Isnin, 3 Ogos 2015

Kata-kata Hugh Clifford (Bekas Residen British) Berkenaan Hukuman Potong Tangan

Berikut adalah kata-kata Hugh Clifford (bekas Residen British di Pahang dari tahun 1896-1903) daripada buku beliau In Court and Kampong. Buku ini sebenarnya sedikit sukar untuk dibaca terutamanya jika anda merasakan bahawa bangsa anda adalah bangsa yang bermaruah, kerana penulisnya sangat jarang memberi pujian kepada bangsa Melayu. Hanya keburukan yang diucapkan.

Cover Page; In Court and Kampong
Saya merasa terpanggil untuk menterjemahkannya kerana untuk memudahkan kalian memahaminya.

Berikut adalah kata-kata beliau:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemahiran sebahagian orang Melayu Kelantan dalam menyeluk saku, dan juga kebijaksanaan mereka dalam jenayah rompak, tidak akan memalukan anak murid kepada Fagin The Jew(1), dan rompakan dengan keganasan adalah suatu kebiasaan. Senjata kegemaran mereka adalah suatu peralatan yang kelihatan pelik, yang diberi nama parang jengok.

Contoh parang jengok, diambil daripada blog Cikgu Nasir
Senjata ini dilengkapkan dengan suatu cembul yang tajam di hujungnya, yang mana ia adalah hampir serenjang dengan mata pisaunya. Dengan bersenjatakan parang ini, pada malam yang gelap, perompak itu berjalan melalui satu jalan, dan sebaik sahaja dia berselisih dengan mana-mana lelaki, dia akan memukul lelaki itu dari bahagian atas bahu kirinya, dengan itu, hujung tajam itu akan mengenai belakang kepala lelaki itu dan mengetuk mangsanya secara tiba-tiba. Perompak itu kemudiannya boleh merompak dengan mudah dan senang. Samada mangsa itu tersedar daripada serangan itu, ataupun dia mati akibat daripada serangan itu, adalah nasib mangsanya itu, dan itu sama sekali tidak diambil peduli oleh perompak itu.

Tidak lama dahulu, dua orang lelaki ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan di Kota Bharu. Mereka ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana kecederaan yang mana kedua-dua mereka telah saling menyerang dengan parang jengok, pada masa yang sama, dengan cara yang sama, atas tujuan yang sama (iaitu merompak).

Untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku lagi, sebaik sahaja mereka sedarkan diri, atas arahan Sultan, kedua-dua belah tangan mereka dipotong. Jika kamu memikirkan tentang hukuman ini, hukuman yang dilaksanakan oleh Sultan ini adalah suatu hukuman yang munasabah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemungkinan besar, bahawa Hugh Charles Clifford ini tidak sama sekali mengetahui bahawa hukuman potong tangan adalah suatu hukuman yang termasuk dalam ajaran Islam bagi kesalahan mencuri, namun, dia mengakui sendiri bahawa hukuman tersebut adalah suatu yang munasabah (baik) terhadap jenayah yang telah dilakukan.

Jika si kafir penjajah ini mampu melihat kebaikan hukuman Islam, kita apa?


Nota kaki:
(1) Fagin The Jew adalah sebuah watak dalam cerita Oliver Twist yang mana dia mempunyai anak murid yang diajarinya untuk menyeluk saku. Ayat ini bermaksud keupayaan merompak yang ada pada sebahagian orang Kelantan ini adalah sehebat anak murid Fagin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan