baik sahaja Tuan empunya facebook.

Taat Suruhan Tanpa Kefahaman - Bolehkah?

Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun bertanya kepada ayahnya,
"Ayah, s*ks itu apa?"
Si ayah terkejut. Ibu yang berada di sebelah juga terkejut. Si ayah merasa marah di dalam hati, namun, cuba menahan kemarahannya.
"Dari mana adik dengar?" Tanya si ayah tenang.
"Adik dengar di pasaraya tadi," jawab si anak.
Sang ayah meriba anaknya, sambil berkata,
"Adik, adik jangan sebut lagi perkataan itu ya. Itu perkataan yang tidak baik. Berdosa, masuk neraka." Tegas nada si ayah.
"Tapi, apa maksudnya ayah?" Tanya si anak lagi.
"Maksudnya sangat buruk untuk ayah sebutkan. Adik jangan sekali-kali sebut lagi ya," tegas si ayah lagi.
"Baiklah, ayah," jawab si anak, taat.
-------------------------
Tidak semua perkara perlu diFAHAMi untuk diTAATi. Kadang-kadang, TAAT itu datang kerana PERCAYA. PERCAYA bahawa pemberi arahan memberi arahan untuk kebaikan kita. Kerana kita, hanya si kecil yang masih bermain pasir, sedangkan mereka, tukang rumah yang sedang membina bumbung tempat berteduh.
Sometimes, tidak mengetahui itu adalah lebih baik daripada mengetahui (Ignorance is a bliss).

Maqasid: Suatu Perkongsian

Maqasid setahu hamba, bukanlah sesuatu yang digunakan untuk menerbitkan hukum-hukum agama. Menurut guru hamba, begitulah kata Imam Al-Ghazali.
Maqasid adalah sesuatu yang terhasil daripada sesuatu ibadat. Ibadat tidak dihukumkan untuk mencapai maqasid ini. Inilah menurut Ustaz Abdul Muizz.
Contohnya, keadilan terhasil apabila menurut hukum hudud. Bukannya, dibuat hudud untuk mencapai keadilan. Keadilan ada kemungkinan tidak akan tercapai walaupun kita melaksanakan hudud. Tetapi, walaupun begitu, hudud tetap perlu dilakukan.
Kalau masih tidak faham, kita lihat maqasid sembahyang, yang menurut Allah swt, adalah untuk mencegah fahsya dan mungkar. Tetapi, ramai yang sembahyang tetapi masih melakukan kerosakan. Walaupun pencegahan fahsya dan mungkar tidak mampu dilakukan dengan solat, solat tetap wajib.
Masih belum faham? Ini contoh lain. Maqasid puasa adalah untuk membolehkan kita merasai keperitan orang yang miskin. Tetapi ada tempat yang masa puasanya pendek sehinggakan tidak terasa lapar sedikitpun. Walaupun maqasid puasa tidak dapat dicapai, namun, puasa tetap wajib.
Kerana itulah maqasid tidak dijadikan penentu hukum-hakam. Ini penjelasan ustaz yang hamba fahami.
Kerana itu juga, menurut beliau juga, pendapat yang menyatakan perlu menangguhkan hudud kerana "maqasid (keadilan) tidak tercapai kerana Raja terlepas daripada hukuman" adalah pendapat yang tidak tepat

Pendapat ambe: Bolehkah Ditubuhkan Parti Islam Baru?

Kalau ditanya ambe tentang GHB ini, di hati ambe, ambe nak je kata haram sebenarnya untuk mereka buat parti baru.
Mereka mungkin kritik ambe dan label ambe authoritarian (sedap pula tengok mereka sekarang duk tegur ahli PAS pasal label mereka, padahal dah berkurun mereka label PAS, Melayu mudah lupa). Tapi, ambe buat keputusan berdasarkan ilmu yang sedikit yang ambe ada.
Apa yang ambe tahu, hukum fiqh ada dua jenis. Pertama, hukum individu. Kedua, hukum masyarakat awam (siyasah syar'iyyah). Contohnya, berkahwin hukumnya sunat. Ini hukum di peringkat individu. Tapi, hukum peringkat masyarakat awam, mungkin adalah fardhu kifayah. Sebabnya, kalau tiada yang berkahwin, habislah keturunan manusia yang menegakkan Islam, maka, hancurlah agama.
Begitu juga dgn isu ini. Memang betul hukum menubuhkan parti adalah harus. Buat tiada pahala, tidak buat tiada dosa. Ini hukum secara individu (kelompok kecil). Tapi, dari sudut masyarakat awam (siyasah syar'iyyah), hukum menubuhkannya mungkin jatuh kepada haram. Sebab keburukannya lebih banyak daripada kebaikan.
Keburukan yang paling besar adalah keburukan yang bakal terhasil kepada agama. Pembentukan parti baru yang berteraskan Islam akan mengganggu usaha untuk membentuk suatu kuasa politik yang kukuh yang akan membantu menggerakkan tekanan supaya Islam dilaksanakan. Semakin kecil jumlah penggerak, semakin kurang kekuatannya. Ini sifir politik. 
Tidak mungkin parti baru ini bakal curi ahli UMNO ataupun MCA ataupun Gerakan yang rata-rata tegar membenci pemimpin PAS. Yang akan diambil adalah ahli PAS. Ini lebih jelas apabila Khalid Samad menyatakan bahawa, perbezaan antara PAS dan GHB hanya pada cara perhubungan antara GHB dan PR. Jika PAS dan GHB sama, maka, siapa yang target terbesar GHB?
Maka, sekarang timbullah dua parti Islam yang bilangannya sedikit. Daripada yang sudah sedia sedikit, akan bertambah-tambah sedikit. Kalau inginkan sangat kemenangan, apa yang mereka lakukan, bukan menghampiri kemenangan, tapi mengoyakkan sijil pra-kemenangan.
Mereka mungkin beremosi kerana idea mereka tidak diterima, kerana sudah terbiasa pengikut buta mengangguk kata mereka, justeru apabila diundi keluar, mereka merajuk. Emosi diikuti dan sekarang, mereka terilusi bahawa apa yang dilakukan mereka baik belaka. Hakikatnya tidak. Hakikatnya berbeza.
Apapun, semoga Tuhan mengadili perbuatan mereka.

Istiqamah Sehingga Kemenangan,
Himayah Al-Kalantani.
02.05am, 22/07/2015.

Meletakkan Penghalang bagi Hukum Syariat?

Pernah ambe lihat sesi interview di kaca TV berkenaan urusniaga emas. Ketika itu, rasanya, TV3 merupakan penyiar rancangan tersebut. Tetamu jemputan yang datang ketika itu merupakan seorang businessman yang terlibat menjual emas. Katanya, emas merupakan suatu urusniaga yang menguntungkan.
Pengacara bertanya berkenaan dengan zakat. Tetamu tersebut secara spontan mennceritakan cara untuk mengelakkan zakat terhadap emas yang dibeli. Cara yang beliau cadangkan adalah dengan menggadaikan emas sebelum cukup haul. Apabila menggadai emas tersebut, emas tersebut bukan lagi milik kita. Dan, tebuslah kembali selepas itu, kerana kiraan haul yang baru akan kembali bermula. Semuanya dilakukan demi untuk menghilangkan kewajipan zakat tersebut.
Teringat saya akan petikan buku yang pernah saya baca.
Berkata Dr Abdul Karim Zaidan dalam Al-Wajiz fi Usul Al-Fiqh
"Akan tetapi, tidak dibolehkan bagi mukallaf berniat untuk membuat penghalang agar boleh lari dari beban hukum syariat. Jelas tindakan ini termasuk dari tipu daya dan tipu muslihat tidak dibenarkan di dalam Islam dan pelakunya berdosa. Contohnya seperti orang yang menghibahkan hartanya kepada isterinya sebagai upaya untuk mengurangi nishab zakat para hartanya sebelum lewat setahun. Kemudian, jika telah lewat setahun, dia mengambil kembali hartanya dari isterinya sebagai upaya untuk menghindar dari kewajiban zakat"
Kesimpulan yang boleh diperolehi daripada kisah ini adalah berkenaan dengan sumber yang kita ambil. Ambil ilmu dari sumber yang salah, sesatlah kita.