Isnin, 3 Ogos 2015

Merendah Diri dalam Berjemaah

Allah, tiba-tiba teringat, seorang sahabat lama pernah menasihati diri ini supaya membanyakkan merendah diri.

Allah, tepat, nasihat yang cukup tinggi nilainya.

Allah, benar, apabila seorang yang sukar untuk merasa rendah diri, mereka ini sukar untuk dibawa berkawan dan payah benar untuk diajak berdiskusi. Ini kerana, pada mereka, mereka sahajalah yang bijaksana, mereka sahajalah yang benar.

Allah, betul, sekarang masa paling jelas untuk kita lihat contoh golongan yang sukar untuk menerima pendapat orang ramai. Apabila disepakati sesuatu keputusan oleh mesyuarat, dan pendapatnya ditolak, dia bangun dan mensabotaj keputusan mesyuarat. Dia merasakan bahawa belasan orang yang lain tidak mampu melihat kebijaksanaan pendapat yang diberikannya itu.

Allah, susah sungguh, terutama bila mereka menjadi orang bawahan. Mereka hanya mampu menjadi pemimpin, tidak boleh menjadi pekerja dan pendokong.

Allah, sebab itu, aku tidak takut dengan golongan baharu ini. Mereka dipenuhi golongan sebegini. Golongan yang sejak dahulu dikenali sebagai seorang yang sentiasa bangga pada diri. Golongan yang takkan setia, terutama kalau mereka hanya pekerja. Tunggu waktu sahaja, akan ada yang lebih baharu daripada yang baharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan