Selasa, 21 Julai 2015

Maqasid: Suatu Perkongsian

Maqasid setahu hamba, bukanlah sesuatu yang digunakan untuk menerbitkan hukum-hukum agama. Menurut guru hamba, begitulah kata Imam Al-Ghazali.
Maqasid adalah sesuatu yang terhasil daripada sesuatu ibadat. Ibadat tidak dihukumkan untuk mencapai maqasid ini. Inilah menurut Ustaz Abdul Muizz.
Contohnya, keadilan terhasil apabila menurut hukum hudud. Bukannya, dibuat hudud untuk mencapai keadilan. Keadilan ada kemungkinan tidak akan tercapai walaupun kita melaksanakan hudud. Tetapi, walaupun begitu, hudud tetap perlu dilakukan.
Kalau masih tidak faham, kita lihat maqasid sembahyang, yang menurut Allah swt, adalah untuk mencegah fahsya dan mungkar. Tetapi, ramai yang sembahyang tetapi masih melakukan kerosakan. Walaupun pencegahan fahsya dan mungkar tidak mampu dilakukan dengan solat, solat tetap wajib.
Masih belum faham? Ini contoh lain. Maqasid puasa adalah untuk membolehkan kita merasai keperitan orang yang miskin. Tetapi ada tempat yang masa puasanya pendek sehinggakan tidak terasa lapar sedikitpun. Walaupun maqasid puasa tidak dapat dicapai, namun, puasa tetap wajib.
Kerana itulah maqasid tidak dijadikan penentu hukum-hakam. Ini penjelasan ustaz yang hamba fahami.
Kerana itu juga, menurut beliau juga, pendapat yang menyatakan perlu menangguhkan hudud kerana "maqasid (keadilan) tidak tercapai kerana Raja terlepas daripada hukuman" adalah pendapat yang tidak tepat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan