Selasa, 21 Julai 2015

Meletakkan Penghalang bagi Hukum Syariat?

Pernah ambe lihat sesi interview di kaca TV berkenaan urusniaga emas. Ketika itu, rasanya, TV3 merupakan penyiar rancangan tersebut. Tetamu jemputan yang datang ketika itu merupakan seorang businessman yang terlibat menjual emas. Katanya, emas merupakan suatu urusniaga yang menguntungkan.
Pengacara bertanya berkenaan dengan zakat. Tetamu tersebut secara spontan mennceritakan cara untuk mengelakkan zakat terhadap emas yang dibeli. Cara yang beliau cadangkan adalah dengan menggadaikan emas sebelum cukup haul. Apabila menggadai emas tersebut, emas tersebut bukan lagi milik kita. Dan, tebuslah kembali selepas itu, kerana kiraan haul yang baru akan kembali bermula. Semuanya dilakukan demi untuk menghilangkan kewajipan zakat tersebut.
Teringat saya akan petikan buku yang pernah saya baca.
Berkata Dr Abdul Karim Zaidan dalam Al-Wajiz fi Usul Al-Fiqh
"Akan tetapi, tidak dibolehkan bagi mukallaf berniat untuk membuat penghalang agar boleh lari dari beban hukum syariat. Jelas tindakan ini termasuk dari tipu daya dan tipu muslihat tidak dibenarkan di dalam Islam dan pelakunya berdosa. Contohnya seperti orang yang menghibahkan hartanya kepada isterinya sebagai upaya untuk mengurangi nishab zakat para hartanya sebelum lewat setahun. Kemudian, jika telah lewat setahun, dia mengambil kembali hartanya dari isterinya sebagai upaya untuk menghindar dari kewajiban zakat"
Kesimpulan yang boleh diperolehi daripada kisah ini adalah berkenaan dengan sumber yang kita ambil. Ambil ilmu dari sumber yang salah, sesatlah kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan