Isnin, 3 Ogos 2015

Tazkirah 12 - Beberapa Perutusan Daripada Malaikat

Berikut adalah petikan kitab "Persiapan Menghadapi Maut Siri 1" yang disunting daripada tazkirah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

ANDAINYA seseorang berfikir secara mendalam, maka mereka akan mendapati bahawa ajal itu bukanlah datang secara mengejut. Kerana mati itu sebagaimana kejadian yang lain, sebelum ketibaannya, terlebih dahulu dida­tangkan kepada mereka beberapa perutusan atau alamat dan tanda-tandanya. Umpama hari hendak hujan sudah pasti sudah kelihatan mendung hitam yang berarak terlebih dahulu, kemudiannya gerimis dan akhirnya hujan lebat.

Demikian juga tentang kematian juga mempunya simbol­simbol, tetapi simbol perutusan itu bukanlah berupa malaikat yang datang memberitahu bahawa kematian anda semakin hampir. Sebaliknya perutusan itu suatu yang simbolik, hanya kepada mereka yang prihatin serta sentiasa mengingati mati sahaja yang menyedari kehadiran perutusan itu. Ini lantaran apa yang dimaksudkan perutusan awal itu hanyalah beberapa tanda atau alamat yang membawa isyarat bahawa kematian semakin meng­hampirinya.

Sebagaimana peristiwa qiamat, sebelum terjadinya hari qiamat yang sebenar, Allah SWT terlebih dahulu mendatangkan tanda-tanda atau alamat qiamat. Tanda-tanda tersebut banyak, dan ada yang dikatakan alamat qiamatkecil dan alamat qiamat besar.

Di antara alamat qiamat yang kecil seperti meluasnya perzinaan, hilang sifat malu dari para wanita, sehingga apabila berpakaian namun auratnya masih terdedah, anak­anak yang memperhambakan ibunya, wanita menjadi golongan majoriti, sehingga imbangannya satu lelaki bagi lima puluh wanita dan lain-lain lagi. Menekala alamat qiamat yang besar seperti tumnya dajjal, matahari terbit dari barat dan seumpamanya.

Demikian juga halnya dengan kematian itu, malaikat maut sudah menghantar beberapa perutusannya. la terdiri dari beberapa perubahan fizikal, misalnya tumbuh uban, pandangan mulai kabur kerana rabun, kulit yang mulai beransur lisut, sengal-sengal pada sendi dan sebagainya. Kemunculan segala tanda-tanda itu seolah-olah is telah membisikan bahawa malaikat maut berkirim salam bahawa dia akan berkunjung tidak lama lagi.

Ada orang yang segera mengambil ingatan dari tanda­tanda itu, tetapi tidak kurang juga yang mensia-siakan kedatangan perutusan halus dan simbolik tersebut. Malah ada juga yang berusaha menghilangkan tanda-tanda kedatangan perutusan malaikat maut, misalnya apabila muncul uban di kepala, mereka mencabutnya, ataupun jika uban semakin lebat mereka sapu dengan pewarna hitam agar kelihatan sentiasa muda.

Apa lagi jika mata mulai rabun, akan di atasi dengan mudah kerana teknologi sudah lama dapat membantunya. Sudah sekian lama muncul kepakaran manusia mencipta cermin mata dan kanta lekap, untuk mereka yang rabun dekat atau rabun jauh. Dengan meletakkan dua kanta yang bersesuaian di depan bola matanya, pasti lenyaplahpersoalan rabun.

Tidak berbangkit soal memakai cermin mata, justeru ia suatu keperluan, kerana tanpanya pasti akan menyulitkan untuk membaca, mata juga berperanan melakukan ibadah. Persoalannya ialah apabila seseorang terpaksa memerlukan bantuan cermin mata untuk melihat, sewajarnya mereka insaf dan menyedari hakikat bahawa rabun itu adalah suatu peringatan atau perutusan dari malaikat maut. Sebelum mata manusia tertutup untuk selamanya, maka rabun adalah ibarat tanda qiamat bagi mata.

Orang yang prihatin, kadang kala mereka melakukan sesuatu yang boleti menyedarkan dirinya. Seperti yang dianjurkan oleh Islam bahawa memakai tongkat itu disunatkan, bukan kerana terpaksa kerana sendi-sendi lutut sudah diserang sengal-sengal, tetapi pada tongkat itu terdapat suatu peringatan, meskipun kepada orang-orang muda yang masih gagah dan kuat.

Justeru dengan bertongkat akan mengingatkan dirinya sebagai hamba yang lemah, dan menjadi simbol bahawa manusia yang lemah itu pasti amat memerlukan perto­longan pihak lain. Hanya Allah Taala yang dapat menolong sebagaimana ucapan di dalam solar mereka yang berulang kali menyebut: "Hanya Engkaulah (ya Allah) tempat kami memohon pertolongan."

Malaikat maut menghantar beberapa perutusan awal kepada manusia, agar manusia tidak merasa bahawa kematian itu datang secara mengejut tanpa isyart dan semboyan awal. jika tanpa peringatan dan perutusan awal mungkin manusia akan mendakwa bahawa dirinya telah teraniaya kerana mati datang secara mengejut menyebabkan mereka hilang peluang untuk melakukan sesuatu.

Sesungguhnya malaikat maut tidak sekadar menghantar perutusan, malah saban ketika menyeru manusia dan mengingatkan manusia bahawa dia akan datang setelaii beberapa perutusan dihantar terlebih dahulu. Malaikat maut menyeru manusia dengan seruan yang tidak didengar oleh telinga, ia diketahui oleh hati-hati yang sentiasa waspada, tetapi tidak fahami oleh hati yang keras. Kesemua semboyan itu hanya memberi faedah kepada hati manusia yang lembut yang sentiasa ingat kepada Allah Taala.

Seruan malaikat maut itu seolah-olah berbunyi: "Wahai manusia yang berusia empat puluh tahun, inilah masanya untuk kamu mencari bekal akhirat, kerana tubuh badanmu tengah kuat dan gagah, hati dan fikiranmu waras dan tidak nyanyuk."

Manusia pada umur dua puluh hingga tiga puluh tidak begitu menghiraukan seruan, kerana mereka mungkin sedang mabuk muda remaja, namun kepada golongan remaja itu malaikat maut tetap mengingatkan mereka bahawa banyak buah-buah yang masih muda juga gugur. Lantaran itu pada usia empat puluh seruan malaikat maut mengingatkannya hampir setiap hari, sesuai dengan beberapa perutusan yang telah dihantar kepada mereka, tubuh badan mereka menjangkau dewasa, lazimnya dalam usia itu uban sudah muncul.

Kemudian malaikat maut menyeru pula kepada kelurga lima puluhan, dengan ingatan yang agak keras bahawa dia sudah bersedia untuk datang kepada manusia golongan 50an itu. Bersedialah untuk menyambut kedatangannya.

'Apabila manusia sudah menjangkau umur enam puluh tetapi masih tidak ada kesedaran, usia yang sudah hampir senja tetapi masih terus melupakan mati, lupa balasan Allah, tidak insaf usia sudah tua tetapi masih berperangai seperti orang muda. Malaikat sudah menyediakan kertas soalan di dalam kubur, malangnya situa bangka itu terus leka dan tidak menyediakan jawaban kepada soalan yang sudah disiapkan oleh malaikat, pada hal di alam barzah tidak siapa yang akan menolongnya menyediakan jawaban.

Jika usia sudah dipenghujung sedangkan kesempatan yang tinggal hanya sedikit itu terus diabaikan, pada hal ketika itu jika dia minta tolong, pasti ada yang sudi mem­beri pertolongan, jika dia bertanya pasti ada yang membe­ritahunya, maka apakah yang akan menjadi harapan apabila dia sudah terbaring seorang diri di dalam kubur, atau ketika dia dibangkitkan di Padang Mahsyar, manusia semua sudah nafsi-nafsi, masing-masing membawa nasib diri.

Dia telah dikurniakan umur dan tempoh yang mena­sabah untuk membuat persiapan, orang lain tidak menga­baikan peluang tersebut, mereka merebutnya dan meman­faatkan masa yang terbatas untuk membuat persiapan, sehingga Allah Taala perkenan segala usaha mereka. Tetapi situa yang lalai walaupun umur di dunia dahulu sama panjang seperti mereka yang menjadi ahli syurga, tubuh sama kuat seperti mereka, tetapi mengapa dia menderita sengsara?

Tidak lain kerena mereka tidak ambil peringatan dari perutusan malaikat maut yang telah dihantar kepadanya, sehingga apabila malaikat maut datang mengambil nyawanya, ketika itu mulut mereka ternganga dan terkejut besar, tetapi malang baginya kerana segala-galanya sudah terlambat dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Apabila Allah menangguhkan usia seseorang hingga enam puluh tahun, tetapi dia tidak menggunakan umur itu sebaik-baiknya maka Allah sekali-kali tidak akan memaafkan orang itu."    (Riwayat at-Bukhari).

Justeru umur sebanyak enam puluh tahun itu sudah memada bagi manusia untuk melakukan sesuatu ketaatan dan amal soleh bagi persiapan menghadapi akhirat. Seolah­olah Allah SWT telah menangguhkan kematiannya ketika usia muda, dengan memberi peluang bagi manusia itu untuk memperbaiki keadaan dirinya, sehingga akhirnya usianya menjangkau enam puluh, maka jelaslah jika dia terus mengabaikan usia sebanyak itu, sesungguhnya manusia telah mengabaikan peluang keemasan yang diberikan kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan