Selasa, 21 Julai 2015

Taat Suruhan Tanpa Kefahaman - Bolehkah?

Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun bertanya kepada ayahnya,
"Ayah, s*ks itu apa?"
Si ayah terkejut. Ibu yang berada di sebelah juga terkejut. Si ayah merasa marah di dalam hati, namun, cuba menahan kemarahannya.
"Dari mana adik dengar?" Tanya si ayah tenang.
"Adik dengar di pasaraya tadi," jawab si anak.
Sang ayah meriba anaknya, sambil berkata,
"Adik, adik jangan sebut lagi perkataan itu ya. Itu perkataan yang tidak baik. Berdosa, masuk neraka." Tegas nada si ayah.
"Tapi, apa maksudnya ayah?" Tanya si anak lagi.
"Maksudnya sangat buruk untuk ayah sebutkan. Adik jangan sekali-kali sebut lagi ya," tegas si ayah lagi.
"Baiklah, ayah," jawab si anak, taat.
-------------------------
Tidak semua perkara perlu diFAHAMi untuk diTAATi. Kadang-kadang, TAAT itu datang kerana PERCAYA. PERCAYA bahawa pemberi arahan memberi arahan untuk kebaikan kita. Kerana kita, hanya si kecil yang masih bermain pasir, sedangkan mereka, tukang rumah yang sedang membina bumbung tempat berteduh.
Sometimes, tidak mengetahui itu adalah lebih baik daripada mengetahui (Ignorance is a bliss).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan