Selasa, 21 Julai 2015

Pendapat ambe: Bolehkah Ditubuhkan Parti Islam Baru?

Kalau ditanya ambe tentang GHB ini, di hati ambe, ambe nak je kata haram sebenarnya untuk mereka buat parti baru.
Mereka mungkin kritik ambe dan label ambe authoritarian (sedap pula tengok mereka sekarang duk tegur ahli PAS pasal label mereka, padahal dah berkurun mereka label PAS, Melayu mudah lupa). Tapi, ambe buat keputusan berdasarkan ilmu yang sedikit yang ambe ada.
Apa yang ambe tahu, hukum fiqh ada dua jenis. Pertama, hukum individu. Kedua, hukum masyarakat awam (siyasah syar'iyyah). Contohnya, berkahwin hukumnya sunat. Ini hukum di peringkat individu. Tapi, hukum peringkat masyarakat awam, mungkin adalah fardhu kifayah. Sebabnya, kalau tiada yang berkahwin, habislah keturunan manusia yang menegakkan Islam, maka, hancurlah agama.
Begitu juga dgn isu ini. Memang betul hukum menubuhkan parti adalah harus. Buat tiada pahala, tidak buat tiada dosa. Ini hukum secara individu (kelompok kecil). Tapi, dari sudut masyarakat awam (siyasah syar'iyyah), hukum menubuhkannya mungkin jatuh kepada haram. Sebab keburukannya lebih banyak daripada kebaikan.
Keburukan yang paling besar adalah keburukan yang bakal terhasil kepada agama. Pembentukan parti baru yang berteraskan Islam akan mengganggu usaha untuk membentuk suatu kuasa politik yang kukuh yang akan membantu menggerakkan tekanan supaya Islam dilaksanakan. Semakin kecil jumlah penggerak, semakin kurang kekuatannya. Ini sifir politik. 
Tidak mungkin parti baru ini bakal curi ahli UMNO ataupun MCA ataupun Gerakan yang rata-rata tegar membenci pemimpin PAS. Yang akan diambil adalah ahli PAS. Ini lebih jelas apabila Khalid Samad menyatakan bahawa, perbezaan antara PAS dan GHB hanya pada cara perhubungan antara GHB dan PR. Jika PAS dan GHB sama, maka, siapa yang target terbesar GHB?
Maka, sekarang timbullah dua parti Islam yang bilangannya sedikit. Daripada yang sudah sedia sedikit, akan bertambah-tambah sedikit. Kalau inginkan sangat kemenangan, apa yang mereka lakukan, bukan menghampiri kemenangan, tapi mengoyakkan sijil pra-kemenangan.
Mereka mungkin beremosi kerana idea mereka tidak diterima, kerana sudah terbiasa pengikut buta mengangguk kata mereka, justeru apabila diundi keluar, mereka merajuk. Emosi diikuti dan sekarang, mereka terilusi bahawa apa yang dilakukan mereka baik belaka. Hakikatnya tidak. Hakikatnya berbeza.
Apapun, semoga Tuhan mengadili perbuatan mereka.

Istiqamah Sehingga Kemenangan,
Himayah Al-Kalantani.
02.05am, 22/07/2015.

2 ulasan:

  1. Assalamu`alaikum,
    Harap tuan dapat baca buku Liku-liku Gerakan Islam di Malaysia. Terdapat sedikit perbezaan fakta dengan yang tuan tulis terdahulu mengenai IKRAM, ISMA dan HALUAN. Mungkin tuan boleh membantu penulisnya (Dr. Mohd Fuad) membetulkan faktanya (yang mungkin silap).
    Wassalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Tuan yang mulia,

      Saya sedar akan kesalahan/perbezaan fakta yang telah saya tulis terdahulu, terutama dalam komen-komen yang saya reply terhadap komen-komen yang wujud.

      Saya sudah selidiki fakta yang saya pernah tulis itu. Ada yang saya masih akan mengekalkannya, dan ada yang saya sudah tidak lagi bersetuju. Namun, saya tidak mampu untuk mengubah kesilapan lalu, terutama di bahagian komen-komen yang sudah saya menulisnya dalam keadaan yang mana saya menyangka faktanya tepat. Saya tidak boleh padam komen yang silap itu, kerana jika saya membuang komen-komen yang tersilap itu, ia akan menjejaskan kefahaman pembaca lain dan mungkin mereka akan mengulangi kesilapan saya juga.

      Justeru, teguran sahabat-sahabat yang ditulis pada komen di bawahnya, saya ambil kira sebagai suatu pembetulan yang berilmiah, jika ia disertakan dengan hujah dan alasan.

      Sekian. Terima kasih atas teguran yang berilmiah ini. Semoga Allah swt berikan yang terbaik untuk saudara.

      Padam